1 / 12

TAKLIMAT SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PERINGKAT KEBANGSAAN

TAKLIMAT SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PERINGKAT KEBANGSAAN. HAJI MOHD FAUZI BIN DATUK HAJI MOHD KASSIM TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF 1, MPM. SYARAT KEMASUKAN TINGKATAN ENAM. (a) Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi Bahasa Melayu

kato
Download Presentation

TAKLIMAT SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PERINGKAT KEBANGSAAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TAKLIMAT SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PERINGKAT KEBANGSAAN HAJI MOHD FAUZI BIN DATUK HAJI MOHD KASSIM TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF 1, MPM

  2. SYARAT KEMASUKAN TINGKATAN ENAM • (a) Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi Bahasa Melayu • (b) Berumur antara 17 hingga 20 tahun • SYARAT KHAS • (1) JURUSAN SAINS • Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan gred purata tidak melebihi 18 unit bagi tiga mata pelajaran • (2) JURUSAN KEMANUSIAAN • Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dengan gred purata tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran • Keputusan kemasukan Pelajar ke Tingkatan Enam adalah melalui Laman Web KPM(MOE) mulai Mei 2014

  3. SistemPeperiksaan STPM SediaAda • Tempoh pengajian tingkatan enam adalah 1½ tahun: • Pengukuran dan penilaian pencapaian pelajar dijalankan sepenuhnya melalui peperiksaan STPM pada bulan November-Disember.

  4. SistemPentaksiran Baharu STPM • Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan pentaksiran juga akan dikeluarkan bagi setiap penggal. • Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan gabungan keputusan bagi ketiga-tiga penggal.

  5. Pelajar diberi peluang untuk memperbaiki keputusan peperiksaan (mengulang). Pelajar boleh memperbaiki keputusan akhir Penggal 1 dan/atau Penggal 2 dengan menduduki semula peperiksaan pada hujung Penggal 3. Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi Penggal 3 boleh juga menduduki semula peperiksaan akhir Penggal 3. SistemPentaksiran Baharu STPM

  6. SistemPentaksiran Baharu STPM • Tiada prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal yang berikutnya. • Penawaran bilangan mata pelajaran STPM tidak berubah, iaitu masih 23 mata pelajaran.

  7. SistemPentaksiran Baharu STPM Sistem penggredan STPM yang baharu adalah sama dengan sistem penggredan STPM sedia ada NGMP = Nilai Gred Mata Pelajaran

  8. SistemPentaksiran Baharu STPM • Dua kaedah pentaksiran akan dijalankan:

  9. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) PBS ialah kerja kursus yang terdiri daripada kerja projek, kajian luar, dan kerja amali mengikut keperluan mata pelajaran. Soalan/tugasan kerja kursus akan disediakan dan dibekalkan oleh MPM ke sekolah. Calon boleh memilih soalan/tugasan yang dikemukakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi sesuatu mata pelajaran. SistemPentaksiran Baharu STPM

  10. SistemPentaksiran Baharu STPM • Pengenalan kepada PBS ini adalah selari dengan • hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk • membangunkan modal insan yang seimbang dari • segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek serta • memperluaskan peluang pendidikan kepada semua • yang berpotensi. • Bertepatan juga dengan hasrat KPM untuk • memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian agar • lebih holistik dengan menitikberatkan pendidikan • berasaskan hasil (outcome-based education) yang • lebih berfokuskan pelajar dan tidak terlalu • berorientasikan peperiksaan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

  11. RasionalPelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM • Beban bagi pelajar untuk belajar dalam sistem pentaksiran baharu adalah kurang kerana mereka hanya perlu mempelajari kandungan mata pelajaran bagi penggal berkenaan sahaja untuk dinilai pencapaian mereka bagi penggal itu. • Pelajar mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik bagi setiap penggal kerana skop pengajian yang dinilai pada setiap penggal adalah terhad.

  12. RasionalPelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM • Sistem ini dapat menyediakan pelajar untuk menempuh alam dan sistem pengajian di IPT baik di dalam mahupun di luar negara. • Sistem baharu ini dapat memperkasa dan mengangkat martabat pengajian peringkat prauniversiti di tingkatan enam serta dapat menarik lebih banyak pelajar mengikuti pengajian prauniversiti ini.

More Related