1 / 16

Kesilapan yang sering Pelajar Lakukan dalam Karangan

Kesilapan yang sering Pelajar Lakukan dalam Karangan. Harap jangan ulangi . Penggunaan Kata Hubung. Tidak boleh mulakan ayat dengan ‘ Dan ’ atau ‘ Tetapi ’ . Jangan gunakan dua kata hubung pada masa yang sama.

luyu
Download Presentation

Kesilapan yang sering Pelajar Lakukan dalam Karangan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Kesilapan yang sering Pelajar Lakukan dalam Karangan Harap jangan ulangi.

  2. Penggunaan Kata Hubung • Tidak boleh mulakan ayat dengan ‘Dan’ atau ‘Tetapi’. • Jangan gunakan dua kata hubung pada masa yang sama. • Contohnya, nasi lemak ialah makanan kegemaran saya tetapi kerana ia makanan yang tidak bagus untuk kesihatan, saya hanya makan sedikit sahaja.

  3. Penggunaan Kata Hubung • Jangan mulakan ayat dengan Kata Hubung ‘Dan’ atau ‘Tetapi’. • Contoh ayat yang salah : • Dan saya ingin menyatakan bahawa dia juga seorang yang pemalas. • Tetapi, saya tidak suka makan nasi goreng. (Gantikan tetapi di awal ayat dengan perkataan NAMUN)

  4. Penggunaan Kata Hubung • Jangan gunakan oleh kerana, yang betul ialah oleh sebab. • Contoh, Oleh kerana abang gemuk, dia tidak boleh berjalan dengan pantas. • Ayat yang betul ialah: Oleh sebab abang…..

  5. Ejaan • Kata singkatan untuk -ku, -mu dan -nya harus dekat dengan perkataan yang sebelumnya. • Contoh: Bajumu amat cantik. / Bukan baju mu / baju -mu atau baju ku / baju -ku. • Tali kasutku terputus tadi. • Harumnya bau bunga mawar ini. • Kita harus bersyukur dengan anugerah-Nya. (Kata Ganti Nama utk Allah)

  6. Kesilapan Ejaan dalam Kata Berimbuhan • Kemasukan, keburukan, kebaikan, kebanyakan, • Jika apitan ‘ke-…-an’ digunakan, JANGAN tambahkan huruf K lagi. • Contohnya, kebaikkan, kebanyakkan…

  7. Kata Partikel –kah / -lah • Harus dieja dengan betul. • Contohnya : • Ke manakah kita akan pergi nanti? • Awak mahu ikut sayakah? • BUKAN - Awak mahu ikut saya ke? • Janganlah marah! • BUKANJangan lah marah!

  8. Penulisan Dialog dalam Karangan • Pastikan setiap dialog ditulis dalam perenggan yang baharu. • Contoh: • Hamid bertanya Ali, “Kamu hendak ke mana?”“Ke kedai Muthu,” balas Ali.

  9. Penulisan Dialog dalam Karangan • Kesilapan tanda baca dalam dialog amat ketara. • Hamid menjerit, “Buka pintu ini cepat!” • “Buka pintu ini cepat!” jerit Hamid.

  10. Kata Ganti Nama • Teliti ayat-ayat berikut: • Jikalau seseorang itu lalai menjaga diet sendiri, mereka boleh menghidapi pelbagai penyakit. • Ramai orang berpusu-pusu ke Geylang Serai termasuk aku dan kawan-kawanku. Kita semua hendak membeli baju kurung baharu.

  11. Kesilapan Imbuhan • MAKAN, MINUM, TIDUR tidak perlu imbuhan ber- atau me-. • Contoh, Sebelum saya bermakan/memakan, saya mandi dahulu. • Saya berminum/meminum air kopi yang hangat itu. • Saya bertidur/menidur dengan nyenyaknya.

  12. Kesilapan Imbuhan • Biasanya kesilapan imbuhan dalam ayat pasif pelajar amat nyata. • Lihat contoh berikut : • 1. Baju yang saya membeli itu sangat murah harganya. • 2. Lauk yang ibu memasakkan itu pedas rasanya.

  13. Adalah & Ialah • Ialah digunakan sebelum Frasa Nama– Nama saya ialah Rafidah. • Adalah untuk yang lain daripada Frasa Nama– Bunga-bunga yang disediakan itu adalah untuk para tetamu kehormat.

  14. Kata Sendi Nama • Kesilapan sering terjadi bagi KSN ‘di’. • Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya di masa hadapan. • KSN ‘di’ hanya digunakan untuk tempat, bukan untuk masa. • KSN ‘pada’ digunakan untuk masa.

  15. Dari dan Daripada • Ingat KSN ‘dari’ digunakan untuk ATM, iaitu ARAH, TEMPAT dan MASA. • Arah – contohnya ~ belakang, depan, tepi, sana, sini dll • Tempat – contohnya ~ sekolah, negeri, taman, bukit dll • Masa – contohnya ~ dahulu, sekarang, pukul dua petang, semalam

  16. Sekian dahulu. Akan disambung pada masa lain!

More Related