1 / 47

Drama

Drama. Tiang Cengal Dinding Sayung.

inari
Download Presentation

Drama

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Drama Tiang Cengal Dinding Sayung

  2. SinopsisMak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anaknya iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan Shahrul meminta tolong Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kerana cuti sudah tamat.

  3. Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya ( Jumaat ) kerana terus ke laut untuk menangkap ikan. Namun anak-anaknya sering mengirimkan wang bulanan supaya tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jirannya kerana tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan berpakaian seksi dimarahi oleh Sabariah supaya menukar sebelum bertemu ibunya.

  4. Sikap mereka ditegur juga oleh Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah memulangkan kembali wang yang dikirim oleh anak-anaknya. Namun Sabariah memarahi ibunya kerana masih  mengharapkan bapanya akan selamat.

  5. Dalam kekecohan, Wahid dan Senin mengambil kesempatan mencuri barangan mangsa tsunami. Pak Jumaat akhirnya dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja untuk menemani ibunya ke balai. Atas tolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat.

  6. Anak-anak Jimah yang lain memohon maaf kepada Sani. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu dan bersyukur mempunyai Man Bnegap walaupun hanya cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama ketika sunyi dan berduka. Pemikiran Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap bapanya serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.

  7. -Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.-Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.-Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang. Persoalan

  8. -Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.-Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaaan dan cabaran hidup.-Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

  9. Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian. Plot

  10. Secara keseluruhan drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkatgarapan plot iaitu: Pembinaan Plot

  11. Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atasnasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami. Permulaan

  12. Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga Mak Jimah tetapi telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan sempurna.Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke Kuala Lumpur walaupun bapanyamasih hilang. Perkembangan

  13. Shahrul menyuruh Sani menasihati Jimah agar menerima kenyataan bahawanya bapanya telah meninggal.Sabariah tidak berpuas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun wang sudah dikirmkan Konflik

  14. Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah dan Sani dan dia menggangap mereka sebagai anak-anaknya juga.Sabariah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkatJimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabariah yang hanya mementingkankerjaya dan diri sendiri.

  15. Klimaks Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di bank dan meminta anak-anaknya pulang ke tempat masing-masing walaupun Jumaat belum ditemui

  16. Peleraian Jumaat ditemui terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemui itu memberibanyak kesedaran kepada anak-anaknya bagi memohon maaf. Jimah meminta anak-anaknya meminta maaf kepada Sani dan Pak Man bersyukur dengan situasi yangceria dan bersyukur mempunyai cucu macam Man Bengap.

  17. Teknik Penceritaan 1. Pemerian Dia budak lurus. Putih, putihlah yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah. Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung..(ms 439)

  18. 2.  SuspensMan: orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.

  19. 3.  KejutanKita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan. Beginilah, kalau sudah semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare mau? (ms434)

  20. Watak & Perwatakan

  21. Watak Utama - Jimah -Isteri Jumaat, berusia 55 tahun -Seorang yang setia, peyayang dan bertanggungjawab. -Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya itu -Sabar dengan dugan dengan berdoa. -Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan –sejak kejadian suaminya hilang di laut.

  22. Watak Sampingan - Sani -Anak angkat Jimah-seorang doktor dan telah beristeri -Seorang yang bertanggungjawab dan sabar. -Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang.

  23. Sabri -anak sulung Jimah -penyabar. -Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka belum ditemui

  24. Sabariah -Graduan ekonomi bekerja di London -Panas baran, anak kedua dan menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulan dikirim setiap bulan -Tidak sukakan Sani. -Sabariah memarahi Sani supaya tidak memandai-mandai danberdolak dalik tentang soal kematian. -Dia juga mengingatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.

  25. Shahrul -Anak ketiga -Seorang akauntan di Kuala Lumpur -Mementingkan kerjayanya dengan meminta untuk pulang setelah waktu cuti sudah habis. -Berselisihan faham dengan Sani. Shahrul suka menyindir Sani.

  26. Salmah -Seorang pereka fesyen -Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang dengan memakai skirt -Lebih mementingkan kerjayanya. -Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.

  27. Wan Malini -Isteri Sani -Banyak menolong Sani menjaga Jimah. Dia turut berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

  28. Man Bengap Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong menyebabkan Pak Man ketawa.

  29. Pak Man -Jiran Jimah yang prihatin dengan keluarga Jimah. -Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah. -Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarganya.

  30. Mak Jah -Isteri Pak Man -Seorang yang peyayang, mak Jah sanggup bersama-sama keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih.

  31. Wahid dan Senin -Penjahat yang mengambil kesempatan denganberpura-pura ditugaskan membanci kerugian namun sebaliknya mencuri. -Mencuri harta mangsa tsunami dan berniat untuk mencuri di rumah Jumaat.

  32. Latar masa 1.Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak 2.Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri Senja di rumah mak Jimah

  33. Latar tempat 1. Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut 2. Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah 3. Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya

  34. Latar masyarakat 1. Masyarakat peyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah danJumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia tua. 2. Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan misalnya Pak Man yangdatang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.

  35. 3. Masyarakat yang berpendidikan seperti anak-anak Jimah yang berjaya dalam kerjaya.4. Masyarakat yang mementingkan kerjaya seperti anak-anak Jimah5. Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.

  36. Gaya Bahasa - Diksi Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey. HQ)

  37. Falsafah Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga air matanya itu macam air mengalir

  38. Metafora Ombak susu, gigi ombak

  39. Repetisi Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah

  40. Nilai 1.Nilai kasih sayang kepada suami. Jimah menangisi kehilangan suaminya 2. Nilai kesetiaan seorang isteri terhadap suaminya misalnya Jimah yang setia menunggu suaminya yang hilang

  41. 3. Nilai hormat-menghormati orang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun sering dimarahi 4. Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anakangkat emaknya. 5. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan isterinya menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari

  42. Pengajaran 1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anak. Contoh Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.

  43. 2. Kita hendaklah mengenangkan jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja

  44. 3. Kita perlu menyesal dengan kesalahan yang telah kita lakukan seperti anak-anak Jimah yang memohon maaf atas perbuatan yang dilakukan

  45. 4. Kita hendaklah bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.

  46. RENUNGAN BERSAMA Sekiranya anda mempunyai kakak seperti Sabariah, apakah yang akan anda lakukan untuk menyedarkannya? Sekiranya anak anda hendak menghantar anda ke rumah kebajikan, apakah tindakan anda?

  47. Sekian, terima kasih.

More Related