Download
teknik pengajaran bacaan n.
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
TEKNIK PENGAJARAN BACAAN PowerPoint Presentation
Download Presentation
TEKNIK PENGAJARAN BACAAN

TEKNIK PENGAJARAN BACAAN

761 Views Download Presentation
Download Presentation

TEKNIK PENGAJARAN BACAAN

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

  1. TEKNIK PENGAJARAN BACAAN

  2. ::MEMBACA:: • Membaca merupakan satu bentuk komunikasi. • Membaca merupakan percantuman beberapa proses yang kompleks iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar, membezakan bunyi-bunyi dengan tepat, menyebut lambang-lambang huruf, menggabungkan bunyi membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibaca kepada sistem kognitif untuk diterjemahkan dan difahami. Smith (1998:12)

  3. JENIS MASALAH BACAAN • Membuang/meninggalkan bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan (omission) • Pengulangan (repetition) • Penggantian (substitute) • Penambahan (insertion) • Pembalikan (reversals) • Tidak kenal huruf • Salah sebutan

  4. TEKNIK PENGAJARAN BACAAN

  5. KAEDAH VAK KAEDAH FERNALD KAEDAH PELBAGAI DERIA (VAKT) KAEDAH GILLINGHAM

  6. KAEDAH VISUAL, AUDIO, KINESTETIK (VAK)

  7. KAEDAH VAK V – Visual A – Audio K - Kinestetik • Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). • Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. 

  8. Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar :i. memerhati perkataan yang hendak dipelajariii. menyebut perkataan ituiii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, daniv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal • Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkataan dapat ditulis dengan betul.

  9. KAEDAH VAKT(MULTISENSORY READING METHOD)

  10. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;V - visual (penglihatan)A – audio (pendengaran)K - kinesthetic ( pergerakan )T - tactile ( sentuhan)

  11. Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . • Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:- Kaedah ini menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar bacaan- Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x 10” ( menggunakan krayon )- Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu- Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.

  12. .* Penyurihan/Tracing Prosesmelakardenganmenirulukisanasalmenggunakanpenselataualattajamdankertassurihataukotaksurih

  13. UNTUK BELAJAR HURUF MELALUI KAEDAH VAKT, MURID HENDAKLAH ; • Lihat huruf (V) • Dengar guru sebut huruf (A) • Menyebut huruf (A) • Dengar huruf yang disebut (A) • Rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K) • Rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T) • Lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) • Dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

  14. Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.

  15. ::KAEDAH FERNALD::

  16. Kaedah ini diperkenalkan oleh FernaldG.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. • Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). • Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.

  17. TERDAPAT 4 PERINGKAT DALAM KAEDAH INI; • Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi, • Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi. • Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan. • Belajar melalui perkataan asas (sightwords) yang terdapat dalam teks.

  18. PERINGKAT 1 • Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan krayon di atas kertas.  • Murid menyurih huruf-huruf dengan jari (T – K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A). • Murid juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) . • Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh. • Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

  19. PERINGKAT 2 • Murid tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut. • Murid meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

  20. PERINGKAT 3 • Murid belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks). • Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini murid sudah boleh membaca daripada buku.

  21. PERINGKAT 4 • Murid dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari. • Murid sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.

  22. Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT. • Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan,ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,daniii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.

  23. ::KAEDAH GILLINGHAM::

  24. Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-an difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. • Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum).

  25. Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannya. • Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf –huruf.

  26. 6 KESATUAN ASAS KAEDAH GILLINGHAM i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan dengan bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu. ii. A-V (Auditory-Visual). Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja. iii. A-K (Auditory – Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.

  27. iv. K-A (Kinesthetic – Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut. v. V-K (Visual – Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis. vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.

  28. LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN KAEDAH GILLINGHAM…

  29. LANGKAH 1 • Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid. • Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru • Bila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya. • Soalan guru , “Apakah bunyi huruf ini?”

  30. LANGKAH 2 • Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.  • Soalan guru; • “Berikan nama huruf yang bunyinya [ a ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan

  31. LANGKAH 3 • Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya. • Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu. • Guru mula memperkenalkan tulisan sambung. • Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf-huruf menjadi perkataan.

  32. ::KESIMPULAN:: • Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. • Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. • Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. • Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. • Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan.

  33. ::SUMBER RUJUKAN:: • Azman Wan Chick, (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. • http://cikgufais.wordpress.com/2009/09/10/kaedah-pengajaran-bacaan/ • http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html • http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kenali-kaedah-mengajar-membaca-sukukata/