1 / 11

KBM 3 FIQH ISLAMI

Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 3 FIQH ISLAMI. BAB 4: ZAKAT FITRAH. MAKSUD AYAT. Zakat fitrah ialah suatu ibadah yang diwajibkan atas umat Islam Zakat fitrah hanya berhak diberikan kepada golongan yang memerlukan. Zakat fitrah dapat mensucikan jiwa orang yang berpuasa di bulan Ramadan.

jessie
Download Presentation

KBM 3 FIQH ISLAMI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Andalus Corporation Pte Ltd KBM 3 FIQH ISLAMI BAB 4: ZAKAT FITRAH

  2. MAKSUD AYAT Zakat fitrah ialah suatu ibadah yang diwajibkan atas umat Islam Zakat fitrah hanya berhak diberikan kepada golongan yang memerlukan. Zakat fitrah dapat mensucikan jiwa orang yang berpuasa di bulan Ramadan. KBM 3 FIQH BAB 4

  3. ZAKAT FITRAH Definisi dan pensyariatannya: Zakat fitrah ialah zakat badan yang dikeluarkan pada setiap bulan Ramadan. Disyariatkan pada bulan Sya’aban 2H. Tujuannya untuk mensucikan hati dan jiwa orang yang berpuasa. KBM 3 FIQH BAB 4

  4. ZAKAT FITRAH Zakat fitrah juga bertujuan untuk memberi makan kepada fakir dan miskin agar mereka dapat bergembira dan cukup serta tidak meminta-minta pada Hari Raya Aidilfitri. Sabda Nabi: “Cukupkanlah keperluan mereka (fakir miskin itu) supaya mereka tidak berkeliling meminta-minta pada hari itu.” (HR. Daraquthni dan Baihaqi) KBM 3 FIQH BAB 4

  5. ZAKAT FITRAH Zakat fitrah adalah salah satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa orang yang berpuasa. Dipanggil zakat al-nafs kerana tujuannya ialah untuk mensucikan hati dan jiwa manusia yang mengeluarkan zakat fitrah. KBM 3 FIQH BAB 4

  6. ZAKAT FITRAH Hukum zakat fitrah adalah fardhu. Ia berdasarkan hadis daripada Ibnu Umar r.a yang mengatakan : “Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah…” (HR. Bukhari dan Muslim) KBM 3 FIQH BAB 4

  7. ZAKAT FITRAH Orang yang wajib membayar zakat fitrah: Setiap muslim (lelaki atau perempuan, besar atau kecil, merdeka atau hamba) Setiap ketua keluarga bertanggungjawab atas orang di bawah tanggungannya (seperti anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya) KBM 3 FIQH BAB 4

  8. ZAKAT FITRAH Syarat-syarat wajib zakat fitrah ialah: Orang Islam Orang yang memiliki kelebihan makanan selama sehari semalam untuk sekeluarga Orang yang mendapati matahari terbenam pada akhir bulan Ramadan KBM 3 FIQH BAB 4

  9. ZAKAT FITRAH Waktu diwajibkan membayar zakat fitrah: Dibolehkan membayar zakat fitrah sejak dari awal bulan Ramadan. Waktu yang wajib ialah sesudah terbenamnya matahari pada tanggal akhir bulan Ramadan. Waktu yang paling afdal ialah setelah solat Subuh sebelum solat Hari Raya pada 1 Syawal KBM 3 FIQH BAB 4

  10. ZAKAT FITRAH Kadar wajib zakat fitrah: Kadar diwajibkan untuk tiap seorang ialah 1 sha’ iaitu hampir sama dengan 2.305 kg (dibulatkan kepada 2.5 kg) dari beras atau makanan asas dalam negeri masing-masing. Dibolehkan membayarnya dalam bentuk wang yang sama harganya dengan 2.5 kg beras. KBM 3 FIQH BAB 4

  11. ZAKAT FITRAH Orang yang berhak menerima zakat fitrah: Golongan fakir Golongan miskin Pegawai zakat (amil) Golongan mualaf Hamba sahaya yang akan dibebaskan Orang-orang yang berhutang Fi Sabilillah (kegunaan pada jalan Allah) Ibnu Sabil KBM 3 FIQH BAB 4

More Related