1 / 29

Keutuhan Peribadi

Keutuhan Peribadi. Faizah Ahmad Pusat Penerbitan dan Percetakan. Penghayatan Nilai dan Etika. Nilai dan Etika dalam perkhidmatan awam adalah dasar utama yang akan melahirkan kecemerlangan, amanah dan tanggungjawab yang dijalankan oleh setiap anggota perkhidmatan awam.

tannar
Download Presentation

Keutuhan Peribadi

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Keutuhan Peribadi Faizah Ahmad Pusat Penerbitan dan Percetakan

  2. Penghayatan Nilai dan Etika • Nilai dan Etika dalam perkhidmatan awam adalah dasar utama yang akan melahirkan kecemerlangan, amanah dan tanggungjawab yang dijalankan oleh setiap anggota perkhidmatan awam. • Penerapan nilai yang mementingkan kecemerlangan kualiti dalam budaya dan pengurusan organisasi harus meliputi pemikiran dan tindakan semua ahli organisasi.

  3. Tonggak dua belas adalah sebagai panduan untuk menerap nilai murni dalam perkhidmatan awam oleh setiap penjawat awam. Nilai yang baik ini akan dapat membentuk peribadi seseorang menjadi seorang individu yang mulia apabila menjadi amalan.

  4. 1. Menghargai Masa • Berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan berfaedah adalah suatu kerugian kerana ‘masa itu emas.’ • Melengahkan dalam membuat keputusan mungkin akan menyebabkan kita hilang peluang keemasan atau berada di belakang. • Setiap orang diberi masa yang sama banyak setiap hari, terpulang pada individu merancang perjalanan masa masing-masing.

  5. Amalan Positif • Menepati masa • Mematuhi masa bekerja • Menyegerakan tugas • Meyediakan perancangan waktu • Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi • Menetapkan sasaran masa target date/time bagi setiap tugasan

  6. 2. Ketekunan Membawa Kejayaan • Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurna dan membawa kejayaan serta kecemerlangan. • Contoh ketekunan ialah semut yang tidak berhenti melakukan sesuatu perkara hingga selesai dan berjaya. • Victory belongs to the most preserving

  7. Amalan Positif • Tekun melaksanakan tugas • Gigih melaksanakan tugas mencabar • Rajin dan sentiasa berusaha • Sabar menghadapi cabaran pekerjaan • Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas • Dedikasi untuk mencapai matlamat organisasi

  8. 3. Keseronokan Bekerja • Kerja adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk kelangsungan hidup sama ada membanting tulang atau memeras otak. • Bekerja adalah perlakuan yang tiada penghujung, namun bagi seseorang yang optimis kerja akan mendatangkan keseronokan.

  9. Amalan Positif • Menganggap kerja sebagai ibadat • Mempunyai insiatif sendiri • Menganggap kerja yang sulit sebagai cabaran yang perlu diatasi • Menghasilkan sesuatu yang berfaedah • Memberi sepenuh komitmen kepada kerja • Sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk berjaya

  10. 4. Kemuliaan Kesederhanaan • Sikap kesederhanaan dalam tingkah laku dan perhubungan antara individu sangat digalakkan dalam pentadbiran awam. • Kesederhanaan adalah sikap yang menolak keterlaluan dalam hal seperti penetapan peraturan atau perbelanjaan. Seseorang yang bersikap sederhana akan memilih jalan pertengahan apabila berhadapan dengan situasi yang keterlaluan. • Seseorang yang sederhana tidak meninggi diri, boleh ditegur, sedia menerima kritikan dan cadangan dan merendah diri.

  11. Amalan Positif • Tidak tamakan pangkat dan kedudukan • Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat • Pemaaf dalam pergaulan • Adil dalam semua tindakan • Sedia menerima cadangan dan teguran • Tidak memperagakan kemewahan

  12. 5. Ketinggian Peribadi • Peribadi merangkumi watak, sikap, perilaku dan gaya seseorang membawa diri dalam pergaulan sesama manusia di mana sahaja dia berada. • Sikap positif dan terbuka membantu membantu seseorang meningkatkan peribadinya ke tahap yang lebih tinggi. • Perilaku yang beradab dan sopan santun turut mewarnakan peribadi.

  13. Amalan Positif • Menyempurnakan tugas dengan amanah • Ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab • Berilmu dan berpengetahuan luas • Mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan • Bertimbang rasa tetapi tegas • Bersopan santun serta sederhana dalam kelakuan

  14. 6. Kekuatan Sifat Baik Hati • Sifat baik hati penting dalam pembentukan etika kerana ia adalah sifat yang disukai oleh sesiapa sahaja. Antara sifat baik hati ialah pemurah, pemaaf, bertimbang rasa, bersimpati pada kesusahan orang lain dan suka menolong. • Seseorang yang menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan akan mengenepikan sifat baik hati yang menjadi sifat semula jadi manusia.

  15. Amalan Positif • Bersopan santun setiap masa • Bertimbang rasa dan bersimpati dengan kesusahan orang lain • Pemurah dalam usaha kebaikan • Sedia memberi kemaafan dan melupakan kejahatan orang lain • Mudah mesra dan bekerjasama • Merendah diri

  16. 7. Pengaruh Teladan • Masyarakat dipimpin oleh seseorang pemimpin atau sekumpulan pemimpin, maka segala gerak laku pemimpin menjadi ikutan masyarakat tersebut. • Sejarah menunjukkan bahawa pemimpin yang kuat, berani dan bijaksana berupaya membangun tamadun tetapi keruntuhan sesuatu tamadun juga disebabkan oleh kebodohan, kelalaian dan kelemahan pemimpin.

  17. Amalan Positif • Sentiasa berkelakuan baik serta bermoral dan berakhlak tinggi • Rajin dan kuat bekerja serta berdisiplin • Jujur, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab dalam setiap hal • Berani mempertahankan kebenaran dan kebaikan • Sederhana dalam tutur kata dan tindakan • Sanggup berkorban setiap ketika

  18. 8. Kewajipan Menjalankan Tugas • Tugas ialah tanggungjawab bagi seseorang yang bersetuju bekerja dengan mana-mana majikan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. • Tugas mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna untuk mencapai produktiviti yang ditetapkan oleh majikan.

  19. Amalan Positif • Sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan • Tekun, sabar dan boleh diharap dalam menjalankan dan menyempurnakan tugas • Cergas dan pantas bekerja • Sentiasa belajar dari kesilapan dan jadikannya sebagai iktibar • Bersikap profesional dan cekap dalam menjalankan tanggungjawab • Cermat dan berdisisplain dalam segala perkara

  20. 9. Kebijaksaan Berkhidmat • Berhemat adalah sifat yang patut diamalkan sepangjang masa, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga bagi perkara lain seperti masa, bahan dan penggunaan apa sahaja. • Orang yang berhemat menghargai perkara yang dicermatkan.

  21. Amalan Positif • Berhati-hati bila berbelanja • Tidak membazir harta kerajaan • Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan • Menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik • Bertanggungjawab atas perbelanjaan yang dilakukan • Mengadakan sistem kewangan yang berkesan

  22. 10. Keutamaan Kesabaran • Kesabaran adalah sifat terpuji kerana seseorang yang sabar boleh menerima segala cabaran dengan tenang dan dapat memikirkannya dengan teratur. • Semangat tabah pada seseorang akan mencerminkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas, keberaniannya menghadapi dugaan dan kayakinan terhadap matlamat yang harus dicapai.

  23. Amalan Positif • Tenang menghadapi masalah rumit • Mempunyai perhitungan jauh dalam membuat keputusan • Tahan menerima cabaran • Tidak mudah berputus asa • Cermat dan berhati-hati dalam setiap tutur kata • Teliti dalam menyiapkan tugas untuk mencapai kesempurnaan

  24. 11. Peningkatan Bakat • Bakat adalah sifat yang mendorong penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah yang berkesan. • Setiap orang mempunyai bakat dan kelebihan masing-masing. Namun bakat tersebut perlu dipupuk supaya dapat berkembang dengan baik.

  25. Amalan Positif • Memberi dorongan terhadap kreativiti • Menggalakkan pemikiran baru dan percambahan fikiran • Mengenal dan memupuk bakat yang ada • Berani mencuba idea baru • Menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif • Menyediakan persekitaran dan suasana yang dapat melahirkan idea-idea kreatif

  26. 12. Nikmat Mencipta • Kepuasan adalah tujuan dan kemuncak dalam segala usaha seseorang. • Kepuasan juga boleh dicapai apabila seseorang berjaya mencipta sama ada melalui penyelidikan atau kreativiti dalam penyelesaian masalah yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

  27. Amalan Positif • Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan • Sentiasa berada dalam cabaran intelektual • Sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah • Gembira melihat kewujudan idea dan kaedah baru dalam pentabiran • Berani mencuba idea dan perkara baru yang dicadangkan

  28. Nilai utama dalam perkhidmatan awam • Taat setia • Amanah, Bersih dan Jujur • Bertanggungjawab • Berkecuali • Adil dan saksama • Prestasi cemerlang dan berkualiti • Ketepatan masa • Perkhidmatan ramah dan mesra • Sikap berjimat cermat

  29. Teras Perkhidmatan Awam • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan • Bekerja dengan penuh tanggungjawab • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri • Berkhidmat dengan penuh muhibbah & kemesraan • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara • Bekerjasama membenteras kelemahan & musuh negara • Berpegang teguh pada ajaran agama

More Related