1 / 23

SISTEM DAN PENDEKATAN SISTEM

SISTEM DAN PENDEKATAN SISTEM. KULIAH 2. BUMI SEBAGAI SATU SISTEM. Apa itu sistem ?

carr
Download Presentation

SISTEM DAN PENDEKATAN SISTEM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SISTEM DAN PENDEKATAN SISTEM KULIAH 2

  2. BUMI SEBAGAI SATU SISTEM Apa itu sistem? • Sistem berasal daripada bahasa Latin (systēma) dan bahasa Yunani (sustēma). Ia bermaksud suatu kesatuan yang terdiri komponen atau elemen yang dihubungkan bersama untuk memudahkan aliran informasi, bahan atau tenaga. Istilah ini sering digunakan bagi menggambarkan suatu set entiti yang berinteraksi. • Menurut Chorley dan Kennedy (1971) sistem ialah satu set himpunan objek yang berstruktur, berkait antara satu sama lain supaya dapat bertindak sebagai satu operasi besama-sama sebagai satu organisasi yang kompleks. Sebahagian daripada angkubah tersebut bergantung dengan angkubah lain. • Sistem mesti ada : Set objek, atribut, hubungan dan sempadan

  3. "The Earth is a system which is made of connected parts that work together dynamically.   Humans play a significant role in the Earth system." Earth System Science was established as a science in 1988.  

  4. Earth as a system(Bumi sebagai satu sistem) • Tiga prinsip yang boleh membantu memahami bumi sebagai satu sistem • Prinsip 1:    MATTER CYCLES (kitaran bahan) • Bahan kimia (bahan) penting dalam kitaran yang berlaku di bumi (kitaran air, kitaran karbon dan kitaran batuan). Daripada satu sudut kitaran, bumi merupakan satu sistem tertutup kerana bahan atau jisim berada dalam bilangan sama walaupun mengalami kitaran berterusan. Tidak ada yang bertambah dan tidak ada yang kurang. • Prinsip 2:   ENERGY FLOWS (Aliran tenaga) Fungsi planet ini adalah bergantung kepada input ttenaga daripada matahari. Dari sudut aliran tenaga, bumi adalah satu sistem terbuka kerana tenaga bertambah dan berkurang di bumi. • Principle 3:  LIFE WEBS (Rantai hidupan) Prinsip ini menghubungkan semua organisma dalam satu kitaran bahan dan aliran tenaga. Dari sudut ini, bumi merupakan satu sistem yang berjaringan dan terbuka.

  5. Sistem dalam persekitaran fizikal • Sistem aliran/ sistem struktur (flow / structural system)\ Merujuk kepada kerencaman struktur dalaman sistem tersebut • Sistem Morfologi • Sistem Lata • Sistem Maklum balas • Sistem fungsi (functional system) Merujuk kepada bagaimana sistem dan ciri-ciri objeknya bertindakbalas akibat kemasukan (aliran) tenaga dan bahan. • Sistem pencil (Isolated system) • Sistem Tertutup(Closed system) • Sistem Terbuka(Open system) • Terma berkaitan: • Statik : Tidak ada kemasukan atau pertukaran tenaga atau bahan • Dinamik : Tenaga digunakan untuk memindahkan bahan antara elemen sistem • Keseimbangan : Bahan dan tenaga tidak berubah bilangannya

  6. Konsep Keseimbangan • Ia adalah satu sistem berupaya mengekalkan keadaan purata yang mengikut masa tidak berubah. White, Mottershead dan Harrison (1984) menyatakan keadaan purata merujuk kepada • 1.) kemerosotan komponen morfologi sesuatu sistem dan • 2.) aliran jisim dan tenaga dalam sistem tersebut. • Dalam dunia sebenar tidak wujud pengekalan keadaan purata. Oleh itu keseimbangan berubah dan boleh di kelaskan kepada 4 iaitu:- • Keseimbangan (Steady-state) • Keseimbangan Statik • Keseimbangan Dinamik • Keseimbangan Tidak Stabil • Keseimbangan Termodinamik

  7. Pendekatan sistem • Apa itu pendekatan sistem? • Satu kaedah menggubakan prinsip sistem dalam menjelaskan dan memahami sesuatu kejadian atau fenomena. • Pendekatan sistem dalam kajian persekitaran fizikal digunakan bagi memahami proses-proses persekitaran dan bagaimana untuk mengelakkan perkara negatif kepada persekitaran fizikal itu sendiri ataupun kepada persekitaran manusia. Contohnya, menggunakan model sistem sungai begi memahami atau meramal proses-proses di kawasan sungai.

  8. Pendekatan berdasarkan fungsi • Sistem Terpencil : Sistem ini diasingkan dari kawasan sekeliling. Tidak wujud pemindahan tenaga dan jisim/ bahan antara sempadan. Contoh apabila kita membuat ujian makmal • Sistem Tertutup : Terdapat pemindahan tenaga antara sempadan sistem dan tidak membenarkan pemindahan jisim/ bahan (Ada aliran tenaga tapi tidak ada perubahan bahan secara fizikal). Contoh antara sistem bumi dan matahari. Kita menerima tenaga solar dari matahari tapi tidak melihat perubahan fizikal • Sistem Terbuka : Terdapat pemindahan tenaga dan jisim antara sempadan sistem. Sistem ini terlalu banyak kita lihat dalam persekitaran kita. Sebagai contoh sistem awan dengan lembangan saliran. Tenaga Tenaga Tenaga jisim Tenaga Jisim

  9. Pendekatan berdasarkan Struktur Pendekatan sistem berdasarkan struktur, tiap satunya berbeza tahap kerencamannya iaitu : • Bergantung kepada jumlah pembolehubah yang terdapat dalam sesuatu sistem dari segi taburannya dalam ruang. • Perhubungan statistiknya (korelasi) yang bertambah rencam. • Terdapat arah perhubungan (causality) yang akan menentukan pembolehubah bersandar dan tidak bersandar • Corak hubungan yang terdapat di antara pembolehubah. • Hubungan dengan pembolehubah di luar sempadan sistem. • Hasilan/ Bentuk yang wujud daripada sistem terutamanya tenaga, bahan dan perubahan pada struktur sistem.

  10. Pendekatan berdasarkan Struktur • Sistem Morfologi : - Kajian “apakah struktur (Proses) yang ada?”. - Kaji perhubungan di antara morfologi sistem (objek/ pembolehubah) melalui kaedah statistik. - Tiada penerangan tentang pertukaran tenaga dan jisim. Contohnya apakah korelasi antara tebing terdedah dengan mendakan sungai. • Sistem Lata : - Kajian “apa yang berlaku” iaitu kajian yang meliputi pemindahan tenaga dan jisim melalui kajian input (kemasukan) dan output (keluaran). - Menjelaskan sesuatu itu berlaku secara berstruktur mengikut aturan akibat aliran tenaga. Contohnya bagaimana gelongsoran tanah berlaku, bagaimana tenaga mempengaruhi perubahan jisim • Sistem Proses-Tindakbalas : - Meliputi sistem morfologi (bentuk) dan lata (proses). - Kesan sistem ini akan menghasilkan maklum balas (feedback) samada maklumbalas positif atau maklumbalas negatif. Kesan maklum balas akan menghasilkan satu konsep keseimbangan terhadap alam sekitar. - Kebanyakan sistem semulajadi mempunyai maklum balas negatif untuk mencapai keseimbangan.

  11. Sistem bumi adalah terlalu besar untuk dikaji. Oleh itu MODEL digunakan untuk memahami tentang sistem bumi.Model ialah satu contoh yang seakan sama dengan keadaan sebenran.Berikut adalah satu contoh model sistem. Contoh lain adalah akuarium, model gunung berapi, model sungai dan model jaringan makanan.

  12. Kitaran air

  13. Sistem sungai

  14. Kitaran air dan persekitaran

  15. Kitaran batuan

  16. Rantai makanan

  17. Ekosistem • Ekosistem (sistem ekologi) adalah suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik antara benda hidup dengan benda tidak hidup. • Komponen-komponen ekosistem adalah: • Komponen hidup (biotik) • Komponen tidak hidup (abiotik) • Oleh kerana bumi mempunyai komponen hidup dan tidak hidup yang saling berinteraksi, maka bumi juga merupakan satu ekosistem.

  18. Ekosistem

  19. Kepentingan mengetahui pendekatan sistem • Memahami proses dalam sistem • Menggunakan pendekatan sistem untuk menguruskan persekitaran • Memastikan kesejahteraan sejagat

  20. Penutup • Sistem merupakan satu set unsur yang bertindak bersama dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. • Lihat sekeliling anda, apakah contoh sistem yang anda lihat? Ciri-cirinya mestilah berkaitan dengan ciri utama sistem, iaitu mesti ada : Set unsur yang saling mempengaruhi ……

  21. Cadangan rujukan: • Bradshaw, M & Weaver, R. 1993. The Physical Geography: an introduction to earth environments. United State of America: The C.V Mosby Company. • Gregory, K.J. & Walling, D.E. 1988. Manusia dan Proses Persekitaran. Terj. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. • Jamaluddin Jahi dan Ismail Ahmad. 1987. Pengantar Geografi fizikal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. • Tengku Anuar Teng Dalam & Shaharuddin Hj. Ahmad. Geografi Fizikal. Ed.3. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

  22. SEKIAN

More Related