1 / 15

Cerpen Lambaian Malar Hijau

Cerpen Lambaian Malar Hijau. SINOPSIS.

vahe
Download Presentation

Cerpen Lambaian Malar Hijau

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Cerpen Lambaian Malar Hijau

  2. SINOPSIS • Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang bernama Daneng.Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali bersekolah.Akan tetapi,Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan nenek moyangnya.Akhirnya Cikgu berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng.Selepas 25 tahun kemudian,Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk.Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan hutan balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan padanya.

  3. TEMA • Cerpen ini bertemakan tentang perasaan cinta akan alam sekitar.Daneng sanggup meninggalkan alam persekolahannya agar dia boleh memelihara hutan belantara yang merupakan warisan tinggalan nenek moyangnya.Dia tidak rela melihat hutan tersebut dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab

  4. PERSOALAN • 1. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan • Pengarang telah mengutarakan isu pendidikan dalam kalangan remaja orang asli di negara ini.Kebanyakan mereka belajar setakat PMR kerana ketika menimba ilmu,mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan. • Dalam cerpen ini, Daneng ditonjolkan sebagai remaja yang bijak namun enggan meneruskan persekolahannya.Daneng lebih bahagia dengan alam yang penuh dengan ketenangan,keindahan dan keasyikan yang telah menemaninya membesar. • Watak Cikgu Jo juga digambarkan sebagai seorang yang tidak mudah putus asa untuk menyedarkan

  5. 2. Kekayaan flora dan fauna • Cerpen ini menonjolkan keindahan flora dan fauna negara ini.Pengarang menggambarkan hutan yang dihuni oleh orang asli itu sangat indah,tenang dan mengasyikkan dengan pelbagai jenis pokok dan bunyi serangga dengan kicauan burung yang mempersonakan. • 3. Sikap tamak manusia • Secara tidak lansung pengarang telah menyentuh persoalan ini.Kegiatan pembalakan haram berlaku secara berleluasa di hutan tempat tinggal orang asli.Pembalak haram ini tidak peduli akan kepupusan flora dan fauna kerana didorong oleh sikap tamak haloba.

  6. 4. Kehidupan orang asli • Melalui cerpen ini,pengarang menyuluh kehidupan lahiriah dan batiniah orang asli. • Orang asli bergantung sepenuhnya dengan hasil hutan.Mereka selesa dengan kehidupan yang sederhana,tidak terburu-buru mengejar masa,tidak sibuk,aman dan tenang.Oleh sebab diulit kehidupan sedemikian,mereka tidak mengambil kisak tentang kepentingan ilmu. • Golongan ini juga masih berpegang dengan kepercayaan animisme dan berpegang kuat dengan pelbagai pantang larang.Ini dapat dilihat melalui watak Daneng yang berpesan kepada gurunya agar mengikut pantang larang tertentu ketika berada di hutan.

  7. GAYA BAHASA • Personifikasi~memindahkan sifat manusia kepada benda-benda biasa atau yang bukan hidup. • Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng. • Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus pagi • Metafora~merupakan perbandingan yang tidak jelas(tanpa bak,seperti, umpama ,ibarat) • Manik-manik peluh • Rantai keresahan • .....diselubungi awan kerisauan • Simile~perbandingan langsung terhadap sesuatu keadaan • Sepertiseekor rerama yang terbang bebas • Bagaiseorangpemburu gagah.

  8. Perlambangan~menerangkan sesuatu dengan mernggunakan benda-benda lain. • Engkau bunga bangsa belantara ini • Atau mengeji tingkah hitam segelintir manusia. • Peribahasa • Terdapat penggunaan peribahasa yang telah diterbalikkan iaitu bara digenggam perlu menjadi arang.Sepatutnya genggam bara api biar sampai jadi arang . • Pengulangan~sama pengulangan ayat ungkapan baris dan rangkap. • Tidak!Tidak!Aku mesti melaksanakan tugas! • Milik kami bersama,milik kami bersama

  9. LATAR • Latar Masa • Cerpen ini berlangsung dalam jangka masa satu hari sahaja (dari pagi hingga ke petang). • Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk mengimbas kembali peristiwa yang berlaku 25 tahun yang lalu untuk menggerakkan cerita. • Latar Tempat • Perkampungan orang asli di Lembah Tualang yang menjadi tempat tinggal Daneng • Pada akhir cerita,Lembah Tualang dimajukan dan telah ditukar namanya kepada Dataran Tualang. • Latar Masyarakat • Cerpen ini mengambil latar masyarakat orang Asli yang ditonjolkan melalui watak Daneng.Masyarakan orang Asli hidup sederhana di dalam pondok dan mempercayai pelbagai kepercayaan dan pantang larang.

  10. WATAK DAN PERWATAKAN • DANENG -Watak Dinamis (perubahan) -Fizikal tubuh badan – tubuh berotot kental,sihat,gagah dan tahan lasak.(ms : 91) -Sifat Dalaman – Bijak berdebat ( ms : 93 ) 1.Mempunyai minda yang bijak -mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR 2.Mempunyai jiwa yang halus dan sensitif - Bercerita tentang hutan ditebang hatinya menjadi sayu 3.Memiliki sifat rendah diri dan amat menghormati gurunya - Dia tidak mahu Cikgu Jo memanggilnya Datuk

  11. 4.Mengambil Berat - Apabila beliau sudah dewasa,beliau mengambil berat tentang perihal hutan. • Cikgu Jo 1.Mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap pelajaran 2.Perihatin terhadap masa depan hutan 3.Tidak putus asa 4.Gembira apabila Daneng berjaya di dalam hidupnya. • Ibu Bapa Daneng 1.Menghormati Cikgu Jo dan Pemurah • Zamri,Inok,Siti dan Tuk Ketua 1.Watak sampingan bagi menguatkan jalan cerita ini

  12. Dany -Anak Daneng -Generasi muda yang bernasib baik kerana masih berpeluang melihat dan menikmati serta mengagumi pohon petualang tua itu.

  13. PLOT • Eksposisi – Keindahan hutan dan pengenalan watak-watak ( Imbas Kembali) • Perkembanga- Cikgu Jo memujuk Daneng kembali ke sekolah. • Konflik- Cikgu Jo telah menimbulkan soal kepentingan ilmu • Puncak – Daneng bersetuju untuk bersekolah semula • Peleraian-Dipamerkan dengan pertemuan mereka 25 tahun selepas peristiwa atau konflik yang telah disebut.

  14. TEKNIK PLOT • Pemerian – Digunakan semasa di bahagian ekposisi.(ms:88) • Imbas Kembali – Digunakan dari awal cerita hingga akhir. • Dialog (ms: 89) • Monolog Dalam – (ms:95)

  15. Nilai dan Pengajaran • Nilai Kemasyarakatan • Nilai Kebudayaan • Pengajaran - Kepentingan menjaga alam sekitar -Kepentingan menghargai jasa seseorang -Kita mestilah rajin berusaha untuk mencapai kecemerlangan

More Related