1 / 82

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD HUSSEIRI BIN CHE HUSSEIN MOHAMAD KHAIRUL AMRIE BIN SABRI MOHAMAD IZHAM BIN ABD MAJID PENSYARAH PEMBIMBING: EN. GHZALI BIN ISMAIL. Pengenalan.

paco
Download Presentation

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH : MUHAMMAD HUSSEIRI BIN CHE HUSSEIN MOHAMAD KHAIRUL AMRIE BIN SABRI MOHAMAD IZHAM BIN ABD MAJID PENSYARAH PEMBIMBING: EN. GHZALI BIN ISMAIL

  2. Pengenalan • Perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dan bumiputera diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada bukan Melayu seperti perkara di bawah: • Islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan • Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain dibenarkan • Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan

  3. Konsep Perlembagaan • Definisi • Perlembagaan ialah mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam • Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan

  4. Jenis Perlembagaan • Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu • Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen • Tidak bertulis - merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah

  5. Perlembagaan Malaysia adalah • Bertulis • Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual • Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif • Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya

  6. Tujuan Perlembagaan • Bagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. • Sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. • Sebagai satu panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja

  7. Pindaan Perlembagaan (3) • i. Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapat persetujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meluputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain.

  8. Pindaan Perlembagaan • ii. Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah perkara boleh dipinda, perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa bumiputera, imegresen.

  9. Pindaan Perlembagaan • iii. Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.

  10. Konsep Ketertinggian Perlembagaan • Di Malaysia, tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. • Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia • Contoh: • 1. Kuasa perundangan hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. • 2. Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan

  11. 3. Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia setakat mana ia bercanggah. • Ini kerana perlembagaan memperuntukkan dengan nyata Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.

  12. Sejarah Penggubalan • Penentangan terhadap penjajah dipelopori oleh orang Melayu • Perjuangan berdarah • Antara perjuangan berdarah menentang penjajah i. Penentangan terhadap penjajahan Siam di Zaman Melaka. • ii. Penentangan terhadap penjajahan Portugis di Melaka. • iii. Penentangan terhadap penjajahan Belanda di Melaka. • iv. Penentangan terhadap penjajahan Inggeris di Naning, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu. • v. Penentangan terhadap penjajahan Jepun.

  13. Begitu juga perjuangan orang Melayu menentang penjajahan digerakkan melalui semangat kebangsaan. • Menjelang abad ke 20 munculnya intelek-intelek Melayu yang sedar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan bukan sahaja melalui senjata tetapi juga melalui perundingan. • Antaranya seperti Syed Syeikh al-Hadi, Rahim Kajai, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Mohamad Eunos dan ramai lagi telah bangkit menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.

  14. Selain itu, lahirnya pertubuhan-pertubuhan (Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Selangor) • Dalam masa yang sama, media massa (Al-Imam, Majlis, Utusan Melayu, Saudara) digunakan sebagai medium untuk menentang penjajah.

  15. Dalam tempoh penyerahan Jepun dan kedatangan semula British ke Tanah Melayu pula, telah berlaku kekacauan dan huru-hara yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya selama 14 hari. • Pada masa ini, berlaku pergaduhan yang melibatkan orang Melayu dan Parti Komunis Malaya yang majoritinya adalah orang Cina. • Akibatnya Inggeris telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration – BMA) dan seterusnya digantikan dengan Malayan Union

  16. Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan dari Raja-Raja Melayu. Berikut sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan: • 1. Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan yang besar dan sistem pentadbirannyaa adalah terpisah. • 2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu. • 3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah negara sendiri.

  17. Manakala ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan ialah: • 1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor pula, dalam menjalankan kuasanya akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan. • 2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan. • 3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. • 4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan telah menetap selama 10 tahun. Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.

  18. Tentangan orang Melayu kerana: • i. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu. • ii. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris. • iii. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi warganegara. • iv. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan. • v. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.

  19. Penentangan hebat dari orang Melayu ini boleh disaksikan apabila di Alor Setar pada Januari 1946, sejumlah 50,000 orang Melayu telah mengadakan demontrasi, begitu juga di Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 orang dan di Johor pada 10 Februari 1946, lebih 150,000 orang telah mengadakan demontrasi. • Walaupun wujud tentangan daripada orang Melayu, Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang pertama.

  20. British telah membatalkan cadangan menubuhkan Malaya Union lalu menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai British • Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu. • Selepas itu, British telah menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

  21. British telah mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Berikut adalah ciri-ciri terpenting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu: • 1. Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Manakala Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan. • 2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan. • 3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-officio.

  22. 4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri daripada 14 ahli rasmi, 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri, dua wakil dari Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang dan 50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing. • 5. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri. • 6. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun. Selain itu, seorang pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik. • 7. Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

  23. Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat. • Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. • Jawatankuasa ini merupakan satu organisasi pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.

  24. Melalui jawatankuasa ini, pemimpin dari pelbagai etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya. • Antara tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham dan ramai lagi. • Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana dicurigai objektif penubuhannya oleh orang Melayu sendiri, tetapi ia adalah satu permulaan yang baik dalam membentuk kerjasama antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

  25. Kerjasama antara etnik diteruskan melalui Sistem Ahli bertujuan memberi peluang dan latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi. • Seramai sembilan orang warga tempatan telah dilantik iaitu: • Menteri Jawatan • Dato Onn Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri • E.E.C Thuraisingham Ahli Pelajaran • Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan • Lee Ting Keng Ahli Kesihatan • Dato Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan • J.D Mead Ahli Kerja Raya dan perumahan • J.D Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial • O.A Spencer Ahli Hal Ehwal Ekonomi

  26. Kerjasama ini terus terjalin erat melalui beberapa siri Pilihanraya dan pembentukan Perikatan • Pada bulan Februari 1952, pilihanraya dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan dan 12 kerusi dipertandingkan di mana UMNO dan MCA telah membuat pakatan secara tidak rasmi, yang akhirnya menjurus ke arah penubuhan Perikatan pada tahun 1953 • Kemenangan dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur menyebabkan diadakan satu Perundingan Meja Bulat antara UMNO dan MCA. Ia bertujuan mencari persefahaman dan kerjasama antara dua etnik terbesar dalam menuntut kemerdekaan.

  27. Perundingan Meja Bulat yang diadakan pada 3 Februari 1953 itu telah dihadiri oleh wakil UMNO yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Saadon Zubir, Bahaman Shamsuddin dan Syed Nasir Ismail. • MCA diwakili oleh Tan Cheng Lock, H.S Lee, Leong Yew Koh, S.M Yong dan T.H Tan.

  28. Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama) memberi implikasi yang cukup besar kepada hubungan etnik di Malaysia. • Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan bukan Melayu khususnya yang melibatkan pembahagian kursi pilihanraya seperti dalam Jadual

  29. Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan calon, ternyata Perikatan yang didominasi oleh UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi yang cukup besar kerana telah meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti pengundi adalah Melayu (84.2%). • Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MCA sebanyak dua kerusi

  30. Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan persefahaman telah ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu • " … orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh orang Melayu".

  31. Semangat ini juga telah diakui dan diiktiraf oleh pemimpin bukan Melayu seperti yang dikatakan oleh T.H. Tan • "… mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja mereka melepaskan kerusi-kerusi yang tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka bekerja keras, sedaya upaya untuk calon-calon Cina dan India".

  32. Pada Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Lapan orang wakil itu terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan iaitu: • Wakil Raja-raja Melayu: • 1. Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak sebagai ketua. • 2. En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor. • 3. Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad Said, Menteri Besar Johor. • 4. Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas Menteri Besar Kelantan

  33. Wakil Perikatan: • 1. Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua. • 2. Datuk Abdul Razak bin Hussain, Menteri Pelajaran. • 3. Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan. • 4. Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri Hasil Bumi. • Setiausaha: T.H. Tan

  34. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. • Berikut beberapa hasil persetujuan yang telah dicapai iaitu: • 1. British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. • 2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi. • 3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu. • 4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid. • 5. Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan dipegang oleh rakyat tempatan.

  35. Suruhanjaya Reid • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956. • Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). • Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan telah bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956.

  36. Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana Suruhanjaya ini telah meminta cadangan dan pandangan daripada bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu. • Perkara ini menjelaskan bahawa Perlembagaan Malaysia sekarang ini telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat Malaysia. • Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara.

  37. Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. • Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu

  38. Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yang ingin digubal perlu mengambilkira perkara-perkara berikut: • Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat. • Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu. • Pewujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang Di Pertuan Agong. • Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain. • Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

  39. Unsur-Unsur Tradisi • Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang meliputi: • bahasa, • agama, • kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan • pemerintahan beraja

  40. Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana • Ia telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. • Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 • Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.

More Related