1 / 12

PROJEK PENDIDIKAN MORAL 2010 TAJUK:MAKANAN TRADISIONAL ORANG CHINA

DISEDIA OLEH: TAN FUI TENG MAH KIM LOONG PENYELARAS: Pn.KALADEVI a/p ARUMUGAM. PROJEK PENDIDIKAN MORAL 2010 TAJUK:MAKANAN TRADISIONAL ORANG CHINA. PENGENALAN.

lynnea
Download Presentation

PROJEK PENDIDIKAN MORAL 2010 TAJUK:MAKANAN TRADISIONAL ORANG CHINA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. DISEDIA OLEH: TAN FUI TENG MAH KIM LOONG PENYELARAS: Pn.KALADEVI a/p ARUMUGAM PROJEK PENDIDIKAN MORAL 2010TAJUK:MAKANAN TRADISIONAL ORANG CHINA

  2. PENGENALAN KaumCinaadalahkumpulanetnikkeduaterbesar, yang manakauminimerangkumi 25 peratuspopulasi. KebanyakanketurunankaumCinahariiniberasaldaripadapendatangke Malaysia padakurun ke-19. Merekaterkenalkeranakuatbekerjadanpandaiberniaga. Sementaraitu, makanana cina (bahasa Cina: 中國菜) berasal dari pelbagai tempat di China dan telah meluas di merata tempat di dunia — dari Asia Timur hingga Amerika Utara, Australia dan Eropah Barat. Perbezaan kebudayaan antara setempat amat ketara di China, berbeza juga jenis gaya makanannya. Terdapat lapan masakan setempat yang utama, iaitu: Anhui, Kantonis, Hokkien, Hunan, Jiangsu, Shandong, Szechuan, dan Zhejiang. Terdapat juga masakan mengikut agama termasuk Buddha dan Muslim.

  3. Antara jenis-jenis makanan yang begitu banyak, saya pilih beberapa untuk dijelaskan dalam tugasan ini termasuk:

  4. KuihBulan • Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. • Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai. .

  5. Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

  6. Kuih bakul Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕(gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高(gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

  7. Nian gao (年糕) adalah sejenis kuih tradisional Cina yang yg melekit dan kenyal seperti dodol yang dibuat daripada tepung pulut and gula untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapore, Malaysia and Thailand. Disebabkan keadaan kuih ini yang kenyal dan kental, ianya dapat tahan disimpan lama sampai berbulan-bulan sekirannya disimpan atau disejuk-beku dengan baik untuk dimakan lagi. Ianya gemar dimakan dengan digoreng bersama-sama dengan ubi atau keledek. Sebagai ramuan sup, kuih bakul dicelup dan direbus untuk pelbagai jenis sup yang menggunakan kuih ini.

  8. Bagi masyarakat Cina yang berkepercayaan Taoisme, Kuih Bakul atau Nian Gao merupakan makanan utama yang digunakan untuk upacara sembahyang (Jie Sie Siang Ang), 6 hari sebelum tahun baru. Ianya dipercayai kuih manisan yang melekit ini di persembahkan untuk memujuk hati Dewa Dapur kerana ianya akan dapat 'memaniskan serta melekitkan mulut' semasa Dewa Dapur bakal pergi ke syurga untuk memberi lapuran tahunan kepada Maha Dewa Syurga (玉皇大帝)(Yu Huang Da Di) atau "Thnee Kong" (天公/thiⁿ-kong) dan dengan ini akan dapat memastikan Dewa Dapur memberi lapuran yang baik nanti mengenai rumah tangga tersebut. Sebagai makanan yang dipersembahkan kepada dewa bagi upacara agama, biasanya ia hanya dimakan selepas Chap Goh Meh, hari ke 15 dan penghabisan Tahun Baru Cina. Di samping itu, kuih ini, yang namanya yang bermaksud baik, bentuknya yang membetung bulat serta keadaannya yang lekit dan manis, semuanya melambangkan petunjuk-petunjuk yang baik agar supaya satu tahun baru yang makmur dan produktif, sempurna dan lengkap, berpenyatuan dan perpaduan keluarga serta kebahagiaan dan kegembiraan yang bakal akan ditempuhi.

  9. Yee sang Yusheng, yee sang atau yuu sahng (Cina Ringkas: 鱼生; pinyin: yúshēng) ialah sejenis saladikanmentahgaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

  10. Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan Shantou kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai Nǚwō (女娲) memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama tahun baru qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi penghormatan kepada Nüwo. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.

  11. Yee sang dimulakan di Kuala Lumpur kira-kira pada awal 1950-an, sebagai hidangan yang disajikan hanya selepas hari Tahun Baru Cina apabila resotran dibuka semula, dan restoran menyajikan hidangan ini sebagai pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya. Kini, "Lo Hei" -- melambung yee sang -- ialah satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.

  12. TerimaKasih

More Related