1 / 77

PRINSIP ASAS GRAFIK

EDU 3105. PRINSIP ASAS GRAFIK. Asas Grafik  Prinsip  Reka bentuk visual  Peralatan penghasilan grafik. Visual. Alat komunikasi yang memberi gambaran yg lebih konkrik dpd kata, ucapan & tulisan.

boone
Download Presentation

PRINSIP ASAS GRAFIK

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. EDU 3105 PRINSIP ASAS GRAFIK

  2. Asas Grafik  Prinsip  Reka bentuk visual  Peralatan penghasilan grafik

  3. Visual • Alat komunikasi yang memberi gambaran yg lebih konkrik dpd kata, ucapan & tulisan. • Merujuk kpd gambar, photo yg melakarkan pelbagai situasi & keadaan dan juga memperlihatkan benda, objek, proses dsbnya.

  4. Kenapa Guna Visual? • 1. Menyediakan rujukan konkrik kpd idea dalam bentuk ikonik

  5. Kenapa Guna Visual? • 2. Bolehmemotivasikanpelajar • Menarik & mengekalkanperhatian • Menjanaresponemosi

  6. Kenapa Guna Visual?

  7. Kenapa Guna Visual?

  8. Kenapa Guna Visual? 3. Mempermudahkan maklumat yang sukar diproses difahami

  9. Kenapa Guna Visual? • Menyediakan saluran berganda (redundant channel)

  10. Visual yang Baik

  11. Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan  Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.

  12. PRINSIP ASAS GRAFIK Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

  13. Sambungan…  Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

  14. Enam prinsip grafik • Simplisiti • Dominan • Pola • Seimbang • Variasi • Harmoni

  15. 1. Simplisiti • Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa.

  16. 2. Dominan • Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya. • Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :

  17. a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third) Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain. 41% 20% 25% 14%

  18. b) Warna dan bentuk yang kontras c) Saiz yang lebih besar d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

  19. 3. Pola • Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat: • Menarik penglihatan mata ke arah item yang utama. • Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul. • Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir.

  20. 4. Seimbang • Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang.

  21. Terdapat dua jenis seimbang a) Seimbang formal Bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: Jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.

  22. Seimbang tidak formal Bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: Jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama. • Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.

  23. 5. Variasi • Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. • Perlu mempelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat. • Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.

  24. 6. Harmoni • Dalam rekaan grafik kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. • Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikut perkembangan keseluruhan visual. • Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran, persembahan, perspektif dan kesatuanmesej.

  25. Reka Bentuk Visual • Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau betulis.

  26. Konsep dan Fungsi Visual Visual boleh didapati dalam tiga bentuk: • Fotografi • Elektronik • Grafik Fotografi dan video sebagai satu contoh bahan elektronik. Di mana ianya disediakan dalam bentuk ilustrasi melalui gambar atau visual yang menyerupai situasi yang sebenar.

  27. Definisi Grafik  Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenar berasal dari perkataan “graphikos” bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

  28. Manakala Grafik menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik. Ciri-ciri yang memainkan peranan yang berkesan untuk ketiga-tiga visual tersebut:  Mudah dan jelas dibaca dan difahami.  Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah.  Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar,guru dan maksud yang terdapat dalam visual.  Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.

  29. Elemen Reka Bentuk Visual • Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual.  Elemen Grafik terdiri daripada: • Ruang ( Space ) • Garis ( Line ) • Permukaan ( Surface ) • Bentuk tiga dimensi ( Form ) • Bentuk dua dimensi ( Shape )

  30. Ruang (Space) • Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. • Ruang terbahagi kepada dua jenis: • Ruang Positif – ruang yang digunakan. • Ruang Negatif – ruang yang kosong.

  31. Ruang negatif Ruang positif

  32. 2. Garisan ( Line ) • Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain. • Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi ( cth. Lakaran pensil ) dan tiga dimensi ( cth: Tali ).

  33. Fungsi garisan ialah: • Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain. • Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan. • Menunjukkan kemegahan dan kekuatan seperti bangunan. • Menunjukkan kekusutan.

  34. 5. Melukis objek atau benda,contoh: cawan, pasu dan lain-lain. 6. Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.

  35. 3. Permukaan ( Surface ) • Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. • Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya. • Jika anda membuat garisan di permukaan papan hijau dan di papan putih perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas.

  36. 4. Bentuk Dua Dimensi (Shape) • Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas. • Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi: a) Bentuk geometri

  37. b) Bentuk abstrak

  38. c) Bentuk gambaran

  39. 5. Bentuk Tiga Dimensi (Form) Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori: • Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja. • Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.

  40. Contoh, lukisan dibawah ini yang menggunakan bayang untuk menunjukkan dimensi ketebalan.

  41. Prinsip Reka Bentuk Visual • Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan.

  42. Warna

  43. Roda Warna

  44. Menjiwai Warna

  45. Warna PANAS

  46. Warna SEJUK

  47. Warna HANGAT

  48. Warna NYAMAN

  49. Warna PUCAT

More Related