1 / 13

Bentuk Ayat

oksana
Download Presentation

Bentuk Ayat

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Ayat sebenarnya terdapat banyak bahagian atau bentuk. Ayat dasar ialah ayat yg menjadi dasar atau sumber utama bagi pembentukan ayat. Manakala ayat tunggal pula dikatakan sebagai ayat yang mengandungi satu klausa.Untuk ayat yang terdiri daripada dua atau lebih gabungan ayat, ialah ayat majmuk. Dalam ayat majmuk ini terbahagi pula kepada beberapa jenis ayat majmuk, seperti gabungan, majmuk pancangan, dan majmuk campuran. Bentuk Ayat

  2. Ayat Aktif • Ayat aktif ialah ayat yg mengandungi kata kerja yg mengutamakan subjet asal sebagai judul yang diterangkan. • Ayat aktif ini terdr drp ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. • Contoh ayat-ayat seperti di bawah; 1. Ali menendang bola. (aktif transitif) 2. Anjing mengejar kucing (aktif transitif) 3. Dia mengelamun sepanjang hari. ( tak transitif) 4. Kanak-kanak itu sedang belajar.(tak transitif)

  3. Ayat Aktif Transitif • Ayat aktif transitif merupakan ayat aktif yg mempunyai kata kerja yg memerlukan objek atau penyambut. • Contoh ayat aktif transitif dapat dilihat seperti berikut; 1. Air hujan membasahi bajunya. 2. Penyalahgunaan dadah mengancam keselamatan negara. 3. Banjir melanda pekan kami.

  4. Ayat aktif tak transitif • Ayat aktif tak transitif ialah ayat yg mempunyai kata kerja yg memerlukan frasa nama sebagai penyambut. • Ada 2 jenis ayat aktif tak tran. Iaitu • Ayat aktif tak tran. dgn keterangan yg boleh digugurkan. • Ayat aktif tak tran. dgn keterangan yg tdk boleh digugurkan.

  5. Ayat pasif • Ayat pasif ialah ayat yg dibina dgn mengutamakan objek asal sebagai pokok atau bahagian yg diterangkan. • Pada umumnya ayat pasif boleh dibahagikan kepada 3 - ayat pasif dgnimbuhan kata kerjapasif (di-, ter-) - ayat pasif dgnkata ganti nama diri 1dandiri 2. - ayat pasif dgnperkataan kenayg hadir sebelum kata kerja.

  6. Ayat Tunggal Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa yg terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Contoh ayat seperti berikut; 1. Dia ke Mekah 2. Mereka berkumpul di dewan. 3. Anak itu dikucupnya. Dalam ayat di atas, Dia, Mereka, dan Anak merupakan subjek kerana menjadi bahagian ayat yang diterangkan. Manakala bagi kata ke Mekah, berkumpul di dewan, dan dikucupnya adalah predikat yang menjadi bahagian yang menerangkan subjek tersebut.

  7. Ayat Majmuk A.Majmuk merupakan ayat yang dibina dgn mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadi ayat baru. Azman dan keluarganya akan ke England Azman akan ke England Keluarganya akan ke England Ayat majmuk terbahagi kepada tiga bentuk; i. Ayat majmuk gabungan ii. Ayat majmuk pancangan. iii.Ayat majmuk campuran

  8. Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri drp 2 ayat atau lebih yang dijadikan 1 ayat. Ayat-ayat ini diggabungkan atau dicantumkan dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, sambil, serta , lagi, dan lalu. Contoh ayat seperti berikut; 1. Beliau memandang saya sambil tersenyum 2. Ali belajar bersungguh-sungguh tetapi dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya. Kadang kala penggunaan kata hubung dihilangkan sama sekali misalnya; Adik ke sekolah, ayah ke pejabat.

  9. Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk gabungan adalah cantuman ayat yang bersifat sama taraf iaitu dapat berdiri sendiri. Manakala bagi ayat majmuk pancangan ia dibina drp cantuman beberapa ayat yang setara. Dalam ayat ini terdapat 1 ayat induk dan 1 atau beberapa ayat kecil yang dipancangkan pada ayat induk itu. Ada 3 jenis A.Majmuk pancangan dalam bahasa Melayu, yg ditentukan oleh cara pembentukannya dan jenis ayat yg dipancangkan, iaitu; 1. Ayat relatif 2. Ayat komplement 3. Ayat keterangan

  10. Ayat Pan. Relatif Ayat relatif ialah ayat yang dikenali dengan penggunaan perkataan ‘yang’. Bangunan yang tinggi itu bangunan Dayabumi. Ayat 1: Bangunan itu tinggi. Ayat 2: Bangunan itu bangunan Dayabumi. Ayat 3: yang tinggi itu bangunan Dayabumi. Dalam ayat di atas ayat induknya ialah Bangunan itu tingg,dan ayat pancangannyaialah Bangunan itu bangunan Dayabumi. Klausa yg sama telah digugurkan dan digantikan dgn penanda relatif ‘yang’.

  11. Ayat Pan. Komplement • Ayat komplement ialah ayat yg dipancangkan dalam ayat sebagai unsur yg melengkapkan ayat tersebut. • Biasanya ayat ini akan dihubungkan dgn ayat induk melalui penggunaan kata hubung komplement seperti bahawa, supaya, dll. **Kerajaan mengumumkan bahawa rakyat luar bandar akan menerima lebih banyak kemudahan melalui projek itu. 1. Karajaan mengumumkan 2. Rakyat luar bandar akan menerima lebih banyak kemudahan melalui projek itu.

  12. Ayat pan. Keterangan • A.Majmuk Keterangan merupakan ayat majmuk yg terdiri drp 1 ayat induk dan 1 ayat kecik atau lebih. • Ayat - ayat kecil ini berfungsi sebagai keterangan kpd predikat. • Kedudukan ayat keterangan ini tidak tatap, ia boleh hadir sama ada di depan atau di belakang ayat induk. • Contoh ayat; ** Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dulu. ** Pelajar itu berjaya lantaran usaha yang bersungguh- sungguh. • Terdapat berbagai-bagai keterangan yg disampaikan oleh ayat-ayat kecil dan bergantung pada jenis kata hubung yg digunakan serta maksudnya.

  13. Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yg mengandungi lebih drp 1 jenis ayat ( ayat tunggal + ayat majmuk). Ayat ini biasanya panjang kerana mengalami pengabungan ayat yang banyak. Contoh ayat majmuk campuran; 1. Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 1982, yang telah menerima suntikan. i. Mereka mendaftarkan kanak-kanak ii. Kanak-kanak yang lahir dalam tahun 1982. iii.Kanak-kanak yang telah menerima suntikan. Sub. Bagi ayat ini ialah mereka, kata kerjanya mendaftarkan dan objek tepat ialah kanak-kanak. Kedua-dua ayat relatif ini merupakan penerang kepada objek tepat.

More Related