1 / 27

2.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT: KONSEP DAN PENGURUSAN

2. Pengenalan. Objektif bab ini adalah untuk menjelaskan pelbagai jenis sistem maklumat dan evolusinya, mengenal sistem maklumat fungsi (functional) dan pemprosesan transaksi, dan membincangkan infrastruktur dan senibina maklumat.. 3. 2.1 Sistem Maklumat: Konsep dan Definisi . Ciri-ciri kebanyakan

rob
Download Presentation

2.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT: KONSEP DAN PENGURUSAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. 1 2.0 TEKNOLOGI MAKLUMAT: KONSEP DAN PENGURUSAN Mohd Hasbullah Omar Jabatan Pengurusan Teknologi Sekolah Teknologi Maklumat Universiti Utara Malaysia

    2. 2 Pengenalan Objektif bab ini adalah untuk menjelaskan pelbagai jenis sistem maklumat dan evolusinya, mengenal sistem maklumat fungsi (functional) dan pemprosesan transaksi, dan membincangkan infrastruktur dan senibina maklumat.

    3. 3 2.1 Sistem Maklumat: Konsep dan Definisi Ciri-ciri kebanyakan sistem maklumat di abad ke-21: Beberapa sistem maklumat berlainan boleh wujud dalam satu organisasi. Sistem-sistem maklumat disambungkan dengan rangkaian elektronik. Sistem maklumat antara-organisasi (interorganizational) melibatkan arus maklumat dalam 2 atau lebih organisasi dan digunakan terutamanya dalam aplikasi e-business. Sistem persyarikatan atau sistem maklumat antara-organisasi mengandungi perkakasan dan komputer samada banyak atau sedikit disambungkan dengan pelbagai jenis rangkaian (seperti virtual private networks, intranet dan Internet). Juga mengandungi perisian, pangkalan data, data, prosedur, dan manusia.

    4. 4 Sistem maklumat dibina untuk mencapai beberapa matlamat. Salah satu matlamat utama ialah memproses data kepada maklumat atau pengetahuan secara economical. Definisi konsep-konsep ini adalah seperti berikut: Data merujuk kepada penerangan asas benda, peristiwa, aktiviti, dan transaksi yang mempunyai rekod, klasifikasi, dan disimpan, tetapi tidak tersusun untuk menyampaikan sesuatu maksud. Item data ini mungkin numerik, alphanumeric, gambarajah, bunyi, dan imej. Sesebuah pangkalan data mengandungi beberapa item data yang tersusun untuk dicapai.

    5. 5 Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data. Pengetahuan (Knowledge) mengandungi data dan maklumat yang tersusun dan diproses untuk menyampaikan pemahaman, pengalaman, pembelajaran terkumpul dan kepakaran apabila diaplikasikan kepada masalah atau aktiviti. Ia adalah kombinasi peraturan, idea dan prosedur yang membantu membuat keputusan.

    6. 6 Data, maklumat, dan pengetahuan adalah input kepada sesuatu sistem maklumat dan boleh juga sebagai output. Contoh: data pekerja, gaji dan masa bekerja diproses untuk maklumat perolehan gaji (output). Maklumat ini pula boleh diguna semula sebagai input kepada sistem lain yang menyediakan belanjawan atau membantu pengurusan menetapkan skala gaji.

    7. 7 2.2 Klasifikasi Sistem Maklumat Sistem maklumat diklasifikasikan dalam beberapa cara: berpandukan struktur organisasi, fungsi, sokongan, dan senibina sistem maklumat. Walau bagaimana sistem itu diklasifikasikan, struktur sistem tersebut adalah sama iaitu mengandungi perkakasan, perisian, data, prosedur, dan manusia.

    8. 8 2.2.1 Klasifikasi berpandukan Struktur Organisasi Secara tradisinya, sistem maklumat dibahagikan menurut hirarki organisasi. Sistem ini dibangunkan sama ada untuk ibu pejabat, bahagian, jabatan (department), unit operasi, dan mungkin juga untuk setiap pekerja. Sistem maklumat jabatan (Departmental IS) penggunaan beberapa program aplikasi pada satu-satu kawasan fungsi atau jabatan. Contoh: Koleksi program aplikasi di Jabatan Sumber Manusia dinamakan Sistem Maklumat Sumber Manusia.

    9. 9 Sistem maklumat syarikat (Enterprise IS) kombinasi koleksi semua aplikasi jabatan dengan aplikasi-aplikasi fungsi lain. Contoh: ERP membenarkan syarikat menggantikan sistem yang sedia ada kepada satu sistem secara integrasi. Sistem antara-organisasi (Interorganizational systems) beberapa IS menghubungkan beberapa organisasi.

    10. 10 2.2.2 Klasifikasi berpandukan Bidang Fungsi IS berpandukan fungsi seperti: Sistem maklumat perakaunan Sistem maklumat kewangan Sistem maklumat pembuatan Sistem maklumat pemasaran Sistem maklumat pengurusan sumber manusia Contoh: TPS menyokong tugasan semua bidang fungsi terutamanya dalam perakaunan dan kewangan.

    11. 11 2.2.3 Klasifikasi berpandukan Sokongan Sistem maklumat diklasifikasikan berdasarkan jenis sokongan yang diberi, tidak mengira bidang fungsi. Contoh: sokongan IS terhadap pekerja tidak mengira bidang fungsi dan sokongan IS kepada majikan tidak mengira dimana mereka bekerja. Antaranya: Sistem pemprosesan transaksi (TPS) Sistem maklumat pengurusan (MIS) Sistem pengurusan pengetahuan (KMS) Sistem pengautomatan pejabat (OAS) Sistem sokongan pemutusan (DSS) Sistem maklumat syarikat (EIS) Sistem sokongan kumpulan (GSS) Sistem sokongan pintar (ISS)

    12. 12 2.2.4 Evolusi Sistem Sokongan 1950an TPS sistem memproses jumlah data yang banyak, ringkaskan, dan susunkan data dalam perakaunan, kewangan, dan bidang sumber manusia. 1960an MIS sistem mengakses, menyusun, meringkaskan, dan memaparkan maklumat untuk menyokong pembuatan keputusan. 1970an Sistem sokongan: OAS, Sistem Pemprosesan Perkataan, CAD/CAM, DSS, EIS, GSS. 1980an Sistem pakar (ES), KMS. 1990an Artificial Neural Networks (ANN), algoritma genetik boleh belajar dari sejarah.

    13. 13

    14. 14 2.2.5 Klasifikasi berpandukan Senibina Sistem IS diklasifikasi mengikut tiga jenis asas senibina: Sistem berasaskan rangkautama PC (komputer peribadi/desktop) Sistem pengkomputan terangkai/teragih (distributed/networked computing)

    15. 15 2.2.6 Klasifikasi berpandukan Aktiviti Sokongan IS diklasifikasi mengikut aktiviti sokongan iaitu: Sistem pengoperasian urusan operasi harian seperti pembahagian tugas pekerja dan merekod masa bekerja. Sistem pengurusan urusan aktiviti pertengahan pengurusan seperti pelan, perlaksanaan, dan kawalan jangka pendek. Sistem strategik berkaitan keputusan yang merubah perlaksanaan bisnes.

    16. 16 Sistem Strategik Baru Perdagangan elektronik telah menjadi cara baru perlaksanaan bisnes dalam sedekad lalu. Transaksi bisnes melalui rangkaian telekomunikasi, terutamanya Internet. Perdagangan elektronik memberi inovasi dan kelebihan strategik kepada organisasi seperti: Meningkatkan saham pasaran Lebih berupaya berurusan dengan pembekal Lebih berupaya menghalang pesaing masuk ke kawasan perdagangan

    17. 17 Hubungkait Antara Manusia Dan Sistem Maklumat

    18. 18 2.3 Infrastruktur dan Senibina Maklumat 2.3.1 Infrastruktur Infrastruktur maklumat mengandungi kemudahan-kemudahan fizikal, perkhidmatan, dan pengurusan yang menyokong perkongsian sumber (computing) dalam organisasi. 5 komponen penting infrastruktur maklumat: perkakasan komputer perisian pembangunan kemudahan rangkaian dan komunikasi pangkalan data personel pengurusan maklumat (manusia)

    19. 19 2.3.2 Senibina Senibina maklumat ialah pelan atau peta peringkat tertinggi keperluan maklumat dalam sesuatu organisasi. Dalam memnyediakan senibina maklumat, 2 pecahan maklumat diperlukan: Keperluan bisnes terhadap maklumat objektif organisasi, masalah, dan sumbangan yang boleh dibuat dengan IT. IS yang sedia wujud dalam organisasi dan bagaimana semua IS akan disatukan sesama sendiri atau dengan sistem yang baru.

    20. 20 Model Senibina Maklumat Figure 2.7 pg.63 Jenis-jenis yang biasa: Persekitaran rangkautama proses dilakukan di komputer rangkautama, terminal pasif (sebelum 1890an) vs. terminal pintar (pertengahan 1980an). Persekitaran PC membentuk senibina perkakasan, tidak berkait antara satu dengan yang lain tetapi biasanya dihubungkan dengan rangkaian elektronik.

    21. 21 Persekitaran terangkai (teragih) Pemprosesan teragih membahagikan kerja memproses kepada dua atau lebih komputer. Pembahagian menurut geografi dipanggil cooperative processing. Susunan client/server adalah satu konfigurasi penting dimana beberapa komputer berkongsi sumber dan boleh berkomunikasi dengan komputer lain melalui LAN. (i dan ii adalah 2 jenis senibina utama. Kombinasi i dan ii membentuk senibina iii.

    22. 22 2.3.3 Client/Server dan Enterprisewide Computing Senibina client/server terbahagi kepada client dan server, kesemuanya dihubungkan dengan LAN dan mungkin private WAN. Client komputer seperti PC atau workstation dihubungkan kepada rangkaian, dimana digunakan untuk mengakses sumber-sumber rangkaian yang dikongsi. Server mesin yang dihubungkan dengan rangkaian yang sama dan memberi perkhidmatan rangkaian tersebut kepada client. Fungsi senibina ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan sumber komputer. Client biasanya jauh lebih murah akan berkongsi alat yang mahal iaitu server.

    23. 23 Enterprisewide computing ialah senibina client/server yang menghubungkan data di dalam seluruh organisasi. Kelebihan: Persekitaran computing fleksibel, teratur dan lebih berkuasa. Memberi integrasi total sumber-sumber jabatan dan korporat IS. Memberi lebih kawalan dan keselamatan data dalam persekitaran teragih. Memaksimumkan nilai maklumat dengan meningkatkan kemudahcapaian. Membolehkan organisasi melakukan BPR, mengagihkan transaksi, menyelaraskan operasi, dan memberi servis yang lebih baik dan baru kepada pelanggan.

    24. 24 Kesimpulannya, penggunaan senibina enterprisewide client/server memberikan sesebuah korporat banyak kelebihan kompetitif.

    25. 25 Fikir-fikirkan Apakah teknologi-teknologi yang terlibat dalam senibina client/server?

    26. 26 2.3.4 Senibina-senibina Maklumat Lain Pertukaran Data Elektronik (EDI) pergerakan elektronik dokumen-dokumen bisnes yang mempunyai format standard seperti borang-borang pesanan, bil-bil dan pengesahan yang dihantar diantara rakan kongsi. Kelebihan menyumbang kepada standard sebahagian senibina maklumat diantara pihak terlibat. Kelemahan tidak dapat digunakan dalam bisnes syarikat besar dengan syarikat kecil kerana kos rangkaian yang tinggi.

    27. 27 Sistem Legasi selalunya sistem rangkautama atau teragih dimana rangkautama memainkan peranan utama dan PC sebagai terminal pintar. Kelebihan IS tertua dan matang, sebahagian dari tulang belakang keseluruhan infrastruktur IT dalam organisasi. Mekanisme utama dalam aplikasi yang besar jumlah prosesnya. Kelemahan kurang kompetitif dan kurang serasi (compatible) dengan sistem seumpamanya sekarang. Walaupun begitu, sistem ini yang terbaharu mungkin mengandungi satu atau lebih LAN dan juga perlaksanaan awal client/server.

More Related