1 / 33

MPW 1133 MALAYSIAN STUDIES

MPW 1133 MALAYSIAN STUDIES. Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan?. Apa itu. Perlembagaan : satu bentuk dokumen rasmi atau perlembagaan bertulis yang mengandungi peraturan & undang 2 menentukan corak pemerintahan sesebuah negara demi mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan amai.

bryson
Download Presentation

MPW 1133 MALAYSIAN STUDIES

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MPW 1133 MALAYSIAN STUDIES Keluhuran Perlembagaan

  2. Perlembagaan? Apa itu

  3. Perlembagaan : satu bentuk dokumen rasmi atau perlembagaan bertulis yang mengandungi peraturan & undang2 menentukan corak pemerintahan sesebuah negara demi mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan amai. Perlembagaan Persekutuan mempunyai: - 183 perkara - 15 bahagian - 13 jadual dirasmikan pada 16 Sept 1963 sama dengan hari Malaysia diisytiharkan @ ditubuhkan

  4. Sejarah Perlembagaan Persekutuan Malaysia (PPM) • 1948 (Perlembagaan Malayan Union) PPM dengan pembentukan Persekutuan Malaya (Negeri2 Selat + Negeri2 Melayu Tak Bersekutu) • 1957 (Perlembagaan Persekutuan 1957) PPM dengan pencapaian kemerdekaan daripada Kerajaan British • 1963 (Perlembagaan Malaysia) PPM dengan pembentukan Malaysia (negeri Singapura+Sabah+Sarawak bergabung dengan Malaya)

  5. Latar Belakang Perlembagaan Malaysia • Ditubuhkan selepas Perlembagaan Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) • MU PTM (1 Feb 1948) • Pemerintah tertinggi di bawah PTM Pesuruhjaya Tinggi British. • Rakyat tempatan menyertai kerajaan melalui keanggotaan dalam Majlis Mesyuarat dan Majlis Perundangan

  6. Dalam perjanjian 1948 itu, Kerajaan British ada menyuarakan hasrat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. • Justeru itu, pilihan raya telah diadakan pada bulan Julai 1955. • Parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. • Kemenangan parti berbilang kaum ini telah memberi petunjuk bahawa sudah ada persefahaman antara kaum dalam perkongsian politik.

  7. Sebagai persediaan untuk kemerdekaan, Suruhanjaya Reid telah dibentuk bagi menggubal Perlembagaan Persekutuan. • Perlembagaan itu telah dirasmikan pada hari merdeka sebagai Perlembagaan Persekutuan 1957. • Berikutan kemasukan negeri Singapura, Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia, maka satu perlembagaan baru diperlukan. • Perlembagaan PTM yang sedia ada tidak lagi sesuai bagi kegunaan Malaysia yang lebih besar dan lebih kompleks.

  8. Penggubalan Perlembagaan Malaysia yang baru telah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Cobbold. • Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Julai 1962 • Ia menggunakan Perlembagaan PTM 1957 sebagai asas. • Perlembagaan Malaysia dirasmikan pada 16 September 1963 iaitu hari pengisytiharan Malaysia.

  9. TujuanPerlembagaanDiwujudkan lambang negara berdaulat & merdeka menjadi sumber rujukan bagi semua hal ehwal negara sistem pemerintahan menjadi lebih teratur, licin dan adil memastikan pengasingan kuasa di kalangan badan-badan pemerintah terjamin menjamin kedaulatan undang-undang keamanan rakyat & negara akan terjamin

  10. Ketinggian Perlembagaan • Perlembagaan merupakan sumber perundangan yang tertinggi. • Lebih tinggi daripada parlimen mahupun Yang di-Pertuan Agong. • Sekiranya Parlimen membuat satu undang-undang yang melebihi kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan, maka undang-undang tersebut akan dibatalkan.

  11. Perlembagaan Malaysia membahagikan kuasa Persekutuan & Negeri kepada 3 cabang: Kuasa Perundangan Kuasa Eksekutif Kuasa Kehakiman • Kuasa kerajaan terletak pada badan2 berikut: Badan Perundangan - kerajaan persekutuan + negeri Badan Eksekutif - kerajaan persekutuan + negeri Badan Kehakiman - mahkamah atasan + bawahan

  12. Pindaan Perlembagaan Perlembagaan Malaysia tidak beku dan tetap. Perlembagaan boleh dipinda berdasarkan keperluan semasa melalui proses Parlimen. Tindakan pindaan perlembagaan dibuat bagi tujuan melicinkan pemerintahan, mengawal ketenteraman awam dan memberi perlindungan kepada rakyat.

  13. Peruntukan Utama Perlembagaan Malaysia

  14. Peruntukan utama dalam perlembagaan Malaysia ada 5 perkara:- . Isu-isu tersebut ialah: • Bahasa • Agama • Kewarganegaraan • Hak Asasi • Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak Perkara-perkara ini menjadi faktor penting untuk mewujudkan persefahaman ke arah perpaduan.

  15. Bahasa Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa pertuturan umum adalah penting untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan bahasa pertuturan. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai Bahasa Kebangsaan. Dalam Perlembagaan Malaysia peruntukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dimaktubkan dalam Perkara 152.

  16. MengapaBahasaMelayudipilihsebagaibahasaKebangsaan? • Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan di rantau ini sejak berabad-abad lamanya. • Bahasa Melayu mudah dipelajari berbanding bahasa-bahasa lain. • Bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi dan jawi. • Bahasa Melayu bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan di seluruh negara. • Struktur Bahasa Melayu mempunyai sifat fonem yang jelas iaitu bunyi suku kata yang mudah dieja dengan prinsip yang tetap dan tekal

  17. Agama • Agama Islamtelahdipilihsebagai agama rasmi. • Di negeriberaja, Sultan atau Raja sebagai - ketuanegeri, - ketua agama Islam dinegeriberkenaan. • Baginegeri-negeritidakberaja @ tanpa Sultan (Sabah, Sarawak, Melaka, P. Pinang, Kuala Lumpur, Labuan danPutrajaya) ketua agama Islam ialah - Yang di-PertuanAgong.

  18. Kewarganegaraan • Kewarganegaraan merupakan satu status istimewa yang dipegang oleh rakyat yang berhak dalam sesebuah negara. • Sesiapa yang menjadi rakyat, berhak untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu • Antara keistimewaan yang diperolehi oleh seseorang warganegara ialah: Berhak menjadi pemilih dalam pilihan raya Layak mengambil bahagian aktif dalam politik

  19. Layak mengisi jawatan eksklusif yang dikhaskan untuk warganegara sahaja • Bebasmemilikihartanah • Bebasbergerakdalamseluruhnegeri • Tidakbolehdibuangnegeri • Berhakmenerimapelbagaifaedah dankemudahandalamnegerinya

  20. KehilanganTarafKewarganegaraan • Seseorang itu boleh hilang kewarganegaraan dengan 2 cara:- Pertama dia sendiri yang menolak kewarganegaraannya Kedua dia telah menyalahi undang-undang dengan melakukan perkara-perkara berikut: - Menjadi warganegara lain - Berniaga @ berhubung dengan negara musuh - Menggunakan segala hak & kemudahan dalam negera lain, sedangkan hak2 itu diberikan kepada warganegara sahaja

  21. Wanita yang menjadi warganegara negara asing melalui perkahwinan dengan lelaki negara berkenaan • Bertindak negatif yang menunjukkan dia tidak lagi taat setia kepada negara Malaysia • Dihukum di mana2 negara dalam tempoh 5 tahun setelah dia menjadi warganegara dengan hukuman penjara tidak kurang 12 bulan @ denda tidak kurang RM 5 ribu. • Memberi khidmat kepada negara lain tanpa kebenaran

  22. Tinggal menetap di negara asing selama 5 tahun berturut-turut kecuali untuk berkhidmat dengan @ bagi kerajaan Malaysia • Memperolehi kewarganegaraan dengan cara penipuan • Wanita asing yang mendapat taraf kewarganegaraan melalui perkahwinan, telah bercerai dengan suaminya, kecuali dia bercerai mati.

  23. Cara Mendapatkan Kewarganegaraan • Terdapat 4 cara yang membolehkan seseorang itu mendapatkan taraf kewarganegaraan di Malaysia iaitu melalui:- PrinsipJus Soli (undang2 tempat lahir) Prinsip Jus Sanguinis (undang2 keturunan darah Perkahwinan(bermastautin) Naturalisasi (masukan)

  24. Jus Soli • Ia adalah berdasarkan undang-undang tempat lahir • Sesiapa yang lahir di Malaysia antara hari Merdeka dan Oktober 1962, secara automatik mendapat taraf warganegara. • Bagi yang lahir selepas 1962 dia boleh menjadi warganegara sekiranya: - ibu @ bapanya warganegara - ibu @ bapanya masih lagi bermastautin di negara ini - dia masih tidak mempunyai kewarganegaraan daripada mana2 negara lain

  25. Perkahwinan • Khusus untuk wanita asing yang berkahwin dgn warganegara Malaysia • Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut: - Si suami telah pun menjadi warganegara pada bulan Okt 1962 @ sebelumnya & perkahwinan itu masih kekal; @ - Wanita asing itu telah menetap dalam Persekutuan selama 2 tahun sebelum permohonan itu dibuat - Berniat hendak tinggal kekal - Berkelakuan baik

  26. Naturalisasi • Untuk pemastautin yang tidak lahir di Persekutuan. • Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut: - Berumur 21 tahun @ lebih - Telah bermastautin di Persekutuan tidak kurang 10 tahun - Berniat hendak kekal bermastautin dlm negara ini - Berkelakuan baik - Mempunyai pengetahuan BM yang cukup

  27. Kebebasan Hak Asasi • Hak asasi dalam Perlembagaan Malaysia ditulis sebagai kebebasan asasi. • Hak individu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 2 • Hak asasi terbahagi kepada 3 bahagianiaitu: kebebasan beragama kebebasan diri kebebasan ekonomi.

  28. Kebebasan asasi memberi peruntukan kepada 9 hak asasi iaitu: • Perkara 5 Kebebasan diri • Perkara 6 Keabdian & kerja paksa dilarang • Perkara 7 Perlindungan kepada UU jenayah • Perkara 8 Hak sama rata • Perkara 9 Larangan bungan negeri & kebebasan bergerak • Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun & menubuh persatuan • Perkara 11 Kebebasan beragama • Perkara 12 Hak2 berkenaan dengan pelajaran • Perkara 13 Hak terhadap harta

  29. Kebebasan Beragama • Perlembagaan Malaysia menjelaskan beberapa perkara penting tentang kebebasan agama antaranya: - Setiap orang berhak mengamalkan agamanya - Seseorang di bawah umur 18 tahun tidak boleh diajak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan selain daripada agamanya. - Seseorang tidak boleh diminta membayar apa-apa cukai jika hasil pengutan itu digunakan untuk kepentingan agama lain daripada agamanya. - Kelompok seagama berhak mengurus hal2 agamnya termasuk menubuh yayasan dan memiliki harta. - Semua aspek kebebasan beragama hendaklah tidak mengganggu keamanan awam.

  30. Kebebasan diri • Seseorang tidak boleh diambil nyawanya @ dihapuskan kebebasannya melainkan dikehendaki oleh undang-undang. • Seseorang itu bebas bercakap, berkumpul, menubuhkan persatuan dan sebagainya • Walau bagaimanapun kebebasan tersebut boleh dihadkan demi menjaga kepentingan orang ramai dan negara. Contoh: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

  31. Kebebasan Ekonomi • Rakyat Malaysia berhak memiliki harta @ diberikan pampasan yang sewajarnya. • Boleh menubuhkan persatuan yang memperjuangkan kepentingan pekerja-pekerja. • Boleh berpakat untuk mengadakan mogok bagi tujuan mendapatkan layanan yang lebih adil daripada majikan.

  32. Peruntukan Khas Perkara 153 • Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah perkara 153 bertujuan memelihara hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. • Peruntukan ini melibatkan simpanan khas bagi orang Melayu dan bumiputera,beberapa kuota dalam biasiswa, jawatan dalam perkhidmatan awam, lesen berniaga dan perusahaan serta tanah simpanan.

  33. Persoalan? Bagaimana hak asasi, kebebasan, keselamatan, keperkasaan manusia terlindung & terjamin? melalui PERLEMBAGAAN

More Related