1 / 33

PENGGAL KETIGA Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000) 940 SEJARAH

PENGGAL KETIGA Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000) 940 SEJARAH. SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA. Kertas ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu: Bahagian A : Sejarah Malaysia (1800-2000) Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara (1800-2000). 2.

merton
Download Presentation

PENGGAL KETIGA Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000) 940 SEJARAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENGGAL KETIGASejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000) 940 SEJARAH

  2. SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA Kertas ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu: Bahagian A : Sejarah Malaysia (1800-2000) Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara (1800-2000) 2

  3. Perbincangan dalam kedua-dua bahagian di atas diperincikan menerusi tema berikut: Tema 1 Masyarakat Tema 2 Transformasi Masyarakat Tema 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa Tema 4 Pengisian Kemerdekaan 3

  4. Bahagian A Sejarah Malaysia (1800-2000) 4

  5. Tema 1- Masyarakat Tema ini memberikan tumpuan kepada kehidupan tradisional masyarakat peribumi sebelum berlakunya penjajahan Barat. Selepas 11 waktu pengajaran, calon seharusnya dapat membincangkan corak kehidupan tradisional masyarakat peribumi dari segi politik, sosial, dan ekonomi. Tema ini diperincikan menerusi tajuk berikut:

  6. 1.1 Institusi pemerintahan Tumpuan perbincangan adalah kepada institusi pemerintahan abad ke-19, iaitu: 1.1.1 Raja 1.1.2 Pembesar Selepas dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep dan peranan raja; (b) menghuraikan konsep, hirarki, dan peranan pembesar.

  7. 1.2 Hukum adat dan undang-undang Calon mempelajari tentang keteraturan yang wujud dalam masyarakat Melayu tradisional dalam abad ke-19 dengan meneliti dua aspek berikut: 7

  8. 1.2.1 Hukum adat Dalam dua waktu pengajaran, calon mempelajari hukum tradisional yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Setelah pengajaran, calon diharap dapat: (a) menerangkan bentuk dan perlaksanaan: (i) Adat Perpatih (ii) Adat Temenggung 8

  9. 1.2.2 Undang-undang Dalamduawaktupengajaran, calonmempelajariundang-undang yang menjadiamalanperundanganmasyarakatMelayu. Setelahpengajaran, calondiharapdapat: (b) Menghuraikanprinsip-prinsipumumUndang-Undang 99 Perak danUndang-undangTubuh Johor.

  10. 1.3 Sistem Sosial Tajuk ini meneliti bentuk sistem sosial masyarakat tradisional dalam abad ke-19. Setelah dua waktu pengajaran, calon diharap dapat: (a) menerangkan konsep dan susun lapis masyarakat 10

  11. 1.4 Sistem ekonomi Tajuk ini membincangkan sistem ekonomi dalam abad ke-19. Setelah tiga waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan ciri ekonomi tradisional; (b) menerangkan ciri ekonomi komersial

  12. Tema 2 - Transformasi Masyarakat Tema ini dibahagikan kepada tiga tajuk bermula dengan perluasan kuasa Barat dan transformasi yang berlaku kemudiannya. Setelah 12 waktu pengajaran, calon seharusnya dapat membincangkan transformasi masyarakat dan respons masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat. 12

  13. 2.1 Perluasan kuasa asing Menerusi tajuk ini, calon diberikan penjelasan tentang proses perluasan kuasa asing di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) membincang faktor dan cara perluasan kuasa asing di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak. 13

  14. 2.2 Penentangan terhadap kuasa asing Tajuk ini memberi tumpuan kepada bentuk respons masyarakat tempatan dalam abad ke-19 dan ke-20 terhadap kemasukan kuasa Barat. Setelah dua jam waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menilai sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa asing di Negeri-negeri Melayu, Sabah, dan Sarawak. 14

  15. 2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikan Tajuk ini memberi tumpuan kepada perubahan pentadbiran, ekonomi dan pendidikan di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak kesan pertapakan kuasa Barat dalam abad ke-19 dan ke-20. Setelah enam waktu pengajaran, calon seharusnya dapat:

  16. (a) menerangkan perubahan pentadbiran di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak; (b) menghuraikan perubahan perkembangan ekonomi di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak; (c) menjelaskan perubahan sistem pendidikan di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.

  17. 2.4 Masyarakat pelbagai kaum Tajuk ini membincangkan perubahan dan kemunculan masyarakat pelbagai kaum pada abad ke-19 dan ke-20. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan perkembangan masyarakat pelbagai kaum di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak.

  18. TEMA 3 – Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa Tema ini membincangkan kemunculan kesedaran kebangsaan dan gerakan menuntut kemerdekaan sehingga terbinanya sebuah negara bangsa. Setelah 15 waktu pengajaran, calon seharusnya dapat membincangkan perkembangan kesedaran kebangsaan dan proses pembinaan negara bangsa. Tema ini diperincikan menerusi tajuk-tajuk berikut:

  19. 3.1 Gerakan nasionalisme 3.1.1 Faktor kemunculan Subtajuk ini membincangkan kemunculan nasionalisme pada abad ke-20. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) membincangkan faktor kemunculan nasionalisme: (i) Pengaruh agama Islam (ii) Peranan bahasa dan kesusasteraan (iii) Pengaruh kewartawanan (iv) Peranan pendidikan (v) Peranan golongan intelektual (vi) Pengaruh luar

  20. 3.1.2 Gerakan, persatuan, kelab, dan kesatuan yang berkaitan dengan agama, ekonomi, sosial dan politik Subtajuk ini membincangkan kemunculan pelbagai pertubuhan sosial pada abad ke-20 kesan kesedaran dan gerakan kebangsaan. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: 20

  21. (b) membincangkan sebab penubuhan dan matlamat gerakan, persatuan, kelab, dan kesatuan yang mendukung gerakan nasionalisme: (i) Gerakan Islah/Islamiah (ii) Persatuan dan kelab Negeri-negeri Melayu (iii) Kesatuan Melayu Muda 21

  22. 3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan 3.2.1 Pendudukan Jepun 1941-1945 Tumpuan subtajuk ini adalah kepada pemerintahan Jepun dan kesannya ke atas perkembangan politik negara. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan mencapai kemerdekaan. 22

  23. 3.2.2 Perjuangan secara berperlembagaan 1946-1960 Subtajuk ini membincangkan cara perjuangan kemerdekaan di negara ini. Setelah lima waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (b) menilai penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union; (c) membincangkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, 1948 (d) menjelaskan Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak; (e) menggalurkan perkembangan perlembagaan di Sabah dan Sarawak (f) menghuraikan langkah-langkah mengatasi ancaman Parti Komunis Malaya. 23

  24. 3.2.3 Kemerdekaan Subtajuk ini membincangkan proses kemunculan sebuah negara merdeka dan pembentukan Persekutuan Malaysia. Setelah empat waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (g) menganalisis langkah-langkah mencapai kemerdekaan (h) membincangkan faktor-faktor pembentukan Malaysia (i) membincangkan reaksi dalam dan luar negara terhadap pembentukan Malaysia (j) membincangkan isi-isi Perjanjian Malaysia 1963. 24

  25. Tema 4 - Pengisian kemerdekaan Tema ini terbahagi kepada beberapa tajuk, tumpuannya kepada perkembangan selepas negara mencapai kemerdekaan. Setelah 22 waktu pengajaran calon seharusnya dapat membincangkan bentuk negara bangsa merdeka, proses perkembangan dan kemajuan, dan peranannya dalam politik antarabangsa. Tema ini dipelajari secara mendalam menerusi tajuk-tajuk berikut:

  26. 4.1 Sistem pemerintahan Sebagai sebuah negara, Malaysia ditegakkan di atas bentuk pemerintahan tertentu. Dalam tiga waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan bentu pemerintahan: (i) Persekutuan (ii) Raja Berperlembagaan (iii) Demokrasi Berparlimen

  27. 4.2 Pembinaan negara bangsa Huraian kepada tajuk ini diperincikan menerusi subtajuk-subtajuk berikut: 4.2.1 Pembangunan sosial Perbincangan bertumpu kepada dasar sosial negara. Dalam lima waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan usaha ke arah pembangunan sosial: (i) Bahasa Kebangsaan (ii) Dasar Pendidikan Kebangsaan (iii) Dasar Kebudayaan Kebangsaan (iv) Rukun Negara 27

  28. 4.2.2 Pembangunan ekonomi Subtajuk ini membincangkan pembangunan ekonomi negara sejak merdeka sehingga tahun 2000. Setelah lapan waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (b) menganalisis usaha-usaha ke arah pembangunan ekonomi: (i) Dasar Pembangunan Luar Bandar (ii) Dasar Ekonomi Baru (iii) Dasar Pembangunan Nasional  Dasar Perindustrian Negara  Dasar Pertanian Negara

  29. (c) menilai sumbangan tokoh: (i) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (ii) Tun Abdul Razak bin Dato’Hussein (iii) Tun Hussein bin Onn (iv) Tun Dr Mahathir bin Mohamad

  30. 4.3 Wawasan 2020 Tajuk ini membincangkan gagasan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang hala tuju masa depan negara. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menerangkan cabaran dan hala tuju negara. 30

  31. 4.4 Perhubungan luar Tajuk ini memberikan tumpuan kepada hubungan luar negara Malaysia dan penyertaan negara dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa. Setelah empat waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) mengenal pasti asas-asas dasar luar negara; 31

  32. (b) membincangkan penglibatan Malaysia dalam organisasi antarabangsa: (i) Komanwel (Commonwealth of Nations) (ii) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) (iii) Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) (iv) Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) (v) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) 32

  33. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related