1 / 24

Peluang Perniagaan dalam Sistem Pemasaran Agro-Makanan Baru

Peluang Perniagaan dalam Sistem Pemasaran Agro-Makanan Baru. Fatimah Mohamed Arshad Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan Universiti Putra Malaysia Nota perbincangan yang dibentangkan dalam

yetta
Download Presentation

Peluang Perniagaan dalam Sistem Pemasaran Agro-Makanan Baru

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Peluang Perniagaan dalam Sistem Pemasaran Agro-Makanan Baru Fatimah Mohamed Arshad Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan Universiti Putra Malaysia Nota perbincangan yang dibentangkan dalam Walk-in Seminar Sempena Pameran Malaysian Agricultural Horticultural and Agro-tourism (MAHA) 2008 Serdang, Selangor, 20 Ogos 2008

  2. Objektif Mencadangkan beberapa peluang perniagaan dalam sistem pemasaran agro-makanan baru atau sistem rantaian bekalan agro-makanan baru…. Pendekatan Perbincangan • Teliti perkembangan sistem rantaian bekalan baru • Teliti ciri utama sistem rantaian bekalan baru • Peluang perniagaan, dan cabarannya • Sokongan polisi yang diperlukan

  3. Sistem Rantaian Bekalan Baru Merujuk kepada proses perancangan, pelaksanaan, kawalan operasi rantaian bekalan dengan secara cekap. Pengurusan rantaian bekalan merangkumi pergerakan dan storan bahan mentah, inventori, keluaran akhir daripada titik pengeluaran sehingga penggunaan. • Satu kaedah baru pemasaran dimana bekalan diurus dengan cekap daripada titik pengeluaran hingga sampai ke titik penggunaan. • Suatu inovasi / revolusi pemasaran • Dipacu oleh syarikat multi-nasional – yang menceburi dalam bidang runcit dalam skel yang besar…

  4. Perkembangan Sistem Pemasaran Agro-makanan di Malaysia • Peningkatan bilangan peruncit berskel besar (milik MNC) • seperti hipermarket, supermarket dan • departmental stores • Juga convenience stores • Bilangan peruncit kecil kian menurun

  5. Firma runcit milik multi-nasional (atau hipermarket / supermarket / departmental stores) menunjukkan nilai jualan yang tinggi (termasuk keluaran makanan) Walaupun bilangan peruncit milik multi-nasional kecil, (spt hipermarket / supermarket / departmental stores), tapi menyumbang nilai jualan yang besar berbanding dengan peruncit kecil…

  6. Beberapa firma runcit milik multi-nasional …bertapak pada lewat 1990an Dan bertumbuh pesat awal kurun ke-21… Sumber: KPDNHEP, 2008

  7. Bilangan dan jumlah terkumpul firma runcit milik multi-nasional 1980-08, Kepesatan pertumbuhan pada lewat 1990an dan kurun ke-21…..Menjelang 2010, kategori peruncit besar dijangka meningkat, kedai runcit kecil menurun.... Sumber: KPDNHEP, 2008

  8. Perbezaan sistem pemasaran tradisional dengan sistem rantaian bekalan..Sistem tradisional: Fungsi bertindan, ramai perantara, tidak tersusun, kekuatan pemborong, sistem letak harga yang tidak jelas dan telus, kerugian lepas tuai yang tinggi, pengeluar tidak tahu harga pasaran… Pengeluar Peraih/ Ajen komisyen/Pengangkut/ Pemborong primer Tahap utama pasaran Pemproses Pemborong Eksport Import Peruncit – pasar bergerak Peruncit Pengguna

  9. Perbezaan sistem pemasaran tradisional dengan sistem rantaian bekalan..Sistem tradisional: Fungsi bertindan, ramai perantara, tidak tersusun, kekuatan pemborong, sistem letak harga yang tidak jelas dan telus, kerugian lepas tuai yang tinggi, pengeluar tidak tahu harga pasaran… • Urusan informal, tak teratur, tidak stabil, terpisah antara kawasan dan tahap • Pelbagai tahap orang tengah dengan fungsi yang bertindan • Sistem letak harga – tertumpu di tahap borong • Pemborong fokus perniagaan • Tiada aliran maklumat harga /pasaran • Maklumat pasaran tidak mencerminkan situasi permintaan dan penawaran • Pengeluara hanya menerima harga • Infrastruktur tak cukup, rumah / lori sejuk, gudang storan, peralatan di tahap ladang, pembungkusan ala kadar • Kuantiti bekalan yang tak konsisten dari segi kuantiti dan kualiti • Kerugian lepas tuai yang tinggi • Pengeluar TIADA AKSES kepada pasaran

  10. Sistem rantaian bekalan baru..Penggabungan fungsi pemborong dan peruncit menjadi satu…. Pengeluar Packing house Pemborong Eksport Import Hipermarket / Supermarket Pengguna Tahap utama pasaran

  11. Logistik dalam sistem rantaian bekalan Kepentingan logistik seperti pengangkutan, storan bagi semua tahap pemasaran dari pengeluaran hingga penggunaan…

  12. Sistem Rangkaian Bekalan Baru: Ciri Utama • Sistem menekankan kepada proses dan tidak kepada perantara.. • Perantara utama adalah peruncit • Jaringan yang rapat antara sektor pengeluaran dan pemasaran berdasarkan rantaian nilai atau “value chain” • Saluran pemasaran ringkas dengan perantara melaksanakan fungsi yang nyata • Pengeluaran dipacu oleh teknologi, keluaran ikut selera pengguna • Jenama persendirian untuk kualiti dan keselamatan makanan. • Logistik adalah penting untuk sistem rantaian bekalan baru.. • Pemprosesan adalah asas untuk menilai tambah..

  13. Sistem Rangkaian Bekalan Baru: Ciri Utama • Perolehan (procurement) daripada tempatan dan pasaran global – yang mana murah dan berkualiti • Keluaran dalam sistem ini adalah “dibezakan”, mengikut kehendak dan selera dan citarasa pengguna • Maklumat pasaran adalah telus, dan sebaran adalah cekap dan pantas • ICT adalah pemungkin oproses utama perniagaan seperti storan, perolehan, pengurusan inventori, pentadbiran dsbnya. • Persaingan adalah diantara peruncit. • Menekankan kepentingan MAKLUMAT PENGGUNA • Fokus kepada kategori tertentu dan membangunkan kategori tersebut • Memilih pembekal tertentu • Memilih pembekal yang tahu tentang kehendak pengguna – maka mampu membekalkan keluaran dalam bentuk yang betul, pada harga yang sesuai dan pada masa yang dikehendaki.

  14. Beberapa Ciri Struktur Sistem Rangkaian Bekalan Baru… • CR4 atau syer pasaran 4 firma teratas adalah 29.9 (2004) meningkat kepada 33.8(2005) • Sher jualan supermarket/hipermarket dalam jualan runcit makanan meningkat daripada 27% (1999) kepada 31% (2001) (Azizi, 2006). • 31% pengguna di bandar memilih Tesco dan Carrefour sebagai sumber untuk mendapat bekalan makanan • Firma runcit besar mengendalikan 60% buah-buahan tempatan dan 35% jualan sayur di Malaysia (Shepperd, 2004). • Kepentingan perladangan kontrak, namun penglibatan pengeluar masih terbatas • Preferred supplier arrangement atau pembekal terpilih adalah kaedah perolehan bekalan • Firma runcit besar memperolehi bekalan daripada pemborong • Pengeluar kecil, rata-rata tidak dapat menepati tuntutan kualiti dan kuantiti. Tuntutan kualiti adalah ketat dan tinggi. • Firma runcit besar memiliki kuasa dalam penentuan harga kepada pengeluar

  15. Beberapa komoditi makanan yang dipasarkan dalam sistem rantaian bekalan baru…Ia menunjukkan perubahan selera pengguna dengan peningkatan pendapatan per kapita…Prospek makanan adalah cerah…

  16. Perubahan pola pemakanan pengguna…Makanan yang telah diproseskandan yang telah dibungkuskan menunjukkan trend yang meningkat…Ini berlaku kerana:(i) Pertambahan populasi(ii) Peningkatan pendapatan per kapita(iii) Urbanisasi(iv) Perubahan gaya hidup(v) Perubahan pola pemakanan..iaitu pengguna beralih daripada makanan ruji kepada makanan bernilai tinggi seperti daging, keluaran tenusu, buah dan sayur segar dan makanan proses yang berkualiti..(vi) Makan di luar rumah meningkat daripada 4.6% (1973) kepada 10.9% (1999).

  17. Makan di luar rumah..kian meningkat..Wajaran dalam Indeks Harga Pengguna=10.4% Prospek sektor perkhidmatan makanan adalah cerah……….

  18. Prospek makanan yang telah diproses adalah cerah…dan juga industriperkhidmatan makanan….

  19. Nilai jualan perkhidmatan makanan, terutama restoran, café/bar, makanan segera telah bertumbuh pesat…

  20. Nilai jualan produk makanan berbungkus atau yang telah diproses telah bertumbuh pesat…

  21. Peluang perniagaan adalah cerah:Bukan setakat keluaran makanan dalam sistem rantaian bekalan baru, tetapi juga dalam sektor perkhidmatan makanan…. Ini kerana pasaran makanan dipacu oleh permintaan…oleh pembolehubah seperti… Kadar pertumbuhan ekonomi Pendapatan per kapita Agihan usia dalam populasi Cara hidup Pola pemakanan Urbanisasi Makan di luar rumah

  22. Cabaran kepada pengeluar / pengusaha dan sokongan yang diperlukan daripada kerajaan…. • PENGELUAR perlu: • Menyusun semula kegiatan pemasaran – teratur, ada sistem, menekan kualiti dan keselamatan makanan. Memenuhi keperluan pembeli : Volum atau kuantiti, persembahan, label, private standard, pensijilan, harga dan perkhidmatan. • Menyusun semula pengeluaran dan keluaran supaya menepati selera dan citarasa pengguna – kualiti dan dibekalkan dalam masa, bentuk yang dikehendaki. Citarasa pengguna: harga vs kualiti, mudah diperolehi atau digunakan, bekalan sepanjang tahun, varieti tertentu, kandungan nutrien, keselamtanan, hijau, perniagaan yang saksama .. • Mengubah paradigma minda mengenai pemasaran

  23. Cabaran kepada pengeluar / pengusaha dan sokongan yang diperlukan daripada kerajaan…. • KERAJAAN perlu: TINGKATKAN AKSES PASARAN kepada pengeluar….melalui: • Mengukuhkan kedudukan pengeluar melalui institusi ladang seperti persatuan atau koperasi – hanya melalui persatuan atau koperasi, pengeluar boleh bersekutu dan meningkatkan kuasa perundingan (melalui faedah skel yang besar dan kecekapan pengeluaran) • Pendidikan petani /pengusaha – pengeluar/pengusaha perlu memahami perkembangan pasaran, kepentingan GAP, standard, kualiti, kepentingan logistik, ICT dan teknologi pengeluaran dan pemasaran dll. • Kewangan dan modal – untuk menggalakkan pelaburan • Teknologi pengeluaran dan pemasaran – memerlukan teknologi pengeluaran (seperti varieti yang beri hasil per hektar yang tinggi, teknologi paska tuai, pemprosesan, pengankutan, storan juga MIS) • Infrastruktur yang mencukupi terutama di tahap ladang– termasuk ICT, jalan raya, ICT, gudang, pasar borong, pengangkutan, storan dsbnya. .

  24. Cabaran kepada pengeluar / pengusaha dan sokongan yang diperlukan daripada kerajaan…. • KERAJAAN perlu menyediakan/membantu: • Khidmat pengembangan – teknikal dan perniagaan – pengeluar dan pengusaha memerlukan khidmat pengembangan yang intensif dari segi teknologi baru dan peluang perniagaan • Perubahan peraturan: Standard, pensijilan, label (untuk nutrition, allergen), akses pasaran, perlindungan alam sekitar, OSHA dsbnya. • Kos faktor dalam pengeluaran: Buruh dan bahan api • Risko pertanian yang tinggi : Mengurangkan kos transaksi dalam perniagaan • Penyediaan iklim perniagaan yang kondusif. • Rumusan: Kerajaan perlu bantu penyusunan semula sistem pemasaran agro-makanan melalui sokongan infrastruktur, pembangunan institusi, latihan sumber manusia, pengembangan, R & D, maklumat pasaran kepada pengeluar dan insentif. . Terima Kasih

More Related