1 / 31

Oleh: Sajap Maswan Jabatan Teknologi Maklumat

Proposal Kajian R&D 2006 Tajuk; Kesan Pendekatan Inkuiri Terbimbing di dalam Persekitaran pembelajaran berasaskan WEB terhadap Pencapaian Pelajar Berbeza Gaya Kognitif. Oleh: Sajap Maswan Jabatan Teknologi Maklumat. Pengenalan.

lyle
Download Presentation

Oleh: Sajap Maswan Jabatan Teknologi Maklumat

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Proposal Kajian R&D 2006 Tajuk; Kesan Pendekatan Inkuiri Terbimbing di dalam Persekitaran pembelajaran berasaskan WEB terhadap Pencapaian Pelajar Berbeza Gaya Kognitif Oleh: Sajap Maswan Jabatan Teknologi Maklumat

  2. Pengenalan • Teknologi Internet yang telah berkembang pesat pada waktu ini memang amat dikagumi dari segi keupayaan dan kecanggihannya. • Malaysia adalah merupakan antara 20 buah negara yang penduduknya menjadi pengguna Internet teramai di dunia (Internet World Stars, 2004).

  3. Pengenalan • Pada masa ini pembelajaran berasaskan Web dianggap oleh sebahagian pendidik sebagai satu cara pembelajaran terkini yang sepatutnya diberikan kepada pelajar-pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi.

  4. Pengenalan • Walau bagaimanapun samada ianya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar masih menjadi tanda tanya. • Penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan laman web dan Internet masih belum menjamin menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan jika reka bentuknya masih menggunakan pendekatan lama yang bersifat linear

  5. Penyataan Masalah • Kursus Bestari (seminggu) adalah antara kursus jangka pendek yang sedang di jalankan di IPG pada masa ini. • Di antara objektif kursus tersebut adalah untuk menyediakan guru-guru yang akan menjadi pengajar di sekolah-sekolah Bestari menjelang tahun 2010.

  6. Penyataan masalah (samb.) • Para peserta telah dibekalkan dengan modul & perisian-perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan pengajaran. • Kesemua modul yang dibekalkan adalah dalam format digital dan dalam bentuk CD-ROM. • Kini Unit Teknologi Maklumat IPTB sedang mengubah modul-modul Kursus Bestari daripada bentuk CD-ROM kepada Laman Web.

  7. Penyataan masalah (samb.) • Kebanyakkan modul-modul yang disediakan menggunakan pendekatan tutorial yang berbentuk liner dan informatif. • Pendekatan tutorial dikatakan lebih berfokuskan kepada proses pemaparan dan pemindahan maklumat serta proses mendapatkan kembali maklumat berkenaan. • Pembelajaran seperti ini kurang melibatkan aktiviti pemikiran tahap tinggi, kerana pelajar lebih banyak bertindak sebagai penerima maklumat yang pasif dimana segala maklumat telah disediakan dan diberikan oleh pensyarah.

  8. Penyataan masalah (samb.) • Inkuiri sangat sesuai untuk meningkatkan pemikiran pelajar seperti mana saranan Kementerian Pelajaran melalui Pengajaran dan Pembelajaran Bestari • Kajian ini cuba mengenengahkan cadangan pembelajaran Teknologi Maklumat melalui laman web yang dibina berdasarkan pengajaran dan pembelajaran inkuiri terbimbing seperti yang dicadangkan oleh Collins dan Stevens (1983) dan kitar pembelajaran (learning cycle) yang dicadangkan oleh Lawson (1995).

  9. Penyataan masalah (samb.) • Setiap pelajar juga mempunyai gaya dan keupayaan yang berbeza di dalam mendapatkan pengetahuan. Salah satu faktor yang membezakan antara seorang dengan seorang yang lain ialah dari segi gaya kognitif. • Antara perbezaan gaya kognitif yang paling berpengaruh ialah gaya kognitif Field Dependent (FD) dan Field Independent (FI).

  10. Penyataan masalah (samb.) • Oleh kerana di dalam pembelajaran berasaskan web yang dibina menggunakan dua pendekatan yang berbeza serta menggunakan elemen-elemen media yang berbagai seperti teks, grafik, audio, animasi, video dan sebagainya, maka ia berkemungkinan akan turut memberikan kesan yang berbeza ke atas kumpulan pelajar yang berbeza dari segi gaya kognitif. • Oleh itu teori perbezaan gaya kognitif adalah antara aspek utama yang dilihat di dalam kajian ini.

  11. Tujuan • Mengkaji keberkesanan • P. Inkuiri vs. P. Tutorial • FD vs. FI dalam persekitaran Web • P.Inkuiri- FD vs. FI • P.Tutorial- FD vs. FI • Field Dependent (FD) –inkuiri vs. tutorial • Field Independent (FI)-inkuiri vs. tutorial

  12. Kerangka Teori • Lawson (1995) - model kitar pembelajaran (learning cycle) dalam pembelajaran konstruktivis yang mengandungi elemen-elemen; • a) penerokaan, • b) pengenalan terma • c) aplikasi konsep. • digunakan bagi melaksanakan langkah-langkah pembelajaran di dalam persekitaran laman web yang dibangunkan.

  13. Kerangka Teori • Inkuiri Terbimbing • Tiga perkara utama yang menjadi komponen kaedah pengajaran inkuiri iaitu; • Set-set matlamat yang guru bina. • Set-set strategi untuk mendapatkan matlamat tersebut. • Makanisme untuk untuk menentukan bilakah dan apakah matlamat yang ingin dicapai. (Collins & Stevens,1983)

  14. Kerangka Teori (samb.) • Melalui inkuiri terbimbing guru bertindak sebagai fasilitator yang mencetuskan persoalan-persoalan untuk merangsang pelajar supaya terus membuat penerokaan (Schulman & Tamir, 1973) . • Di dalam pembelajaran berasaskan web, peranan guru akan dilakukan oleh program komputer.

  15. Kepentingan Kajian • Penyelidikan ini diharapkan dapat membantu pengguna Internet, terutama di kalangan pelajar-pelajar Institut Perguruan untuk mendapatkan maklumat-maklumat pendidikan dan meningkatkan pencapaian dan motivasi dalam Pendidikan Teknologi Maklumat melalui laman-laman web dengan mudah, selesa dan menyeronokkan. • 2. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran tentang keberkesanan laman web yang dibina berdasarkan pendekatan inkuiri terbimbing, berbanding dengan laman web yang dibina berdasarkan pendekatan tutorial. Inovasi ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada mereka yang terlibat di dalam membangunkan laman-laman web pendidikan di negara ini. • Kajian ini diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai gaya kognitif yang berbeza untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam Pendidikan Teknologi Maklumat.

  16. Limitasi/Delimitasi • Limitasi • Limitasi adalah perkara-perkara atau keadaan di luar kawalan penyelidik yang mungkin boleh membatasi kesimpulan kajian dan kebolehannya untuk diaplikasikan kepada situasi-situasi yang lain (Best & Kahn, 1998). Di dalam kajian ini perkara-perkara yang menjadi limitasi ialah; • Paparan yang berbeza-beza • Teknologi Komputer cepat berubah

  17. Limitasi/Delimitasi • Delimitasi • Delimitasi adalah batasan-batasan di dalam kajian yang dijalankan (Best & Kahn, 1998). Berikut adalah delimitasi bagi kajian ini; • Kajian ini hanya melibatkan empat kumpulan pelajar yang akan mengikuti Kursus Bestari (satu minggu) yang akan dijalankan di Institut Perguruan Tuanku Bainun. • Kajian ini hanya menumpukan kepada satu topik sahaja iaitu; “Capaian Internet Secara Online”

  18. Tinjauan Bacaan • Anderson dan Joerg (1996) melaporkan dalam kajian mereka bahawa Web berperanan sebagai suatu alat yang berkesan dan sesuai bagi pelajar serta pengajar untuk meningkatkan pencapaian dan minat dalam pembelajaran. • Ramai pengkaji seperti Hambrick (1997) dan Day (1996) mendapati bahawa pembelajaran melalui web lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah tradisional.

  19. Teori-Teori Pembelajaran • Teori Behaviorisme- Perubahan Tingkahlaku-peneguhan dan maklum balas. Cth; EWS yang menyediakan soalan-soalan dan latihan (latih-tubi) • Teori Kognitif – kemahiran pengkodan,menyimpan dan mengingat kembali.Cth; EWS yang mengikut urutan/objektif. • Konstruktivisme pelajar aktif membina pengetahuan mereka; Cth. EWS yang membenarkan pelajar berfikir dan menyelesaikann masalah.

  20. Tinjauan Bacaan • Keberkesanan Pendekatan Inkuiri Terbimbing • Dapatan Lalu ( contoh: Ibraham & Renner, 1986; Ivins, 1986; McComas, 1992; Ragubir, 1979, Abraham & Birnie, 1985) samada yang berasaskan bilik darjah atau teknologi komputer dan internet menunjukkan pembelajaran secara inkuiri dan kitar pembelajaran telah dapat meningkatkan pencapaian pelajar terhadap pemahaman konsep, mampu memberikan penjelasan tentang sesuatu konsep dengan lebih jelas, dapat meningkatkan pemikiran sains, dapat meningkatkan kebolehan memberikan hujahan serta memberi kesan yang lebih baik di dalam ingatan jangka panjang para pelajar.

  21. Soalan dan Tindak Balas Bahagian Pengenalan Persembahan Maklumat Penutup Maklum Balas atau Ulang Kembali Keputusan Tindak Balas Gambarajah: Struktur dan langkah-Langkah Umum dalam Tutorial (Sumber Allessi & Trollip)

  22. Intro/Pengenalan Kemukakan Soalan Menjawab Soalan dan Maklum Balas Membuat Penerokaan Membina Konsep/Peraturan Pindahkan Konsep/Peraturan kepada penyelesaian Masalah Baru Langkah-langkah pembelajaran dalam inkuiri terbimbing

  23. Rekabentuk Kajian (samb.) Pendekatan Rekabentuk Pendekatan Inkuiri (Induktif) Pendekatan Tutorial (deduktif) FD Gaya Kognitif FI Reka Bentuk Faktorial 2x2

  24. Rekabentuk Kajian Kumpulan Eksperimen X Q2 GEFT Q1 Kumpulan Kawalan Q1 GEFT Y Q2 GEFT - Ujian GEFT X - Rawatan Y - Kawalan Q1 - Ujian Pra Q2 - Ujian Pos

  25. Pembolehubah • Pembolehubah Bebas Rekabentuk laman web inkuiri terbimbing & Tutorial • Pembolehubah Bersandar Pencapaian • Pembolehubah Moderator G. Kognitif FD & FI

  26. Persampelan Kajian • Populasi dan Persampelan Kajian • Untuk kajian ini seramai 120 orang pelajar/guru daripada empat kumpulan kohot yang akan mengikuti Kursus Bestari (satu Minggu) akan dipilih. • Pemilihan sampel telah ditentukan berdasarkan perkara-perkara berikut; • Kumpulan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.

  27. Instrumen Kajian • Ujian Pra & Ujian Pos • GEFT

  28. Prosedur Kajian • Kajian Rintis • Kajian Sebenar

  29. Perlaksanaan Kajian • Penyediaan usul Kajian • Pembangunan Laman Web • Penilaian formatif laman web • Kajian Rintis • Pemilihan sampel • Bengkel kepada pensyarah yang terlibat • Ujian GEFT • Orentasi penggunaan laman web di kalangan pelajar yang terlibat sebagai sampel kajian • Ujian Pra • Rawatan • Ujian Pos • Analisis data

  30. Analisis Data • Segala data dianalisis oleh penyelidik dengan menggunakan perisian (SPSS) versi 12.0. • Ujian-t takan digunakan dalam menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dari segi pencapaian berdasarkan keputusan Ujian Pra. • Sekiranya tidak signifikan semasa Ujian-t dijalankan, Analisis ANOVA dua hala akan digunakan. • Sekiranya signifikan antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen, Analisis ANCOVA dua hala akan digunakan

  31. Rumusan Semoga kajian ini dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar melalui pendekatan pembelajaran yang sesuai, dan seterusnya membantu negara dalam meneruskan kecemerlangan khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran melalui laman-laman web pendidikan Sekian TERIMA KASIH!

More Related