1 / 15

KARANGAN

KARANGAN. Contoh Soalan. Sekolah sentiasa mengadakan aktiviti di luar bilik darjah untuk para pelajarnya. Bincangkan sebab-sebab aktiviti tersebut dijalankan. Kata kunci: 1. aktiviti di luar bilik darjah 2. sebab-sebab aktiviti dijalankan. Apakah aktiviti di luar bilik darjah?

penny
Download Presentation

KARANGAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KARANGAN

  2. Contoh Soalan • Sekolah sentiasa mengadakan aktiviti di luar bilik darjah untuk para pelajarnya. Bincangkan sebab-sebab aktiviti tersebut dijalankan. • Kata kunci: • 1. aktiviti di luar bilik darjah • 2. sebab-sebab aktiviti dijalankan

  3. Apakah aktiviti di luar bilik darjah? - kokurikulum - kelab, persatuan, badan beruniform, sukan - kem, perkhemahan, lawatan, mesyuarat, kawad, pertandingan dll.

  4. Sebab-sebab diadakan:- - menambah ilmu - meningkatkan daya kepimpinan - mengeratkan persahabatan - mencergaskan badan dan mencerdaskan fikiran

  5. Contoh Pendahuluan Sekolah merupakan tempat yang paling kondusif untuk melahirkan modal insan yang berpotensi dan berketerampilan. Di sini segala ilmu dan kemahiran dititiskan oleh para guru melalui pembelajaran di dalam kelas dan aktiviti di luar kelas. Aktiviti di luar kelas amat penting untuk membentuk pelajar yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

  6. Cara menghurai isi • Mengeratkan persahabatan - Melalui aktiviti di luar bilik darjah para pelajar berpeluang mendapat kawan baru dan mengeratkan persahabatan yang sedia terjalin. Contohnya, dalam perkhemahan pengakap ahli-ahlinya dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid dari kelas, tingkatan dan kaum yang berbeza. Dengan itu, mereka dapat saling berkenalan dan memupuk kemesraan dalam kalangan mereka. ( 50 kata)

  7. Ulasan Karangan • Selain itu, mengadakan aktiviti boleh mengeratkan persahabatan dan komunikasi. Dengan ini, kita boleh membebaskan pelajaran dengan menyertai aktiviti. • Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat mengeratkan persahabatan. Melalui aktiviti yang dijalankan, para pelajar akan saling berkomunikasi dan bekerjasama. Dengan itu kemesraan akan semakin baik. Mereka juga akan mendapat rakan baru dari kelas dan tingkatan yang berbeza.

  8. Ulasan Karangan • Di samping itu, kita dapat menjaya hasrat kerajaan dalam Satu Malaysia. Kita juga boleh menanam sifat-sifat baik dalam aktiviti-aktiviti. • Di samping itu, kita dapat menjayakan hasrat kerajaan. Kerajaan memperkenalkan dasar 1Malaysia. Dasar ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kaum di negara ini. Justeru itu, dasar ini dapat dilaksanakan melalui aktiviti di luar bilik darjah kerana aktiviti ini biasanya melibatkan pelajar daripada pelbagai kaum.

  9. Ulasan Karangan: Gabung Isi • Selain itu, murid-murid menjalankan aktiviti juga mengeratkan hubungan kawan-kawan dan kawan-kawan pelbagai kaum. Dengan ini kita dapat menjayakan hasrat kerajaan dalam program Satu Malaysia. Mengadakan aktiviti kokurikulum seperti kem boleh memupukkan sikap bekerjasama dengan rakan-rakan. Bekerjasama boleh menyiapkan kerja dengan cepat dan gembira.

  10. Latihan 1: Buat huraian isi karangan berikut. • Antara faktor gejala sosial berlaku ialah sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa.Ibu bapa yang sibuk bekerja sukar untuk memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Ini menyebabkan anak-anak mereka menjadi jahat dan melakukan sesuatu yang negatif seperti menghisap dadah, berlumba haram, menonton video lucah dan sebagainya. (Yap Zhi Lin)

  11. Latihan 2: Buat huraian • Minat membaca buku dalam kalangan pelajar dapat disemai dengan cara mewujudkan perpustakaan mini di rumah.

  12. Ulasan Latihan • Minat membaca buku dalam kalangan pelajar dapat disemai dengan cara mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Membaca buku boleh mengisi masa lapang kita dan menambah ilmu pengetahuan kita. Jika kita banyak membaca buku, kita akan mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. • (Tidak ulas tentang perpustakaan mini).

  13. Ulasan Latihan • Minat membaca buku dalam kalangan pelajar dapat disemai dengan cara mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Dengan wujudnya perpustakaan mini di rumah, pelajar dapat mengisi masa lapang dengan membaca buku. Secara tidak langsung, amalan dan minat membaca buku dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. Dengan ini, keputusan peperiksaan mereka akan meningkat. • (Ulasan yang tepat dan baik oleh Lim Kai Xin).

  14. Latihan 1: Bina Ayat • Tumpah= Air kopi tumpah di atas bajunya. • Menumpahkan= Budak itu menumpahkan air ke atas lantai. • Tumpahan = Tumpahan minyak berlaku di Selat Melaka. • Ditumpahkan = Air ditumpahkan oleh Atan. 5. Pertumpahan = Pertumpahan darah berlaku antara dua puak yang bermusuhan itu.

  15. Latihan 2: Hurai Isi Karangan • Kemalangan jalan raya berlaku kerana sikap negatif pengguna jalan raya.

More Related