1 / 34

KEMAHIRAN INSANIAH PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT HHHC9301

KEMAHIRAN INSANIAH PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT HHHC9301 (PERBENTANGAN AKHIR). NAMA PROGRAM : MUTIARA ASPIRASI TEMA : ‘’ASPIRASI PENCETUS MOBILITI SISWA’’ KOD : DN 00906/2013 JAWATAN : AJK SUKAN DAN KESELAMATAN TARIKH MULA PERANCANGAN : 3 DISEMBER 2013

oona
Download Presentation

KEMAHIRAN INSANIAH PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT HHHC9301

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KEMAHIRAN INSANIAH PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT HHHC9301 (PERBENTANGAN AKHIR)

  2. NAMA PROGRAM : MUTIARA ASPIRASI TEMA : ‘’ASPIRASI PENCETUS MOBILITI SISWA’’ KOD : DN 00906/2013 JAWATAN : AJK SUKAN DAN KESELAMATAN TARIKH MULA PERANCANGAN : 3 DISEMBER 2013 TARIKH PROGRAM : 13-15 DISEMBER 2013 TARIKH AKHIR PELAKSANAAN (post-mortem) : 17 DISEMBER 2013

  3. DEFINISI • Maklumat ialah data dan bahan di mana data atau bahan ini mesti mempunyai makna. • Pengurusan maklumat melibatkan proses penjanaan idea melalui sumber, mengakses dan mengaplikasi maklumat tersebut dalam kehidupan. • Pembelajaran sepanjang hayat adalah proses pembelajaran yang tiada henti, secara langsung atau tidak langsung, tidak kira dalam proses pembelajaran formal atau tidak formal. asalkan memberi manfaat dalam kehidupan seorang individu.

  4. OBJEKTIF • Objektif kemahiran insaniah ini adalah untuk melahirkan individu yang dapat mengaplikasi kemahiran pengurusan maklumat untuk mencapai kepuasan kendiri yang maksimum. • Individu yang mempunyai kepuasan kendiri maksimum berupaya mencipta kejayaan besar sekali gus merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat. • Individu yang cemerlang sudah pasti seorang individu yang mempunyai sistem pengurusan maklumat yang mantap dan mengaplikasi pembelajaran tersebut dalam kehidupan sehari-hari. • Oleh itu, konsep pengurusan maklumat berkait rapat dengan proses pembelajaran sepanjang hayat.

  5. PERANCANGAN

  6. PERANCANGAN • Sebagai proses permulaan, kami membuat perancangan di mana kami telah mengadakan beberapa kali pertemuan bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan program. • Sebagai ahli jawatankuasa sukan dan keselamatan, kami dipertanggungjawabkan bagi mengawal keselamatan semasa program berlangsung ( 3 hari 2 malam) .

  7. PERANCANGAN • Dalam proses perancangan, kami mengadakan tiga kali perjumpaan. • Kami membincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh diselitkan dalam permainan sukan rakyat mengikut kesesuaian tempat dan masa. • Hasilnya, kami memilih aktiviti baling selipar, boling kelapa, tiga kaki dan belon air.

  8. PERANCANGAN • Dalam proses memilih aktiviti yang bersesuaian dengan slot ‘sukan rakyat’, saya menggunakan kaedah menggali. • Menggali merupakan kaedah pertama dalam pengurusan maklumat, di mana saya menggunakan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat mengenai sukan rakyat. • Media massa merupakan medium paling utama membantu saya dalam proses ini.

  9. PERANCANGAN • Setelah menyenaraikan beberapa jenis sukan rakyat, saya membentangkan kepada ahli seketeriat dalam mesyuarat seterusnya. • Ahli seketeriat yang lain bertindak sebagai pentafsir, di mana kami membincangkan pelbagai faktor, kesesuaian dan impak dalam permainan tersebut. • Sebagai contoh, antara sukan rakyat yang terkeluar dari senarai pendek kami ialah sukan rakyat ‘galah panjang’. • Setelah mengakses maklumat yang pelbagai mentafsir kesesuaian, sukan ini dikatakan tidak sesuai untuk dijalankan kerana peserta melibatkan kaum lelaki dan perempuan dah hal ini boleh menyebabkan pelanggaran antara mereka. • Menitikberatkan kondisi permainan tersebut, kami memutuskan bahawa sukan itu tidak akan dijalankan.

  10. PERANCANGAN • Setelah itu, bagi menggantikan permainan yang tidak menepati objektif utama, kaedah ketiga iaitu menjana idea baru digunakan. • Kami memerlukan sukan yang dapat merapatkan silaturahim dan kerjasama antara peserta, namun masih dalam batasan syariat. • Tamsilnya, sukan ‘baling selipar’ menggantikan permainan ‘ galah panjang’, di mana sukan ini menepati objektif. Hal ini dapat dijana melalui proses penjanaan idea.

  11. PERANCANGAN • Kaedah pengurusan maklumat seperti menggali, mentafsir dan menjana idea baru ini juga diaplikasi dalam proses mencari kaedah terbaik untuk mengira markah para pemain dalam permainan sukan rakyat. • Nilai pembelajaran sepanjang hayat iaitu pemikiran kreatif dan kritis turut dipraktikkan dalam proses ini. • Setelah mentafsir baik buruk, akhirnya kami dapat merencana kaedah paling sistematik untuk menentukan siapa menang siapa kalah.

  12. PERANCANGAN • Dalam proses perancangan (semasa aktiviti mesyuarat) , kami masih mengaplikasinilai-nilai yang positif. • Sebagai contoh, sebelum mesyuarat dimulakan, pengerusi (saya) memberi salam dan ucapan alu-aluan kepada ahli majlis mesyuarat.

  13. PERANCANGAN • Pada ucapan alu-aluan juga, saya memberi ucapan alu-aluan kepada excotertinggi dalam seketeriat kami sebagai tanda penghormatan kepada individu yang lebih berjawatan. • Walaupun exco yang dilantik itu adalah sebaya atau mungkin lebih muda, namun nilai menghormatiitu perlu ada bagi memastikan keberkesanan tugas. • Etika ini adalah sangat penting sebagai tanda profesionalismeseorang anak buah kepada orang atasannya dalam pekerjaan.

  14. PERANCANGAN • Nilai yang boleh diperoleh dalam proses pengendalian majlis mesyuarat ini ialah nilai saling menghormati dan menghargai. • Tamsilnya, ucapan ‘’Assalamualaikum’’ diberikan kepada ahli mesyuarat yang beragama Islam manakala ucapan sejahtera diberikan kepada ahli mesyuarat yang bukan Islam.

  15. PERANCANGAN • Keberkesanan etika boleh diperlihat di sini adalah terbukti apabila ahli mesyuarat yang walaupun terdiri daripada berlainan agama tidak rasa didiskriminasi, sebaliknya rasa keadilan sama rata itu diberi kepada mereka. • Konsep etika di sini memainkan peranan penting dalam memastikan ahli mesyuarat rasa dihargai, seterusnya memastikan mereka dapat memberi komitmen penuh dalam perbincangan.

  16. PERLAKSANAAN

  17. PELAKSANAAN • Pada 13 Disember 2013, kami memulakan gerak kerja kami sesampai sahaja di lokasi program. • Setiap ahli jawatankuasa diberi amanah memegang peti kecemasan (First-Aid-Kit) secara bergilir, berpandukan jadual yang telah diberi (selama 3 hari 2 malam) . • Di sini, saya dapat mempelajari nilai kebertanggungjawaban dan amanah dalam melaksanakan tugas.

  18. PELAKSANAAN • Sikap amanah dan tanggungjawab sangat penting, khasnya kepada individu yang digelar pelajar seperti saya. • Sikap dan nilai amanah dan tanggungjawab dapat menjadikan saya seorang pelajar UKM yang cemerlang, dan nilai ini boleh saya praktikkan dalam dunia kerjaya kelak.

  19. PELAKSANAAN • Pada keesokan harinya, kami meneruskan gerak kerja selaku AJK sukan bagi aktiviti senamrobik, di mana kami memutuskan untuk menggunakan tema ‘senamrobik 1 Malaysia’ sebagai rujukan. • Dalam aktiviti ini, pembelajaran sepanjang hayat yang dapat saya utarakan adalah nilai kesungguhan dan kesepaduandalam menyampaikan sesuatu.

  20. PERLAKSANAAN • Tamsilannya, saya dan ahli jawatankuasa sukan dan keselamatan yang lain beratur di hadapan bagi mengetuai senamrobik. • Di sini, kesepaduan gerakan itu penting bagi memastikan pemerhati / pengikut yang berada di bawah dapat menangkap dan mengikut setiap gerakan senamrobik yang ditunjukkan. • Sebaliknya, jika pihak kami gagal menyampaikan gerakan secara bersepadu, maka peserta akan mengalami kekeliruan dan rasa seronok dalam melakukan aktiviti senaman itu gagal dicapai.

  21. PELAKSANAAN • Nilai kesungguhan itu dapat disemai semasa proses saya dan sahabat-sahabat berlatih bersungguh-sungguh (proses latihan ini berlaku dalam proses perancangan, iaitu sebelum program dilaksanakan) agar dapat menghafal setiap gerakan dalam ‘senamrobik 1 Malaysia’ dan menyampaikan persembahan dengan baik. • Jika nilai kesungguhan dan kesepaduan tidak diaplikasi, maka kami gagal menjalankan amanah dengan profesional dan efisien.

  22. PELAKSANAAN • Pada sebelah petang pula, slot sukan rakyat dilangsungkan. • Dalam kategori ini, saya memainkan peranan sebagai penjaga ‘checkpoint’ bagi permainan sukan rakyat yang diberi nama ‘tiga kaki’ . • Semasa proses pelaksanaan slot ini, saya sebagai pengadil permainan perlu menitikberatkan nilai keadilan, amanah dan jujur dalam pengiraan markah setiap kumpulan.

  23. PELAKSANAAN • Nilai jujur dan amanah dapat mengelakkan individu daripada sikap berat sebelah. • Sekiranya seorang pemimpin gagal mengamalkan sikap jujur dan amanah, maka sistem pentadbiran sesebuah organisasi itu gagal terlaksana dengan baik dan mudah goyah. • Di samping itu, seseorang pengadil juga perlu mempunyai nilai profesionalisme yang tinggi. • Dalam situasi ini, peserta yang terlibat dalam permainan ini mungkin terdiri daripada rakan saya sendiri. Namun atas dasar profesionalime, saya tidak mengabaikan nilai keadilan dan memberi kumpulan sahabat saya itu menang, sebaliknya nilai jujur perlu diutamakan.

  24. LAMPIRAN

  25. Antara bukti dalam proses perancangan, di mana kaedah pengurusan maklumat seperti meggali dan mentaksir maklumat diaplikasi..

  26. Antara nilai pembelajaran sepanjang hayat iaitu kesungguhan dan kesepaduan dipraktikkan ketika mengendalikan aktiviti senamrobik..

  27. Gerakan yang sepadu antara ahli kumpulan bagi memastikan mesej dapat disampaikan dengan baik..

  28. Pengadil mengaplikasi kaedah pengurusan maklumat iaitu penjanaan idea dalam merencana pergerakan permainan.. Kemahiran kritis juga dilakukan sebagai proses pembelajaran sepanjang hayat..

  29. Sesi taklimat peraturan permainan kepada para pemain ini menggunakan nilai pembelajaran sepanjang hayat iaitu kemahiran komunikasi..

  30. Pengadil memainkan peranannya dalam mengira markah di mana proses pengurusan maklumat iaitu penyusunan data diaplikasi..

  31. LAPORAN AKHIR (DAPATAN PROGRAM)

  32. Kaedah pengurusan maklumat yang dapat saya pelajari melalui program ini ialah… • Kaedah menggali, iaitu mencari maklumat • Kaedah mentaksir, iaitu memahami makna maklumat, seperti kesan baik buruk dan sebagainya. • Kaedah penjanaan idea baru, iaitu memikirkan idea sendiri berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber.

  33. Hasil pembelajaran sepanjang hayat yang dapat saya perolehi melalui program ini ialah… • Sikap profesionalisme • Sikap jujur • Sikap adil • Nilai tanggungjawab • Nilai pemikiran kreatif dan kritis • Nilai bekerjasama • Nilai amanah • Nilai kesepaduan • Nilai kesungguhan • Nilai komunikasi

  34. Nilai dan sikap yang positif itu merupakan impak daripada pendidikan tidak formal yang dapat saya perolehi melalui program ini. • Pengaplikasian nilai dan sikap ini kan membantu proses pembelajaran sepanjang hayat saya dengan lebih mantap dan sistematik. • Pengurusan maklumat yang sistematik sangat membantu proses pembelajaran sepanjang hayat saya sebagai seorang pelajar dan ini boleh diaplikasi di mana-mana keadaan, khususnya dalam dunia pekerjaan.

More Related