1 / 20

TOPIK 3

TOPIK 3. FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK Pensyarah : Ir. Ahmad Rasdan Ismail (013-3942463). FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK. AHMAD RASDAN ISMAIL. PENGENALAN. Penilaian ergonomik adalah lebih dari hanya menganalisis kerja atau tugas.

nelson
Download Presentation

TOPIK 3

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TOPIK 3 FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK Pensyarah : Ir. Ahmad Rasdan Ismail (013-3942463) FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  2. PENGENALAN • Penilaian ergonomik adalah lebih dari hanya menganalisis kerja atau tugas. • la adalah penyiasatan secara mendalam kepada semua hazard-hazard yang berpotensi dan risiko-risiko kepada individu dan mencari jalan penyelesaian. • Objektif utama penilaian ergonomik adalah untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan hazard di tempat kerja. FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  3. PENGENALAN • Tujuan program penilaian ergonomik adalah untuk menilai kebolehan dan had para pekerja dan untuk mendokumenkan keperluan kerja. • Apabila keperluan kerja telah didokumenkan, ahli ergonomik boleh menggunakan maklumat ini untuk mereka bentuk semula tugas bagi memenuhi keperluan peratusan pekerja atau pemilihan pekerja untuk kerja itu dan ini akan mengurangkan risiko kerja kepada pekerja. FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  4. FAKTOR RISIKO ERGONOMIK • Postur badan yang tidak sesuai (awkward postures). • Penggunaan daya yang banyak (excessive force). • Melakukan pergerakan secara berulang kali (repetitive works). • Postur badan yang statik; pengerahan tenaga dalam masa yang lama (static postures; sustained exertions). FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  5. FAKTOR RISIKO ERGONOMIK • Tekanan sentuhan (contact stress) akibat pemicitan kepada otot, saluran darah, saraf dan tendon dengan permukaan yang tajam dan keras seperti bucu meja, pemegang peralatan tangan dan sebagainya. • Faktor-faktor luaran/persekitaran seperti getaran, cahaya, suhu, bunyi dan sebagainya. FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  6. POSTUR BADAN YANG TIDAK SESUAI • Merujuk kepada kedudukan tubuh (seperti anggota badan, sendi, belakang) yang tidak berada dalam keadaan neutral semasa melakukan kerja. • Biasanya hasil daripada dari reka bentuk kerja dan ruang kerja yang tidak mengikut prinsip-prinsip ergonomik. • Ruang kerja yang terlalu tinggi, rendah, sempit dan sebagainya menyebabkan pekerja terpaksa membongkok, berpusing dan melakukan capaian yang melampau. FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  7. POSTUR BADAN YANG TIDAK SESUAI • Antara contoh kedudukan yang tidak sesuai; • postur membengkok (bending) (pada leher, belakang, pergelangan tangan, lutut dan sebagainya) • berpusing (twisting) Uuga pada Ieher, belakang, tangan dan sebagainya) • capaian yang melampau (over reaching) (mencapai objek di atas paras bahu, di bawah paras genggaman tangan objek di sisi dan sebagainya) FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  8. Rajah 1 Contoh aktiviti yang memerlukan postur tubuh yang tidak sesuai FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  9. PENGGUNAAN DAYA YANG BANYAK • Penggunaan daya yang banyak menyebabkan lebih beban mekanik kepada otot, ligamen, tendon dan sendi. • Ini boleh menyebabkan keletihan dan seterusnya mengurangkan kapasiti kerja fizikal pekerja tersebut. • Bagi kesan jangka masa panjang pula, boleh menyebabkan kecederaan akut dan kronik seperti serat-serat yang ada pada otot, tendon dan sendi yang terputus dan seterusnya mengurangkan kekuatan pekerja untuk melakukan kerja sedemikian rupa bagi jangka masa yang panjang. FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  10. PENGGUNAAN DAYA YANG BANYAK • Penggunaan daya yang banyak bukan semata-mata bergantung kepada berat sebenar beban tersebut, tetapi juga faktor-faktor lain seperti kedudukan dan saiz beban serta cara pengendalian beban tersebut. • Contoh aktiviti yang menggunakan daya yang banyak; • mengangkat/membawa/mengalih beban yang berat • memegang menggunakan hujung jari (pinch grip) • mengendalikan beban dalam postur yang tidak sesuai FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  11. Rajah 2 Aktiviti mengangkat dan membawa FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  12. PERGERAKAN YANG BERULANG-ULANG • Sekiranya seseorang pekerja melakukan kerja secara berulang kali, pekerja tersebut biasanya akan melakukan tugas tersebut menggunakan anggota badan yang sama secara berulang-ulang. • Apabila kerja sebegini dilakukan, anggota badan tersebut tidak mendapat rehat yang cukup dan seterusnya menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan kepada pekerja. • Bagi kerja yang mempunyai masa kitaran yang kurang daripada 30 saat, risiko untuk penyakit muskuloskeletalatau musculoskeletal diseases (MSDs) meningkat sebanyak 5.5 kali ganda dibandingkan dengan kerja yang mempunyai masa kitaran yang lebih daripada 30 saat. FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  13. Rajah 3 Suasana di pejabat banyak menggunakan pergerakan yang berulang­ulang FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  14. POSTUR BADAN STATIK • Otot-otot yang berada di dalam keadaan statik tidak mampu untuk mengepam darah yang membawa karbon dioksida dan bahan buangan keluar daripada anggota badan yang bekerja dan tidak mampu untuk mendapatkan darah yang membawa oksigen daripada jantung. • Akibatnya, pekerja boleh merasa sakit pada anggota badan yang terbabit. • Pekerja yang bekerja untuk jangka masa yang panjang pula akan terdedah kepada kepenatan akibat daripada tidak mendapat cukup rehat bagi anggota badan tersebut untuk meneruskan kerja. FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  15. Rajah 4 Kerja mencanai yang memerlukan pekerja mengekalkan postur belakang dalam keadaan membongkok FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  16. TEKANAN SENTUHAN • Pemicitan ke atas saluran darah, otot-otot dan tendon selalunya berlaku apabila peralatan tangan atau berkuasa digunakan untuk melaksanakan kerja. • Pemicitan ke atas saluran darah atau ischemacontohnya, akan menyebabkan pengecutan saluran darah sekaligus mengurangkan pengaliran darah ke anggota badan yang bekerja. • la boleh menyebabkan kebas pada jari jemari dan sakit pada anggota badan yang menyokong peralatan tersebut. FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  17. Rajah 5 Tekanan sentuhan pada bahagian tangan FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  18. FAKTOR LUARAN/PERSEKITARAN • Getaran Tangan-Lengan yang dihadapi oleh pekerja biasanya hasil daripada penggunaan peralatan yang berkuasa. • Getaran Seluruh Tubuh pula adalah getaran yang dipindahkan dari kenderaan/mesin yang bergetar ke dalam tubuh. • Pencahayaan yang terlalu gelap akan meningkatkan kesilapan dan risiko kemalangan serta mengakibatkan pekerja bekerja dalam keadaan yang tidak selesa. FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  19. FAKTOR LUARAN/PERSEKITARAN • Pencahayaan yang terlalu terang pula boleh mengakibatkan keletihan pada mata pekerja dan mengakibatkan sakit kepala dan sebagainya. • Suhu yang terlalu sejuk, dengan pengudaraan yang tidak baik di dalam ruang kerja yang tertutup boleh mengakibatkan simptom-simptom sindrom bangunan sakit. • Bunyi yang berterusan, walaupun pada kekuatan bunyi yang rendah juga boleh menjadi gangguan terutama bagi pekerjaan yang memerlukan penumpuan yang teliti. FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  20. Rajah 6 Persekitaran yang terlalu gelap memaksa pekerja bekerja dengan keadaan tubuh yang tidak sesuai FAKTOR-FAKTOR RISIKO ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

More Related