1 / 11

Dato' Onn sedang berucap dalam mesyuarat IMP sebuah parti pelbagai kaum yang awal

Dato' Onn sedang berucap dalam mesyuarat IMP sebuah parti pelbagai kaum yang awal . Pakatan Murni. Makna: Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.

kaylana
Download Presentation

Dato' Onn sedang berucap dalam mesyuarat IMP sebuah parti pelbagai kaum yang awal

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Dato' Onn sedang berucap dalam mesyuarat IMP sebuah parti pelbagai kaum yang awal

  2. Pakatan Murni Makna: • Pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. • Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah tersendiri. Pakatan murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum.

  3. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC Mulanya CLC dianggotai dua kaum iaitu, Melayu dan Cina. • Orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Ja’afar, orang Cina pula yang dinaungi Persatuan Cina Malaya atau Malayan Chinese Association (MCA) diterajui oleh Tan Cheng Lock. • Kemudiannya, CLC dianggotai oleh enam orang pemimpin Melayu, enam orang pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri Langka, Serani dan Eropah • CLC adalah permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu dan merupakan perubahan terhadap dasar UMNO kerana kesanggupannya berunding dengan kaum lain. • Menurut Dato’ Onn Ja’afar, perpaduan antara kaum patut menjadi asas kemerdekaan yang akan dicapai.

  4. Perundingan UMNO-CLC, beberapa perkara dipersetujui; • Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) yang bertujuan untuk memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama Melayu. Pengerusi pertamanya ialah Dato’ Onn Ja’afar. • Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu. • Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).

  5. Idea pembukaan ahli UMNO kepada bukan Melayu oleh Dato’ Onn. Beliau dikecam kerana masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO. Beliau kemudiannya telah meninggalkan UMNO. • Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO menggantikan Dato’ Onn Ja’afar pada 26 Ogos 1951.

  6. Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party(IMP) melalui kerjasama kaum dalam sebuah parti. • IMP terbuka kepada semua kaum yang mahu bekerja untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. • IMP gagal mendapat sambutan daripada kaum Cina, India dan kaum lain di Tanah Melayu. Ini adalah kerana mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu.

  7. Penubuhan Persidangan Kebangsaan 1953 oleh Sir Malcom MacDonald – (Gabenor Jeneral Asia Tenggara), di King’s House, Kuala Lumpur. • Tujuannya untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu. • Penubuhan Persidangan kebangsaan diisytiharkan pada April 1953. • Dato’ Panglima Bukit Gantang menjadi pengerusinya dan beliau disokong oleh beberapa orang Menteri Besar.

  8. Tunku Abdul Rahman pula telah mengajurkan Konvensyen Kebangsaan bersama MCA. Konvensyen disertai pelbagai parti dan persatuan politik lain. Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.

  9. Perikatan dan Pilihanraya • Kerjasama UMNO-MCA dibentuk dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952. • Dalam pilihan raya tersebut gabungan UMNO-MCA telah memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan. • Dalam pilihan raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama, gabungan UMNO-MCA telah memenangi 26 daripada 37 kerusi. • Dalam pilihan raya negeri 1954 pula, Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi. • Kerjasama UMNO-MCA ini telah mengasaskan Parti Perikatan yang kemudiannya disertai oleh MIC pada tahun 1955.

  10. Perikatan dan Pakatan Murni ke arah kemerdekaan • Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke London pada bulan Februari 1956. • Beliau disertai oleh Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein dan Kolonel H.S. Lee. • Empat wakil Sultan pula terdiri daripada Dato’ Panglima Bukit Gantang (Ketua), Dato’ Nik Ahmed Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd Seth. • Perundingan dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British. Rundingan tersebut telah berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.

  11. Dalam perundingan itu, sebuah suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagaan telah dibentuk. • British bersetuju memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman membuat pengisytiharan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka.

More Related