Download
sistem bancian tandan buah hitam n.
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
SISTEM BANCIAN TANDAN BUAH HITAM PowerPoint Presentation
Download Presentation
SISTEM BANCIAN TANDAN BUAH HITAM

SISTEM BANCIAN TANDAN BUAH HITAM

2935 Views Download Presentation
Download Presentation

SISTEM BANCIAN TANDAN BUAH HITAM

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

  1. (PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH)KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH SISTEM BANCIAN TANDAN BUAH HITAM

  2. PEMBENTUKAN TANDAN • Tempoh masa pembentukan tandan dari peringkat permulaan sel bunga sehingga peringkat tandan siap sedia untuk dituai dianggar mengambil masa antara 32 hingga 40 bulan. • Peringkat dan masa pembentukan tandan secara ringkas adalah seperti berikut :

  3. PEMBENTUKAN BUAH • Dalam keadaan biasa, buah akan masak dalam masa 5 hingga 5.5 bulan selepas pendebungaan. • Ringkasan, masa dan peringkat pembentukan buah adalah seperti berikut : - Pembentukan buah sebenarnya berlaku secara berterusan dan pembahagian di atas adalah untuk menunjukkan keutamaan sesuatu peringkat pembentukan buah.

  4. SISTEM BANCIAN • BLOK PENSAMPELAN • Bagi ladang besar, anggaran luas bagi setiap blok pensampelan adalah antara 30 – 50 ha. • Pemilihan blok perlu seragam dari segi jenis tanah, topografi, umur dan pertumbuhan pokok. • Blok pensampelan boleh mengikut blok penuaian atau blok pembajaan yang sedia ada. • Semua blok pensampelan yang telah dikenal pasti diberi identiti ( nama atau nombor blok )

  5. SISTEM BANCIAN ( smbg ) • BILANGAN SAMPEL POKOK • Bilangan sampel pokok yang syorkan ialah 5% hingga 10% dari jumlah pokok dalam setiap blok pensampelan • Secara praktik, sampel sebanyak 5% dipilih dengan menandakan satu baris pokok bagi setiap 20 barisan pokok. • Pensampelan sebanyak 10% ialah satu baris bagi setiap 10 barisan pokok • Baris pokok yang dipilih dikenali sebagai baris banci

  6. SISTEM BANCIAN ( smbg ) • BARIS BANCI Pemilihan baris banci hendaklah menepati syarat berikut: • Pilih baris banci pertama tiga ke empat baris dari tepi sempadan blok atau pensempelan ladang • Baris banci hendaklah tersebar keseluruhan blok pemsampelan bagi menjamin sampel adalah menyeluruh. • Jumlah pokok dalam semua baris banci hendaklah hampir menyamai jumlah sampel pokok yang telah ditentukan sama ada 5% atau 10%. • Baris banci perlu ditanda untuk memudahkan kerja bancian setiap empat bulan serta kerja penyemakan jika perlu.

  7. SISTEM BANCIAN TANDAN BUAH HITAM • Pembanci perlu mengenali buah hitam yang berumur lebih dari satu bulan selepas pendebungaan ( melalui latihan ) • Kebiasaannya tandan hitam berumur melebihi 1.5 bulan terdapat dicelah pelepah nombor 25 dan seterusnya. • Sebagai panduan buah hitam berumur 1.5 bulan telah mempunyai air dalam ruang isirung apabila ia dibelah dua.

  8. BANCIAN BUAH HITAM ( smbg ) • Setiap pokok di dalam baris banci akan dibanci dengan mencatat jumlah tandan yang terdapat disetiap pokok termasuk tandan hitam yang berkilat berumur 1.5 bulan selepas pendebungaan, tandan muda dan masak. • Tanda X pada pokok yang sudah mati atau titik tanam yang kosong. • Semua catatan bancian dibuat dalam borang khas ( Cth : Borang A )

  9. Borang A Nota : BLK = Blok BB = Barisan banci

  10. Pengiraan • Pendekatan (a ) • Jumlah titik tanam yang di banci = Bil Pokok Matang + bil titik tanam kosong • Jumlah hektar dibanci = jumlah titik tanam dibanci / kepadatan tanaman semasa • Jumlah tandan sehektar = Jumlah bil. Tandan / jumlah hektar di banci • Berat BTS ( Buah Tandan Segar ) sehektar = jumlah tandan sehektar x anggaran berat setandan

  11. Pengiraan ( smbg ) • Pendekatan (a )- smbg e) Anggaran hasil BTS untuk blok = Berat BTS sehektar x luas blok f) Anggaran hasil BTS untuk ke semua luas ladang boleh di dapati dengan mencampurkan semua anggaran hasil BTS dari setiap blok pemsempelan. g) Anggaran minyak sawit mentah = anggaran BTS x kadar perahan minyak h) Anggaran Isirung = Anggaran BTS x kadar perolehan isirung

  12. Pengiraan ( smbg ) • Pendekatan (b) • Purata bil. tandan sepokok = Jumlah bil. tandan dibanci / jumlah pokok matang dibanci. • Anggaran bil. Tandan untuk blok = purata bil. Tandan sepokok x jumlah pokok matang dalam blok • Anggaran hasil BTS untuk blok = anggaran bilangan tandan untuk blok x anggran berat setandan

  13. Kesimpulan • Anggaran hasil BTS menggunakan kaedah mengira tandan hitam adalah lebih saintifik dan tepat berbanding dengan kaedah lain seperti berdasarkan data kajian pengeluaran hasil yang lepas. • Ini adalah kerana pengeluaran BTS sangat dipengaruhi oleh faktor cuaca, hujan, tanah dan amalan agronomi setempat • Kaedah ini memerlukan ketelitian semasa pelaksanaan bagi mendapatkan anggaran hasil yang tepat. • Kaedah ini kadangkala sukar dilaksanakan dengan tepat terutama dalam keadaan pokok yang sudah tinggi kerana boleh mengelirukan.