1 / 26

SISTEM URINARI

SISTEM URINARI. KONSEP. Makanan yang dimakan dicernakan oleh sistem pencernaan melalui enzim dan hormon yang dirembeskan tubuh.

rance
Download Presentation

SISTEM URINARI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SISTEM URINARI

  2. KONSEP • Makanan yang dimakan dicernakan oleh sistem pencernaan melalui enzim dan hormon yang dirembeskan tubuh. • Molekul-molekul makanan dipecahkan kepada unit-unit yang lebih ringkas dan diserap ke sel-sel tertentu untuk menghasilkan sel-sel yang baru, molekul-molekul pengatur yang baru seperti enzim dan molekul dan tenaga untuk menyokong proses kehidupan. • Manakala bahan yang tidak boleh digunakan lagi (bahan buangan) dikeluarkan bersama-sama air dan karbon dioksida sebagai hasil terakhir. • Makanan yang tidak diserap akan dikeluarkan dari trek gastrousus sebagai feses melalui najis. Karbon dioksida dibawa balik ke paru-paru oleh darah dan dikeluarkan melalui proses ekspirasi oleh sistem pernafasan. Sebahagian daripada bahan larut dalam air dan disingkirkan oleh kulit melalui peluh. • Bahan toksik dan bahan asas yang berlebihan dikeluarkan dari badan sebagai air kencing melalui sistem urinari.

  3. Bahan makanan yang dimakan Disingkir keluar melalui anus – najis(feses) Kulit – peluh Paru-paru – karbon dioksida & wap air Sistem urinari – urea ( air kencing) Tidak diserap oleh tubuh Dicerna oleh sistem pencernaan hasilkan • Unit-unit lebih ringkas yang dibawa oleh darah untuk menghasilkan sel yang baru. • molekul-molekul pengatur seperti hormon dan enzim • tenaga yang menyokong proses hidup

  4. FUNGSI-FUNGSI SISTEM URINARI • Menyingkirkan bahan kumuh ( bahan toksik) daripada darah • Mengawal isipadu dan komposisi bahan kimia • Mengimbangi paras asid dan alkali dalam darah

  5. ORGAN-ORGAN SISTEM URINARI • 2 Ginjal (renal) • 2 ureter - ( tiub yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing) • 1 pundi kencing - (alat penakung air kencing) • 1 uretra - (terusan yang membawa air kencing dari pundi kencing ke luar untuk disingkirkan

  6. STRUKTUR SISTEM URINARI

  7. GINJAL • Organ berbentuk seperti kacang merah. • Terletak di bahagian atas dinding abdomen posterior, di antara aras tulang vertebra toraks ke-12 dan tulang vertebra lumbar ke-3. • Tisu lemak mengelilingi ginjal dan melindunginya. • Ginjal kanan terletak di bawah sedikit berbanding ginjal kiri kerana hati menggunakan bahagian luas di sebelah kanan abdomen. • Kedua-dua ginjal mempunyai arteri renal dan vena renal. • Arteri renal membawa darah beroksigen dari jantung ke ginjal manakala vena renal membawa darah terdeoksigen dari ginjal kembali ke jantung. • Air kencing dibawa ke pundi kencing melalui ureter. • Ginjal mengandungi lebih dari sejuta unit berfungsi asas yang disebut nefron • Setiap ginjal orang dewasa berukuran : - 10 – 12 cm panjang - 5 – 7 cm lebar - 2.5 cm tebal

  8. KEDUDUKAN GINJAL DALAM TUBUH DARI PANDANGAN SISI

  9. STRUKTUR GINJAL • Setiap ginjal diliputi oleh tiga lapisan: • Lapisan dalam dinamai kapsul renal atau kapsul sebenar. • Lapisan luar terdiri daripada tisu perantara padat yang disebut fasia renal atau kapsulpalsu. • Diantara kedua-dua lapisan tisu ini ialah lapisan berlemak yang dikenali sebagai lemak perirenal. • Apabila ginjal dipotong dua secara longitudinal, kelihatan kawasan yang pucat berhampiran dengan kapsul yang dikenali sebagai korteks. • Korteks mengelilingi kawasan dalam yang lebih gelap yang disebut medula. • Medula terdiri daripada banyak kawasan segi tiga gelap yang dinamai piramid. • korteks yang pucat masuk kedalam di antara piramid membentuk kolum-kolumrenal.

  10. STRUKTUR GINJAL • Dasar setiap piramid menghadap ke korteks, manakala apeknya yang dinamai papilarenal menghadap ke hilum. • Setiap papilarenal membuka ke dalam ruang kecil berbentuk corong yang disebut kaliksminor. • Gabungan kaliks minor membentuk kaliks major • Gabungan dua tiga kaliksmajor membentuk pelvisureter, iaitu bahagian atas ureter yang melebar.

  11. STRUKTUR GINJAL (POSISI BELAHAN LONGITUDUDINAL)

  12. NEFRON – UNIT YANG MEMBINA GINJAL

  13. FUNGSI GINJAL • Ginjal mempunyai 2 fungsi utama; iaitu: • Perkumuhan • Pengosmokawalaturan • Sebagai organ perkumuhan, ginjal menyingkirkan bahan kumuh toksik seperti: • Urea • Asid Urik • Ammonia • Kreatinina • Sebagai organ pengosmokawalaturan, ginjal mengawal: • Jumlah isipadu air dalam bendalir badan • Kepekatan ion dalam bendalir badan • Tekanan osmosis iaitu kepekatan zat terlarut dan isipadu darah serta bendalir badan • Kandungan elektrolit dan ph darah serta bendalir badan

  14. FISIOLOGI PEMBENTUKAN AIR KENCING • Fisiologi pembentukan air kencing boleh dibahagikan kepada 3 peringkat : • Ultraturasan (Penapisan oleh gumpalan rerambut) • Penyerapan semula di tubul uriniferus • Rembesan dari salur halus kecil.

  15. ULTRATURASAN (PENAPISAN) • Peringkat pertama dalam pembentukan air kencing. • Proses ini berlaku diantara glomerulus dan kapsul Bowman. • Kandungan darah di dalam rerambut yang membina glomerulus itu tertapis keluar secara mekanikal ke dalam kapsula Bowman. • Proses ultraturasan dapat berlaku glomerulus kerana: • tekanan darah di dalam salurnadi ginjal dan cabangnya adalah tinggi (ginjal terletak berhampiran aorta) • Salung di dalam salurnadi halus penghantar adalah lebih besar daripada salung di dalam salur nadi halus pengeluar. • Rerambut atau kapilari darah yang membina gumpalan rerambut mempunyai liang-liang halus yang banyak. • Oleh itu, air dan bahan-bahan habluran( bahan yang mudah larut) ditapis keluar dari gumpalan rerambut ke dalam kapsula Bowman. • Bahan-bahan koloid( iaitu bahan yang bermolekul besar) seperti protien tidak ditapis keluar.

  16. PENYERAPAN SEMULA • Hasil tursan glomerulus akan mengalir masuk ke dalam tubul berlingkar proksimal, liku Henle, tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul. • Disepanjang tubul, hasil turasan glomerulus, iaitu air dan zat terlarut diserap semula ke dalam aliran darah melalui kapilari darah (kapilari peritubul) yang melingkari tubul uriniferus. • Proses penyerapan semula adalah perlu kerana bahan yang berguna perlu dikembalikan ke dalam aliran darah

  17. PROSES ULTRATURASAN

  18. PEREMBESAN ATAU PENGELUARAN • Perembesan ialah pergerakan bahan dari kapilari yang melingkari tubul ( kapilari peritubul) ke dalam tubuh ginjal. • Bahan yang dirembes masuk ke dalam tubul merupakan bahan yang tidak terturas ke dalam kapsul Bowman. • Bahan yang dirembes secara aktif ke dalam tubul ginjal ialah ion hidrogen, ion kalium, bahan toksik seperti dadah dan bahan bernitrogen. • Proses rembesan membolehkan badan mengawal atur ph bendalir badan dan menyingkirkan bahan toksik atau bahan yang tidak diperlukan. Lazimnya, air kencing terdiri daripada air,urea, garam natrium klorida, asid urik dan ammonia.

  19. PENGOSMOKAWALATURAN • Proses pengosmokawalaturan merupakan proses keseimbangan kandungan air dan garam mineral. • Komposisi bendalir badan lebih dipengaruhi oleh isipadu air kencing yang disingkirkan oleh ginjal berbanding kuantiti air yan diambil oleh badan. • Pengosmokawalaturan dikawal oleh hormon: • Hormon antidiuresis (ADH) yang dirembeskan oleh cuping posterior kelenjar pituitari. • Hormon aldosteron yang dirembeskan oleh bahagian korteks kelenjar adrenal. Perembesan hormon aldosteron juga dikawal oleh kelenjar pituitari. • Hormon ADH mengawal ketelapan membren tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul terhadap air. Hormon ADH memyebabkan kedua-dua menjadi lebih telap kepada air.Akibatnya, lebih banyak air diserap ke dalam aliran darah. • Hormon Aldosteron mengawal atur penyerapan semula ion natrium di liku Henle.

  20. Mekanisme pengawalan air kencing oleh hormon Mekanisme pengawalan air kencing oleh hormon

  21. Dalam proses pengosmokawalaturan, penyerapan semula air adalah lebih penting daripada penyerapan semula ion natrium. • Proses pengosmokawalaturan oleh ginjal adalah berasaskan kepada mekanisme suap balik negatif. • Air dalam darah diimbangi seperti berikut:

  22. Minum terlalu banyak air Minum air sedikit / mkn makanan masin / terlalu byk berpeluh Impuls saraf Impuls saraf Tekanan osmosis darah turun Tekanan osmosis darah meningkat Kelenjar pituitari Osmoreseptor dlm hipotalamus kurang diransang Osmoreseptor dlm hipotalamus diransang Hormon ADH Kurang dirembeskan Rembesan hormon ADH ditingkatkan Tubul liku distal &duktus pengumpul bersifat tidak telap air Tubul liku distal & duktus Pengumpul menjadi lebih telap air Kurang air diserap Lebih banyak air diserap Air kencing sedikit dan pekat dihasilkan Air kencing banyak& cair dihasilkan Tekanan osmosis darah kembali ke aras normal

  23. IMBANGAN ELEKTROLIT,ASID DAN ALKALI. • Ginjal merupakan organ hemoestatis penting dalam tubuh. • Fungsi ini dikawal oleh nefron melalui 3 proses utama, iaitu penapisan,penyerapan semula, dan rembesan. • Pada proses: • (a) Penapisan • Menapis dan mengasingkan molekul-molekul besar dan kecil • Proses berlaku di antara gomerulus dan kapsul Bowman • H2O,glukosa, asid amino, dan urea dipaksa masuk ke Kapsul Bowman • Sel darah merah, putih dan platlet kekal dalam kapilari glomerulus

  24. (b) Penyerapan Semula • Proses penyerapan semula berlaku disepanjang tubul proximal, liku Henle dan tubul Distal • H2O diserap semula melalui proses osmosis, dan nutrien serta mineral diserap melalui poses pengangkutan aktif • Penyerapan di tubul proximal adalah seperti berikut: - 100% glukosa, asid amino, vitamin dan hormon • - 80% hasil penapisan diserap di sini • - 75% ion mineral diserap • - 70% air juga diserap di sini • Tubul proximal menyebabkan penyerapan efektif kerana: - Membren sel tubul proximal terdiri daripada mikrovilus- ini menambahkan permukaan penyerapan - Mengandungi banyak mitokondria untuk menjana tenaga ATP bagi membantu pengangkutan aktif

  25. Penyerapan semula di liku Henle • -Di liku Henle menurun, air diserap melalui osmosis dan di liku Henle menaik natrium diserap. • Penyerapan di tubul Distal • -Air diserap melalui proses osmosis, ion natrium dan ion bikarbonat diserap melalui pengangkutan aktif • Penyerapan di duktus pengumpul • -Air diserap melalui osmosis • (c) Rembesan • Berlaku di tubul proximal.nitrogen, dadah, dan antibiotik yang dicerna oleh hati dirembes keluar • Ion kalium dan hidrogen dalam darah juga dirembes keluar di tubul distal

More Related