Perkembangan Tamadun Islam - PowerPoint PPT Presentation

aideen
perkembangan tamadun islam n.
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
Perkembangan Tamadun Islam PowerPoint Presentation
Download Presentation
Perkembangan Tamadun Islam

play fullscreen
1 / 27
Download Presentation
Perkembangan Tamadun Islam
167 Views
Download Presentation

Perkembangan Tamadun Islam

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

  1. Perkembangan Tamadun Islam Perbandaran zaman Abbasiyyah (Bab 7)

  2. Objektif bab 7 • Memberi penjelasan tentang konsep dan ciri-ciri perbandaran Islam • Mendalami sejarah perkembangan perbandaran Islam • Meneliti proses pembinaan kota Baghdad dan lain-lain • Menilai pentingnya perancangan dalam proses perbandaran

  3. Konsep dan ciri-ciri perbandaran Islam • Konsep dan ciri-ciri perbandaran Islam diasaskan kepada apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah

  4. Konsep dan ciri-ciri perbandaran Islam… • Pembinaan masjid di bahagian tengah sesuatu kawasan kerana masjid merupakan pusat kegiatan masyarakat • Pembinaan penempatan tentera • Pembinaan pasar • Tiada pembinaan perumahan awam. Bahkan setiap kaum diberi lokasi tertentu untuk membina perumahan sendiri

  5. Rumusan konsep perbandaran Islam • Meliputi bangunan masjid, kawasan lapang, premis perniagaan, dar al-imarah, istitusi pendidikan, kawasan perumahan awam, hammamat, kawasan taman, kawasan perkuburan dan kawasan pinggiran bandar (untuk orang asing) • Beberapa perkara turut diambil kira seperti keselesaan penduduk, sensitiviti kaum dan perasaan kemanusiaan

  6. Sejarah perkembangan perbandaran Islam • Bermula sebaik sahaja Nabi s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Yathrib dan kemudiannya membentuk kerajaan Islam di sana dan kemudian menamakan yathrib sebagai al-Madinah (bermaksud kota atau bandar) • Asas yang Nabi s.a.w. lakukan dalam proses pembinaan perbandaran Islam di Madinah ialah membina Masjid al-Nabawi, menubuhkan pasar (meliputi premis perniagaan dan industri pembuatan), membina rumah penginapan untuk golongan Muhajirin • Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh para Sahabat kemudiannya dengan membuat pelbagai pembaharuan

  7. Proses pembinaan perbandaran Islam • Pembinaan kota Baghdad • Pembinaan kota al-Rusafah • Pembinaan kota Samara’

  8. Pembinaan kota Baghdad • Baghdad asalnya sebuah perkampungan kecil di pinggir sungai Dajlah • Perkembangan Baghdad berlaku selepas ia dibina oleh al-Mansur (136-158H/754-775M) pada tahun 145H/762M iaitu lapan tahun selepas beliau memerintah • Pembinaan Baghdad mengambil masa selama empat tahun dan siap pada tahun 149H/766M

  9. Sepintas lalu tentang pembinaan Baghdad • 4,883,000 dirham dibelanjakan oleh khalifah untuk menyiapkan kota Baghdad • 100,000 pekerja dibawa dari seluruh empayar. Angka ini termasuk pekerja mahir dalam bidang ukiran dan arkitek dari Sham, Parsi dan India • Setelap siap dibina, Baghdad menjadi kediaman rasmi khalifah dan diisytiharkan sebagai pusat pentadbiran empayar Islam menggunakan nama Madinat al-Salam (Kota Kesejahteraan)

  10. Kenapa kota Baghdad dibina • Atas keperluan untuk menjadikannya sebagai pusat pemerintahan khalifah al-Mansur • Keperluan ini membawa kepada kajian terhadap beberapa kawasan di sekitar negeri Iraq untuk mencari lokasi yang sesuai • Baghdad dipilih kerana kedudukan strategik (diapit oleh dua batang sungai utama Iraq iaitu sungai Tigris dan sungai Euphrates) dari segi pertahanan dan ekonomi

  11. Kenapa kota Baghdad dibina… • Baghdad juga dipilih kerana mempunyai kawasan dataran yang cantik dan subur serta cuaca yang sederhana berbanding kawasan lain di Iraq

  12. Proses pembinaan kota Baghdad • Al-Mansur melantik 4 orang yang bertanggungjawab dalam soal-soal pengurusan pembinaan, pelan induk, arkitek dan pengurusan para pekerja binaan • Khalifah menggariskan kawasan seluas 4 batu persegi yang kemudiannya berkembang menjadi lebih luas dengan wujudnya kawasan-kawasan perumahan dan kedai-kedai yang tumbuh ekoran pembinaan kota Baghdad

  13. Proses pembinaan kota Baghdad… • Dibina menggunakan batu merah yang kuat • Ketinggian kota dianggarkan 9 meter dengan dua lapisan dinding yang setiap satunya setebal setengah meter • Di bahagian dalam sekali terdapat satu lagi tembok yang dianggarkan setinggi 30 meter • Di bahagian tengah kota terdapat istana khalifah yang dikenali dengan nama Istana Kubah Hijau • Berhampiran istana terdapat Masjid Jami’

  14. Proses pembinaan kota Baghdad… • Di sekeliling masjid pula terdapat istana putri-putri al-mansur serta kompleks jabatan-jabatan kerajaan • Di keliling kota Baghdad terdapat 4 pintu masuk iaitu Pintu Basrah, Pintu Kufah, Pintu Khurasan dan Pintu Shams • Di setiap pintu masuk terdapat jambatan kerana kota Baghdad dikelilingi oleh parit yang dalam • Di antara pintu pula terdapat 28 buah menara yang dibina untuk menghiasa kota Baghdad • Ada kemungkinan menara ini dijadikan tempat pengawal keselamatan mengawasi suasana sekitar kota

  15. Proses pembinaan kota Baghdad… • Di sekeliling kota terdapat kedai-kedai dan perumahan-perumahan awam mengikut kaum serta hammamat (tempat mandi awam) • Kelengkapan yang wujud ini menjadikan kota Baghdad sebuah kota metropolitan yang maju dan lengkap • Keselamatan kota Baghdad dijaga oleh 40,000 tentera • Tahap keselamatan yang tinggi menyebabkan Baghdad menjadi tumpuan pedagang dari China, India, Kepulauan Melayu, Turkestan, Timur dan juga Arabia • Sehingga kurun ke-9M kota Baghdad telah berkembang sehingga 25 batu persegi

  16. Baghdad: Inspirasi pembinaan kota lain • Kejayaan pembinaan kota Baghdad, perkembangan dan kemajuan yang dicapainya telah memberi dorongan kepada khalifah Abbasiyyah untuk merancang mendirikan kota-kota lain seperti kota al-Rusafah dan kota Samarra’ • Pembinaan kota baru juga didorong oleh sikap khalifah Abbasiyyah yang gemar memindahkan pusat pentadbiran kerajaan ke kawasan yang diminati

  17. Pembinaan kota al-Rusafah • Kota kedua yang dibina oleh al-Mansur pada tahun 151H/768M dan diteruskan pembinaannya hingga zaman al-Mahdi • Siap dibina pada tahun 159H/776M • Hadiah kepada puteranya al-Mahdi yang berjaya menumpaskan para pemberontak di Khurasan

  18. Kenapa kota al-Rusafah dibina • Untuk mengelakkan kesesakan dalam kota Baghdad kerana jumlah tentera yang dibawa oleh al-mahdi daripada Khurasan begitu ramai • Tambahan pula di Baghdad sudah terdapat ramai tentera dari berbagai etnik dan telah wujud ciri-ciri asabiyyah di antara mereka

  19. Apa yang terdapat di kota al-Rusafah • Lambang keagungan kota al-Rusafah ialah Masjid Jami’ Rusafah dan istana khalifah • Bersebelahan masjid terdapat makam orang kenamaan seperti makam permaisuri Khaizuran, isteri khalifah al-Mahdi dan imam Abu Hanifah

  20. Apa yang terdapat di kota al-Rusafah • Kawasan istana dipagari tembok batu dengan dikelilingi sebatang anak sungai • Di hadapan istana terdapat kawasan lapang dipanggil maydan al-mahdi yang dikelilingi oleh taman bunga yan dikenali dengan nama Bustan al-Hafs

  21. Apa yang terdapat di kota al-Rusafah • Di hujung taman terdapat tasik besar yang dibina khusus untuk mengelak banjir • Air tasik ini digunakan untuk mengairi taman bunga • Premis perniagaan, bangunan kerajaan dan pasar juga wujud • Semua jenis barangan boleh didapati dengan mudah di pasar termasuk alat perhiasan dan kain sutera yang diimport dari China dan India

  22. Perhubungan dan komunikasi di kota al-Rusafah • Sebuah jalan utama dibina dikenali sebagai Syari’ al-Maydan • Di kiri kanan jalan terdapat istana seperti Qasr Umm Habibah (puteri Harun al-Rashid), istana wazir al-wuzara’ dan istana al-Hajib • Di hujung jalan terdapat istana iaitu Qasr al-Waddah (berhampiran masjid Khudayr)

  23. Pembinaan kota Samarra’ • Di bina oleh khalifah al-Mu’tasim • 60 batu ke utara Baghdad dan meliputi kawasan seluas 36 km • Asalnya kawasan lapang di bahagian timur sungai Dajlah

  24. Kenapa kota Samarra’ di bina • Untuk dijadikan pusat pentadbiran Islam • Berlaku pertembungan budaya yang tidak sesuai antara penduduk baghdad dengan tentera Turki

  25. Inisiatif awal pembinaan Samarra’ • Dimulakan oleh Harun al-Rashid yang menggali terusan yang dikenali sebagai Nahr al-Taqul, membina istana sebagai kediaman isteri ketiganya dari keturunan Turki • Apa yang dilakukan oleh al-Mu’tasim pula ialah membangunkan Samarra’ mengikut tata cara asas perbandaran Islam iaitu membina masjid, istana, bangunan kerajaan, penempatan tentera, premis perniagaan, penempatan awam dsb.

  26. Ciri-ciri perbandaran Islam di Samarra’ • Istana sebagai kediaman rasmi khalifah al-Mu’tasim seluas 417 kaki persegi di pinggir sungai Dajlah • Masjid Jami’ Samarra’ seluas 400,000 kaki persegi dengan belanja 15 juta dirham • Premis perniagaan dan kawasan pasar lambak • Kawasan perumahan awam

  27. Samarra’ sebagai pusat pentadbiran • 60 tahun menjadi pusat pemerintahan khalifah • Fungsi ini berakhir apabila khalifah al-Mu’tadid memutuskan untuk memindahkan pusat pentadbiran ke Baghdad