1 / 31

Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia

Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. ZULKIFLI HASAN. Isi Kandungan. Latarbelakang Pendahuluan Hak Keistimewaan Raja Melayu Hak Keistimewaan Melayu Kedudukan Bahasa Melayu Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Rumusan. Latarbelakang. Isu Kalimah Allah.

kaleb
Download Presentation

Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia ZULKIFLI HASAN

  2. Isi Kandungan • Latarbelakang • Pendahuluan • Hak Keistimewaan Raja Melayu • Hak Keistimewaan Melayu • Kedudukan Bahasa Melayu • Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan • Rumusan

  3. Latarbelakang • Isu Kalimah Allah. • Isu bidangkuasa mahkamah Syariah • Isu bidangkuasa mengenai Kewangan Islam • Isu kebebasan beragama • Isu peruntukan menegakkan syiar Islam • Isu Murtad • Isu Hak Keistimewaan Melayu • Isu Memakai serban dan purdah • Isu menteri besar Perak

  4. Pendahuluan • Lord William Reid –Britain, a politician, legislator and member of the judiciary, a member of Parliament, an Appeal Court judge and the Solicitor-General of Scotland. • Sir Ivor Jennings – Britain, a fellow undergraduate at Cambridge of Tunku, a former King’s Counsel and Cambridge University vice-chancellor. • Sir William McKell – Australia, the former Governor-General of Australia. A minister in several cabinets, once a justice minister. • Hakim B. Malik – India a former chief justice of the Allahabad High Court in India. • Hakim Abdul Hamid - Pakistan 54, high court judge, Drafted Pakistan’s constitution. • 118 Mesyuarat. Dari Feb 1956 hingga 15 August 1957 • 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual • British Document on the End of Empire: Malaya

  5. Perlembagaan Persekutuan • 1. Negeri-negeri agama dan undang-undang persekutuan. • 2. Kebebasan asasi. • 3. Kewarganegaraan. • 4. Persekutuan. • 5. Negeri-negeri. • 6. Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri. • 7. Peruntukan dan kewangan. • 8. Pilihanraya • 9. Kehakiman. • 10. Perkhidmatan awam. • 11. Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat. • 12. Am dan pelbagai. • 13. Peruntukan sementara. • 14. Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya. • 15. Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja. • 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual

  6. Pindaan Perlembagaan • 2/3 dan MRR: Hak istimewa melayu, hak kedaulatan Sultan, Hal Ehwal Islam dan kedudukan bahasa melayu, kewarganegaraan, persempadanan p/raya • 2/3 dan YDP Sabah S’wak: Kebebasan bahasa, royalti, kuasa imigresen, kewarganegaraan, • 2/3 sahaja: Bentuk sumpah dan ikrar, syarat perlantikan senator, tanah rizab melayu • Sehingga kini 42 pindaan tlh dibuat

  7. Kedudukan Raja Melayu Dalam Perlembagaan • Perkara 71: hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. • Perkara 159(5) Institusi kesultanan dilindungi dengan cara bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan MRR. • Perkara 38(4) Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. • Raja-raja Melayu dan YDPA hendaklah orang Melayu dan Islam. • Perkara 18 (1) Immunity raja. YDPA tidak boleh didakwa. Peruntukan imuniti raja secara mutlak telah dipinda pada 1992. Raja boleh didakwa tetapi perbicaraan ke atasnya hanya boleh dijalankan dalam Mahkamah Khas Perkara 182 dan 183.

  8. MELAYU? • UNESCO 1972: suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand dan Filipina. • Perkara 160 (2): ”Melayu” ialah seseorang yang memenuhi tiga syarat asas; (i) menganuti agama Islam, (ii) secara lazim bercakap Melayu, dan (iii) menurut adat istiadat Melayu. Seseorang yang mendakwa dirinya Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir sama ada di Persekutuan atau di Singapura sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.

  9. HAK KEISTIMEWAAN MELAYU • Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu. • (1) Tanggungjawab YDPA memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain • (2) YDPA hendaklah memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh YDPA mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh YDPA mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.

  10. 1. Perkhidmatan Awam • Angkatan bersenjata, kehakiman, pendidikan, polis, perkhidmatan awam persekutuan dan negeri. • Menentukan rezab bilangan jawatan • Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan sedia ada. • Jawatan2 kanan kepada melayu • Kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f)

  11. 2. Ekonomi • Memberi kuasa untuk membuat peraturan perezaban pada permit, lesen dsbnya. • Permit • Lesen Perdagangan • Rezab permit dan lesen • DEB

  12. 3. Pendidikan • Biasiswa • Dana siswa • Bantuan latihan dan pelajaran • MRSM • Matrikulasi • SBP • MCKK • UiTm • Kuota Universiti

  13. 4. Tanah Rizab Melayu • Perkara 89 dan 90: Tanah rizab Melayu juga dianggap sebahagian daripada istimewa orang Melayu. • Tidak boleh dipindahmilik melainkan kepada orang Melayu • Jika kerajaan mengambil hakmilik perlu diganti dengan tanah yg lain.

  14. BAHASA MELAYU • Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. MCA dan MIC bersetuju bahasa melayu bahasa kebangsaan dengan syarat bahasa ibunda mereka dikekalkan dan dipelihara. • Perkara 152: • (1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: • Dengan syarat bahawa- • (a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan • (b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan. • Bahasa kebangsaan memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum

  15. KEDUDUKAN ISLAM • Perkara 3(1): ”Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan” • Tun Salleh Abbas: Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan perlembagaan. • Perkara 153: Tanggungjawab YDPA melindungi Melayu dan Islam.

  16. Samb.. • Perkara 3 (1): “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. • Setiap kumpulan agama mempunyai hak: • a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri • b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan • c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang

  17. Hak Kebebasan Beragama • Perkara 11 Perlembagaan memperuntukan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya." Dari peruntukan ini jelaslah orang-orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka. • Fasal (4) menyebutkan undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktidad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

  18. Peruntukan kewangan untuk tujuan Islam • Perkara 12(2): Berikutan dengan Islam diterima sebagai agama bagi persekutuan, maka kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau membantu penubuhan atau penyelenggaraan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan untuk mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu. • Kerajaan persekutuan dan negeri melalui akta dan enakmen perbekalan tahunan, diberi kuasa untuk membelanjakan wang untuk pentadbiran agama Islam dan undang-undangnya.

  19. Pengecualian kpd Undang2 Darurat • Perkara 150(6A) melindungi hal-hal berhubung dengan Islam, walaupun di dalam keadaan darurat. • Perisytiharan darurat mempunyai kesan menggantung sebahagian besar peruntukan-peruntukan perlembagaan.

  20. Mahkamah Syariah • Perkara 75: Ditubuhkan Mahkamah Syariah • Perkara 121 (1A) Mahkamah sivil tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. • Jadual Ke 9, Senarai 2-Senarai negeri, • Akta Mahkamah Syariah 1965: denda RM5K atau penjara 3 thn atau 6 sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman.

  21. Larangan Menyentuh isu sensitif • Perkara 10 (1): Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpesatuan • Perkara 10 (4): Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya

  22. Maksud “Islam sebagai agama Persekutuan” • Suruhanjaya Reid telah menolak cadangan memasukkan peruntukan mengenai Islam. • Hakim Abdul Hamid Pakistan: Berpendapat bahawa perisytiharan seperti itu perlu dimasukkan seperti yang dicadangkan oleh Perikatan. Dalam cadangan beliau mengesyorkan peruntukan Islam agama persekutuan. • Beliau jugalah yg mendesak Lord Reid untuk memasukkan kuasa sultan untuk melantik PM dan MB

  23. Makna sempit Islam • Dalam kes Che Omar bin Che Soh lwn PendakwaRaya [1988] 2 MLJ 55 hujjah yang dibuat bagi pihak perayu-perayu ialah hukum mati mandatori bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya dan memilik senjata api adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan oleh kerana itu terbatal. • Ketua Hakim Negara telah berkata tidak syak Islam bukan hanya kumpulan kepercayaan dan upacara agama sahaja bahkan adalah cara hidup itu yang lengkap termasuk semua bidang amalan manusia, sama ada peribadi atau umum, mengenai perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral atau kehakiman, dan cara mengatur semua cara hidup termasuk hukum-hukum dan akhlak semuanya berpandu kepada wahyu dari Allah yang terdapat dalam AI-Quran dan hadith Nabi s.a.w. akan tetapi makna Islam yang dimaksud oleh pengubal Perlembagaan ialah ritual and ceremonies

  24. Samb… • Teoh Eng Huat lwn Kadhi Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301 soalnya sama ada seorang gadis Cina umur 17 tahun 8 bulan berhak memeluk agama Islam tanpa pengetahuan dan persetujuan bapanya. Di Mahkamah Tinggi telah diputuskan oleh kerana gadis Cina itu telah memeluk agama Islam dengan sukarelanya dan tidak dipaksa oleh sesiapa dia berhak memeluk agama Islam mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan. • Mahkamah Agong, merujuk kepada Perkara 12(3) dan (4) Perlembagaan yang memperuntukkan:  • (3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.  • (4) Bagi maksud fasal (3) ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibubapa atau penjaganya. 

  25. Samb… • Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lwn Jamaludin [ 19891 ]1 MLJ418 • Jamaludin asalnya melayu dan Islam telah memeluk agama Christian dan telah cuba dan berjaya memasukkan 6 Melayu ke agama Christian. Dia telah ditahan dibawah ISA, dan telah merayu kepada Mahkamah. • Mahkamah Tinggi telah memutuskan alasan untuk pertahanan itu tidak sah kerana kebebasan agama orang itu telah diganggu. Rayuan kepada Mahkamah menegaskan hak orang itu menganuti dan mengamalkan agamanya. • Komen: Hakim tidak sentuh sama ada orang itu berhak menyebarkan agamanya pada orang-orang Islam. Mengikut kes India Rev. Stanislaus v State of Madhya Pradesh AIR 1977 S.C. 908 telah menyebut hak menyebarkan agama tidak termasuk memasukkan orang lain kepada agama orang itu kerana jika seseorang sengaja berusaha memasukkan orang lain kepada agamanya, dan bukan hanya berusaha menyampaikan atau menyebarkan ajaran agama itu, ini akan menjejas hak kebebasan kepercayaan orang itu.

  26. Samb… • Halimatussaadiah lwn Public Service Commission, Malaysia & Anor [1992] 1 MLJ 513 HC dan [1994] 2 MLJ 61 SC: seorang wanita telah dibuang kerja kerana enggan menanggalkan purdah dan ini dianggap melawan perintah yang dikeluarkan melalui sebuah pekeliling perkhidmatan. • Tun Mohamed Dzaiddin dan Tun Mohd Eusoff Chin : Mahkamah memutuskan Hak kebebasan beragama tidak mutlak.

  27. Samb… • Meor Atiqulrahman bin Ishak & Ors v Fatimah bte Sihi & Ors [2000] 5 MLJ 375. Melibatkan tindakan buang sekolah ke atas beberapa orang murid lelaki yang memakai serban. • Dato' Mohd Noor Abdullah Mahkamah Tinggi: kedudukan Islam sepatutnya menjadi panduan kepada peraturan mengenai pakaian seragam bagi murid-murid sekolah. • Mahkamah Rayuan Dato Gopal Sri Ram • Mahkamah Persekutuan: mendengar leteran yang menghina pemakaian serban terutama apabila Dato Abdul Hamid menyebut bahawa Abu Jahal juga memakai serban • Ulasan: Meor Atiqulrahman ini peruntukan Perlembagaan dilanggar oleh sebuah pekeliling sekolah; bukan akta parlimen atau undang-undang kecil yang dibuat oleh seorang menteri kabinet.

  28. Makna Lebih Luas • Professor Ahmad Ibrahim: Menerima perlembagaan Malaysia itu secara positif berusaha melaksanakannya supaya menegakkan prinsip-prinsip kerajaan lslam. • Orang-orang Islam seharusnya mendakwa bahawa mereka berhak di bawah Perkara 3(1) mengikut cara hidup mereka berasaskan kepada ajaran-ajaran Islam. • 1. Perkara 37 dan jadual ke 4 Kedudukan istimewa Islam boleh dilihat dari bentuk sumpah jawatan bagi Yang di Pertuan Agong. • 2. Perkara 11, Fasal (4) mernperuntukkan "Undang-Undang Negeri, boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam". • 3. Perkara 12 Fasal (2) pula memperuntukan bahawa adalah sah bagi Persekutuan dan sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud itu.

  29. Samb… • 4. BM dijadikan Bahasa Kebangsaan dan takrif "Melayu" diberi erti seorang yang menganuti ugama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu. • 5. Raja-raja Melayu bagi negeri-negeri hendaklah orang Melayu dan Islam. • 6. Membaca Perkara 4 keseluruhannya dan dengan cara yang praktikal. "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.  • Perkara 4(1) itu menyentuh tentang undang-undang bertulis sahaja, iaitu undang-undang yang diluluskan oleh Badan Perundangan. Namun demikian ia hanya menyentuh undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka. Dalam konteks Malaysia boleh dihujjahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak boleh menyentuh kesahan Hukum Syarak, yang bukan undang-undang bertulis dan bukan diluluskan selepas Hari Merdeka

  30. Rumusan • Segala fakta yang diberikan adalah berdasarkan kerangka perlembagaan sedia ada. • Melayu dan Islam punya status yang istimewa dalam perlembagaan • Kedudukan istimewa ini terutamanya “Islam” patut dipertahankan atau terpulanglah kepada generasi akan datang untuk meminda atau mengubahnya. • Perlembagaan menjamin hak kebebasan beragama dengan beberapa limitasi. • Kefahaman mengenai perlembagaan sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada perbincangan atau perbahasan secara lebih tepat dan bernas mengenai Islam dan melayu dalam konteks Malaysia

  31. Zulkifli Hasan E-mail: zul361977@yahoo.com z.b.hasan@durham.ac.uk Blog: http://zulkiflihasan.wordpress.com Tel: +44 (0) 7761457686

More Related