1 / 6

KONSEP ILMU PENGETAHUAN

KONSEP ILMU PENGETAHUAN. Ilmu diperlukan oleh semua manusia untuk memandu dan membangunkan kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Persoalan tentang ilmu : - Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? - Bagaimanakah ilmu boleh dipertingkat?

sonora
Download Presentation

KONSEP ILMU PENGETAHUAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KONSEP ILMU PENGETAHUAN • Ilmu diperlukan oleh semua manusia untuk memandu dan membangunkan kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. • Persoalan tentang ilmu: - Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu? - Bagaimanakah ilmu boleh dipertingkat? - Apakah hubungan ilmu dengan pengetahuan, pemikiran, idea dan minda? - Bagaimana tingkah laku boleh dijana menerusi ilmu? - Bagaimana menerapkan ilmu dalam masyarakat? * Sesetengah golongan tidak berusaha meningkatkan ilmu untuk diri, keluarga, negara dan ketamadunan. Ilmu bagi golongan ini merupakan barang yang telah hilang. Jamhari Rafea/Kota Kinabalu 2006

  2. ILMU MENGIKUT PANDANGAN BARAT • Ilmu disebut sebagai knowledge. Knowledge bermaksud tahu: proses mengenal yang diperoleh melalui pengalaman (orang, benda, fakta). • Ilmu dirujuk sebagai pengetahuan semata-mata, yang diperoleh melalui pengalaman diri, iaitu bagaimana ia tahu tentang sesuatu fenomenon, atau benda di alam ini, atau fakta tertentu yang tiba padanya. • Ilmu juga ditakrifkan sebagai dapatan secara empirikal atau pengalaman dan eksperimen untuk menguasai alam. • Descartes mentakrifkan ilmu sebagai apa-apa sahaja yang dapat ditanggap oleh manusia melalui pemikirannya. Ilmu merupakan sesuatu yang diperoleh melalui persepsi manusia terhadap persekitarannya. Jati diri dikenali dengan engkau, apa yang kaufikirkan. • Kant mengatakan bahawa ilmu bukan sekadar sekumpulan perasaan manusia, tetapi lebih kepada suatu konsep peralatan yang membolehkan manusia memahami sesuatu, yang tidak diperoleh melalui pengalaman. Baginya, etika mestilah patuh pada pemikiran rasional. Jamhari Rafea/Kota Kinabalu 2006

  3. ILMU MENGIKUT PANDANGAN BARAT > Mortimer Adler telah membedakan antara ilmu dengan pendapat.Pendapat ialah pandangan yang tidak perlu dikongsi bersama dengan orang lain. Pendapat ialah hujah seseorang yang boleh dipertikai oleh orang lain. > Pendapat mempunyai tiga tahap: - Kenyataan yang terdedah pada ketidakpastian mengikut tanggapan seseorang tentang sesuatu, bukannya suatu kemestian. - Pendapat masih boleh diragukan dan dipertikaikan. - Dua orang yang sama ilmunya mungkin berbeda pendapatnya tentang objek yang sama. • Adler menganggap ilmu sekiranya perkara yang kita fikirkan memaksa kita berfikir tentangnya mengikut cara tertentu. Perkara yang tidak boleh difikirkan bukanlah ilmu. Ilmu dalam pandangan barat ialah pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman, perolehan maklumat secara empirikal dan pemikiran tentang sesuatu melalui kaedah tertentu, yang membolehkan manusia meneroka dan mengekploitasi alam. Hubungan antara sistem nilai dengan keilmuan masih kabur. Jamhari Rafea/Kota Kinabalu 2006

  4. ILMU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM • Mengikut Franz Rosenthal, umat Islam ialah umat ilmu. Ilmu dalam Islam dibahagikan kepada 12 kategori: - Ilmu ialah sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui. - Ilmu ialah kognisi. - Ilmu ialah proses memperoleh atau mencari menerusi persepsi mental. - Ilmu ialah proses membuat penjelasan, penegasan atau penglibatan. - Ilmu ialah rupa bentuk sesuatu, makna sesuatu, konsepsi atau tasawuf. - Ilmu ialah kepercayaan dan pengesahan kebenaran. - Ilmu ialah ingatan, imaginasi, citra atau bayangan, pandangan atau pendapat. - Ilmu sebagai gerak-geri. - Ilmu sebagai hubungan. - Ilmu berhubungan dengan amal dan perbuatan. - Ilmu berlawanan dengan kejahilan. - Ilmu hasil intuisi atau hasil renungan akal. Jamhari Rafea/Kota Kinabalu 2006

  5. ILMU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM • Pengertian ilmu mencakupi pelbagai aspek tanggapan, pemikiran dan kehidupan manusia itu sendiri. Hal ini dapat diperjelas melalui pendekatan falsafah, empirik atau konseptual. • Syed Muhammad Naquib Al-Attas mentakrifkan ilmu secara epistemologi, iaitu sebagai ketibaan dalam kalbu seseorang tentang makna sesuatu perkara, atau ketibaan oleh kalbu tentang makna sesuatu. Ilmu ialah ketibaan maklumat yang benar dan bermakna ke dalam diri insan. > Untuk memastikan bahawa ketibaan itu terjadi, usaha tertentu perlu dilakukan. Antaranya pembacaan, interaksi dengan alam, pemerhatian, peningkatan pengalaman diri, perguruan, perbincangan, persidangan…yang dilakukan dengan adab dan akhlak yang terpuji. Jamhari Rafea/Kota Kinabalu 2006

  6. ILMU MENGIKUT PANDANGAN ISLAM • Ilmu merupakan ketibaan maklumat. Maklumat ialah sebarang perkara yang diketahui tentang sesuatu objek. Maklumat itu boleh berupa sifat, kelakuan, data atau apa-apa sahaja yang boleh menerangkan objek yang dicerap itu. Lebih banyak yang diketahui tentang sesuatu, lebih banyaklah maklumat yang diperoleh. • Untuk memastikan bahawa maklumat itu bersifat ilmu, maka maklumat itu mestilah benar. Benar bermaksud maklumat itu mestilah bersifat hakiki, iaitu tidak ada unsur keraguan sama sekali. Jika maklumat itu tidak benar, maka martabat ilmu akan menjunam, ilmu akan rosak dan pemikiran akan kacau. • Maklumat yang benar dapat dipastikan melalui kaedah analisis, sintesis, hipotesis… sesuai dengan keperluan dalam bidang tertentu tempat ilmu itu diperoleh. • Maklumat itu mestilah bermakna kepada yang menerimanya. Makna bergantung pada pengetahuannya sebelum ini, tentang latar belakang dan senario di sekitar fenomenon ini. Lebih banyak maklumat diperoleh, lebih bermakna fenomenon tersebut, dan lebih mudah dicari jalan penyelesaiannya. Jamhari Rafea/Kota Kinabalu 2006

More Related