slide1
Download
Skip this Video
Download Presentation
MINGGU 08

Loading in 2 Seconds...

play fullscreen
1 / 46

MINGGU 08 - PowerPoint PPT Presentation


  • 133 Views
  • Uploaded on

MINGGU 08. Frasa: Frasa Nama dan Frasa Adjektif. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: pengertian frasa pengertian dan rumus frasa nama dan frasa adjektif binaan frasa nama dan frasa adjektif fungsi frasa nama dan frasa adjektif. FRASA.

loader
I am the owner, or an agent authorized to act on behalf of the owner, of the copyrighted work described.
capcha
Download Presentation

PowerPoint Slideshow about 'MINGGU 08' - dezso


An Image/Link below is provided (as is) to download presentation

Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author.While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript
slide1
MINGGU 08

Frasa:

Frasa Nama dan Frasa Adjektif

hasil pemelajaran
HASIL PEMELAJARAN

Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan:

  • pengertian frasa
  • pengertian dan rumus frasa nama dan frasa adjektif
  • binaan frasa nama dan frasa adjektif
  • fungsi frasa nama dan frasa adjektif
frasa
FRASA
  • Tatabahasa Tradisional: Sekumpulan kata yang membentuk unit sintaksis dan tidak bertaraf ayat sempurna.
  • Tatabahasa Sistemik: Salah satu daripada unit tatabahasa. Dalam hierarki tatabahasa, frasa terletak antara kata dengan klausa.
  • Tatabahasa Transformasi Generatif: Frasa digunakan dalam pencirian umum peringkat awal analisis, seperti rumus struktur frasa dan sebagai unit analisis, seperti FN dan FK.
frasa1
FRASA
  • Frasa boleh jadi satu perkataan atau deretan perkataan yang membentuk satu kesatuan makna.
  • Frasa bahasa Melayu terbahagi empat, iaitu:

> Frasa Nama

> Frasa Kerja

> Frasa Adjektif

> Frasa Sendi Nama

contoh frasa
CONTOH FRASA
  • Frasa Nama: rumah, rumah kecil, rumah kecil itu, kedua-dua buah rumah kecil itu.
  • Frasa Adjektif: indah, indah sungguh, tidak indah sungguh, tidak berapa indah sungguh.
  • Frasa Kerja: tidur, hendak tidur, belum hendak tidur, belum hendak tidur lagi.
  • Frasa Sendi Nama: di dalam kotak, di tepi kali, ke Kelantan.
inti frasa
INTI FRASA
  • Frasa Nama (S) Frasa Kerja (P)

Pasir (inti) putih (pen) roboh (inti) di tepi kali (pen)

  • Frasa Nama (S) Frasa Nama (P)

Haji (pen) Mhd Amin (inti) pensyarah (inti) bahasa (pen)

  • Frasa Nama (S) Frasa Adjektif (P)

Gadis (inti) desa itu (pen) cantik (inti) amat (penguat)

ciri frasa nama
CIRI FRASA NAMA
  • Kata nama sebagai intinya.
  • Wujud bersendirian.
  • Wujud bersama dengan sederetan penerang, sesudah atau sebelumnya.
  • Berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.
kata yang hadir dalam fn
KATA YANG HADIR DALAM FN
  • Nama Am: desa, kerusi, arnab, komputer, almari, baju, kain, kereta…
  • Nama Khas: Hang Jebat, Mastura, Hassan, Halimah, Lim Swee Tin…
  • Kata Ganti Nama: beliau, kamu, mereka, dia, engkau…
  • Gelaran:Tan Sri, Datin Paduka, Tun, Datuk Seri…
  • Kata Tunjuk: ini, itu.
  • Kata Tanya: siapa, bagaimana, di mana, bila, apa…
  • Kata Arah: atas, bawah, belakang, hadapan, samping…
  • Kata Bilangan: beberapa, kedua, keempat…
  • Penjodoh Bilangan: kaki, utas, rawan, butir, bilah…
rumus frasa nama
RUMUS FRASA NAMA
  • bil + penj bil + gel + KNInt + KNInt + pen + pent
  • Contoh Frasa Nama:

> Empat orang murid perempuan itu

> TYT Tun Dato’ Seri (Dr) Hj Hamdan Sheikh Tahir

> Beberapa ekor ayam jantan

> Perigi berhampiran gunung Jerai

> Sesetengah pelabur asing

> Dua orang peserta pertandingan debat

> Datuk Panglima Hitam

> Dua pasang subang berlian

> Beberapa orang mahasiswa UPM

binaan frasa nama
BINAAN FRASA NAMA
  • Frasa Nama (inti + penerang) terbahagi dua, iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama.
  • Inti + Penerang Nama: keturunan, jenis, penyambut, kegunaan, kelamin, tempat, arah, anggota badan, tenaga penggerak, hal/perkara, milik/kepunyaan, nama khas, panggilan/gelaran.
  • Inti + Penerang bukan Nama: penentu (hadapan/belakang), kata kerja, kata adjektif, frasa sendi nama, dan bilangan ordinal.
  • Frasa Nama (Inti + inti) terbahagi dua, iaitu inti + penerang seerti dan inti + inti bertentangan.
inti penerang nama
INTI + PENERANG NAMA
  • Inti + Penerang Keturunan

orang Jawa

bahasa Jepun

keturunan lanun

askar Melayu

bangsa India

  • Inti + Penerang Jenis

ular lidi

baju kebaya

buah mempelam

pingat emas

sukan Asia

kayu cendana

ayam Belanda

inti penerang nama1
INTI + PENERANG NAMA
  • Inti + Penerang Penyambut/Objek

pemandu lori

jaga bank

anak haram

pengarang novel

pekerja kilang

  • Inti + Penerang Kegunaan

minyak pengasih

jamu penguat

wang pengeras

bacaan pendinding

inti penerang nama2
INTI + PENERANG NAMA
  • Inti + Penerang Kelamin

ayam jantan

pelayan perempuan

setiausaha lelaki

gajah betina

  • Inti + Penerang Tempat

orang kampung

Melayu Patani

Cina Kelantan

tepi kali

inti penerang nama3
INTI + PENERANG NAMA
  • Inti + Penerang Arah

kulit dalam

angin tenggara

pintu belakang

tingkat tengah

  • Inti + Penerang Anggota Badan

rantai leher

tali pinggang

tudung kepala

barah hati

inti penerang nama4
INTI + PENERANG NAMA
  • Inti + Tenaga Penggerak

kereta api

lampu minyak

kipas angin

kapal layar

dapur gas

  • Inti + Penerang Hal

surat nikah

sijil perkahwinan

hari wanita

majlis berkhatan

garis pemisah

borang permohonan

wanita penggoda

inti penerang nama5
INTI + PENERANG NAMA
  • Inti + Penerang Milik/Kepunyaan

rumah kerajaan

kulit buaya

gading gajah

kaki gergasi

tapak harimau

  • Inti + Penerang Khas

negara Cina

sungai Sarawak

Tanjung Bidara

Kampung New Zealand

inti penerang nama6
INTI + PENERANG NAMA
  • Penerang Panggilan + Inti

Profesor Diraja Ungku Aziz

Wan Amuddin

Tuan hakim

Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Puan Azah Aziz

Tuan Haji Sulaiman

Encik Zamri

Nik Mustapha

inti penerang bukan nama
INTI + PENERANG BUKAN NAMA
  • Penerang/penentu/bil./penj. bil. + Inti

dua orang graduan

beberapa sikat pisang

segala aktiviti

tiga kumpulan sukan

segerombolan lanun

  • Inti + Kata Kerja

fikiran terganggu

filem bicara

gunung berangkat

hati terikat

langit runtuh

wad bersalin

inti penerang bukan nama1
INTI + PENERANG BUKAN NAMA
  • Inti + Penerang Adjektif

saudara dekat

bulan gerhana

pengantin baharu

air suci

demam panas

  • Inti + Penerang Frasa Sendi Nama

novel oleh Hamka

hadiah untuk kekasih

lawatan ke Singapura

kakak di bilik

inti penerang bukan nama2
INTI + PENERANG BUKAN NAMA
  • Inti + Penerang Bilangan

(bertingkat/ordinal)

pelawat keseratus

isteri keempat

anak kesembilan

tempat kedua

kekasih pertama

rumah ketiga

inti inti
INTI + INTI
  • Inti + Inti (seerti)

sahabat handai

ribut taufan

hutan rimba

semak samun

bukit bukau

sawah ladang

kampung halaman

bandar pekan

inti inti1
INTI + INTI
  • Inti + Inti (bertentangan)

api air

bumi langit

dapur serambi

datuk datin

guru murid

hadapan belakang

tuan puan

jantan betina

pria wanita

hukum d m
HUKUM D - M

D M D M

lelaki Melayu majalah mingguan

perempuan Cina sos cili

lembu kereta pisang goreng

kereta lembu faktor lain

restoran Minang bola sepak

klinik gigi

hal lain

perkataan lain

askar Gurka

jurnal bulanan

kekecualian hukum d m
KEKECUALIAN HUKUM D - M

M D

perdana menteri

timbalan menteri

naib canselor

timbalan ketua

pembantu penyelidik

ibu pejabat

pembantu pensyarah

penolong pendaftar

timbalan pengerusi

timbalan pendaftar

penolong bendahari

ciri frasa nama yang lain
CIRI FRASA NAMA YANG LAIN
  • Kata bilangan dan penjodoh bilangan hadir di hadapan KN inti. Contoh:

kata bilangan penjodoh bilangan KN inti

dua orang perdana menteri

beberapa ekor unta

se kawan gajah

se gelintir mahasiswa

para pendengar

se jambak puisi

se pucuk surat

se keping hati

se kumpulan perusuh

se kuntum mawar

ciri fn yang lain
CIRI FN YANG LAIN
  • Kata panggilan atau gelaran hadir di hadapan KN inti. Contoh:

kata panggilan/gelaran KN inti

Tuan Haji Mohamad Kasim

Puan Zaiton Muda

Raja Zazman Raja Hassan

Tengku Norhayati bt Tengku Muhammad

Datuk Nik Aziz Nik Mat

TYT Tun Dato Seri (Dr) Haji Hamdan Sheikh Tahir

Profesor Dr Haji Amat Juhari Moain

ciri fn yang lain1
CIRI FN YANG LAIN
  • Kata nama inti hadir dengan penerang lebih daripada satu. Contoh:

inti + pen. Adj + penerang + pent. belakang

kereta baharu ayah itu

pintu besar rumah ini

Isteri muda orang itu

kekasih lama mahasiswa itu

ciri fn yang lain2
CIRI FN YANG LAIN
  • Inti + pen. Adj + pen. (inti + pen) + pent

Kereta baharu ayah Ramli itu.

Pintu besar rumah menteri itu.

Isteri muda orang kaya ini.

Kekasih lama mahasiswa kedekut itu.

ciri fn yang lain3
CIRI FN YANG LAIN
  • Dua FN wujud serentak dengan merujuk objek yang sama.

Subjek

FN FN

semangkuk bubur kacang pengalas perut kosong

sepucuk surat pemain bola sepak Terengganu

dua buah rumah Perdana Menteri Thailand itu

sepasang subang berlian pengantin baharu ini

unsur bukan nama pengisi fn
UNSUR BUKAN NAMA PENGISI FN
  • Bersukan menyihatkan badan.
  • Umpat-mengumpat menjadi kegemaran wanita.
  • Memfitnah perbuatan yang keji.
  • Hijau melambangkan kedamaian.
  • Pengisi jati yang dihilangkan adalah seperti yang berikut:
  • Kegiatanbersukan menyihatkan badan.
  • Kebiasaan umpat-mengumpat menjadi kegemaran wanita.
  • Perbuatan memfitnah perbuatan yang keji.
  • Warna hijau melambangkan kedamaian.
fungsi fn
FUNGSI FN
  • Konstituen subjek: Pakaian orang ituanggun.
  • Konstituen predikat: Suaminya guru sekolah agama.
  • Konstituen objek: Mereka menaiki kapal terbang.
  • Konstituen pelengkap: Anaknya menjadi pramugari.
  • Konstituen FSN: Wang hantaran itu untuk tunangnya.
  • Konstituen frasa keterangan: Pembangunan umah memerlukan iltizam daripada semua rakyat.
frasa adjektif
FRASA ADJEKTIF
  • Unsur pengisi wajib FAdj ialah kata adjektif. Unsur lain merupakan tambahan yang bersifat pilihan sahaja.
  • Dua kata adjektif yang hadir serentak, dan membawa makna bertentangan, tidak boleh digugurkan. Contoh:

besar kecil, tinggi rendah, panjang pendek…

  • Dua kata adjektif yang hadir serentak, dan membawa makna keserasian atau berunsur rima, kata adjektif kedua boleh digugurkan. Contoh:

tinggi lampai, riang gembira…

binaan frasa adjektif
BINAAN FRASA ADJEKTIF
  • Satu perkataan:

kata dasar satu kata, dan kata berimbuhan.

  • Dua perkataan:

kata adjektif + kata adjektif: keserasian makna, berlawanan makna, unsur rima.

kata adjektif + kata nama: keserupaan, kiasan

binaan kata adjektif satu kata
BINAAN KATA ADJEKTIF SATU KATA
  • Kata dasar: sifatan, warna, ukuran, bentuk, pancaindera, waktu, jarak, cara, perasaan, dan kekerapan.
  • Sifatan: amat letih
  • Warna: darah putih
  • Ukuran: seluar pendek
  • Bentuk: kepala lonjong
  • Pancaindera: rasa: manis sangat, pandang: sungguh indah, dengar: terlalu merdu, aroma: tengik amat, sentuh: sungguh halus
  • Waktu: spontan amat
  • Jarak: amat jauh
  • Cara: menari lincah
  • Perasaan: begitu malu
  • Kekerapan: sungguh kerap
binaan kata adjektif berimbuhan
BINAAN KATA ADJEKTIF BERIMBUHAN
  • Wajahnya kemerah-merahan.
  • Suaminya kemalu-maluan.
  • Abang tidak sehebat adiknya.
  • Hajatnya setinggi gunung Kinabalu.
  • Orang itu nampak kekampung-kampungan amat.
  • Perangainya masih kekelantanan.
  • Tindakannya nampak kecinaan.
  • Sifat kemelayuannya masih tidak berobah.
  • Mesyuarat UMNO nampak keindiaan.
  • Beliau telah meluahkan perasaan serindu-rindunya.
binaan kata adjektif dua perkataan
BINAAN KATA ADJEKTIF DUA PERKATAAN
  • Kata adjektif + kata adjektif
  • Keserasian makna: pucat lesi, letih lesu, gagah berani, riang gembira, hitam manis…
  • Pertentangan makna: asyik jemu, baharu lama, bahagia derita, benar dusta, curam datar, mahal murah…
  • Unsur rima: tua bangka, kaya raya, terang benderang, indah permai, hina dina.
  • Contoh ayat:

* Putera itu pucat lesi.

* Bahagia derita menjadi asam garam kehidupan.

* Suaminya sudah tua bangka.

binaan kata adjektif dua perkataan1
BINAAN KATA ADJEKTIF DUA PERKATAAN
  • Kata adjektif + kata nama (penerang)
  • Maksud kesamaan/keserupaan: merah menjahang, kuning merona, hijau daun, jinak lalat, hitam manggis, biru laut…
  • Maksud kiasan: panjang mata, panjang untung, keras tulang, panas hati, berat perut, ringan lidah, sakit akal, tua keladi, keras lutut, keras kematu…
  • Contoh ayat:

* Jinak lalat mahasiswi itu.

* Orang tua itu masih kuat lutut.

* Orang baik selalunya keras tulang.

* Wajahnya merah merona.

hubungan frasa adjektif dengan kata lain
HUBUNGAN FRASA ADJEKTIF DENGAN KATA LAIN
  • Kata penguat: hadapan: terlalu rajin, paling dungu, belakang: dalam sekali, cerdik benar, indah nian, bebas: amat malu, pelek sungguh…
  • Kata bantu: hadapan: sudah manis, belum masak, masih dingin, harus rajin…
  • Kata penegas: masih belum masak lagi.

Catatan:

  • Dua penguat boleh hadir sederetan: sungguh amat sopan
  • Kata bantu boleh juga hadir sebelum atau sesudah penguat.: masih amat bodoh, belum terlalu jauh, benar telah kecewa…
binaan frasa adjektif1
BINAAN FRASA ADJEKTIF
  • kb + kp + KAdj + KAdj + kata ket + AKomp
  • kb + KAdj: masih manis, belum sihat, mahu cantik, selalu baik…
  • kp + KAdj: sungguh malang, amat cetek, paling indah, agak bodoh…
  • kb + kp + KAdj: masih agak muda, belum terlalu tua, sudah amat terang, sudah agak baik…
  • KAdj + kp: indah nian, dalam sekali, pandai sungguh, cantik amat…
  • kb + KAdj + kp: masih muda benar, belum masak betul, sudah tua sangat…
  • kp + KAdj + kp: amat indah sekali, sangat bodoh betul, sungguh cantik nian…
  • kp + KAdj + ket: amat cinta akan kekasihnya, sungguh indah ibarat syurga idaman, sangat masam pada bahagian atasnya.
binaan frasa adjektif2
BINAAN FRASA ADJEKTIF
  • kp + KAdj + AKomp

* sungguh yakin bahawa dialah yang bersalah

* amat percaya bahawa hidup ini penuh pancaroba dan pancarona

* sangat sedar bahawa kita perlu bekerja keras

  • KAdj + kp + AKomp

* Percaya amat bahawa kita akan berjaya

* Sedar sungguh bahawa pasukannya akan kalah

  • kb + KAdj + KAdj

* Masih tinggi rendah

* Sudah muda belia

* Masih riang gembira

  • Catatan: deretan KAdj boleh didahului kb tetapi tidak boleh didahului kp.
frasa adjektif dan perbandingan
FRASA ADJEKTIF DAN PERBANDINGAN
  • Darjah biasa: pensyarah itu kedekut, anaknya rajin, cuaca redup, dia masih kuat, suaranya merdu…
  • Darjah bandingan sama: suaranya semerdu suara Saloma, mahasiswa itu setampan mahasiswa ini, rumahnya sebesar istana…
  • Darjah bandingan berbeda: isteri pertama lebih garang daripada isteri kedua, isteri lebih nakal daripada suami, larinya lebih cepat daripada lari kancil, abang kurang cermat daripada adik…
  • Darjah penghabisan.
kata adjektif dan perbandingan
KATA ADJEKTIF DAN PERBANDINGAN
  • Darjah penghabisan
  • se + KAdj + gandaan + KN: selembut-lembut biskut, seindah-indah lukisan, secantik-cantik bunga, sepandai-pandai tupai…
  • yang + ter + KAdj: yang termuda, yang tercinta, yang terlaju, yang terpendek…
  • paling + KAdj: paling nakal, paling tajam, paling sulit, paling cendekia…
  • KAdj + sekali: kuat sekali, lambat sekali, lazat sekali, masin sekali…
  • yang + ter + amat/sangat/sungguh: yang teramat besar, yang tersangat rindu, yang tersungguh pahit…
makna keterangan dalam frasa adjektif
MAKNA KETERANGAN DALAM FRASA ADJEKTIF
  • keterangan cara: miskin dengan tiba-tiba
  • keterangan bandingan: masam seperti cuka
  • keterangan hal: masih kaya dalam kemiskinan
  • keterangan tujuan: cermat demi masa hadapan
  • keterangan kekerapan: sering kecewa
  • keterangan terhadap: suka akan durian, takut akan hantu
  • keterangan musabab: kuat kerana tongkat Ali
  • keterangan waktu: bahagia ketika sekolah dahulu
  • keterangan tempat: bonjol pada bahagian bawahnya
frasa adjektif dan ayat komplemen
FRASA ADJEKTIF DAN AYAT KOMPLEMEN
  • Ayat majmuk. Contoh:

* Hakim percaya bahawa banduan itu bersalah.

* Orang itu kurang yakin bahawa negeri Terengganu akan muncul sebagai johan.

* Kita mesti insaf bahawa perbuatan itu adalah tidak betul.

* Saudara harus sedar bahawa perjuangan kita masih belum selesai.

* Dia yakin bahawa suaminya masih hidup.

fungsi frasa adjektif
FUNGSI FRASA ADJEKTIF
  • Sebagai predikat, hadir selepas subjek
  • Orang itu sangat alim (biasa), Sangat alim orang itu (songsang), Anaknya sudah besar (biasa), Sudah besar anaknya (songsang)
  • Sebagai keterangan, hadir selepas frasa kerja.
  • Mereka berjalan sangat lambat (biasa), sangat lambat mereka berjalan (songsang), air mengalir amat deras (biasa), amat deras air mengalir (songsang)…
  • Sebagai penerang kata nama, hadir dalam frasa nama.
  • Singa binatang buas, kereta lembu kenderaan lambat, pengat pisang makanan enak…
kesimpulan
KESIMPULAN
  • Pengertian frasa boleh diberi mengikut pendekatan tradisional, sistemik dan transformasi generatif.
  • Rumus frasa nama:

> Bil + penj bil + gel +KNInti + KNInti + pen + pent

  • Rumus frasa adjektif:

> Kb + kp + KAdj + KAdj + ket + AKomp

  • Frasa nama dan frasa adjektif dapat dijelaskan dari aspek binaan dan fungsinya
ad