1 / 25

Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA . Imperialisme Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialis Barat . Imperialisme Barat di Asia Tenggara. Kekayaan Bahan Mentah.

chaviva
Download Presentation

Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

  2. Imperialisme Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialis Barat Imperialisme Barat di Asia Tenggara

  3. Kekayaan Bahan Mentah • Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah serta mempunyai tanah yang subur sesuai dengan pelbagai tanaman • Barat memerlukan bahan mentah ini dalam Revolusi Perindustrian terutamanya bijih timah dan getah

  4. Revolusi Perindustrian • Pada kurun ke-15 dan 16, Portugal,Sepanyol dan Belanda ada tujuan untuk mendapatkan barangan mewah seperti teh dan rempah • Sejak kurun ke 17, berlaku kepesatan sektor perindustrian dalam kalangan negara-negara Ero[ah yang membolehkan pengeluaran hasil perkilangan yang pelbagai secara besar-besaran dan berterusan

  5. Penggunaan Kapal Wap Membolehkan banyak muatan dibawa dan mempercepat perjalanan untuk membawa hasil perkilangan dan bahan mentah antara Timur dan Barat Pembukaan Terusan Suez Memendekkan jarak antara Timur dan Barat kerana tidak perlu melalui benua Afrika Jimat kos, perjalanan selamat Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

  6. Tugas Menyebarkan Tamadun • Perancis berpegang kepada slogan “menyebarkan tamadun” yang bermaksud menjadi tugas bangsa Perancis untuk mentamadunkan orang-orang Timur • Mubaligh Kristian juga berpendapat adalah menjadi tugas mereka menyebarkan agama Kristian kepada penduduk setempat yang dijajah mereka

  7. Beban Orang Putih • British dan Amerika Syarikat selalu menggunakan slogan “Beban Orang Putih” dalam menjalankan imperialisme mereka • Kedua-dua kuasa ini selalu berasa diri mereka lebih maju dan bertamadun jadi adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mentamadunkan orang lain

  8. Persaingan Kuasa-Kuasa Barat • Jika semakin banyak tanah jajahan diperoleh, maka semakin dipandang tinggi dan dihormati • Mereka berlumba-lumba untuk menjadi kuasa besar • Kewujudan sesebuah kuasa besar sering dikaitkan dengan keluasan tanah jajahan yang dimiliki

  9. Kesan Imperialisme Barat kepada Asia Tenggara Filipina

  10. Ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina : • Sepanyol memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat • Gabenor Jeneral menjadi pemerintah tertinggi di peringkat pusat • Datuk Bandar menjadi pentadbir wilayah • Gabenor kecil menjadi pentadbir Bandar • Encomiendero menjadi pemerintah Encomienda Maksud Sistem Encomienda : • Sistem pentadbiran Sepanyol diperingkat tempatan • pemerintahnya diketuai encomiendero • Tugas-tugas Encomiendero yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina : • menjaga keamanan • mengutip cukai • mengkristiankan penduduk barangay Sebab sistem Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina. • mengenakan cukai yang tinggi • mengenakan kerahan tenaga terhadap penduduk

  11. Indonesia

  12. Burma

  13. Bentuk sistem pentadbiran Indochina sebelum kedatangan Perancis : ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat pentadbiran diketuai oleh raja berkuasa mutlak raja memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin pentadbiran ditiru dari pentadbiran Tanah Besar China. pegawai dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China Bentuk sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Perancis di Indochina Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral Gabenor Jeneral bertangungjawab kepada Pejabat Tanah Jajahan di Paris Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan Leftenan dibantu leh Residen Jeneral dan Residen Wilayah Perancis membentuk kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi kerajaan pusat tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan tempatan kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga

  14. Melaka • Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan • Apabila Portugis menakluk Melaka, institusi raja di Melaka telah runtuh. • Semasa pemerintahan Belanda, institusi raja ini telah terhapus. • Semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura telah digabungkan menjadi Negeri-Negeri selat (NNS). • Pemerintah tertinggi dalam NNS ialah Gabenor. • Gabenor dibantu olh residen kaunselor • Pentadbiran di peringkat kampung pula masih mengekalkan jawatan penghulu. • British telah memperkenalkan pelbagai perubahan seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem pengutipan cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerh dan penubuhan balai polis.

  15. Kepentingan mempertahankan negara kita daripada dijajah • Mengekalkan pemerintahan negara sendiri • Bebas menentukan hala tuju negara mengikut acuan sendiri • Melindungi budaya bangsa negara • Menjamin kesejahteraan hidup tanpa penindasan • Mengekalkan perpaduan antara kaum • Mengelakkan sistem politik, ekonomi dan sosial dikuasai oleh penjajah

  16. Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan. • Rakyat sanggup berkorban untuk mempertahankan negara daripada penjajahan • Rakyat taat setia kepada raja dan negara • Memperkukuh keharmonian dan perpaduan antara kaum • Meningkatkan penguasaan pelbagai kemahiran teknologi • Menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan • Pemimpin negara berpandangan jauh dan berwawasan

  17. Konsep Union Indochinoise yang dibentuk oleh Perancis di Indochina • Union Indochinoise merupakan Persekutuan Indochina • Persekutuan tersebut terdiri daripada Vietnam dan Kemboja • Perekutan ini juga turut disertai laos pada tahun 1904 • Pentabdiran Union Indochinoise diketuai oleh gabenor Jeneral • Rang undang-undang Union Indochinoise diluluskan oleh parlimen Perancis.

  18. • • Thailand Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut terhadap sistem pentadbiran Thailand • Melantik 80 orang penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan • Penasihat barat digunakan untuk melatih pegawai tempatan • Penasihat Britain dalam kewangan,pelabuhan dan polis • Penasihat Amerika dalam jabatan kastam • Penasihat Perancis dalam ketenteraan

  19. Thailand Sistem birokrasi yang diperkenalkan oleh Chulalongkorn • memperkenalkan majlis Penasihat rendah, • majlis mesyuarat tinggi dan Kabinet menteri • melantik juruaudit dari Britain • pentadbir dilantik dalam kerajaan berdasarkan tahap pendidikan • • memperkenalkan sistem raja berperlembagaan menggantikan raja mutlak • pengaruh pembesar tempatan dan raja dikurangkan.

  20. Kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi barat terhadap sistem pentadbiran Asia Tenggara • Penubuhan Kerajaan Pusat • Pentadbiran dibahagikan jepada pentadbiran pusat dan tempatan • Pentadbiran pusat diketuai gabenor Jeneral/pesuruhjaya tinggi • Pembesar tempatan diperingkat pusat dihapuskan • Terhapusnya institusi raja • Raja kehilangan kuasa

  21. Fungsi raja sebagai penaung agama terhapus • Pentadbiran dijlankan melalui biro-biro • Pegawai barat dilantik menjadi ketua biro • Beberapa jabatan ditubuhkan seperti perhutanan,kesihatan pelajaran dan lain-lain • Pengenalan sistem undang-undang Barat • Kuasa barat memperkenalkan undang-undang barat • rang undang-undang di tanah jajahan diluluskan dinegara mereka

  22. British memperkenalkan sistem kehakiman barat • Raja menerima penasihat Barat • Raja terpaksa menerima penasihat barat daripada residen • Residen dan penasihat barat menasihat sultan dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama dan adat istiadat melayu • pembesar tempatan hilang pengaruh • pentadbiran tempatan diambil alih oleh pegawai bandaran.

  23. SPM 2005 7 (a) Mengapakah imperialis Barat menjajah negara-negara di Asia Tenggara antara abad ke 15 hingga awal abad ke 20? (10M) (b) Terangkan kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara. (10M)

  24. SPM 2011 • Penjajah Barat telah bertapak di negara kita sejak tahun 1511 sehingga tahun 1957. • Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, terangkan sebab negara kita dijajah oleh penjajah barat. (8M) • Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mempertahankan negara kita daripada dijajah? (6M) • Sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negara, jelaskan persiapan yang anda mesti lakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan pada masa hadapan. (6M)

More Related