1 / 24

ETIKA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT

ETIKA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT. PENGENALAN. Isu berkenaan etika dalam teknologi maklumat menjadi suatu perkara yang hangat diperkatakan lebih-lebih lagi pada era teknologi maklumat Isu etika perlu dilihat bagi memastikan tidak ada pihak teranainya dan menganainya orang lain.

fayola
Download Presentation

ETIKA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ETIKA DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT

  2. PENGENALAN • Isu berkenaan etika dalam teknologi maklumat menjadi suatu perkara yang hangat diperkatakan lebih-lebih lagi pada era teknologi maklumat • Isu etika perlu dilihat bagi memastikan tidak ada pihak teranainya dan menganainya orang lain. • Etika sangat penting bagi memastikan setiap orang tidak melakukan sesuatu yang menyalahi batas-batas keagamaan tata susila

  3. PENGENALAN • Definisi Etika “Ilmu berkenaan tingkahlaku manusia serta prinsip-prinsip yang mentafsirkan tentang tindakan moral yang betul dan salah”

  4. PENGENALAN Aliran Etika • Egoisma: apa yang terbaik bagi seseorang adalah dianggap betul • Hukum Tabii (Natural Laws): berdasarkan kepada apa yang telah ditetap oleh tuhan sama ada baik atau buruk • Utilitarisma: Sebesar-besar kebahagiaan berdasarkan seramai mungkin orang yang dapat kesan dari sesuatu perbuatan

  5. PENGENALAN Pandangan Islam berkenaan Etika • Mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan etika • Islam mempunyai konsep lain yang dikenali sebagai akhlak • Etika berasaskan pemikiran manusia semata-mata yang senantiasa berubah mengikut situasi dan persekitaran • Akhlak adalah datang dari Allah

  6. PENGENALAN Definisi Akhlak • Bahasa Kata jama’ dari khuluq: sifat-sifat dalaman • Istilah “Suatu hal keadaan yang tetap dalam jiwa manusia di dalam melakukan suatu tindakan dengan senang dan mudah tanpa perlu kepada daya pemikiran kerana ianya sudah menjadi kebiasaan”

  7. KENAPA PERSOALAN ETIKA SANGAT PENTING DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT? • Kebolehan aturcara komputer menjalankan apa disuruh oleh pengaturcara • Faktor kepercayaan bahawa komputer boleh mengubah secara drastik amalan kebiasaan kita: kampung sejagat • Semua operasi komputer berjalan secara terselindung (tidak nampak)

  8. Sebab-Sebab Etika Komputer Perlu Dipelajari • Sebagai garis panduan menggunakan komputer. • Mengelakkan jenayah, penyalahgunaan dan malapetaka komputer. • Mengelakkan dari berlakunya kepincangan pada polisi. • Teknologi dan penggunaan komputer mengubah sebahagian daripada isu etika seperti isu hak intelektual. • Penggunaan teknologi komputer sentiasa mencipta isu etika yang memerlukan kajian khusus. • Isu etika yang senantiasa berubah-ubah.

  9. HAK MASYARAKAT TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT Menurut Prof. Deborah Johnson; • Hak mencapai komputer • Hak kepada kemahiran komputer • Hak kepada pakar komputer • Hak kepada membuat keputusan berkomputer

  10. DIMENSI ETIKA • Maklumat telah membentuk modal intelektual manusia • Namun teknologi maklumat membolehkan seseorang mencuri modal intelektual manusia

  11. DIMENSI ETIKA PAPA (privacy, accuracy, property & accessibility) Prof. Richard Mason: • Privacy (persendirian): bolehkan maklumat peribadi seseorang boleh didedahkan: spam • Accuracy (ketepatan): siapakah yang bertanggungjawab ke atas ketulinan, kesetiaan dan ketepatan maklumat? • Property (pemilikan): siapa pemilik sesuatu maklumat • Accessibility (kecapaian): apakah jenis maklumat yang seseorang atau organisasi berhak untuk mencapai, di bawah keadan apa dan dengan perlindungan apa?

  12. KOD ETIKA PROFESIONAL • ACM (Association for Computer Machinery) • DPMA (Data Processing Management Association) • ICCP (Institute for Certification Computer Profesional) • ITTA (Information Technology Association of America) • BSC (British Computer Society) • CIPS (Canadian Information Processing Society)

  13. KOD ETIKA TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIA Menyentuh berkenaan persoalan e-mel, penggodam, keselamatan dan kerahsiaan maklumat peribadi dsb. • Universiti Utara Malaysia (UUM) • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) • Kementerian Pendidikan Malaysia • Arkib Negara Malaysia • Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

  14. PRINSIP ETIKA Persoalan yang dapat menentukan sesuatu tindakan beretika atau tidak (John McLeod); • Adakah satu penghormatan? Pada sesiapa yang anda hendak sembunyikan tindakan itu? • Adakah kejujuran? Adakah melanggar kejujuran atau pengkhianatan kepercayaan? • Adakah mengelak kemungkinan pertentangan kepentingan? Adakah pertimbangan lain yang memungkinkan keputusan berat sebelah?

  15. PRINSIP ETIKA Persoalan yang dapat menentukan sesuatu tindakan beretika atau tidak (John McLeod); • Adakah dalam jangkauan kemahiran? Adakah mungkin usaha terbaik anda tidak mencukupi? • Adakah adil? Adakah menidakkan kepentingan hak orang lain? • Adakah bertimbang rasa? Adakah melanggar kerahsiaan, atau keperibadian atau menyinggung perasaan orang lain. • Adakah konservatif? Adakah membuang masa?

  16. KOD ETIKA Cadangan Computer Ethics Institute; • Tidak menggunakan komputer untuk membinasakan manusia • Tidak menggangu kerja komputer orang lain • Tidak membelek fail komputer orang lain • Tidak menggunakan komputer untuk mencuri • Tidak menggunakan komputer untuk menjadi saksi palsu

  17. KOD ETIKA Cadangan Computer Ethics Institute; 6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah 7. Tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa kebenaran atau sebarang bayaran 8. Tidak menggunakan tanpa kebenaran output intelektual orang lain 9. Memikirkan akan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan 10. Menggunakan komputer dengan memberi pertimbangan dan hormat kepada manusia lain.

  18. KOD ETIKA PENGGUNAAN INTERNET Anda tidak boleh melakukan perkara berikut: • Menyalur sebarang bahan haram • Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan. • Menganjurkan perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya. • Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisements/spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing). 

  19. KOD ETIKA PENGGUNAAN INTERNET Anda tidak boleh melakukan perkara berikut: • Menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram • Melakukan pengeboman mel (mail bombing). • Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup).  • Memalsukan kepala e-mail (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima. • Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa

  20. KOD ETIKA PENGGUNAAN INTERNET Anda tidak boleh melakukan perkara berikut: • Mencerobohi peralatan (hacking) yang dimiliki oleh pengguna individu, kumpulan atau organisasi lain.  • Menyebabkan gangguan perkhidmatan dan melakukan usaha bagi meningkatkan bebanan perkhidmatan (to overload a service) dan percubaan merosakkan komputer utama (to crash the host). • Memberikan maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan dalam talian (online).

  21. KOD ETIKA PENGGUNAAN INTERNET Anda tidak boleh melakukan perkara berikut: • Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri (intercept) data yang bukan ditujukan kepadanya. • Membatalkan posting yang dibuat oleh orang lain kepada mana-mana kumpulan berita kecuali pengendali (moderator) yang menjalankan tugasnya

  22. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN PENYEBARAN KOD JAHAT • Jangan buka fail yang dikepilkan. • Untuk memastikan fail yang dikepilkan selamat, sila hubungi pengirimnya untuk mendapatkan keterangan mengenai fail yang dikepilkan itu. • Jika fail yang dikepilkan itu adalah program, pastikan perisian antivirus dapat mengimbas fail untuk memastikan tiada virus. • Pastikan perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini untuk senarai virus yang terbaru. 

  23. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN PENYEBARAN KOD JAHAT • Jika komputer anda menunjukkan sifat yang tidak normal selepas membuka fail yang telah dikepilkan, hubungi pengirimnya atau hubungi Pentadbir Jaringan (Network Administrator). JANGAN HANTAR SALINAN FAIL YANG DIKEPILKAN kepada mereka tetapi tunggu hingga diarahkan berbuat begitu. • Apabila semua yang dilakukan di atas gagal maka anda perlu membuat pengaduan ke MyCert dengan menggunakan emel mycert@mycert.mimos.my untuk tindakan selanjutnya.

  24. KESIMPULAN • Kod Etika diwujudkan untuk memberi garis panduan kepada seseorang pengguna teknologi maklumat. • Di samping itu bagi mengelakkan dari berlakunya pelbagai penyalahgunaan teknologi maklumat seperti penggodam, bom e-mel dsb.

More Related