1 / 25

AQIDAH ISLAM

AQIDAH ISLAM. Pengenalan mengenai Rukun Iman Mengenai Rububiyah Allah Mengenai Uluhiyah Allah Mengenai Kewujudan Allah. RUKUN-RUKUN IMAN. Adalah tiang atau asas keimanan Mempercayai tanpa syak dan keraguan Iman berasal dari perkataan bahas Arab bererti: membenarkan

andie
Download Presentation

AQIDAH ISLAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. AQIDAH ISLAM Pengenalan mengenai Rukun Iman Mengenai Rububiyah Allah Mengenai Uluhiyah Allah Mengenai Kewujudan Allah MODUL AQIDAH KBD

  2. RUKUN-RUKUN IMAN • Adalah tiang atau asas keimanan • Mempercayai tanpa syak dan keraguan • Iman berasal dari perkataan bahas Arab bererti: membenarkan • Iaitu membenarkan segala yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan keyakinan semuanya itu berasal dari Allah s.w.t MODUL AQIDAH KBD

  3. Firman Allah Taala: “Wahai orang – orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan rasul-Nya, dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya, dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan siapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya, dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.” [an-Nisa’:136] MODUL AQIDAH KBD

  4. Beriman Kepada Uluhiyah Allah Beriman kepada As’ma & sifat Allah • Uluhiyah menurut bahasa: Ketuhanan • Pengertian ulama Tauhid: Menyakini Allah s.w.t adalah tuhan yang berhak disembah, tiada tuhan yang selain daripadanya. • Segala ibadah (sama ucapan & perbuatan) diniatkan dengan penuh ikhlas hanya kepada Allah s.w.t MODUL AQIDAH KBD

  5. “Dan(ingatlah) Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku” [az-Zariyat: 56] • Firman Allah Taala: MODUL AQIDAH KBD

  6. “Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada tuhan bagi kamu selain daripada-Nya” [al-Mu’minun: 23] • Firman Allah Taala: MODUL AQIDAH KBD

  7. Beribadah wajib ditujukan kepada Allah • Ikhlas(tulus hati) dalam ibadah semata-mata kasih kepada Allah. • Tidak melebihkan kasihnya selain daripada mengasihi Allah. MODUL AQIDAH KBD

  8. Menyembah, berdoa, bertawakal dan mengharapkan sesuatu hanya kepada Allah sahaja. Firman Allah Taala: “Dan kepada Allah jualah hendaklah kamu semua berserah, jika benar kamu orang-orang yang beriman” [al-Maidah: 23] MODUL AQIDAH KBD

  9. Merasa khauf (ketakutan atau gerun) kepada Allah Taala sahaja. • Dikerjakan semua ibadat badaniyah dan juga qauliyah hanya semata kerana Allah Taala. MODUL AQIDAH KBD

  10. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu, dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki- Nya dan siapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu maka sesungguhnua ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya,” [an-Nisa’:116] • Firman Allah Taala: MODUL AQIDAH KBD

  11. Beriman kepada As’ma dan sifat Allah • Asamaul Husna • Sifat 20 MODUL AQIDAH KBD

  12. Bagaimana kita mengetahui sifat Allah? • Dengan berfikir tentang makhluk-Nya dan juga melalui ajaran para rasul-Nya. Firman Allah Taala: “Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda(yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman. Dan pada pada kejadian diri kamu sendiri, serta(pada kejadian) segala binatang yang dibiakkan-Nya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang menyakininya.” [an-Jaathiyah:3-4] MODUL AQIDAH KBD

  13. Contoh-contoh • Kita dapat melihat hikmah pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalah ciptaan Yang Maha Bijaksana (Al-Hakim) • Kita dapat melihat kepakaran pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalah ciptaan Yang Amat mendalam Pengetahuan-Nya(Al-Khabir) MODUL AQIDAH KBD

  14. Contoh-contoh • Kita dapat melihat kehidupan pada kebanyakan makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalah ciptaan Yang Maha Menghidupkan(Al-Muhyi) • Kita dapat melihat ciptaan yang tiada tandingan pada setiap makhluk ciptaan Allah menjadi bukti bahawa ia adalah Yang Maha Membentuk Rupa lagi Cantik Ciptaan-Nya(Al-Musawwar Al-Badi’) MODUL AQIDAH KBD

  15. Beriman Kepada Rububiyah Allah • Mengakui Allah ialah tuhan Maha Pencipta, Pentadbir serta Pengatur alam semesta. • Allah ialah Pemilik, Pencipta dan Pemberi rezeki, Yang menghidupkan , Yang mematikan dan berkuasa mengawal segala kebaikan dan keburukan. MODUL AQIDAH KBD

  16. Firman Allah Taala: “ Ingatlah! Kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan(sekian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang menciptakan dan mentadbirkan sekalian alam” [al- A’raaf: 54] MODUL AQIDAH KBD

  17. Katakanlah(wahai Muhammad): “Patutkah aku mengambil penolong selain Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia diberi makan.” [al-An’aam:14] • Firman Allah Taala: MODUL AQIDAH KBD

  18. Beriman dengn Kewujudan Allah BUKT KEWUJUDAN ALLAH • Allah mengabulka permintaan kita • Setiap perkara yang baru pasti ada yag membuatnya. Begitu juga dengan penciptaan makhluk. • Peraturan alam semesta membuktikan bahawa alam semesta diatur oleh Pencipta yang Maha Esa. MODUL AQIDAH KBD

  19. Beriman dengan Kewujudan Allah Ialah dengan beriktikad (kepercayaan) bahawa : • Bahawa Allah Taala menjadikan alam ini serta makhluk-makhluk. • Bahawa Allah Taala Berhak dipuji, dan Dialah yang layak menerima pujian daripada orang-orang yang beriman. MODUL AQIDAH KBD

  20. Pentunjuk Allah sebenar-benar petunjuk. Orang-orang yang beriman wajib menyerahkan diri kepada Allah. • Ibadat-ibadat yang kita kerjakan adalah semata-mata kerana Allah. • Bahawa Allah Taala memberi pertolongan kepada semua makhluk di alam ini dalam semua perkara. MODUL AQIDAH KBD

  21. Setiap orang yang beriman hendaklah berdoa memohon sesuatu hajat hanya kepada Allah Taala sahaja. • Semua ibadat yag dikerjakan oleh orang-orang yang beriman adalah beribadat kepada Allah Taala sahaja. MODUL AQIDAH KBD

  22. Allah Taala yang berhak disembah, Tuhan yang hidup selama-lamanya dan yang mentadbirkan makhluk di alam ini. • Allah menciptakn manusia, mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati mereka. • Allah mengutus seorang rasul kepada setiap umat mengajak dan menyeru mereka itu menyambah Allah. MODUL AQIDAH KBD

  23. Selain daripada Allah tidak dapat mendatangkan manfaat, dan tidak dapat mendatangkan mudarat. • Allah tidak mengampuni dosa orang yang menyekutukan-Nya dengan sesuatu. • Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan, dan suci dari sifat kekurangan, keabian, dan dari sifat-sifat yang menyerupai sifat-sifat makhluk. MODUL AQIDAH KBD

  24. Zat Allah dan asma’Nya dan juga sifat-Nya yang disebutkan di dalam al-Quran dan Hadith tidak boleh dikurangi, ditambah, ditukar, diingkari. MODUL AQIDAH KBD

  25. RUMUSAN • Apakah iktikad yang benar terhadap Allah s.w.t? • Apakah bukti-bukti kewujudan Allah s.w.t? MODUL AQIDAH KBD

More Related