1 / 24

SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF. LATAR BELAKANG. Mesyuarat Majlis Kali Ke-104 memutuskan bahawa satu jawatankuasa perlu ditubuhkan untuk menggubal semula sukatan pelajaran Kesusasteraan Melayu.

Download Presentation

SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

  2. LATAR BELAKANG

  3. Mesyuarat Majlis Kali Ke-104 memutuskan bahawa satu jawatankuasa perlu ditubuhkan untuk menggubal semula sukatan pelajaran Kesusasteraan Melayu. • Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2003 dengan peperiksaan pertama pada tahun 2004. • Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012.

  4. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh MPM terhadap sistem peperiksaan STPM yang sedia ada. • Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. • Tujuan utama MPM memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti.

  5. Anggota jawatankuasa sukatan pelajaran ini terdiri daripada pensyarah dari beberapa universiti tempatan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka, wakil Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan guru-guru yang berpengalaman luas dalam mengajar mata pelajaran ini. • Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak enam kali. Mesyuarat pertama pada 19 Mei 2006 hingga 22 Mei 2006 dan mesyuarat terakhir pada 28 Jun 2008 hingga 2 Julai 2008. • Punca kuasa melaksanakan sukatan pelajaran ini diperoleh pada 4 Januari 2012 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri.

  6. MATLAMAT

  7. Sukatan pelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan pelajar tentang Kesusasteraan Melayu Komunikatif melalui • penghayatan karya, • bina insan, dan • pembangunan kreativiti • berasaskan teks sastera terpilih.

  8. Fokus terasnya adalah untuk • merangsang pertumbuhan dan perkembangan sahsiah dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani; • kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan; • patriotisme, kenegaraan, nilai murni, estetik, budi bahasa, ketahanan diri serta keutuhan pendidikan berasaskan teks sastera terpilih di samping menerokai disiplin, mengkomunikasikan ilmu, penulisan kreatif, prinsip pengurusan, dan elemen multimedia dalam sastera.

  9. OBJEKTIF

  10. Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar • mengapresiasi karya kesusasteraan; • mengkaji dan menelusur ilmu kesusasteraan serta penerapan ilmu bantu; • menghuraikan konsep sastera dan pembangunan meliputi pembangunan insan, masyarakat, dan negara berasaskan teks sastera terpilih; • menghasilkan karya kreatif;

  11. menyunting karya kreatif; • menguasai dan menghuraikan prinsip pengurusan dalam organisasi sastera; • mengkaji dan memahami ilmu pengurusan dalam karya; dan • menguasai dan mengaplikasikan elemen multimedia dalam teks sastera terpilih.

  12. Kandungan sukatan pelajaran ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu • Penghayatan Karya; • Sastera dan Pembangunan; • Kreativiti, Pengurusan, dan Multimedia.

  13. Aspek pembelajaran kandungan sukatan pelajaran merujuk kepada • aspek penghayatan, iaitu pembelajaran berfokus kepada analisis teks prosa dan puisi Melayu • aspek sastera dan pembangunan pula ditelusuri melalui teks karya agung dan novel terpilih • aspek kreativiti memberi fokus kepada penulisan kreatif, pengurusan, dan multimedia dalam sastera.

  14. Bilangan waktu pembelajaran untuk sukatan pelajaran ini merujuk kepada • bilangan waktu pembelajaran keseluruhan, iaitu 360 waktu pengajaran, dan • bilangan waktu pembelajaran yang diagihkan berdasarkan tiga penggal persekolahan, iaitu 120 waktu pengajaran bagi setiap penggal.

  15. TEKS KAJIAN

  16. TEKS KAJIAN BAGI PENGGAL 1 • Majlis Peperiksaan Malaysia (Penyelenggara), 2012. Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. • TEKS KAJIAN BAGI PENGGAL 2 • A. Samad Ahmad (Penyelenggara), 2003. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Edisi Pelajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. • Keris Mas, 2003. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. • TEKS KAJIAN BAGI PENGGAL 3 • Ketiga-tiga teks kajian digunakan dan tertakluk mengikut kesesuaian

  17. PERBEZAAN ANTARA SUKATAN PELAJARAN YANG SEDIA ADA DENGAN YANG BAHARU

  18. SEKIANTERIMA KASIH

More Related