1 / 9

Iman Kepada Malaikat

Iman Kepada Malaikat. *Percaya kewujudan malaikat. *Kenali nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya. *Hikmah beriman kepada malaikat. OBJEKTIF PELAJARAN. -Percaya dan yakin Allah mencipkan para malaikat. -Mengetahui dalil naqli adanya malaikat.

nuru
Download Presentation

Iman Kepada Malaikat

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ImanKepadaMalaikat *Percaya kewujudan malaikat. *Kenali nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya. *Hikmah beriman kepada malaikat.

  2. OBJEKTIF PELAJARAN -Percaya dan yakin Allah mencipkan para malaikat. -Mengetahui dalil naqli adanya malaikat. -Mempelajari kaitan beriman kepada malaikat dan alam rohani. -Mempelajari himah beriman kepada malaikat.

  3. Imankepada Para Malaikat Kita beriman bahawa Allah menciptakan para malaikat daripada nur yang tidak dapat dilihat dengan mata serta sifat dan tugas mereka juga tidak sama seperti manusia. Mereka sangat mentaati perintah Allah tidak sekali pun mereka ingkar dengan suruhan Allah.Mereka bukan lelaki atau perempuan tidak makan atau tidur dan mempunyai tugas-tugas tertentu. Kita wajib beriman dengan kewujudannya serta sifat-sifat dan tugas-tugasnya.

  4. DalilNaqliMalaikatTaatKepadaSegalaSuruhan Allah Firman Allah s.w.t عليها ملائكة غلاظ شداد لايعصون الله ما امرهم ويفعلون ما يؤمرون“(٦)” “Bawasanya para malaikat itu tidak pernah derhaka terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah,serta mereka mengerjakan dengan taat segala apa yang di[erintahkan oleh Allah kepadanya” (Al-Tahrim:6)

  5. DalilNaqliAdanyaMalaikat Firman Allah s.w.t: تنزل الملائكة والروح فيها باذن ربهم من كل امر(٤) “Pada malam itu para malaikat dan malaikat Jibril sama turun dengan izin Tuhannya untuk mengatur berbagai urusan” Sabda Rasulullah s.a.w: خلقت الملائكة من نور وخلق الجان من مارج من نار “Para malaikat telah dicipta dari cahaya dan jin pula dari api yang menjulat” Surah Al-Qadr:4 Hadith Riwayat Muslim

  6. AntaraNama-NamaMalaikat Dan Tugasnya *JIBRIL atau disebut “Ruhul Amin” atau “Ruhul Qudus”. Tugas:Menyampaikan wahyu Allah kepada para rasul dan nabi. *MIKAIL Tugas:Memberi rezeki kepada sekelian makhluk dan mengatur alam. *ISRAFIL Tugas:Meniup sangkakala pada hari kiamat. *IZRAIL atau Malaikul Maut Tugas:Mencabut nyawa sekelian makhluk. *HAFAZAH Tugas:Menjaga manusia pada setiap waktu.

  7. AlamJasmani Dan AlamRohani Alam jasmani ialah alam yang dapat di alami dengan pancaindera boleh dilihat,diraba,dirasa,dibau dan didengar. Alam rohani ialah alam yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera. Contoh:Kita tidak dapat melihat malaikat,jin,syaitan dan roh manusia. Firman Allah s.w.t: ويسئلونك عن الروح قل الروح من امر ربي وما اوتيتم من العلم الا قليلا(٨٥) “Mereka akan bertanya kepadamu tentang roh,maka katakanlah bahawa roh itu utusan Tuhanku dan kamu tidak diberi ilmu kecuali hanya sedikit.(Al-Israa:85)

  8. HikmahBerimanKepadaMalaikat -Para malaikat sentiasa patuh dan jujur dalam melaksanakan segala tugas yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. -Mencontohi para malaikat supaya kita berusaha untuk membuat kebaikan dan menjauhi laranganNya. -Kita terhindar dari kepercayaan yang tidak benar,keraguan dan khurafat yang bersangkutan dengan malaikat yang ditimbulkan manusia yang tidak beriman yang tidak berdasarkan pengetahuan tentang alam ngaib melalui wahyu Ilahi. -Membuktikan kekuasaan Allah s.w.t mencipta setaat-taat makhluk seperti para malaikat dan juga sejahat-jahat makhluk seperti iblis yang dilaknati.

  9. SoalanPerbincangan 1-Apakah hukum bagi yang tidak beriman dengan kewujudan malaikat? 2-Berikan dalil naqli yang membuktikan wujudnya malaikat. 3-Berikan hikmah beriman kepada malaikat. 4-Apakah kaitan alam rohani dengan beriman kepada malaikat?

More Related