1 / 21

PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI. Pengenalan. Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli.

lovey
Download Presentation

PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

  2. Pengenalan • Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia • merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. • dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. • Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil. • Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

  3. Kelahiran • TerdapatsedikitpersamaandenganadatresammasyarakatMelayu • SewaktuMengandung : • wanita yang mengandungakanmenempahseorangbidan yang akanmembantuwanitaberkenaanketikabersalin • Ketikakandunganberusiatujuhbulan , bidan yang dipilihituperlumelakukanupacaramelenggangperut. • Upacaraituakandijalankanolehmakbidan yang akanmenjampiwanita yang mengandungitubertujuanuntukmengusirsebarangsemangatjahatdangangguan lain bagimenjaminkeselamatanibusertabayi. • Adatinijugapentinguntukmenentukankandunganberadadikedudukan yang betul agar memudahkanprosesbersalinkelak. • Adatinijugaakandisertaidengansedikitjamuanmakan.

  4. Wanitamengandungtidakbolehmentertawakanbinatangsepertimonyetkeranadikhuatirimukadanperlakuanbayiakanmenyamaihaiwanberkenaan.Wanitamengandungtidakbolehmentertawakanbinatangsepertimonyetkeranadikhuatirimukadanperlakuanbayiakanmenyamaihaiwanberkenaan. • Merekadilarangmemakanikan yang bewarnamerahkeranadikhuatiriberlakunyatumpahdarahketikamelahirkanbayi. • Wanitamengandungjugadilarangbekerjapadawaktusubuhdanmaghribkeranadikhuatiribayi yang lahirakankelihatantidakbermayakeranasemangatnyatelahterganggu. • Merekadilarangmengetukpakupadakayudisebelahpetangkeranadikhuatiribayiatauibuakansakitataumati

  5. SemasaBersalin : • Semasabayidilahirkan, talipusatnyaakandipotongdenganmenggunakanserpihbuluh yang tajamdandimandikandengan air suam. • Uri bayiditanamberdekatanrumahnya. Uri dicuci, digauldenganserbukkunyit, garam, ladaputih, lengkuas, kemenyandanarangsebelumditanamkedalamlubangsetinggisatu kaki. • Selamatujuhharilampuakandipasangditempaturitersebutditanam. • Merekamenganggapuritersebutsebagaiabangataukakakkepadabayiitudanjusteruiahendaklahditanamdengansempurna.

  6. Selepas Lahir : • Memberi NamaBayi akan diberi nama dengan kebenaran dari ibu bapanya selepas selamat dilahirkan. • Nama bayi diberi berdasarkan nama pokok, tumbuh-tumbuhan, ikan atau tempat yang dekat dengan bayi ketika lahir atau juga menurut nama peristiwa yang berlaku ketika bayi dilahirkan. • Jika nama yang diberi tidak sesuai , bayi akan jatuh sakit. • Ibu bapa tadi akan 'menjualkan' bayinya kepada orang lain, iaitu ibu bapa barunya. Dipercayai penyakit bayi adalah disebabkan ketidaksesuaian antara bayi dan ibunya.

  7. Setelah bayaran dibuat kepada ibu bapa baru, ibu kandung akan pulang ke rumah. • Tetapi tidak lama selepas itu ibu bapa baru akan menyerahkan kembali bayi tersebut kepada ibu bapa kandungnya. • Adakalanya nama bayi perlu diubah kerana tidak sesuai. • Jamuan kecil-kecilan akan dibuat sempena pertukaran nama bayi tersebut. • Kadang kala pulut kuning akan diberi kepada jiran-jiran. • Bidan pula akan menjalankan upacara pembersihan yang menyerupai adat menepung tawar di kalangan masyarakat Melayu supaya bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat.

  8. TanggalTaliPusat • Talipusatakantanggaldalamtempohsemingguselepasbayidilahirkan. • MasyarakatOrangasliakanmenguruskantalipusattersebutdengansebaik-baiknya. • Taliakandibungkusdengankainputihbersama-samasebijiatautigabijiladahitam. • Kemudiantalipusatitudigantungdiatasapibertujuanuntukmemeliharakesihatanbayi. • Jikabayiitusakit, talipusattadiakandirendamdidalam air dandiberiminumkepadabayisupayasembuh. • Apabilabayisudahpandaimerangkak, talipusattadiakandiberikankepadanyauntukdijadikanpermainan. • Sekiranyatalipusattadihilang, inibermaknabayiakanbekerjaditempat yang jauhapabiladewasanantikeranakononnyatalipusattersebutmerupakansebahagiandaripada 'adikberadiknya'

  9. Kematian • Bagi suku Negrito dan Senoi, kematian yang dilakukan berlainan mengikut suku kaum sendiri. • Masyarakat orang asli akan membersihkan si mati terlebih dahulu. Kemudian si mati akan diletakkan di tengah-tengah rumah untuk dilihat oleh ahli saudara-mara. • Sekiranya semasa hidupnya si mati menghisap rokok, bibir si mati akan dikepilkan dengan rokok sebagai tanda menghormati si mati.

  10. Kemudian ahli keluarga yang paling rapat akan menangis, tetapi tangisan tersebut haruslah perlahan supaya tidak mengganggu si mati. • Pada masa yang sama ahli keluarga membaca beberapa mantera untuk dijadikan bekalan si mati. Ahli-ahli keluarga dilarang mengungkit keburukan si mati semasa hidup.

  11. Ada juga di kalangan mereka yang mengenakan si mati dengan pakaian yang cantik terutama pakaian ketika perkahwinan. • Bahkan ada pula yang mengenakan pakaian biasa kepada si mati. Pemakaian baju yang menarik adalah sebagai penghormatan terakhir kepada si mati.

  12. Pengebumian • Kebanyakanmayatakandikebumikandikawasan yang khas. Bagikebanyakansukukaum yang mengamalkankehidupansecaraberpindah-randah, mayatmerekaakandikebumikandikawasanpetempatanmereka. • Olehitumerekaakanberpindahkekawasan lain keranadipercayaisimatiakanmenjadihantudanakanmengacauahlikeluarga yang lain. • SuatuketikadahulusukuNegritomengebumikanmayatdikawasantertentusepertidibawahpokokbesar, gua, batubesarataudiletakkansebelahbusut. Namunamalantersebutsemakinberkurangan.

  13. Perkahwinan • Kebanyakan masyarakat Orang Asli berkahwin ketika usia masih muda. Bagi kaum lelaki, usia 18 tahun merupakan usia yang paling sesuai untuk mendirikan rumahtangga. • Kaum perempuan pula ketika berusia 16 tahun dan hendaklah tidak lebih daripada usia kaum lelaki. • Perkahwinan dilakukan oleh ibu bapa bakal pengantin, bermula daripada upacara merisik sehinggalah seseorang telah menjadi pasangan suami isteri secara sah. Oleh itu jodoh ditentukan oleh ibu bapa.

  14. AdajugadikalanganmasyarakatOrangAsli yang telahbertunangsejakkecillagi. • Kebiasaannyapengantinlelakidanperempuanmempunyaihubungansaudarasepertisepupuatauduapupuataumempunyaisukukaum yang sama. • Adalahtidakmenjadikesalahansekiranyabakalpengantinlelakiberkahwindenganperempuandaripadasuku lain. Namunapa yang pastibakalpengantinperempuanperlumengikutsuami, dengankata lain bakalisteriperlumemasukisukukaumsuami.

  15. Hantar Tanda • Hari menghantar tanda atau menghantar cincin diketuai oleh seorang wakil ketua kampung untuk menetapkan hari meminang. • Sebelum itu kedua-dua belah pihak telah bertemu untuk mendapat persetujuan tentang hari penghantaran cincin tanda. • Setelah itu barulah penghantaran cincin tanda dilakukan. Biasanya menghantar cincin tanda ini dilakukan oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua.

  16. Meminang • Pada masa yang ditetapkan upacara meminang dijalankan oleh kedua-dua belah pihak yang diwakili oleh Tok Batin/ Jenang/Penghuhu/Jungkerah dan Penggawa sekiranya berlainan suku kaum. • Mereka mengadakan perbincangan di sebuah rumah besar atau kini balai raya. Apabila selesai upacara meminang satu tarikh untuk hari melangsungkan perkahwinan ditetapkan iaitu kira-kira tujuh bulan, lapan bulan atau setahun dari upacara meminang.

  17. Upacara Perkahwinan • Upacara ini dimulakan dengan mengasah gigi kedua-dua mempelai yang bertujuan membuang sial. • Ini adalah penting supaya segala masalah yang dihadapi oheh bakal pengantin ketika bujang tidak dibawa selepas berkahwin. • Ada juga yang menyatakan asah gigi ini adalah untuk membuktikan bakal pengantin telah benar-benar dewasa dan boleh memikul tanggungjawab masing-masing.

  18. Sehari sebelum upacara persandingan dilakukan, pasangan pengantin dikehendaki melakukan upacara berinai. • Jari kedua-dua pengantin akan dimerahkan dengan daun inai yang ditumbuh lumat. Upacara berinai ini dijalankan hingga ke pagi. Pada masa yang sama tari menari hingga ke pagi akan diadakan.

  19. Semasaupacarapersandingandilakukan, semuaahlikeluargaakanmenepungtawarpengantindenganmerenjis air mawardanpulutsebagaimerestuiperkahwinantersebut. Pakaianpengantinadalahsederhana. • Kebanyakanpakaianpengantinmengikutpakaiantradisionalmasing-masing. Pengantinakandihiasdenganpelbagaiaksesori yang dibuatsendiri. • Aksesori yang dipakaiolehpengantinperempuanialahgelang, kalung yang diperbuatdaripadamanik-manik yang beranekawarna. Kemudianlilitankepala pula diperbuatdaripadadaun-daununtukmencantikkanlagipasangantersebut.

  20. Pada hari persandingan, pelbagai juadah yang lazat disediakan oleh kedua-dua belah wakil. • Makanan yang lazat itu kemudian diagih-agihkan kepada para tetamu untuk dimakan bersama-sama wakil kedua-dua belah pihak. Selepas itu upacara persandingan dijalankan dan diakhiri dengan upacara memandikan kedua-dua mempelai sebagai tanda mereka selamat dikahwinkan. • Setelah itu barulah pasangan itu layak digelar suami isteri.

  21. Selepas Perkahwinan • Biasanya pengantin perempuan akan mendiami rumah pengantin lelaki beberapa hari sebelum pulang ke rumah pengantin perempuan. • Kunjungan dari rumah pengantin lelaki dan perempuan adalah sebagai mendekatkan lagi tali kekeluargaan antara saudara terdekat dan sahabat-handai pasangan tersebut. Ini adalah penting supaya pasangan pengantin akan cepat mesra dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

More Related