1 / 22

Isu Prestasi Pelajar Matematik

Isu Prestasi Pelajar Matematik. Disediakan oleh: Jabatan Matematik, Universiti Teknologi Malaysia. Skop pembentangan. Prestasi /pencapaian graduan matematik –situasi di Malaysia Apa sebenarnya masalah graduan matematik –bagaimana prestasi mereka

iokina
Download Presentation

Isu Prestasi Pelajar Matematik

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Isu Prestasi Pelajar Matematik Disediakan oleh: Jabatan Matematik, Universiti Teknologi Malaysia

  2. Skop pembentangan • Prestasi /pencapaian graduan matematik –situasi di Malaysia • Apa sebenarnya masalah graduan matematik –bagaimana prestasi mereka • Bagaimana masalah ini boleh memberi kesan kepada prestasi pelajar matematik lain amnya

  3. Prestasi dilihat dari sudut pandangan pengguna/majikan-employability dan marketability • Prestasi dari sudut pandangan pembekal/institusi • Bagaimana situasi di negara lain - apakah skil yang diperlukan oleh majikan • Apakah tindakan susulan yang kita perlu lakukan untuk memperbaiki keadaan

  4. Prestasi graduan matematik - situasi di Malaysia Melalui pemerhatian/pengalaman: Persepsi masyarakat terhadap kebolehan /employability graduan matematik – rata-rata yang diketahui umum : • Hanya boleh jadi guru atau pensyarah • boleh bekerja di Jabatan Statistik • Bahagian Kawalan Mutu di industri

  5. Di manakah lagi graduan matematik boleh memberi sumbangan? • Majikan tidak tahu (kurang peka dengan ) kebolehan atau keupayaan graduan matematik • Di industri, majikan lebih mudah menerima graduan kejururuteran untuk bekerja di bahagian kawalan mutu berbanding dengan graduan matematik • Di bank, mereka lebih senang menerima graduan pengurusan perniagaan

  6. Lebih mengecewakan: • sebagai pegawai tadbir pun graduan sastera lebih dipercayai –apa lagi pegawai tadbir diplomatik (PTD) • peringkat sekolah juga – guru matematik jarang sekali dipilih sebagai pengetua • graduan matematik luar negara juga tidak terkecuali – rata-rata kerjayanya tidak lain dari guru atau pensyarah

  7. Isu yang dikenalpasti: • ketidakprihatinan majikan dan masyarakat terhadap kebolehupayaan graduan matematik Mengapa perkara ini berlaku? Salah siapa? Tanggung jawab siapa untuk membetulkannya?

  8. Cabaran kepada pembekal graduan • Bagaimana kita menakrif pelajar/graduan matematik cemerlang? • Bagaimana kita menakrif ahli matematik - Apakah ilmu matematik minimum yang perlu ada pada seseorang graduan • Bagaimana kita menilai prestasi pelajar - Kita tidak puas hati dengan prestasi pelajar – dari segi apa? Tidak melahirkan pemikir matematik? • Bila pelajar keluar daripada kursus kita, kita hendak mereka bekerja sebagai apa? Adakah harapan kita tercapai?

  9. Kehendak Industri/Majikan • Adakah majikan berpendapat serupa? Grade A yang kita beri menandakan apa? – apakah profil pelajar matematik kelas pertama, kelas kedua dst. • Adakah graduan matematik kelas pertama bahan untuk CEO yang berjaya? • Rata-rata majikan berkehendakkan graduan yang pandai berkomunikasi secara lisan dan tulisan- membentang dan menulis laporan. • Adakah ini bermakna ilmu matematik itu perlu dikurangkan ( silabus dicairkan) untuk memberi laluan kepada pembelajaran kemahiran-kemahiran ini

  10. Apa peranan kita: • Apakah yang kita boleh lakukan supaya majikan faham bahawa ilmu-ilmu penulisan dan komunikasi ini adalah ilmu sampingan yang boleh diperoleh dengan mengikuti latihan-latihan terancang serta akan menjadi lebih baik melalui pengalaman , manakala ilmu matematik itu perlu dipupuk, dan hanya boleh diperoleh melalui pengajian formal sahaja .

  11. Kesan persepsi negatif: • Persepsi majikan/masyarakat yang dibincangkan boleh memberi kesan negatif kepada prestasi pelajar matematik di universiti • mereka yang mengambil kursus matematik sebenarnya tidak yakin dengan kemampuan kursus yang mereka ikuti untuk menjanjikan peluang pekerjaan yang setimpal dengan kebolehan mereka. • Laluan kerjaya mereka tidak jelas. Malangnya, pembekal juga tidak jelas

  12. Profil Graduan Matematik: - sedia maklum • Logical thinking/systematic/rigorous focussed, attention to detail) • abstract/ broad approach(lateral thinking, not limited to constraints, thinking around the problem, creatif) • analytical (good at problem solving) • Clear thinking (fundamental understanding, intellectual clarity, sense of structure) • understand fast.

  13. Pernyataan umum dari industri • Skil komunikasi ahli matematik tidaklah lebih hebat dan tidak pula lebih lemah dari saintis dan jurutera tetapi jurutera menonjolkan kesedaran komersil yang lebih baik

  14. Keperluan Semasa Industri di Malaysia? • Skill komunikasi lisan dan tulisan (termasuk pendengar /pembaca tanpa kemahiran teknikal) • pragmatism ( ahli matematik lebih idealistik – tidak praktikal-tidak berpijak di bumi nyata – tidak mempunyai naluri kejuruteraan , sering tenggelam dalam nombor) • Kemahiran sosial ( pemalu, anti-sosial, tidak bergauul dengan mereka dari disiplin lain, tidak tegas) • Kesedaran komersil (termasuk skil perniagaan umum) Tindakan: Gubal program matematik mengikut keperluan industri dan masyarakat

  15. Beberapa perkara yang mempunyai pengaruh positif terhadap aplikasi (relevan kepada industri) • Kursus applied mathematics (or "applied" subjects) • good results in "fundamental" subjects • practical applications/experience (e.g. sandwich course, joint degree, study work with industry) • research experience • computer programming • statistics

  16. Komponen matematik dalam kurrikulum tradisional

  17. Cadangan untuk mencapai keperluan tersebut: • Serapkan kandungan fundamental dalam subjek gunaan • Terapkan skil generik asas dalam P&P • Terapkan skil pengkomputeran dalam silabus subjek gunaan. • Laksanakan penempatan latihan industri / pengalaman bekerja yang terancang .

  18. Peranan industri • Penglibatan pihak industri dalam sebarang program matematik industri akan menonjolkan aspek kecemerlangan program tersebut. • Hubungan yang terjalin di antara pengurusan industri dan jabatan matematik tidak akan hanya membantu proses pendidikan pelajar malahan dapat memberikan kesedaran/pendedahan kepada pihak industri tentang kegunaan matematik and ahli matematik di industri. • Jika ditangani dengan betul, strategi ini akan meningkatkan proses pemindahan teknologi ke industri (dari industri?) dan akan menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar apabila tamat pengajian. • Di setiap peringkat, kerjasama ini menghasilkan motivasi bagi pelajar untuk melihat real-world powerof mathematics.

  19. Jalinan hubungan : • Perlunya mendapatkan very good industrial contacts • Hubungan dan interaksi mesti memberikan pulangan berfaedah kepada semua pihak – industri, ilmu matematik dan individu terbabit. • Mesti ada pengurusan yang ikhlas untuk melaksanakan hubungan kerjasama industri dan mengatur penglibatan berterusan pihak indusrtri dan akademia yang berkualiti untuk memastikan kejayan program ini.

  20. How? • There is no real magic to establishing contacts with industry • Do the spade work: telephone calls, lunch meetings to explore possible mutual interests, seminars, persistent follow-up. • Build trust and confidence that the collaboration will provide mutual benefit. • This activity should start as early as possible! By approaching industrial players in this way, it can be expected that academic faculty will find cordial, even warm, acceptance for the exploration of topics of mutual interest. • The worst thing you could do, is to call with a message like: "My name is so-and-so at XYZ U, and we have a great program. Wouldn't you like to support us?"

  21. Persoalannya: • Mungkinkah lebih banyak peluang pekerjaan untuk ahli matematik jika program seumpamanya dilaksanakan? Tidak akan ada jawapan pasti. • Mampukah program ini meyakinkan pengurusan industri bahawa ilmu matematik yang diaplikasikan dengan betul oleh ahli sains matematik boleh menghasilkan kerja yang lebih baik berbanding kerja yang dihasilkan oleh mereka dari disiplin yang lain. • Jika ya, barulah, peluang pekerjaan akan terbuka luas.

  22. Tindakan-tindakan lain?: • Kempen-kempen kesedaran mengenai kepentingan matematik dalam perkembangan ilmu sains dan teknologi untuk pembangunan negara, dan ahli matematik merupakan modal insan paling berharga yang patut diberi peranan lebih besar untuk melaksana dan menjayakannya. • Sasaran kempen : penggubal dasar ( kerajaan - kementerian, pelbagai agensi; masyarakat menerusi media • Penglibatan menyeluruh ahli matematik, persatuan matematik diperlukan • Tubuhkan jawatan kuasa khas mengkaji / membuat usul mengenai isu-isu matematik yang dibincangkan Matematik dan ahli matematik itu Adalah antara tonggak kepada pembangunan negara

More Related