1 / 35

Perushaan Awam

Perushaan Awam. Perushaan Awam. Definasi perushaan awam

mizell
Download Presentation

Perushaan Awam

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Perushaan Awam

  2. Perushaan Awam Definasi perushaan awam “ Badan yg bersifat perindustrian,pertanian dan perdagangan yang dimiliki dan di kawal oleh kerajaan pusat atau wilayah atau kerajaan negeri. Badan-badan ini menjual barang-barang dan perkhidmatan atau kedua-duanya sekali dan dijangka membiayai keseluruhan atau sebahagian drp operasinya dengan hasil dan kegiatan sendiri” A.H. Hanson

  3. Definasi Perushaan Awam “ Any commercial ,financing, industrial,agricultural or promotional undertaking – owned by a public authority either wholly or through majority shareholding- which is engaged in a production and sales of goods and services and whose affairs are capable of being recorded in balance sheets and profit-loss accounts. Such undertaking may have diverse legal and corporate forms such as departmental undertakings, public corporations statutory agencies established by acts of parliament or joint stock companies registered under the company law “ Mesyuarat pegawi-pegawai kanan dari negara-negara sedang membangun di London 1979

  4. Ciri-ciri Perushaan Awam • Mempunyai bidang aktiviti yang berbagai-bagai spt perindustian, pertanian, perdagangan dan perniagaan. • Dimiliki dan dikawal atau dikuasai oleh kerajaan • Operasi badan ini samada sepenuh atau sebahagianya dibiayai oleh hasil drp operasi badan itu sendiri • Menghasilkan dan menjual barangan atau perkhidmatan • Mempunyai bentuk organisasi yg berbagai spt perbadanan awam, jabatan dan syarikat

  5. Sebab-sebab Penubuhan Perushaan Awam 1) Keperluan kerajaan dalam menyediakan inisiatif2 pembangunan. Inisiatif-inisiatif mungkin diberi dalam bentuk -penyediaan inisiatif untuk pelaburan dan promosi aktiviti industri, baik secara penyertaan langsung pelaburan atau bantuan kewangan kpd perushaan swasta - penyediaan inisiatif ke atas pembangunan infrastruktur dan aktiviti dan aktiviti asa spt diamalkan di El Salvador • Kewujudan prioriti-prioriti pembangunan yg khusus yg mungkin tidak akan dapat di kenal pasti jika ia diserahkan sepenuhnya kpd peruashaan swasta • Kerajaan mungkin berkemahuan untuk mewujudkan simpanan dengan cepat supaya perushaan awam yg tidak menumpukan motif keuntungan akan segera dapat mencapai tujuan ini.

  6. Sebab Penubuhan Perushaan Awam • Mewujudakan keseimbangan agihan pendapatan di antara rakyat supaya kekayaan negara dapat dinikmati secara adil dan saksama seperti di Malaysia • Sebagai ejen pembangunan di kawasan-kawaan kurang maju supaya pembangunan ekonomi tidak tertumpu kpd satu-satu kawasan tertentu sahaja. • Mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi dan sebagai alat pencepat peroses pembangunan. Ini kerana dirasakan bahawa prestasi ekonomi dan pertumbuhan ekonomi NSM masih berada pada tingkat yang agak lembap

  7. Penubuhan perushaan awam adalah juga untuk menyelamatkan perushaan swasta yg mengalami kerugian drp berlaku penutupan yg boleh menimbulkan pengangguran Oleh sebab perushaan awam hanya memainkan peranan setakat mana yang boleh disesuaikan dengan matlamat pembangunan. Peranan ini lebih bersifat sementara dan apabila sampai satu peringkat perushaan swasta boleh mengusahakan aktiviti-aktiviti tersebut dengan jayanya maka ia akan diserahkan kembali kpd perushaan swasta

  8. Dengan wujudnya perushaan awam , masalah pengangguran bolehlah dikurangkan. Badan ini bukanlah bermotifkan keuntungan semata-mata dan ianya boleh menyerapkan tambahan tenaga buruh yang ada • Badan ini boleh juga memainkan peranan mengurangkan atau mengatasi masalah kemiskinan terutmanya di kalangan penduduk luar bandar dan juga pembangunan ekonomi di antara kawasan.Kerajaan telah menubuhkan agensi-agensi wilayah spt KETENGAH, KESEDAR, KEJORA, MADA, JENGKA dan sebagainya bertujuan memajukan sektor luar bandar yang ketinggalan dari segi pembangunan. • Bagi menggalakkan kaum bumiputra bergiat dengan lebih aktif dalam kegiatan ekonomi dan tidak ketinggalan dari menikmati faedah dari arus pembangunan ekonomi, kerajaan telah menubuhkan perushaan awam spt UDA, MIDF dsb

  9. Sejarah Perkembangan Perushaan Awam di Malaysia Boleh dibahagikan kpd empat peringkat • Jangka masa sebelum kemerdekaan • Selepas kemerdekaan sehingga tahun 1969 • Jangka masa pelaksanaan DEB • Jangka masa era penswastaan

  10. Jangka Masa Sebelum Kemerdekaan • Pada pringkat ini perushaan awam lebih berfungsi untuk menyediakan kemudahan-kemudahan perkhidmatan, keselamatan sosial dan kesihatan. • Ketidakseimbangan ekonomi kurang diberi perhatian oleh penjajah kerana keutamaan mereka adalah kpd pertumbuhan ekonomi. Kemudahan- kemudahan infrastruktur yang dibina adalah untuk memenuhi keperluan syarikat – syarikat mereka. • Sehingga tahun 1957, terdapat 23 buah perushaan awam, tetapi hanya RIDA dan FELDA sahaja yang memberi perhatian terhadap isu-isu ketidakseimbangan ekonomi

  11. Selepas Kemerdekaan Sehingga Tahun 1969 • Peranan perushaan awam sebagai agensi yang menyediakan kemudahan asas kepada rakyat berterusan dalam Racangan Pembangunan Ekonomi Pertama (RPE1) 1956-60 dan RPE2 1961-65. • RIDA dibubarkan kerana ianya gagal mencapai matlamat meningkatkan taraf ekonomi kaum bumiputra dan digantikan dengan MARA. MARA ditubuhkan untuk memaju, mendorong dan memudahkan pembangunan ekonomi dan sosial di kalangan kaum bumiputera bagi mempercepatkan penyertaan mereka dalam bidang perniagaan dan perindustrian. • Antara 1957-1968, sebanyak 38 perushaan awam baru ditubuhkan termasuklah LUTH, Lembaga Pelabuhan Kelang,PORLA,dan FAMA. • Kebanyakkan perushaan awam yg ditubuhkan adalah bebentuk jabatan kerajan dengan fungsi-fungsinya menyediakan infrastruktur, memberi kemudahan kredit, menyediakan perkhidmatan pengembangan, membekalkan input pertanian dan mengawal pasaran keluaran pertanian.

  12. Era DEB • Badan-badan seperti PERNAS, FIMA, UDA dsb telah aktif dalam bidang-bidang perniagaan dan perindustrian dan perindustrian baik secara usahama mahupun secara usaha persendirian • PKEN diwujudkan pada semua negeri dengan perananya lebih kpd menggalak, mewujudakan dan menjalankan pembangunan negeri masing-masing. • Sektor perushaan awam ini telah berjaya dijadikan jentera pelaksanaan dasar awam, bukan sahaja dalam memajukan pembangunan sosioekonomi negeri tetapi secara khusus telah berjaya membantu dalam mencapai matlamat DEB. • Di antara tahun 1969, sebanyak 60 perushaan awam baru telah dutubuhkan berbanding hanya 38 pada masa lepas merdeka sehingga 1968

  13. Era Penswastaan • Peranan perushaan awam berkurang pada era ini • Beberapa perushaan awam telah diswastakan dan dilepaskan kepada milikan individu atau syarikat persendirian, walaupun begitu pihak kerajan masih memiliki sejumlah ekuiti yg besar dalamagensi ini.

  14. Bentuk Perushaan Awam Tiga bentuk perushaan awam • Jabatan Kerajan Badan yg menguruskan segala urusan yg berkait dengan penetapan dasar, peraturan kewangan juga pengambilan kakitangan adalah tertakluk kpd semua peraturan kerajaan b) Perbadanan Awam Juga dikenali sebagai badan-badan berkanun. Merupakan bentuk organisasi komersil yang bebas, ditubuhkan dengan kehendak kerajaan di luar drp rangka kerja jabatan2 kerajaan dan undang2 syarikat sebaliknya di bawah undang2 yg khusus yg menetapkan tujuan-tujuan badan ini, struktur pentadbirannya, kegiatan2, tanggungjawab dan dsb. Secara umum mempunyai sifat-sifat berkut:- - Penubuhanya adalah di bawah undang-undang khusus - Entiti sendiri dari segi undang2 iaitu boleh mendakwa dan didakwa - Peruntukan untuk menyediakan modal atau untuk menuntut kerugian adalah tanggungan sendiri - Kebanyakkan kakitangan bukan terdiri drp pegawai kerajaan. Syarat2 perkhidmatan ditentukan oleh perbadanan sendiri Contoh: UDA,PKEN, MARA

  15. Bentuk Perushaan 3) Syarikat Kerajaan Penubuhannya adalah mengikut undang-undang syarikat. Kerajaan memegang sekurang-kurangnya 51% ekuiti i modal. Badan ini tidak perlu menimbangkan perkhidmatan sosial tetapi sebaliknya lebih tertumpu kpd memperolehi keuntungan untuk syarikat. Contoh : PERNAS, MAS, FIMA dsb Banyak negara menubuhkan syarikat kerajaan berasaskan kpd beberapa faktur, termasuklah :- a) Senang dibentuk berbanding dengan perushaan lain b) Kerajaan boleh mengubah nisbah milikan ekuiti melalui pembelian saham mengikut keperluan keadaan c) Boleh berfungsi di bawah undang-undang sepertidikenakan ke atas sektor swasta

  16. Lain –Lain Bentuk Di samping tiga bentuk di atas, kerajaan juga boleh bekerjasama dengan perushaan swasta dalam nberbagai bidang ekonomi dalam bentuk usahama. Ini merupakan perkembangan baru dalam pembentukan perushaan awam, khususnya dikalangan NSM. Asas penubuhanya ialah untuk:- a) memberi inisaitif dan galakkan kpd pelabur-pelabur swasta melalui penglibatkan kewangan dlm sesuatu projek b) mendapatkan bahagian hak milik perushaan2 swasta memerlukan bantuan c) menggalakan penyertaan swasta melalui tawaran saham saham dan ekuiti yg lebih menarik Umumnya perushaan awam ini merupakan perushaan swasta yg di dalamnya terdapat campuran drp usaha kerajaan sama ada dalam bentuk saham (milikan), kewangan (pinjaman ) dan galakkan (inisiatif) lain dan ia bebas bergerak sepeti perushaan lain.

  17. Kategori Perushaan Awam di Malaysia Di dalam konteks negara Malysia, perushaan awam boleh dikategorikan kpd :- a) Perushaan awam yg terlibat dalam bidang pertanian dan pembangunan wilayah spt FELDA, FELCRA, MARDEC, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR b) Perindustrian dan perdagangan, spt PERNAS, MARA dan UDA c) Kewangan spt Bank Pertanian, BSN, dsb d) Kemudahan utiliti dan keperluan perkhidmatan spt LLN dan KTMB ( kedu-dua telah diswastakan menjadi TNB dan KTMB) e) Perbadanan yg bertujuan memajukan ekonomi negeri2 dalam berbagai bidang ekonomi khususnya perindustrian, contohnya PKEN di setaip negeri

  18. Masalah Bilangan perushaan awam yang banyak telah menimbulkan bergagai masalah spt berlakunya kesamaran objektif ( unclear objectives) yang boleh melibatkan pertindihan fungsi dlm banyak aktitiviti.Ianya mewujudkan masalah penyelarasan, konflik kepentingan dan persaingan untuk menggunakan sumber-sumber yg terhad.

  19. 1.Masalah kekaburan objektif Perushaan awam ditubuhkan dengan matlamat yg luas dan diserahkan kepada perbadanan-perbadanan itu sendiri untuk menentukannya. Terpulanglah kpd perbadanan berkenaan untuk menentukan corak kegiatan yg perlu dijalankan walaupun pada prinsipnya telah ditentukan lapangan kegiatanya.Tambah pula wujud pula konflik di antara objektif kewangan dan sosial pada dan di antara badan-badan tersebut. 2. Masalah pertindihan fungsi (overlapping and duplication) Pertindihan fungsi tidak akan memberikan kecekapan kpd perushaan awam tetapi menyebabkan badan-badan tersebut menjadi tidak efektif. Sekiranya bilangan ramai perushaan awam mempuyai peranan yg hamp[ir serupa , potensi konflik antara satu sama lain adalah begitu ketara sekali.

  20. 3.Masalah koordinasi Aspek ini menjadi serious dgn perkembangan perushaan awam yg cepat. Dalam konteks ini, koordinasi mempunyai berbagai makna. Pada peringkat atas, koordinasi bernmaksud bahawa perushaan awam tertakluk kpd arahan-arahan rancangan ekonomi negara yg diputuskan oleh kerajan atau agensi perancangan lain. Di peringkat kememterian, koordinasi bermaksud perumusan dan pelaksanaan objektif-objektif untuk keseluruhan ekonomi. Ia terletak di bawah pengawasan kementerian2 tertentu spt kementerian perdangangan dan pertanian dan lain-lain. Masalah koordinasi menjadi rumit kerana terdpatnya perbadanan yang terlibat dalam , contohnya pertanian, tidak diletakkan di bawah kementerian pertanian. Dalam hal ini adalah sukar bagi kementerian berkenaan untuk menyelaraskan kegiatan-kegaitan perbadanan yg sedemikian rupa.

  21. 4. Masalah hubungan menteri, lembaga, dan pengurus Apa yg wujud tentang hubungan di antara tiga pihak ini ialah masalah ketidakjelasan kuasa yg akan meninggalkan kesan negatif kpd operasi perushaan awam. Hakikat ini memperlihatkan bahawa setiap perushaan awam tertakluk kpd lebih drp satu hala pihak berkuasa. Masalah yg timbul ialah apabila seringkali terdapat kes-kes di mana menteri terpaksa mempertimbangkan kesan-kesan politik terhadap sesuatu projek dan ini mungkin melemahkan kecekapan projek tersebut

  22. 5. Masalah berkaitan dengan kakitangan perushaan awam. Kadangkala perushaan awam menghadapi kekurangan tenaga pengurusan mahir yg mampu untuk menggerakkan perbadanan awam berasaskan motif keuntungan tanpa menjejasakan keperluan atau objektif sosial yg telah ditetapkan. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meminjamkan kakitangan awam untuk mengendalikan perbadanan awam tetapi cara ini bukanlah satu cara penyelesaian yang mutlak kerana ianya akan menimbulkan masalah kpd perbadanan yang berkenaan .

  23. 6. Masalah-masalah lain - persaingan drp sektor swasta - kelambatan menjelaskan hutang - perbadanan tidak dpat memperolehi keuntungan maksima kerana harga dikawal oleh kerajaan. - peyeleweng dan salah guna kuasa boleh menggagalkan sesuatu perushan awam.

  24. Keberkesanan Perushaan Awam • Oleh sebab penubuhan perushaan awam bukan semata-mata bermotifkan keuntungan tetapi juga bermotifkan sosial maka kejayaan perushaan ini tidak boleh diukur dari segi pencapaian keuntungan sahaja. • Penilaian seharusnya dibuat berdasarkan sama ada ianya telah mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan oleh kerajaan • Untuk badan-badan kewangan , keuntungan boleh dijadikan pengukur oleh sebab penubuhan badan-badan ini adalah lebih kpd motif kewangan. Conth spt Bank Pertanian, Bank Bumiputra dsb

  25. Selain badan-badan kewangan , terdapat berbagai perusahaan lain yg setanding dengan peruaushaan swasta, umpamanya FELDA dan syarikat MAS, dan MISC yang kerap mendapat keuntungan • Terdapat perushaan awam yg mengalami kerugian disebabkan kekurangan kakitangan pengurus dan kakitangan yang layak dan pengalaman, kekurangan modal, persaingan hebat drp swasta, terlalu berorientasikan objektif sosial dan ketidakcekapan pentadbiran dan penyelewangan. • Penilaian kejayaan perushaan awam boleh dikaitkan dengan DEB.Perushaan awam dipertanggungjawab untuk mengerak, memudah, membantu dan melibatkan diri secara langsung dalam mencapai matlamat DEB, maka pencapaiannya merupakan kejayaan perushaan awam itu sebdiri.

  26. PENSWASTAAN • Penswastaan secara amya bermaksud penjualan perushaan milik negara atau milikan awam kepada sektor swasrta yang akhirnya menyebabkan ekuiti perushaan dikuasai oleh sektor swasta. • Boleh dianggap sebagai kebalikan(opposite) kpd dasar memiliknegarakan(natinalisation) perushaan swasta. • Perushaan awam yg ditubuhkan adalah ditabir/diuruskan oleh kerajaan untuk sementara sahaja dan sampai ke suatu peringkat ianya akan dilepaskan ke tangan pihak swasta.

  27. Pelepasan ini juga perlu oleh kerana kebanyakkan perushaan awam lebih kerap mengalami kerugian dan memberikan bebanan kpd kerajaan. Sekiranya ianya diambil alih oleh pihak swasta ia bukan sahaja akan melepaskan beban perbelanjaan kerajaan tetapi juga boleh menjadi lebuh efeftif dan berupaya mencipta keuntungan.Ini boleh menjadi punca hasil kerajaan melalui pengenaan dan pungutan cukai

  28. Kerajaan telah menggariskan lima objektif penswastaan seperti terdapat dalam Garis Panduan Mengenai Penswastaan yang telah dikeluarkan oleh EPU pada tahun 1985 • Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan • Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran aktiviti ekonomi • Menggalakan pertumbuhan ekonomi • Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi • Membantu pencapaian matlamat dasar pembangunan nasional

  29. Kaeadah Penswastaan • Penswastaan telah dilaksanakan melalui beberapa kaedah seperti berikut • Jualan ekuiti • Jualan aset • Pajakan • Pajakan dan jualan aset • Kontrak pengurusan • Bina-kendali-pindah • Bina-kendali • Pengambilalihan pengurusan • Diperbadankan (pengkorporatkan)

  30. Pelan Induk Penswastaan • Bagi memudahkan pelaksanaan program penswastaan, kerajaan telah melancarkan Pelan induk penswastaan pada tahun 1991.Pelan ini mengandungi perkara-perkara berikut :- • Rangka kerja untuk penswastan • Prosedur untuk melaksanakan penswastaan • Menetapkan keutamaan • Menetapkan malumat hasil • Langkah-langkah yang perlu untuk mengekekalkan program penswastaan

  31. Bersama dengan PIPs dan Pelan Tindakan Penswastaan (PTP) telah dirangka bagi menumpukan usaha kpd bidang yang diberikan keutamaan yg selaras dengan dasar dan strategi pembangunan ekonomi negara. • Dalam PTP 27 buah projek telah dikenalpasti untuk diswastakan dalm tahun 1992 dan 28 buah projek pada tahun 1993. Pada tahun 1992, projek yg telah diperbadankan temasuklah Jabatan Perkhidmatan Pos, Jabatan Penerbangan Awam, IJN, dan KTM • Pada tahun 1993-94, sejumlah 53 buah entiti dan projek dikenalpasti untuk diswastakan dan 64 buah entiti disusun semula untuk diswastakan pada tahun 1993. Projek-projek berkenaan termasuklah Bahagian Pinjaman Perumahan Kementerian Kewangan, BERNAMA, BSN, Projek Pelupusan Najis Nehgara dan HICOM. Pada tahun 1994, sejumlah 40 entiti dan projek telah diikenalpasti untuk disusun semula manakala 52 projek dan entiti akan diswastakan.

  32. Untuk tempoh 1996-2000 , kerajaan telah melaksanakan penswastaan beberapa projek besar yang meliputi 98 projek, mengandungi 51 projek baru dan 47 projek sedia ada.

  33. Prestasi Penswastaan Mengurangkan beban kewangan kerajaan - penjimatan perbelanjaan kerajaan - hasil yang diterima Dalam RM7 dapat jimatkan 51.59 bilion dan memperlolehi pendapatan sebanyak RM 45 bilion melalui penjualan ekuiti dan aset Meningkatkan kecekapan dan produktiviti Perubahan dalam kecakapan berpunca dari pertumbuhan ekonomi, perubahan dalam keadaan permintaan,perubahan dalam struktur pasaran( yg bergantung pada persaingan) serta perubahan dalam kecekapan dalaman syarikat ( berikutan perubahan pemilikan dan pengurusan). Dalam membuat penilaian terhadap kecekapan, faktur yg keempat adalah lebih diutamakan

  34. Manafaat kepada kakitangan Oleh sebab entiti yg diswastsakan mengamalkan skim saraan berasaskan prestasi pencapaian, ,maka dengan peningkatan prestasi entiti yg diswastakan ia akan memberi banyak ganjaran kpd kakitangannya dalam bentuk bonus dan kenaikan gaji, selain tawaran pembelian saham syarikat. Pertumbuhan Ekonomi Penswastaan telah mempecepatkan petrumbuhan ekonomi melalui pelaburan yg lebih besar yang membawa kpd perkembangan sektor korporat. Pertumbuhan juga adalah berpunca drp peningkatan kecekapan yg di alami oleh entiti yg diswastakan.

  35. Penyertaan Bumiputra Penswastaan telah diguna sebagai pendekatan untuk mempertingkatkan penglibatan bumiputra dalam ekonomi. Dalam beberapa entiti yang telah diswastakan pegangan ekuiti buniptera telah melebihi 51 % dan ada di antaranya mencapai 100%. Pemindahan teknologi Penswastaan telah memboolehkan rakyat Malaysia mendapatakn teknologi dan kepakaran baru melalui penyertaan bersama dengan pemegang ekuiti asing, kontrak pengurusan dan penyediaan khidmat perunding

More Related