1 / 22

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN. KONSEP PEMERINTAHAN & Pentadbiran islam. Pemerintahan & pentadbiran Islam memaparkan peranan Rasulullah dgn meletakkan batu asas yg cukup kukuh dlm pentadbirannya.

Download Presentation

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

  2. KONSEP PEMERINTAHAN & Pentadbiranislam • Pemerintahan & pentadbiran Islam memaparkan peranan Rasulullah dgn meletakkan batu asas yg cukup kukuh dlm pentadbirannya. • Baginda telah meninggalkan kerajaan kpd seluruh umat Islam. Ketika itulah, umat Islam mengamalkan sistem syura utk melantik seorg pengganti. • Pengganti2 baginda terdiri drp 4 org sahabat kanan : Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman Affan & Ali Abi Talib (Khulafa al-Rashidin). • Setelah itu, kepimpinan diteruskan oleh Kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyyah dsb.

  3. Peranan Nabi Muhammad sebagai Pemimpin Ummah • Nabi Muhammad adalah pemimpin agung umat Islam. Baginda merupakan pemimpin & org pertama menegakkan Negara Islam di Madinah. • Baginda juga pemimpin pemimpin masyarakat, pemimpin dlm solat, pemerintah tentera & panglima dlm peperangan. Dgn demikian byk tugas dan tanggungjawab baginda sbg pemimpin. • Antaranya yg dilakukan oleh Baginda bagi memantapkan kepimpinannya ialah: a. Membina Masjid : Masjid merupakan institusi sosial yg cukup penting yg berfungsi sbg pusat pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat ilmu, pusat pentadbiran, perbincangan, mendamaikan pergaduhan, pengadilan (mahkamah) dsb.

  4. Samb… b. Mengukuhkan Persaudaraan : Baginda menyatukan semua penduduk Madinah yg terdiri drp pelbagai kaum & agama di bawah panji2 & menghapuskan asabiyah. c. Mempersaudarakan antara Muhajirin & Ansar : baginda menggalakkan mereka saling bantu membantu dalam apa jua keadaan. d. Membuat perjanjian dgn org Bukan Islam : Baginda membuat perjanjian antara muslim & non muslim utk sama2 menjaga kedamaian Madinah yg baru ditubuhkan. e. Membentuk Dasar : baginda menyusun & membentuk dasar pemerintahan kerajaan Islam yg baru itu. f. Meletakkan Sistem Masyarakat : Baginda meletakkan dasar bagi sistem sosial, ekonomi & politik bagi membentuk & melahirkan masyarakat yg merangkumi hak2 keadilan & kebebasan seluruh penduduk Madinah.

  5. Samb… g. Menubuhkan Stuktur Pemerintahan : Baginda membentuk organisasi kerajaan yg merangkumi pelbagai jawatan, melantik pegawai & kakitangan di peringkat pusat & wilayah. h. Menubuhkan Institusi Percukaian : Baginda membentuk sistem kewangan yg merangkumi sumber kewangan, percukaian, zakat, jizyah, sedekah, ghanumah dll. i. Mengembangkan Islam : Baginda menghantar utusan kpd penduduk2 luar Madinah, pembesar2 Arab & ketua2 Negara di Semenanjung Tanah Arab menyeru mrk memeluk Islam. Sbhgn mrk menerima Islam & ada yg tidak menerima Islam. j. Menunjuk contoh yang baik : Baginda sentiasa menunjukkan cth yg baik kpd org Islam & bukan Islam. Sikap & peribadi Baginda itu telah menawan hati ramai org bukan Islam yg akhirnya mrk memeluk agama Islam.

  6. Peranan Khulafa al-Rashidin • Mereka mewarisi satu kerajaan Islam yg diasaskan oleh Rasulullah, mrk mempunyai tanggungjawab & peranan yg besar utk memastikan kelangsungan kerajaan Islam. Antara peranan mereka: • Memimpin umat Islam & kerajaan Islam Madinah, mengakui Rasulullah sbg ketua Negara & menguruskan kepentingan umat Islam • Memperkukuhkan kedaulatan & kewibawaan kerajaan Islam & memperluaskan kekuasaan dan pengaruhnya ke kawasan luar drp semenanjung Tanah Arab • Meletakkan gabenor2 di negeri2 yg baru dibuka.

  7. Samb… • Memastikan keberkesanan pengurusan ke atas wilayah2 yg baru dibuka. • Memantapkan & mengemaskini struktur pentadbiran & organisasi kerajaan supaya lebih cekap & berkesan • Memperkukuhkan ekonomi negara & mempertingkatkan lagi pendapatan Negara. • Meluaskan penyebaran Islam ke kawasan2 di luar Tanah Arab dgn menghantar pendakwah2. • Memajukan ibu kota Islam di Madinah sbg pusat kebudayaan & tamadun Islam.

  8. PRINSIP PENTADBIRAN DLM ISLAM • Dlm Islam, pentadbiran @ pemerintahan mestilah berdasarkan kpd prinsip2 berikut: • Keadilan. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dlm al-Quran, adil bermaksud tidak zalim. Org yg melanggar perintah Allah dianggap zalim (menzalimi) diri sendiri. Org yg melakukan suruhan Allah & meninggalkan larangannya ialah org yg adil. • Mendapat keredhaan Allah. aktiviti yg dilaksanakan dlm pentadbiran bukan bertujuan duniawi @ penghormatan org. Yg penting menunaikan tanggungjawab utk mendapat keredhaan. Allah. • Menegakkan yg maaruf. Segala tindakan hendaklah menuju kearah kebaikan & kemaslahatan awam dan tidak bertentangan dgn prinsip ajaran Islam.

  9. Samb… • Mencegah yg mungkar. Tidak berlaku dlm pemerintahan sesuatu sifat menentang @ maksiat kpd Allah. Sebaliknya pentadbiran itu bertujuan menghapuskan segala bentuk maksiat & kezaliman • Tunduk kpd perintah Allah. Segala perancangan & pelaksanaan hendaklah dgn perasaan tunduk kpd Allah (melakukannya kerana menurut perintah Allah).

  10. Pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah & Khulafa al-Rasyidin • Keadilan: Semua rakyat mempunyai hak yg sama dari segi undang2 samada rakyat biasa @ pemimpin mempunyai kedudukan yg sama dari segi undang2. Sesiapa shj yg melakukan kesalahan pasti akan dihukum dgn seadilnya. (Tiada kekebalan dlm perundangan). • Pernyataan di atas dibuktikan perlaksanaannya di zaman Rasulullah apabila Zaid Bin Harith dtg menemui Rasulullah utk meminta diringankan hukuman ke atas seorg yg berkedudukan di kalangan suku kabilahnya. • Kesamarataan : Rasulullah meletakkan manusia itu di atas dasar persamaan di dlm syariat Allah, yg mengukur martabat hanyalah Allah menurut amalan & taqwa.

  11. Samb… • Kebebasan : memberi hak kebebasan kpd rakyat menepati fitrah manusia, kerana ia menjadi hak tabie yg perlu diberi & diawasi utk keperluan hidup manusia. Sbgmana makhluk lain mempunyai fitrah maka manusia juga ada fitrah tersendiri. • Kebebasan yg dimaksudkan juga iaitu tiada paksaan beragama walaupun mengajak mrk menganut Islam & memberi kebebasan berfikir dgn cara yg tidak menganggu kepentingan manusia seluruhnya serta memberi kebebasan bekerja yg munasabah utk keperluan mereka. • Kebebasan menasihat-menasihati sbg kewajipan semua pihak termasuk thdp khalifah Islam.

  12. JENIS Institusi Pemerintahan dan Pentadbiran • Al-Khilafah diertikan sbg al-Imamah: Ia bermaksud kepimpinan menyeluruh dlm perkara2 berkaitan agama & dunia. Org yg bertanggungjawab menjalankan fungsi ini dinamakan sbg khalifah (pengganti Rasulullah). Antara individu yg pernah memegang jawatan khalifah ini ialah Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar, Khalifah Uthman, Khalifah ali Abi Talib, Khalifah Muawiyah Abu Sufiyan, Khalifah Abu Jaafar al-Mansur & Khalifah Harun al-Rashid. • Imarah: Fuqaha mengistilahkan dgn makna pegawai besar yg bertanggungjawab mengendalikan urusan pentadbiran wilayah Negara secara menyeluruh bagi wilayah @ sebahagian drp perkara2 tsbt bagi pihak khalifah atau Negara.

  13. SYURA • Syura adalah suatu mekanisme pembuatan keputusan yg lahir drp ketetapan Allah menerusi AQ, namun cara & kaedah syura tidak pula dinyatakan oleh AQ. Ia bergantung kpd negara menentukan cara terbaik bagi mengamalkan sistem syura dlm pemerintahan & pentadbiran semasa. • Prinsip2 syura : a. Pentadbiran & pengurusan berlandaskan perbincangan @ perundingan dlm menentukan sesuatu keputusan & tindakan. b. Keputusan & ketetapan dlm pemerintahan @ pentadbiran dibuat melalui persetujuan hasil drp perbincangan. d. Kesepakatan & kesatuan pendapat (pandangan) dlm menangani isu @ masalah.

  14. Samb… d. Menjadikan AQ &AS sbg asas & sumber rujukan dlm membuat pertimbangan utk menentukan keputusan. e. Menggunakan “hikmah” & lemah-lembut semasa mengetengahkan pendapat, pandangan & pendirian dlm perbincangan. f. Keputusan & tindakan yg diambil hendaklah berdasarkan keutamaan, kepentingan & maslahah umum. g. Menghormati & menghargai pandangan @ nasihat yg diketengahkan oleh org lain.

  15. hisbah • Hisbah : menyemak & menilai pencapaian diri dlm melaksanakan tugas & tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yg telah diamanahkan. • Prinsip2 Hisbah : • Mengawal, menyemak & mengemas kini sistem pemerintahan supaya dpt meningkatkan tahap kecekapan & keberkesanan khidmat yg diberikan kpd rakyat. • Menilai pencapaian prestasi dlm pentadbiran & pengurusan supaya kelemahan dan kesilapan diri dpt diatasi . • Mengukur kejayaan pemerintahan & pentadbiran supaya pelaksanaan perancangan menepati kehendak sasaran dan memenuhi matlamat yg diingini.

  16. Samb… • Mengenal pasti masalah & kesulitan yg menyebabkan kegagalan, merancang tindakan dan mengatur strategi bagi mencari penyelesaian utk mencapai kejayaan. • Mengetahui kesilapan diri supaya dpt dilakukan pembetulan & memastikan permasalahan yg sama tidak berulang lagi • Meninjau pandangan & komen rakyat thdp sesuatu dasar yg diperkenalkan oleh pemerintah dlm pemerintahannya. • Mencegah dan membendung gejala2 buruk yg dihadapi dlm menerajui pemerintahan & pentadbiran.

  17. PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN

  18. Konsep, Prinsip & Falsafah Perundangan Islam • Undang2 Islam adalah undang2 yg bertunjangkan wahyu illahi (datang dari Allah). Allah yg mempunyai sifat kesempurnaan tentunya menyediakan undang2 yg tepat dgn fitrah kejadian manusia & Maha Mengetahui apa yg baik utk manusia. Undang2 Islam mempunyai kelebihan yg tidak dpt ditandingi oleh undang2 ciptaan manusia.

  19. Sumber2 Perundangan Islam • Islam telah meletakkan sumber bagi mengetahui hukum syarak secara teratur iaitu: 1. al-Quran 2. al-Sunnah 3. al-Ijma’ para ulama’ 4. al-Qiyas

  20. Sumber2 Perundangan Islam • Al-Quran : kalam Allah yg diturunkan dlm bhs Arab kpd Nabi Muhammad melalui malaikat jibril & membacanya adalah ibadah. AQ Merupakan sumber utama dlm pembinaan hukum & perundangan Islam. Nas2 al-Quran byk membincangkan tentang perundangan baik secara umum shj @ terperinci. • Hadis @ Sunnah : segala yg datang drp Rasulullah samada perbuatan, perkataan, sifat @ takrir (persetujuan baginda). Hadis merupakan sumber perundangan Islam kerana kehidupan baginda Rasulullah sendiri adalah petunjuk drp Allah. Hadis merupakan sumber kedua dlm perundangan Islam slps Al-Quran. • Ijma’ : kesepakatan para mujtahid dari kalangan umat nabi Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda di dlm satu2 zaman dlm menentukan hukum syara’.

  21. Samb… Ijma’ akan terbentuk apabila wujud perkara2 berikut: • Kesepakatan berlaku di kalangan mujtahid. Mujtahid ialah mrk yg mempunyai kelayakan utk berijtihad antaranya menguasai Bahasa Arab, menguasai ilmu AQ, AS, mengetahui pendapat2 ulama’ silam & kaedah istinbat hukum. • Kesepakatan didapati dari SEMUA mujtahid yg ada pada zaman itu. Jika masih ada yg mempunyai pandangan berbeza maka ia tidak dianggap sbg ijma’. • Kesepakatan itu berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. • Ijma’ dibuat melalui ijtihad ulama yg berlandaskan AQ & AS. Antara hukum yg ditetapkan berasaskan ijma’ adalah warisan 1/6 harta utk nenek & hijab cucu lelaki drp warisan (harta) dgn adanya anak lelaki, pengharaman lemak babi, menambah azan ke-2 dlm solat jumaat & perlantikan Abu Bakar sbg Khalifah.

  22. Samb… 4. Al-Qiyas : menyamakan hukum sesuatu perkara yg belum ada ketentuan hukumnya dgn perkara lain yg tlh diketahui hukumnya dlm AQ & AS berdasarkan persamaan ciri (illat) di antara keduanya. Cthnya illat bagi pengharaman arak kerana sifat arak yg memabukkan. Oleh demikian, setiap minuman yg memabukkan spt tuak, todi dsb disamakan hukumnya dgn arak iaitu haram.

More Related