1 / 15

ERGONOMIK KOGNITIF By: Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail 013-3942463

ERGONOMIK KOGNITIF By: Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail 013-3942463. ERGONOMIK KOGNITIF. AHMAD RASDAN ISMAIL. PENGENALAN.

nicola
Download Presentation

ERGONOMIK KOGNITIF By: Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail 013-3942463

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ERGONOMIK KOGNITIFBy:Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail013-3942463 ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  2. PENGENALAN • Ergonomik kognitif adalah satu cabang bidang ergonomik yang memberi tumpuan kepada aspek proses mental seperti persepsi/tanggapan, perhatian, kognisi, kawalan sistem motor, dan ingatan bila masa berlaku interaksi antara manusia dengan lain-lain elemen di dalam sesebuah sistem. ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  3. INTERAKSI MANUSIA MESIN • Konsep sistem mesin manusia adalah satu sistem antara operator mesin dengan mesin yang digunakannya. Mesin akan memberi input dan berinteraksi dengan manusia menggunakan alat paparan • Tiga jenis paparan visual yang biasa adalah: a) Tetingkap dengan bacaan digital (bilangan) yang mana figura boleh dibaca secara langsung. b) Skala bulat dengan petunjuk bergerak. c) Petunjuk tetap tetapi skala bergerak. • Manusia seterusnya akan berinteraksi dengan mesin menggunakan alat kawalan termasuk butang, suis, injap, pedal, kunci dan dail. ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  4. Alat kawalan boleh dibahagikan kepada dua jenis: a) Alat kawalan Discrete Action. lanya boleh diset kepada apa yang dikehendaki. Contohnya, untuk hidup dan matikan mesin dan pemilihan skala. Contohnya, suis dan butang tekan. b) Alat kawalan tindakan berterusan. lanya boleh diset pada apa jua posisi dalam pergerakannya. lanya digunakan untuk menutup injap, mengubah paparan, contohnya, alat kawalan jenis kayu ria (joystik), pedal, tuil dan dail. ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  5. KESILAPAN MANUSIA • Gagal menerima sesuatu isyarat akibat gangguan persekitaran seperti bunyi yang bising dan sebagainya. b) Gagal untuk membezakan beberapa isyarat, contohnya mengangkat ganggang telefon yang salah akibat bunyi panggilan telefon yang hampir sarna di dalam satu bilik. c) Kesilapan mentafsir sesuatu isyarat. d) Membuat keputusan yang salah. e) Gagal melakukan tindakan yang sepatutnya. f) Melakukan tindakan yang sepatutnya tetapi dengan tatacara yang tidak betul. ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  6. secara umumnya, kesilapan manusia boleh dibahagikan kepada: a) Tugas yang sepatutnya dilakukan tidak dilakukan b) Tugas yang sepatutnya dilakukan dengan tatacara yang tidak betul c) Tugas yang dilakukan tidak mengikut urutan kerja d) Tugas yang dilakukan terlalu awal, terlalu lewat ataupun tidak di dalam rangka masa yang diberi. ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  7. Bagi mengurangkan risiko pekerja membuat keputusan yang salah, kerja-kerja pemprosesan maklumat hendaklah direka bentuk berdasarkan kepada konsep keserasian. • Terdapat tiga jenis keserasian yang telah dikenal pasti: a) Keserasian yang berkonsep merujuk kepada kemampuan individu untuk menterjemahkan kod-kod dan simbol-simbol yang disediakan. b) Keserasian pergerakan merujuk kepada perhubungan di antara pergerakan kepada paparan dengan alat kawalannya dan maklum balas sistem yang sedang dipaparkan atau dikawal. ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  8. c) Keserasian ruang berkait dengan penyusunan fizikal alat- alat kawalan dengan paparan masing- masing. Bebanan mental berpunca daripada keperluan pekerja untuk menggunakan deria-deria penglihatan, pendengaran, sentuhan dan bau yang mana deria penglihatan merupakan deria yang paling banyak digunakan. Kajian mendapati pendorong penglihatan secara umumnya kurang membuat seseorang dalam keadaan berwaspada jika dibandingkan dengan kehadiran pendorong bukan penglihatan. ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  9. Untuk mengurangkan bebanan mental menerusi pendorong penglihatan, beberapa prinsip boleh digunakan dalam konteks penyusunan komponen di ruang fizikal • Prinsip pertama ialah prinsip terpenting yang menegaskan keperluan meletakkan komponen-komponen yang penting dalam lokasi yang mudah dicapai. Penentuan komponen yang terpenting adalah bergantung kepada pertimbangan yang dibuat oleh pakar. b) Prinsip yang kedua ialah prinsip penggunaan yang berulangan yang memberi penumpuan kepada penyusunan komponen-komponen yang selalu digunakan di dalam menjalankan kerja seharian berdekatan dengan pekerja. ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  10. c) Prinsip ketiga ialah prinsip berfungsi iaitu satu prinsip yang menitikberatkan penyusunan komponen-komponen berdasarkan kepada fungsi komponen masing-masing seperti perhimpunan peralatan kawalan, visual dan mesin yang berkaitan dengan operasi sistem kerja. d) Prinsip keempat ialah prinsip berangkai yang menerangkan penyusunan komponen berdasarkan kepada urutan mereka di dalam operasi kerja. • Prinsip terpenting dan prinsip berfungsi sesuai digunakan untuk penyusunan komponen­komponen di dalam ruang kerja yang umum • Prinsip penggunaan yang berulangan dan prinsip berangkai sesuai digunakan untuk penyusunan komponen­komponen ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  11. ALAT KAWALAN DAN PAPARAN ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  12. Garis Panduan dalam Mereka Alat Paparan dan Kawalan • Mesti memaparkan dengan minimum maklumat yang diperlukan. • Gunakan bacaan digital bila perlu maklumat yang tepat. • Gunakan skala yang bulat berbanding yang menegak untuk menjimatkan ruang. • Skala mestilah mengikut arah jam supaya senang dibaca. e) Gunakan jarum petunjuk yang bergerak kerana ianya lebih mudah berbanding petunjuk yang pegun dengan skala yang bergerak. f) Skala mesti menggunakan nombor yang biasa seperti 1,2, 3 ... atau 10, 20,30 ... atau 5,10,15 bukannya ... 2, 4, 6 ... atau 3. 6,9 •..... ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  13. Elakkan skala yang pelbagai, petunjuk yang banyak jika boleh. Gunakan keseragaman skala dan petunjuk. • Pasang paparan untuk mudah dilihat oleh operator. • Pastikan paparan boleh dibaca dengan mudah. • Label mestilah mudah difahami. • Petanda mesti berlawanan warna dengan saiz yang sesuai dan jelas. I) Pastikan simbol yang digunakan mudah difahami. ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  14. Garis Panduan Mereka dan Memilih Alat Kawalan • Alat kawalan mesti direka berdasarkan ciri pada bahagian badan Uari, tangan untuk mendapatkan ketepatan dan kepantasan dalam operasi • Operator yang kurang kebolehan, boleh menggunakannya dengan mudah. c) Gunakan butang tekan, suis untuk penggunaan tenaga yang kurang. • Gunakan pedal yang panjang untuk penggunaan kawalan tenaga yang besar. • Bilangan kawalan mesti diminimumkan dan pergerakannya mesti mudah dan ringkas digunakan. f ) Pergerakan alat kawalan mesti pendek dan tepat. g) Alat kawalan mesti tahan lasak dan panas. h) Permukaan kawalan mesti direka untuk mengelakkan kejadian gelinciran. ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

  15. Garis Panduan untuk Memasang dan Menyusun Alat Kawalan • Pasang alat kawalan berhampiran dengan operator yang mana boleh dijalankan dengan duduk atau berdiri. • Pasang alat kawalan yang boleh menggunakan tangan. • Pasangkan lever di sebelah tepi operator berbanding bahagian tengah. • Pasang alat kawalan agar dapat dilihat oleh operator. • Jarak antara alat kawalan mesti bersesuaian untuk mengelakkan kemalangan. f) Untuk kerja berdiri elakkan menggunakan alat kawalan kaki. Gunakan kod alat kawalan untuk mengelakkan kekeliruan pad a operator semasa bekerja. ERGONOMIK KOGNITIF AHMAD RASDAN ISMAIL

More Related