pemeringkatan karangan n.
Download
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
Pemeringkatan Karangan PowerPoint Presentation
Download Presentation
Pemeringkatan Karangan

Loading in 2 Seconds...

play fullscreen
1 / 15

Pemeringkatan Karangan - PowerPoint PPT Presentation


  • 127 Views
  • Uploaded on

Pemeringkatan Karangan. Tajuk : Sekolah Kamu Telah Mengadakan Hari . Ceritakan Pengalaman Kamu Pada Hari Tersebut . Penyampai : Cikgu Haris bin Haji Hussin (Guru Cemerlang BM, Guru Sumber BM dan Jurulatih Utama BM). Tahun 2.

loader
I am the owner, or an agent authorized to act on behalf of the owner, of the copyrighted work described.
capcha
Download Presentation

PowerPoint Slideshow about 'Pemeringkatan Karangan' - kanan


An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript
pemeringkatan karangan
PemeringkatanKarangan
  • Tajuk:
  • SekolahKamuTelahMengadakanHari. CeritakanPengalamanKamuPadaHariTersebut.
  • Penyampai:
  • CikguHaris bin HajiHussin
  • (Guru Cemerlang BM, Guru Sumber BM danJurulatihUtama BM)
tahun 2
Tahun 2

Pada hari Sabtu , sekolah sayatelah mengadakan hari sukan. Ramai ibu bapa hadir. Murid-murid beratur untuk masuk ke padang.

Guru besar memberi ucapan hari sukan. Acara sukan dimulakan pada jam 9.00 pagi. Murid-murid

bersorak dengan gembira. Hadiah disampaikan kepada pemenang.Sukan tamat pada pukul 2:00 petang.

tahun 3
Tahun 3

Pada hari Sabtu yang lepas,sekolah saya telah mengadakan hari sukan. Ramai ibu bapa hadir pada hari sukan tersebut.

Puan Fazira binti Abd.Rahman,Guru Besar sekolah menyampaikan ucapan. Acara sukan bermula pada jam 9.00 pagi.Murid-murid Tahap 1 mengambil bahagian dalam acarasukaneka. Murid-murid bersorak dengan gembira.Para peserta berlumba dengan bersungguh-sungguh.

Hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh guru besar. Sukan tahunan sekolah saya berakhir pada pukul 2 : 00 petang.

tahun 4
Tahun 4

Pada hari Sabtu yang lepas , satu kejohanan sukan telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Mahsuri.

Ramai ibu bapa hadir untuk menyaksikan temasya sukan tersebut. Acara dimulakan dengan perbarisan rumah sukan dan pasukan unit beruniform.

Puan Fazira binti Abd.Rahman Guru Besar sekolah telah menyampaikan ucapan perasmian. Acara sukaneka bermula pada jam 9.00 pagi diikuti dengan acara balapan dan padang untuk murid-murid Tahap 2.

Ketika perlumbaan murid-murid menerima tepukan daripada pasukan rumah masing-masing.Mereka berlumba dengan penuh semangat. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Kejohanan sukan tahunan sekolah kami telah berakhir pada jam 2:00 petang.Kami berasa gembira.

tahun 5
Tahun 5

Kejohanan sukan tahunan sekolah saya telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas.Saya telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Ramai ibu bapa hadir untuk menyaksikan temasya sukan dan memberi sokongan kepada anak-anak mereka.Suasana sungguh meriah. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk peserta-peserta.Semua peserta kelihatan segak dengan pakaian masing-masing.

Majlis perasmian kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh guru besar. Acara sukaneka dijalankan serentak dengan acara balapan dan acara padang.Antara acara yang dipertandingkan ialah larian 100 meter dan 200 meter.

Ketika perlumbaan para peserta menerima tepukan dan sorakan daripada para penyokong mereka.Mereka berlumba dengan semangat kesukanan. Penyampaianhadiah telah disempurnakan oleh guru besar kepada para pemenang.Rumah hijau telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan.

Saya berasa senang hati kerana kejohanan tersebut berjalan dengan lancar.

tahun 6
Tahun 6

Kejohanan sukan tahunan sekolah saya telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas.Saya dan rakan-rakan telah menyertai kejohanan sukan tersebut.

Ramai ibu bapa hadir untuk menyaksikan temasya sukan dan memberi sokongan padu kepada anak masing-masing.Suasana sangat meriah.Para tetamu memenuhi ruang khemah yang disediakan.

Acara dimulakan dengan perbarisan masuk peserta-peserta ke padang.Mereka kelihatan segak dan cantik dengan kostum yang berwarna-warni.

Majlis perasmian kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh guru besar dengan melepaskan ikatan belon-belon.Pelbagai acara telah disediakan. Sewaktu murid-murid Tahap 1 mengambil bahagian dalam acara sukaneka murid-murid Tahap 2 pula terlibat dalam acara balapan dan padang.Mereka menerima tepukan dan sorakan daripada pasukan masing-masing.

Semua penyokong memberi sorakan untuk menyemarakkan semangat kesukanan pasukan masing-masing.Suasana menjadi bertambah gamat. Guru besar sekolah saya telah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang seterusnya penyampaian piala pusingan.Rumah Hijau mempunyai beberapa ayam tambatan.Justeru itu, Rumah Hijau telah menjadi juara keseluruhan kejohanan tersebut.

Kejohanan sukan tahunan sekolah kami telah berakhir dengan jayanya kerana semua pihak bekerjasama bagai aur dengan tebing.Saya berasa teramat bangga atas kejayaan penganjuran sukan tersebut.