1 / 19

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2007

margret
Download Presentation

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2007

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2007 SJKT KAMPUNG COLUMBIA

    2. Latar belakang Sekolah SJKT Kampung Columbia Gred – B (SKM) Guru – 11 orang Murid – 120 murid Lokasi – Luar Bandar

    3. Visi Menjadikan Warga SJKT Kampung Columbia Cemerlang dengan berilmu dalam tahun 2010

    4. Misi Melahirkan para pelajar yang dapat meningkatkan prestasi dalam aspek akademik dan bukan akademik serta bertanggungjawab dan penuh iltizam selain mengamalkan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia

    5. Head Count

    6. Program Peningkatan Prestasi UPSR

    7. KEM MOTIVASI Kem Motivasi akan diadakan pada pertengahan bulan Julai. Kem Motivasi ini akan diadakan selama 2 hari dan 1 malam. Kesemua murid tahun 6 akan diwajibkan menyertai dalam program ini. Guru-guru pakar dari sekolah lain akan dijemput untuk memberi bengkel kepada murid tahun 6. Teknik Menjawab Soalan Dalam Kem Motivasi ini murid akan diajar teknik-teknik membaca dan menjawab soalan UPSR yang bakal mereka hadapi. Beberapa contoh soalan akan diberi untuk menguji tahap pencapaian setiap murid. Pengurusan Masa Semasa Kem ini, murid akan diberi kesedaran dan kepentingan tentang pengurusan masa. Satu jadual pengurusan masa yang tepat dan lengkap akan diberikan kepada murid oleh pihak sekolah. Perjumpaan dengan Ibu Bapa Sebagai agenda kemuncak bagi Kem Motivasi ini, satu perjumpaan para guru dengan ibu bapa murid tahun 6 akan diadakan. Dalam perjumpaan ini ibu bapa akan diberi kesedaran tentang kewajipan mereka dalam akademik anak masing-masing. Program Peningkatan Prestasi UPSR

    8. PROGRAM MENTOR/MENTEES Program Anak Angkat akan dijalankan selama 5 bulan iaitu April hingga Ogos. Murid tahun 6 akan dibahagikan kepada 9 orang guru. Murid-murid akan berjumpa dengan mentor/mentees masing- masing. Dalam program ini guru akan mengenalpasti kelemahan murid secara terperinci dan dengan ini mereka dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dalam menjawab soalan. Program ini akan dijalankan 4 hari setiap hari Isnin hingga khamis. Setiap orang guru akan diberi seorang atau dua orang murid. Perkembangan murid melalui program ini akan dibincangkan dalam perjumpaan guru- guru tahun 6 untuk diambil tindakan susulan. KELAS TAMBAHAN Kelas Tambahan bagi murid tahun 6 juga diadakan selama tiga hari iaitu bermula Isnin hingga Rabu. Murid-murid akan belajar selama 2 jam iaitu 2.00 hingga 4.00 petang. Program Peningkatan Prestasi UPSR

    9. JADUAL WAKTU ANJAL Murid-murid tahun 6 akan belajar mengikut jadual waktu anjal. Ia bertujuan untuk memberi masa yang lebih bagi mata pelajaran UPSR. Ia akan dimulakan setelah guru selesai mengajar sukatan mata pelajaran. KELAS ANJURAN ROTARY CLUB Murid- murid tahun 6 diberikan kelas khas Anjuran Rotary Club. Kelas diadakan pada setiap hari bermula Isnin hingga Sabtu. Guru-guru pakar dari sekolah berlainan akan mengajar subje-subjek tertentu berdasarkan kepakaran mereka. Setiap kelas akan berlangsung selama 1 jam 30 minit. Program Peningkatan Prestasi UPSR

    10. Pelaksanaan Program KIA 2M Pada tahun 2006, seramai 19 orang murid memasuki KIA 2M. Pada hujung tahun hanya 5 murid sahaja yang tidak melepasi KIA 2M. Program-program yang dijalankan sepanjang tahun untuk meningkatkan prestasi adalah seperti berikut:- Mengenalkan huruf - huruf besar huruf kecil Membentuk suku kata terbuka ( kv,kvkv,….) cth : ca, ba, wi, su, go, di, ju, … Membentuk suku kata tertutup ( kvk, kvkvk, kvkkvk … ) (suku kata terbuka) cth : cat, mop, hak, sah, … lo bak, cin cin, lem bu, … Membentuk perkataan daripada suku kata yang yang dipelajari (suku kata terbuka ) cth : baba, buku, jari, …

    11. Mengeja suku kata dan perkataan (suku kata terbuka dan suku kata tertutup) Menulis suku kata berdasarkan gambar. a) Membina ayat b) Membina ayat c) Menulis ayat Menggunakan buku panduan pelaksanaan kelas intervensi dengan sepenuhnya. Pelaksanaan Program KIA 2M

    12. Pelaksanaan PPSMI Learn A Word A Day (TRIBAHASA) Murid-murid mempelajari satu perkaataan dalam tiga bahasa sehari melalui penggabungjalinan mata pelajaran yang lain. Guru memperkenalkan dan menerangkan maksud perkataan setiap hari. Guru akan menulis perkataan itu di papan kenyataan. Murid-murid akan menyalin perkataan itu dalam buku Tribahasa pada setiap pagi sebelum waktu persekolahan mula. Minggu Bahasa Inggeris Pengendalian aktiviti murid dalam Bahasa Inggeris. Persembahan dan pertandingan dalam Bahasa Inggeris diadakan selama seminggu. Walking Dictionary Murid-murid diberi satu kad perkataan dalam Bahasa Inggeris selama seminggu. Perkataan itu akan disematkan pada baju sekolahnya. Tujuan ialah untuk memperkayakan penguasaan Bahasa Inggeris.

    13. Pelaksanaan PPSMI Wall Dictionary /BI World Mempaparkan perkataan Bahasa Inggeris di Wall/ dinding Sekolah dan di kantin sekolah. Para murid akan membaca mengikut kesesuaian masa. Program Nilam Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan mencatat semula bahan-bahan yang telah dibaca. Perhimpunaan Dalam Bahasa Inggeris Guru mengendalikan perhimpunaan dalam Bahasa Inggeris. Persembahan murid-murid dalam Bahasa Inggeris. Best Friend Berkomunikasi dalam BI dengan pertolongan rakan sebaya. Guru membimbing murid-murid supaya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Dimana setiap hari selasa dikenali sebagai ‘ENGLISH DAY’

    14. Skim Baucer Tuisyen Bil. Murid - 54 Thn 4 – 16 Thn 5 - 18 Thn 6 – 16 Bil. Guru - 9 Hari - Isnin, Selasa & Rabu Masa - 1.30pm - 3.30pm

    15. Dasar 60:40 – Panitia Matematik Kelas Tambahan Ia dijalankan selepas waktu sekolah. Kelas ini diadakan tiga hari dalam Seminggu. Kelas ini dihadiri oleh murid-murid tahun 4, 5, dan 6. Seramai 55 orang murid terlibat dalalm aktiviti ini. Kelas ini dimulakan mulai bulan Februari – Oktober. Bijak Sifir Aktiviti ini dijalankan untuk semua kelas. (Thn 1- 6) Ia diadakan setiap waktu sebelum matematik dimulakan. Ia diadakan supaya murid-murid boleh mengingat sifir. Kira Cepat Aktiviti ini dijalankan setiap hari untuk semua kelas. Dengan adakan aktiviti ini murid-murid boleh berfikir atau mengingat dengan cepat dan tepat.

    16. 2 Soalan Sehari Ia diadakan untuk murid-murid tahun 6 sahaja. Setiap murid diberikan 2 soalan matematik penyelesaian masalah. Murid boleh buat di rumah atau boleh berbincang dengan kawan mereka. Kalau ada kesalahan, guru akan menerangkan cara penyelesaiannya. Rakan Sebaya Rancangan ini sangat berguna pada murid-murid yang lemah. Murid-murid cemerlang membantu murid-murid kritikal. Dengan ini beban guru juga boleh dikurangkan. Kem Motivasi Mengadakan bagi murid-murid UPSR sahaja. Ia diadakan dua kali setahun. Iaitu pada bulan Mei dan Julai. Dasar 60:40 – Panitia Matematik

    17. Dasar 60:40 – Panitia Sains SAINS BAHAGIAN B Dalam program ini, banyak latihan diberi dalam bahagian B untuk tahun 5, dan 6. Ia bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman murid dari segi teknik menjawab bahagian B, mengenali istilah-istilah sains serta meningkatkan prestasi murid dalam bahagian tersebut. Penerangan istilah sains dipaparkan dalam bilik darjah dan juga di luar bilik darjah. Carta sains turut dipaparkan di kawasan sekolah untuk menanam minat terhadap sains. Meningkatkan penggunaan ICT dalam P&P untuk semua kelas. LOVE SCIENCE Para guru sains diwajibkan menjalankan eksperimen untuk memberi pendedahan mengenai sesuatu topik dengan lebih realistik. Murid diberikan peluang sendiri untuk mengenalpasti bahan serta peralatan sains yang digunakan dalam eksperimen. Murid juga diberi peluang untuk mengendalikan ujikaji-ujikaji tertentu. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyedaran kepentingan sains dalam hidup kita.

    18. Dasar 60:40 – Panitia Sains MENGADAKAN PERTANDINGAN KUIZ SAINS Ia diadakan untuk tahap I dan tahap II. Pertandingan akan diadakan pada bulan Ogos. Murid-murid dikehendaki membuat eksperimen mengikut kumpulan masing-masing. Penilaian akan diberi mengikut kesesuaian topik, penggunaan bahan, kerjasama di kalangan ahli kumpulan dan cara pengendalian bahan dan peralatan sains. KELAS TAMBAHAN Ia dijalankan selepas waktu sekolah. Kelas ini diadakan 3 hari dalam seminggu. Kelas ini dihadiri oleh murid- murid tahun 4, 5 dan 6. Seramai 55 orang murid terlibat dalam aktiviti ini. Kelas ini diadakan sepanjang bulan Februari sehingga Oktober. BUKU SKRAP Buku skrap dihasilkan oleh murid mengikut kumpulan. Aktiviti ini diadakan pada waktu ko-kurikulum. Setiap kumpulan akan diberi tajuk tertentu dan murid dikehendaki mencari bahan seperti gambar, lukisan dan sebagainya. Semua murid dari tahap II terlibat dalam aktiviti ini.

    19. LAWATAN SAMBIL BELAJAR Lawatan ini akan diadakan pada bulan oktober selepas peperiksaan UPSR. Tujuan lawatan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan am dikalangan murid serta menarik minat terhadap sains. PERSEMBAHAN DI PERHIMPUNAN Setiap minggu waktu perhimpunan, murid diwajibkan memberikan persembahan berkaitan topic yang mereka pelajari.Ia adalah untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap sains. WALKING SCIENCE Murid-murid akan diberi istilah-istilah sains dan kata emas sains setiap minggu. Murid akan meletakkan kad perkataan pada baju mereka. Dengan ini semua murid akan mempelajari perkataan sains setiap hari. Pada hujung minggu guru sains akan memberi latihan ejaan untuk menguji kefahaman mereka. Dasar 60:40 – Panitia Sains

    20. SEKIAN TERIMA KASIH Para Guru, SJKT KAMPUNG COLUMBIA, 32400 AYER TAWAR, PERAK DARUL RIDZUAN.

More Related