1 / 76

MINGGU 07

MINGGU 07. Golongan Kata: Kata Tugas. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat mengenal pasti: Pengertian kata tugas Ciri kata tugas Kelompok kata tugas, iaitu kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa, dan kata pascakata. KATA TUGAS.

xylia
Download Presentation

MINGGU 07

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 07 Golongan Kata: Kata Tugas

  2. HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti: • Pengertian kata tugas • Ciri kata tugas • Kelompok kata tugas, iaitu kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa, dan kata pascakata

  3. KATA TUGAS • Kata yang hadir dalam frasa, klausa dan ayat dengan tugasnya semata-mata untuk memungkinkan kata lain berperanan dalam ayat, sama ada sebagai penerang, penentu, penguat, pemeri, pembantu, atau tugas lain.

  4. CIRI KATA TUGAS • Tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa predikat. • Mempunyai maksud gramatikal tetapi tidak mempunyai maksud leksikal. Maksud KT ditentukan oleh kehadiran kata lain. • Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas. • Tidak mengalami perubahan bentuk untuk sebahagian besar KT. • Tidak mudah terpengaruh oleh unsur asing.

  5. KELOMPOK KATA TUGAS • KATA PENYAMBUNG AYAT • KATA PRAKLAUSA • KATA PRAFRASA • KATA PASCAKATA

  6. KATA PENYAMBUNG AYAT • Kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan atau penerusan. Dua binaan ayat atau lebih yang digubungkan itu akan mewujudkan ayat majmuk. • Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit tatabahasa. • Tiga jenis kata hubung, iaitu: * kata hubung gabungan * kata hubung pancangan * kata hubung berpasangan

  7. KATA PRAKLAUSA • Kata yang hadir sebelum rangkaian perkataan yang mengandung subjek dan predikat yang menjadi konstituen atau bahagian ayat. Tugasnya untuk mewujudkan seruan, pertanyaan, pengiaan atau penerang pada klausa. • Kata yang termasuk dalam praklausa ialah: * kata seru * kata tanya * kata perintah * kata pembenar * kata pangkal ayat

  8. KATA PRAFRASA • Kata yang hadir sebelum kelompok kata, rangkai kata (selain ungkapan atau kata majmuk). • Kata yang termasuk dalam prafrasa ialah: * kata bantu * kata penguat * kata penegas * kata nafi * kata pemeri * kata sendi nama * kata arah * kata bilangan

  9. KATA PASCAKATA • Kata yang hadir selepas perkataan. Fungsinya sebagai penekan atau pembenda. • Kata yang termasuk dalam pascakata ialah: * kata penekan * kata pembenda

  10. KATA HUBUNG GABUNGAN • Kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, atau ayat dengan ayat yang sama sifatnya, dan memiliki status yang sama. • Contoh perkataan: dan, tetapi, kecuali, atau, malahan, melainkan, lalu, sambil, maka, kemudian, serta, padahal… • Contoh ayat: * Petir berdentum lalu kilat sabung-menyabung. * Mahasiswa itu sedih maka dia pun menangis tersesak-esak. * Orang itu miskin tetapi dia bahagia. * Saudara akan memilih yang ini atau yang itu?

  11. KATA HUBUNG PANCANGAN • Kata yang digunakan untuk memancangkan (menempatkan) klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk untuk membentuk ayat pancangan. • Kata hubung pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: * kata hubung pancangan relatif * kata hubung pancangan komplemen * kata hubung pancangan keterangan

  12. KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF • Kata yang bertugas sebagai penghubung klausa utama dengan klausa yang kecil. Kata hubung jenis ini hanyalah yang. • Contoh: * Mahasiswa yang kena dera itu sudah mati. * Mahasiswi yang tersenyum itu buah hatiku. * Saya makan nasi dengan seniman yang disukai ramai. * Buah yang tergantung itu paling disukainya. * Kain yang terlondeh itu dilucutkannya.

  13. KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN • Kata yang bertugas menghubungkan klausa komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata hubung jenis ini ialah bahawa dan untuk. • Contoh: * Orang itu memberitahu bahawa penderitaan yang dialaminya semakin parah. * Kita mengetahui bahawa demontrasi itu tidak baik. * Untuk mencapai bahagia, kita mestilah berusaha bersungguh- sungguh dalam semua perkara.

  14. KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN • Kata yang bertugas menghubungkan klausa keterangan dengan klausa utama. • Contoh perkataan: kerana, meskipun, sedangkan, agar, sebelum, sungguhpun, apabila, sejak, walau bagaimanapun, hingga, sekiranya, sekalipun, jika, selama, sehingga, jikalau, walaupun, oleh sebab, tatkala, demi, semenjak, seandainya, semasa, semoga, supaya, andai kata… • Contoh ayat: * Sekiranya aku pergi dahulu, engkau tunggulah di pintu syurga. * Andaikata engkau menjadi bunga, aku menjadi tangkainya.

  15. KATA HUBUNG BERPASANGAN • Kata hubung yang hadir secara berpasangan dalam menghubungkan dua klausa. • Contoh: baik … ataupun, baik … baik, baik … mahupun, bukan saja … bahkan juga, bukan saja … tetapi juga, entah … entah, jangankan … pun, kian … kian, makin … makin, sedangkan … apatah lagi, sedangkan … tambahan pula, sungguhpun … namun. • Contoh ayat: * entah berbuah entah tidak. * jangankan di mulut naga, di lautan api pun… * makin jauh ditinggalkan, makin dekat… * sungguhpun dadah itu berbahaya, namun… * Sedangkan bah kapal tak hanyut, tambahan pula kemarau …

  16. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung koordinat: dan • Tugas dan fungsi: penghubung satuan bahasa (kata, frasa, klausa dan ayat) yang setara, yang termasuk dalam jenis yang sama serta memiliki fungsi yang tidak berbeda. • Contoh: * Tangannya patah sebelah dan kakinya luka-luka. * Ali dan Lim ke sekolah dengan basikal. * Emak membeli ikan dan udang

  17. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung koordinat: serta • Tugas dan fungsi: menunjukkan keserentakan perbuatan atau sifat. • Contoh: * Hang Jebat melompat serta menghunus keris. * Isterinya rajin serta gigih. * Pakaiannya kemas serta anggun. * Hang Tuah menangkis serta menikam.

  18. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung koordinat: lalu • Tugas dan fungsi: menggabungkan dua perbuatan yang berlaku berturut-turut. • Contoh: * Orang itu bangun lalu keluar. * Ia mengejar pencuri itu lalu menangkapnya. * Tun Teja menangis lalu turun ke taman. * Dia menengking lalu menumbuk meja.

  19. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung koordinat: atau • Tugas dan fungsi: menunjukkan pilihan antara beberapa hal atau perkara. • Contoh: * Anda akan bermalam di rumah kawan atau hotel? * Tuankah atau saya yang harus pergi ke bulan. * Anda boleh memilih buletin atau surat akhbar.

  20. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung koordinat: tetapi • Tugas dan fungsi: menunjukkan perkara yang berlainan. • Contoh: * Budak itu pandai tetapi malas. * Adik Lina telah besar tetapi belum boleh bercakap. * Orang itu berkelulusan tinggi tetapi kelakuannya tidak senonoh. * Rumahnya besar tetapi kurang selesa. * Orang itu miskin tetapi tidak kedekut.

  21. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung koordinat: melainkan, kecuali • Tugas dan fungsi: menunjukkan kekecualian • Contoh: * Dia akan dihukum melainkan / kecuali dia dapat membuktikan bahawa dia tidak bersalah. * Mereka bekerja tiap-tiap hari melainkan / kecuali hari Ahad. * Mahasiswa itu datang ke kuliah setiap hari melainkan / kecuali dia sakit.

  22. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung koordinat: supaya, agar • Tugas dan fungsi: menunjukkan tujuan atau harapan, mudah-mudahan sampai pada maksudnya. • Contoh: • Ia makan ubat supaya cepat sembuh. • Kami mesti meningkatkan pengeluaran barang itu supaya harganya turun. • Ia belajar dengan tekun agar mendapat kejayaan kelak.

  23. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung koordinat: sambil • Tugas dan fungsi: menunjukkan keserentakan perbuatan atau peristiwa yang bersamaan; sembari. • Contoh: * Dia mengucapkan selamat tinggal sambil melambai- lambaikan tangannya. * Ia berkata sambil menyerahkan bungkusan itu. * Sambil bekerja, saya mencuri pandang ke arahnya. * Dia membaca buku sambil mendengar radio.

  24. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung koordinat: manakala • Tugas dan fungsi: menunjukkan masa dan hal yang bertentangan. • Contoh: * Manakala hari telah senja, burung-burung pulang ke sarang. * Ia berehat-rehat sahaja, manakala orang lain sibuk bekerja. * Pak Kaduk bersorak dengan hebatnya, manakala si Luncai terjun dengan labu-labunya.

  25. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung koordinat: jika, kalau, jikalau, sekiranya • Tugas dan fungsi: menunjukkan syarat • Contoh: * Jikahari hujan, saya tidak akan pergi ke sana. * Jikalau sudah lewat, naiklah teksi. * Kalau boleh saya akan menyertai rombongan itu. * Sekiranyaengkau pergi dahulu… * Kahwinlah sampai empat sekiranya mampu.

  26. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung koordinat: kerana • Tugas dan fungsi: menunjukkan sebab atau alasan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. • Contoh: * Ia lambat ke kuliah kerana ketinggalan bas. * Dia sakit hatikerana perbuaran kamu. * Mahasiswa itu kecewa amat keranasudah jatuh ditimpa tangga. * Kerana gagal dalam peperiksaan, mahasiswa itu membunuh diri.

  27. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung subordinat: apabila, semenjak, sementara • Tugas dan fungsi: menunjukkan masa • Contoh: * Rumah itu sudah hangus terbakar apabilapasukan bomba tiba. * Carilah kerja sementara menunggu keputusan STPM anda. * Semenjak didenda oleh ayahnya, Ali tidak berani merokok lagi.

  28. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung subordinat: sebelum, setelah • Tugas dan fungsi: menunjukkan masa sesuatu perbuatan atau peristiwa. • Contoh: * Saya akan menemui orang itu sebelumpukul tiga pagi. * Setelah bertikam dengan hebatnya, Hang Jebat pun tewas. * Mahasiswa itu menjeling dengan jelingan membunuh sebelum meninggalkan dewan. * Orang itu tertidur setelah penat bekerja.

  29. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung subordinat: sampai, sehingga • Tugas dan fungsi: menunjukkan had atau kadar • Contoh: * Saya menunggu kedatangannya sampaisenja. * Ia bekerja kuat sehinggabadannya berpeluh. * Dia menjerit sampaisuaranya serak. * Kusangka panas sehingga petang…

  30. PENGGUNAAN KATA HUBUNG • Kata hubung subordinat: selagi • Tugas dan fungsi: menunjukkan sesuatu hal yang masih belum berhenti. • Contoh: * Saya tidak akan meletakkan jawatan selagisaya mendapat sokongan anggota parti. * Mereka tidak akan melabur di negara ini selagi keadaan politik tidak stabil. * Selagi hayat dikandung badan, cintaku padamu akan tetap menyala.

  31. KATA HUBUNG BERPASANGAN • baik … mahupun: * Semua orang sayang akan mahasiswa itu, baik yang tua mahupunyang muda • sama ada … atau: * Orang itu tidak pasti sama ada tindakannya itu betul atau salah. * Kami ingin mengetahui sama ada mahasiswi itu masih bujang atautelah berumah tangga. • daripada … lebih baik: *Daripadadua lebih baiktiga. * Daripada berputih mata, lebih baik berputih tulang.

  32. KATA HUBUNG BERPASANGAN • jangankan … pun: * Jangankan di mulut harimau, di mulut naga pun sanggup direbutnya. * Jangankan dua, satu pun tidak terlarat olehnya. • bukan saja … tetapi juga: * Peraturan ini bukan saja untuk mahasiswa tetapi juga untuk staf akademik. • entah … entah: * entahkan kasih entahkan tidak. • sungguhpun … namun: * Sungguhpun banyak bintang di langit, namun bintang kejora juga yang jadi idaman.

  33. KATA PRAKLAUSA: KATA SERU • Kata yang digunakan untuk memanggil atau yang dikeluarkan dengan tiba-tiba untuk menyatakan pelabagai rasa hati seperti geram, hairan, hiba, sindiran, marah, sakit, takut, terperanjat, kecewa, menarik perhatian, kagum, menyapa, mengejek, menolak, sedih, benci, simpati, cemas, setuju dan kasihan. • Pada umunya, kata seru mengarah pada sikap negatif, positif, kehairanan dan bercampur bergantung pada makna yang mengiringinya. • Contoh: aduh, cis, nah, aduhai, cih, oh, ah, eh, wah, amboi, hai, wahai, syabas, celaka, hoi, ya Allah, ha, ha, ha…, yahoo, hei, ayuh, wau, baik, syukur… * Aduh, cantiknya gadis ini! * Amboi, sombongnya! * Hai, lama tak nampak! * Oh, sungguh jauh dikau pergi!

  34. KATA PRAKLAUSA: KATA TANYA • Kata yang digunakan untuk menanya sesuatu, iaitu yang berupa permintaan, keterangan dan penjelasan. • Dalam ayat, kata tanya hadir sebagai sebahagian predikat, dan partikel kah boleh hadir dengan kata tanya yang dikedepankan. • Contoh: mengapa (sebab apa, apa fasal, apa sebab), berapa (jumlah, besar, bilangan, harga, tinggi…),bila (waktu, masa, ketika, kapan), bagaimana (hal, proses). * Mengapakah dia termenung? * Isterinya berapa orang? * Bilakah kita akan bahagia? * Anda hendak ke sana, bagaimana?

  35. KATA PRAKLAUSA: KATA TANYA • Terdapat juga kata ganti nama yang berfungsi sebagai kata tanya, seperti apa, siapa, mana dan di mana. • Contoh: * Yang bergerak-gerak di dalam kain itu apa? * Mahasiswa itu siapa? * Mereka itu dari mana? * Apakah yang kamu bawa itu? * Siapakah nama anda? * Di manakah akan kucari ganti…

  36. KATA PRAKLAUSA: KATA PERINTAH • Kata yang menyuruh atau mengarah melakukan sesuatu arahan, suruhan, larangan, silaan atau permintaan. • Contoh:jangan (tidak boleh), usah (jangan), sila (minta dengan hormat), jemput ( ajak atau undang), minta (mohon sesuatu), tolong (minta bantuan atau sokongan), harap (ingin akan sesuatu). * Janganlah tinggalkan aku di sini. * Usahlah bersedih hati. * Silalah masuk. * Tolong tinggalkan tempat ini. * Harap-harap kelapa puan… * Minta perhatian…

  37. KATA PRAKLAUSA: KATA PEMBENAR • Kata yang mengisahkan sesuatu kenyataan sebagai betul, tidak salah, tepat seperti yang dikehendaki. • Contoh: ya, benar, betul. * Ya, itulah yang saya maksudkan. * Ya, di sanalah rumah isteri mudanya. * Benar, mahasiswa itulah yang ditangkap semalam. * Betul, kalau tak percaya, tanyalah neneknya. * Betul, dia sudah berumah tangga. * Benar, orang itulah batu apinya.

  38. KATA PRAKLAUSA: KATA PANGKAL AYAT • Kata yang hadir pada bahagian awal ayat. Fungsinya ialah untuk menyambung ayat dalam suatu wacana. • Contoh:hatta(lalu, maka, kemudian daripada itu, sampai, hingga), maka (lalu, sudah itu), syahadan (selanjutnya), adapun (tentang, perihal), alkisah (kisahnya, ceritanya), kalakian (kala itu, ketika itu, kemudian), sebermula (peristiwa, pertama-tama), sekali peristiwa (pada suatu kejadian), arakian (sesudah itu). * Maka tergila-gilalah perempuan, anak dara-dara dan janda- janda kepada Harith Fadhilah. * Syahadan tengah baginda duduk berkata-kata itu… * Alkisah, maka tersebutlah perkataan Ratu Pandan… * Sebermula, akan segala kedayan, menteri… * Adapun Harith Fadhilah itu leka…

  39. KATA BANTU • Kata yang wujud sebelum kata utama untuk membantu KKJ, KAdj atau KSN dengan mewujudkan makna tambahan dari aspek ciri waktu dan harapan atau ragam. • Kata bantu tidak mempunyai fungsi dan makna yang tersendiri. • Kata bantu tidak menerima kata daripada golongan lain untuk membentuk kumpulan tertutup. • Kata bantu tidak berimbuhan dan tidak mengubah golongan kata. • Kata bantu tidak diikuti oleh objek (KN). • Kata bantu hanya digunakan untuk menggabungkannya dengan kata lain. • Kata bantu terbahagi dua, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

  40. KATA BANTU ASPEK • Kata yang menunjukkan pelbagai suasana perbedaan masa, iaitu: > Keadaan yang telah berlaku: sudah, telah, pernah > Keadaan yang sedang berlaku: sedang, masih, tengah > Keadaan yang belum berlaku: belum, akan * Orang itu telah mengetahui bahawa peria itu pahit. * Dia masih ingat akan kekasih lama. * Saya tidak muda lagi, tetapi saya belumtua.

  41. KATA BANTU RAGAM • Kata yang menyatakan pelbagai ragam tingkah laku, cara dan olah. > menunjukkan kehendak: mahu, hendak, ingin > menunjukkan keupayaan: boleh, dapat, bisa > menunjukkan kebarangkalian: kemungkinan, mungkin, barangkali > menunjukkan kemestian: mesti, wajib, harus, perlu, pasti, patut, tentu, memang * Suaminya hendak berkahwin lagi * Mahasiswa boleh pergi ke bulan * Orang itu mungkin sembuh daripada penyakit * Kita patut bersyukur kepada Tuhan

  42. KATA BANTU ASPEK DAN KATA BANTU RAGAM • Kata bantu aspek (masa perbuatan) dan kata bantu ragam (perasaan yang berkait dengan perbuatan) boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat. > Buah mempelam itu mesti akan masak pada akhir bulan ini. > Jandanya itu harus sudah berkahwin. > Permaisuri sedang hendak bersiram. > Mahasiswa itu belum boleh berjalan. > Mahasiswi itu belum mahu berkenalan.

  43. KATA PENGUAT • KatapenguatmenjadipenandaKAdj, danbolehhadirdihadapanKAdjsahaja, dibelakangKAdjsahaja, ataubebas, iaitudihadapanataudibelakangKAdj. FungsinyamemberipenekananmaksudKAdj. • Katapenguathadapan: agak, begitu, demikian, kurang, lebih, paling, terlalu, cukup… • Penguatbelakang: benar, betul, nian, sekali. • Penguatbebas: amat, sangat, sungguh. • Katapenguatbolehdigunakanpada KKJ yang berfungsisebagaiKAdj: sangatbersedih, amatberjimat… • Katapenguatbebassahaja yang diizinkanhadirdenganpenguatbelakang: sangatindahnian, sungguhcantiksekali… • Contoh lain: begitu ceria, degilbetul, sungguhgembira, demikiansulit, hebatsekali, maluamat, indahnian…

  44. KATA PENEGAS • Kata yang menjelaskanbahagiantertentudalamayat. Katapenegasmenekankanbahagiandalamayat. Maknanyadapatdipastikandenganjelassetelahdigunakandalamayat. • Katapenegasterbahagidua, iaitukatapartikelpenegasFPred, dankataakarpenegas FN. • KatapartikelpenegasFPred: kah, tah, lah • Kataakarpenegas FN: juga, jua, sahaja, saja, pun, lagi, hanya, memang, cuma, yang. * Yang tersenyumitulahbuahhatiku * Alangkahbertuahnyaorangitu * Hanyaengkau yang akucinta * Diapunakankesanajuga

  45. KATA NAFI • Kata yang menjadiunsurnafifrasapredikat, iaituFN, FKJ, FAdj, FSN, danlaranganayatperintah. • Penafian FKJ danFAdj: tidak • Penafianduaperkara yang bertentangan: entah • Penafian FN dan FSN: bukan, tiada. • Penafianayatperintah: jangan • Katanafibukanbolehjugahadirsebelum FKJ jikafaktanyabertentangan * tiadaibudanbapa * bukansaudaranya * tidakberkenan * tidaksopan * entahyaentahtidak * janganmasuk * Mahasiswaitubukanhendakberkahwintetapi main-main sahaja.

  46. KATA PEMERI • Kata yang menerangkanhal (perkaraatauperistiwa) atauperangkaiantarasubjekdenganfrasautamapredikat, danbersifatpilihan. • Katapemeridapatdibahagikankepadadua, iaitupemeriansecarapersamaan (ekuatif) danhadirdihadapan FN, danpemeriansecarahuraian, danhadirdihadapanFAdjdan FSN. • Pemeriansecarapersamaan: ialahdanpemeriansecarahuraian: adalah • Katapemeritidakbolehhadirdihadapan KKJ, dandalamayatnafi. > Raja Ali HajiialahpengarangTuhfat Al-Nafis > Yang dikatakanituadalahbenar > adalahdimaklumkan…(tidakgramatis) > Orangituadalahtidakpandai (tidakgramatis)

  47. KATA SENDI NAMA • KSN ialah kata yang hadir di hadapan FN. KSN memerlukan FN untuk membentuk FSN supaya dapat berfungsi sebagai predikat. • Fungsinya untuk merangkaikan FN dengan kata atau frasa lain. Fungsinya itu berbeda berdasarkan konteks penggunaannya yang khusus. • Contoh KSN: akan KN, antara KN, oleh KN, pada KN, di KN, tentang KN, demi KN, dalam KN, atas KN, bagi KN, daripada KN, sejak KN, terhadap KN, bagai KN, sampai KN, dengan KN, hingga KN, kepada KN, seperti KN, untuk KN, umpama KN…

  48. PENGGUNAAN KSN: di • KSNdidigunakanuntuk: tempatdanarah * dibandarini, diadilahirkan * Orangitumencariisterididesaterpencil * Tangannyasakitdisebelahkanan * KekacauanmeletusdiselatanThailand * disanalahcintanyaterpahat

  49. PENGGUNAAN KSN: pada • KSNpada digunakan untuk: masa, orang, haiwan, dan benda mujarad Contoh KSN pada: * Pada masaini, bapanya sedang bertapa * Bungkusan itu ada pada Halimah * Virus berbahaya ada pada burung * Pada bayanganwajahmu kulihat bulan

  50. PENGGUNAAN KSN: ke • KSNke digunakan untuk: tempat, arah, benda konkrit tak bernyawa, dan masa Contoh KSNke: * Mahasiswa itu balik ke Terengganu * Kaca terhempas ke batu * Dia sentiasa bermimpi ke zaman bahari * Dia memandang ke dalam bilik itu * Bulan Syawal sudah sampai ke penghujungnya

More Related