1 / 21

KBM 1 FIQH ISLAMI

Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 1 FIQH ISLAMI. BAB 7 : SOLAT. PENGERTIAN SOLAT. Klik Di Sini Solat dari segi bahasa ialah doa untuk kebaikan. Dari segi istilah ialah perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. .

helki
Download Presentation

KBM 1 FIQH ISLAMI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Andalus Corporation Pte Ltd KBM 1 FIQH ISLAMI BAB 7 : SOLAT

  2. PENGERTIAN SOLAT • Klik Di Sini • Solat dari segi bahasa ialah doa untuk kebaikan. • Dari segi istilah ialah perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. KBM 1 FIQH BAB 7

  3. SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT • ISLAM - Tidak diwajibkan bagi orang kafir. Apabila mereka memeluk Islam,tidak perlu qada’ solat yang tidak dibuat semasa kekufuran. 2) BALIGH - Kanak-kanak tidak wajib solat selagi belum baligh. Tetapi ibu bapa wajib melatih anak apabila mereka mumaiyiz (dapat bezakan yang baik dan buruk) dalam umur 7 tahun. Jika berumur 10 tahun tetapi enggan solat maka dibolehkan pukul. KBM 1 FIQH BAB 7

  4. SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT 3) BERAKAL - Orang gila tidak wajib solat.Orang pitam atau pengsan juga dimaafkan. Apabila sedar, mereka perlu solat dengan segera. Orang mabuk kerana minum arak apabila sedar, harus qada’ solatnya yang ditinggalkan. 4) SUCI DARIPADA HADAS (HAID DAN NIFAS) KBM 1 FIQH BAB 7

  5. SYARAT-SYARAT SAH SOLAT • Suci daripada hadas dan najis. • Menutup aurat. • Berdiri di tempat yang suci. • Yakin telah masuk waktu. • Menghadap kiblat KBM 1 FIQH BAB 7

  6. RUKUN-RUKUN SOLAT • Niat ( Syarat Niat ): - Hendaklah yakin dan berkekalan dalam solat. Jika dia berniat hendak batalkan solat atau ragu-ragu (taraddud) hendak meneruskan solat, maka solatnya batal ketika itu juga. - Hendaklah disertakan niat tatkala takbiratul ihram. Tempat niat adalah di hati. KBM 1 FIQH BAB 7

  7. 2) Berdiri bagi yang mampu Bagi mereka yang tidak mampu berdiri kerana sakit dan sebagainya, maka harus duduk dalam solat. Kalau tidak berdaya juga maka harus berbaring. 3) Takbiratul Ihram Hendaklah dilafazkan dalam bahasa Arab. - Jangan hentikan antara lafaz ‘Allah’dan ‘Akbar’. Jangan ditambah dengan huruf yang mencacatkan makna. Hendaklah dibaca dengan sempurna semasa berdiri tegak. RUKUN-RUKUN SOLAT KBM 1 FIQH BAB 7

  8. RUKUN-RUKUN SOLAT 4) Membaca Surah Al-Fatihah • Tidak sah kalau tidak dibaca, kecuali jika solat masbuq, ianya dimaafkan kerana mengikut imam. 5) Rukuk dengan tuma’ninah - Cara rukuk adalah dengan membongkokkan kepala hingga sama lurus dengan belakang, serta letakkan tangan ke lutut sambil baca ‘Allahu Akbar’ sewaktu hendak rukuk. KBM 1 FIQH BAB 7

  9. RUKUN-RUKUN SOLAT 6) Iktidal dengan tuma’ninah • Iaitu tegak kembali berdiri seperti sebelum rukuk 7) Sujud dengan tuma’ninah - Caranya dengan meletakkan dahi dan hidung dengan sempurna atas bumi (tempat sujud). Jika dia sujud atas rumput atau hamparan gebu, wajib menekankan dahinya. KBM 1 FIQH BAB 7

  10. Sains dan Solat Klik Di Sini KBM 1 FIQH BAB 7

  11. RUKUN-RUKUN SOLAT 8) Duduk antara dua sujud dengan tuma’ninah. 9) Duduk tahiyat akhir, membaca tasyahud akhir dan selawat ke atas Nabi s.a.w. 10) Salam pertama - sekurang-kurangnya dengan mengatakan ‘Assalamualaikum’. KBM 1 FIQH BAB 7

  12. SUNAT-SUNAT SOLAT KBM 1 FIQH BAB 7

  13. SUNAT-SUNAT AB’AD • Tasyahud awal • Membaca doa Qunut dalam solat • Duduk kerana tasyahud awal • Berdiri kerana Qunut • Selawat atas Nabi sesudah tasyahud awal • Selawat atas Nabi sesudah qunut • Selawat atas ahli keluarga Nabi sesudah Qunut. • Selawat atas ahli keluarga Nabi sesudah tasyahud akhir KBM 1 FIQH BAB 7

  14. SUNAT-SUNAT HAI’AH • Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram. • Meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri semasa berdiri. • Membaca doa iftitah selepas takbiratul ihram. • Ta’awuz (baca a’uzubillah) selepas doa iftitah • Menyaringkan suara pada solat yang sunat nyaring dan perlahankan suara pada solat yang sunat perlahan. • Membaca ‘Amin’ sesudah baca Al-Fatihah. • Membaca surah sesudah baca Al-Fatihah. KBM 1 FIQH BAB 7

  15. SUNAT-SUNAT HAI’AH 8) Takbir semasa hendak rukuk, sujud dan bangun darinya. 9) Membaca ‘sami’allahu liman hamidah’ ketika iktidal. 10) Membaca tasbih pada rukuk: سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ 11) Membaca tasbih pada sujud: سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ KBM 1 FIQH BAB 7

  16. SUNAT-SUNAT HAI’AH 12) Sunat meletakkan anak-anak jari tangan di atas paha semasa duduk antara dua sujud. Begitu juga pada tasyahud awal dan akhir, jari-jari kanan hendaklah digenggam kecuali jari telunjuk. 13) Disunatkan duduk iftirasy pada tempat2 yang dikehendaki duduk selain daripada duduk kerana tasyahud akhir. 14) Sunat duduk tawaruk pada tahiyat akhir. KBM 1 FIQH BAB 7

  17. PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT • Sengaja bercakap-cakap • samada perkataan yang boleh difahami walaupun satu, maka batal solat. 2) Bergerak tiga kali berturut-turut • samada seperti tiga langkah atau pukulan yang berturut-turut maka batal solat. • Berhadas - samada terlupa atau sengaja, batal solat. KBM 1 FIQH BAB 7

  18. PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT 4) Terkena najis • jika terkena najis yang tidak boleh dimaafkan maka batal solat. Jika najisnya boleh dimaafkan seperti bangkai nyamuk maka sah solatnya. 5) Terbuka aurat • Jika terbuka aurat kerana ditiup angin lalu ditutupi kembali dengan segera, sah solatnya. Jika tidak, solatnya batal. KBM 1 FIQH BAB 7

  19. PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT 6) Berubah niat dan membelakangkan kiblat • batal solat seseorang jika berniat hendak keluar dari solat juga jika belakangkan kiblat. 7) Makan, minum dan ketawa dengan kuat 8) Murtad • Perbuatan seperti sujud kepada matahari atau perkataan seperti tuhan itu tiga atau iktikad seperti percaya di dalam solat yang alam ini kekal, semuanya membatalkan solat. KBM 1 FIQH BAB 7

  20. PERKARA YANG MAKRUH DALAM SOLAT • Membaca dengan kuat di waktu perlahan dan sebaliknya. • Menundukkan kepala lebih dari paras pinggang semasa rukuk. • Menghamparkan tangan ketika sujud. • Tidak merenggangkan tangan di waktu rukuk dan sujud (bagi lelaki) • Solat dengan terburu-buru. • Doa khusus untuk dirinya sendiri sedangkan ia menjadi imam. KBM 1 FIQH BAB 7

  21. PERKARA YANG MAKRUH DALAM SOLAT 7) Mengusap muka kerana debu. 8) Bercekak pinggang ketika solat. 9) Menoleh dan memandang ke langit, ke kiri dan kanan dengan mukanya. KBM 1 FIQH BAB 7

More Related