1 / 123

TATABAHASA

TATABAHASA. Bahasa Melayu. PERKATAAN. AYAT. TAKRIF KATA. Kata ialah bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang diucapkan atau ditulis dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan maksud atau makna tertentu. BENTUK KATA. KATA ASAL / KATA TUNGGAL. KATA TERBITAN. KATA MAJMUK.

nhi
Download Presentation

TATABAHASA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TATABAHASA Bahasa Melayu

  2. PERKATAAN AYAT

  3. TAKRIF KATA Kata ialah bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang diucapkan atau ditulis dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan maksud atau makna tertentu.

  4. BENTUK KATA KATA ASAL / KATA TUNGGAL KATA TERBITAN KATA MAJMUK KATA GANDA

  5. KATA ASAL / KATA TUNGGAL • Kata Asal merupakan perkataan yang • tidak menerima imbuhan, • tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Contohnya: sekolah aroma cenderamata

  6. KATA TERBITAN • Perkataan yang dibentuk melalui proses imbuhan. • Kata Terbitan Berawalan • Kata Terbitan Berakhiran • Kata Terbitan Berapitan • Kata Terbitan Bersisipan

  7. KATA TERBITAN BERAWALAN • dengan Awalan Kata Nama: peN, pel-, per-, ke-, juru, maha-, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi- • dengan Awalan Kata Kerja: meN, memper-, ber-, be-, bel-, ter-, di-, diper- • dengan Awalan Kata Adjektif: ter-, se-, te-

  8. KATA TERBITAN BERAKHIRAN • dengan Akhiran Kata Nama: -an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah, • dengan Akhiran Kata Kerja : -kan, -i

  9. KATA TERBITAN BERAPITAN • dengan Apitan Kata Nama: peN-...-an, per-...-an, pel-...-an, ke-...-an • dengan Apitan Kata Kerja: meN-...-kan, ber-...-kan, ber-...-an, di-...-kan, meN-...-i, di-...-i, diper-...-kan, diper-...-i, memper-...-kan, memper-...-i, ke-...-an • dengan Apitan Kata Adjektif: ke-...-an

  10. KATA TERBITAN BERSISIPAN i. dengan SIsipan Kata Nama: -el, -em ii. dengan Sisipan Kata Adjektif: -el, -er, -em, -in

  11. KATA MAJMUK Rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.

  12. BENTUK KATA MAJMUK • Rangkai kata bebas. • Contohnya: Duta Besar, gambar rajah, kereta lembu, kuning langsat • ii. Istilah khusus. • Contohnya: lut sinar, garis pusat • iii. Kiasan atau simpulan bahasa. • Contohnya: kaki ayam, pilih kasih, bulan madu

  13. KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP antarabangsa suruhanjaya tandatangan matahari pesuruhjaya kerjasama bumiputera sukarela kakitangan jawatankuasa setiausaha warganegara olahraga beritahu tanggungjawab

  14. PENJAMAKAN KATA MAJMUK • menggandakan pertama sahaja. • Contohnya: guru besar guru-guru besar • ii. menggunakan penanda jamak. • semua, banyak, sekumpulan, beberapa, persatuan, para, pertubuhan, sebilangan, sebahagian • Contohnya: semua Menteri Besar, sekumpulan guru besar, Persatuan Bekas Perajurit

  15. PENGIMBUHAN KATA MAJMUK • pengimbuhan awalan atau akhiran sahaja. • Contihnya: • campur aduk dicampur aduk • daya serap daya serapan • ii. apitan. • Contohnya: • campur aduk mencampuradukkan • daya serap kedayaserapan

  16. KATA GANDA • Penggandaan penuh. • Contohnya: rama-rama, pulau-pulau • b. Penggandaan separa. • Contohnya: lelaki, lelayang, dedaun • c. Penggandaan berentak. • Contohnya: lauk-pauk, anak-pinak

  17. Kesalahan penggunaan bentuk jamak Contoh: salah betul mereka-mereka rakyat-rakyat kita-kita semua guru-guru guru besar-guru besar mereka rakyat kita semua guru guru-guru besar

  18. GOLONGAN KATA Kata Nama (KN) Kata Kerja (KK) Kata Adjektif (KA) Kata Tugas

  19. Kata Nama (KN) • Kata Nama Am • Contoh: baju, mimpi, idaman, pokok • b. Kata Nama Khas • Contoh: Rohaya, Kuala Lumpur, Dewan Bandaran Kelang • c. Kata Ganti Nama • Contoh: saudara, tuan, beta, beliau

  20. Kata Kerja (KK) • Kata Kerja Transitif: • kata kerja yang mesti diikuti oleh objek. • Contohnya: • membeli (makanan) • mendiami (kawasan) • mempererat (hubungan)

  21. Kata Kerja (KK) b. Kata Kerja Tak Transitif: kata kerja yang tidak diikuti oleh objek. Contohnya: bangun tersenyum membesar (kk tak transitif tak berpelengkap) beransur berbantalkan (kk tak transitif berpelengkap)

  22. Kata Adjektif (KA) Kata Adjektif (KA) menerangkan sifat, rupa atau keadaan sesuatu.

  23. Kata Tugas Kata yang boleh bersifat pelbagai jenis sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri ataupun tugas-tugas lain

  24. Kata Tugas a. Kata hubung dan, atau, tetapi b. Kata seru wah, amboi, aduh, aduhai c. Kata tanya bagaimana, siapa, bila, berapa

  25. Kata Tugas d. Kata perintah sila, tolong, harap e. Kata pangkal ayat hatta, maka, syahdan f. Kata bantu akan, pernah, sudah

  26. Kata Tugas g. Kata penguat amat, sangat, paling h. Kata penegas juga, lah, tah, pun i. Kata nafi tidak, bukan

  27. Kata Tugas j. Kata pemeri ialah, adalah k. Kata sendi nama di, dari, dalam l. Kata pembenar ya, benar, betul

  28. Kata Tugas m. Kata bilangan dua, segala, masing-masing n. Kata arah atas, sini, dalam o. Kata pembenda yang, -nya

  29. Kata Tugas p. Kata penekan -nya

  30. AKRONIM Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar.

  31. AKRONIM • Gabungan huruf awal rangkai kata nama khas yang disingkatkan dengan huruf besar. • Contohnya: • ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) • IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia)

  32. AKRONIM ii. Gabungan huruf awal/suku kata pertama bagi rangkai kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: tabika (taman bimbingan kanak-kanak) cerpen (cerita pendek)

  33. AKRONIM iii. Gabungan huruf awal dan/atau suku kata pertama bagi nama khas, ditulis dengan huruf kecil yang dimulai dengan huruf besar. Contohnya: Bernama ( Berita Nasional Malaysia) Mara ( Majlis Amanah Rakyat)

  34. 1. Kata Ganti Nama: contoh :

  35. KATA SENDI • Kata Sendi : dari dan daripada • dari - Digunakan di hadapan Kata Nama yang menyebut tempat, arah, • waktu dan masa sahaja. • daripada – Digunakan untuk menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, • perbandingan atau perbezaan, asal kejadian, benda abstrak dan • untuk menunjukkan keanggotaan. • Kata Sendi ‘di’ • 1. Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan untuk hal-hal lain KECUALI tempat. • 2. Kata Sendi ‘di’ ditulis berpisah daripada kata nama yang mengikutinya. • Kata Sendi ‘di’ TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama yang menerangkan waktu, masa dan zaman. • Contoh : Negeri Melaka telah berkembang maju di zaman pemerintahan Sultan Mansor Syah. ( salah )

  36. Pada • Digunakan bagi menunjukkan keterangan atau masa. • Contoh : Bas kilang itu bertolak pada pukul 6.30 pagi. • 2. Menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja • Contoh : Notis mesyuarat agung ada pada papan kenyataan. • 3. TIDAK BOLEH digunakan di hadapan Kata Nama atau Frasa Nama yang bermaksud sasaran. • Contoh :Berdoalah pada yang Maha Esa. (salah) • Berdoalah kepada yang maha Esa. (betul)

  37. Ke • TIDAK BOLEH digunakan untuk perkara-perkara lain KECUALI tempat,arah,waktu atau masa. • TIDAK BOLEH digunakan di hadapan kata nama yang merujuk manusia atau haiwan. • Contoh : Laporan itu telah diserahkan ke pihak polis. (salah ) • Laporan itu telah diserahkan kepada pihak polis. (betul )

  38. kepada • 1. Digunakan untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia,haiwan dan unsur mujarad. • contoh: • - Minit mesyuarat itu diserahkan kepada Ali. • - Adik memberi susu kepada kucing. • - Jagalah anak-anak kita supaya tidak terdedah kepada bahaya dadah. • 2. Digunakan untuk merujuk institusi yang berkaitan manusia. • Contoh: Surat itu hendaklah dihantar kepada Pejabat Pendidikan Daerah dengan segera. • 3. Digunakan untuk menyatakan pecahan. • Contoh: Pasukan pengakap itu dibahagikan kepada lima kumpulan. • 4. Digunakan untuk menyatakan keadaan. • Contoh:Suhu badan pesakit itu meningkat kepada 90⁰C . • 5. Boleh dipadankan dengan Kata Sendi ‘daripada’ • Contoh : daripada 70% kepada 80 %.

  39. oleh, oleh kerana dan oleh sebab • ‘oleh’ digunakan menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif.(di,ter dan kena) • Contoh: Buku itu ditulis oleh Ali. • Budak itu kena pukul oleh ibunya. • 2. Yang membawa maksud sebab. • Contoh:Pelari pecut negara tewas oleh sebab kekurangan latihan. • 3. Kata Sendi ‘oleh’ dan ‘kerana’ TIDAK BOLEH digunakan bersama-sama. • Contoh: • Dia dimarahi guru oleh kerana tidak hadir ke sekolah.(salah) • Dia dimarahi guru oleh sebab tidak hadir ke sekolah.(betul)

  40. dalam dan di dalam • 1.‘dalam’ digunakan di hadapan Kata Nama yang membawa maksud lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. • Contoh : Beberapa perkara telah dibangkitkan dalam mesyuarat semalam. (betul) • 2. ‘dalam’ digunakan sebagai Kata Adjektif. • Contoh: Air perigi itu sungguh dalam. • 3. ‘di dalam’ untuk menyatakan sesuatu yang konkrit.(ada ruang fizikal) • Contoh:Duit saya hilang semasa di dalam teksi.

  41. antara dan di antara • ‘antara’ digunakan untuk menyatakan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. • Contoh : Banyak persamaan di antara Siti dengan Ani.(salah) • Banyak persamaan antara Siti dengan Ani.(betul) • 2. ‘di antara digunakan untuk menunjukkan arah atau ada jarak ruang • fizikal. • Contoh : • Pekan Rengit terletak antara Batu Pahat dengan Pontian. (salah) • Pekan Rengit terletak di antara Batu Pahat dengan Pontian. (betul)

  42. demi dan untuk • Perkataan untuk dan demi TIDAK PERLU disertakan sekali. • Contoh : • - Kita mesti hidup bersatu padu demi untuk kesejahteraan negara.(salah) • - Kita mesti hidup bersatu padu untuk kesejahteraan negara.(betul)

  43. KATA PEMERI :ialah dan adalah • ialah • Menghubungkan subjek dan predikat. Boleh diletakkan antara subjek dengan predikat berpola FN + FN. • Kedua-dua subjek dan predikat mempunyai makna yang sama. Oleh itu subjek dan predikat boleh bertukar tempat. • Contoh1 : Angin ialah udara • Udara ialah angin • Contoh 2 : Singapura adalah jiran Malaysia.(salah) • Singapura ialah jiran Malaysia. (betul) • adalah • Digunakan untuk menghubungkan antara subjek dengan predikat yang berpola FN + FA atau FN + FS. • 2. Kata Pemeri ‘adalah’ memberi huraian lanjut subjek yang disebut sebelumnya. • Contoh : Perkara ini adalah sangat penting. • Surat ini adalah daripada Pejabat Daerah Batu Pahat.

  44. KATA NAFI • Ada dua bentuk kata nafi – bukan dan tidak. • 2.‘bukan’ berfungsi menafikan frasa nama (FN) dan frasa sendi nama(FS). • Contoh : Ini bukan buku saya. • Sumbangan itu bukan daripada Ali. • 3. ‘tidak’ berfungsi menafikan frasa kerja(FK) dan frasa adjektif (FA). • Contoh:Dia bukan memanggil saya. (salah) • Dia tidak memanggil saya. (betul) • Contoh: Ayah bukan sihat hari ini. (salah) • Ayah tidak sihat hari ini. (betul)

  45. KATA ADJEKTIF • Kata Adjektif dapat dikenali apabila BOLEH didahului atau diikuti dengan Kata Penguat • Contoh :amat baik / paling cantik / sungguh tinggi/ • amat pintar sekali / sangat enak sekali/ • teramat pandai / tinggi sekali • 2. Kata Adjektif akan menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat. • Contoh : Baju itu cantik • (subjek) (predikat) • 3. Binaan ‘ter’ dan ‘paling’ + kata adjektif TIDAK PERLU diikuti oleh perkataan sekali.

  46. KATA PENGUAT ADJEKTIF • Kata Penguat digunakan untuk menguatkan maksud adjektif. • Contoh : terlalu nakal / lambat benar • 2. Dua unsur Penguat BOLEH HADIR berturutan sebelum Kata Adjektif. • Contoh : Sungguh amat merdu • Terlalu amat pedih • 3. Apabila Kata Adjektif diimbuhi awalan ‘ter”, maka Kata Penguat TIDAK DIPERLUKAN lagi. • Contoh; Ali pelajar yang amat/paling/sangat tercerdik.(salah ) • Ali pelajar yang tercerdik. (betul ) • Ali pelajar yang paling cerdik.

  47. PENJODOH BILANGAN • Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan untuk Kata nama Abstrak. • Contoh: • Jasmin mempunyai sebuah pendapat yang boleh diterima. (salah) • Jasmin mempunyai pendapat yang boleh diterima. (betul) • 2. Penjodoh Bilangan TIDAK BOLEH digunakan bagi Kata Bilangan Tertentu seperti - setiap, segala, sesetengah, sebahagian dan para. Contoh: • Setiap orang pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (salah) • Setiap pelajar mesti hadir pada hari terbuka sekolah. (betul)

  48. KATA TANYA • Apa dan Siapa • Kata Tanya ‘apa’ hanya boleh digunakan untuk menanyakan nama benda atau binatang sahaja. • Kata tanya ‘siapa’ hanya boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia. • 2. Kata tanya ‘apa’ TIDAK BOLEH digunakan dalam Ayat Penyata.

  49. BUNYI HAIWAN • nyamuk - dengung • ular - desis • burung - kicauan • keldai - meringkik • itik - mengakak • tikus - berdecit-decit • terkukur - berkukur • serigala - meraung • cengkerik - mengilai • beruang - menderam • puyuh - berdengut • gajah - bertempik

More Related