1 / 34

SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

Pihak Hospital Pitas mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Hari Bersama Pelanggan Hospital Pitas. Di sini, pihak Hospital Pitas berharap tuan-tuan dan puan-puan lebih mengenali Hospital Pitas dengan mengunjungi kaunter-kaunter yang disediakan.

Download Presentation

SELAMAT DATANG KE HARI BERSAMA PELANGGAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Pihak Hospital Pitas mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Hari Bersama Pelanggan Hospital Pitas. Di sini, pihak Hospital Pitas berharap tuan-tuan dan puan-puan lebih mengenali Hospital Pitas dengan mengunjungi kaunter-kaunter yang disediakan. SELAMAT DATANGKEHARI BERSAMA PELANGGAN Dr. Francis Paul Pengarah Hospital Pitas

  2. Unit Kejururawatan • Perkhidmatan • Memberi Penjagaan Perawatan Holistik yang berkualiti dan selamat kepada pesakit. • Membantu pesakit yang kurang upaya dan menentukan keperluan pesakit mengikut penyakitnya. • Memberi ubat dan suntikan seperti yang diarahkan oleh Doktor. • Memberi orientasi dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan ahli keluarganya untuk menikmati • kehidupan yang lebih bermutu dan menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai. • Bertugas atas panggilan. • Anggota • Bilangan Jururawat yang terdapat di Hospital Pitas ialah seramai 95 orang yang merangkumi : • Penyelia Jururawat - 1 Orang • Ketua Jururawat - 3 Orang • Jururawat Terlatih - 51 Orang • Jururawat Masyarakat Kanan - 3 Orang • Jururawat Masyarakat - 37 Orang • Waktu Perkhidmatan • 7.00pagi-2.00petang (Syift Pagi) • 2.00petang-9.00malam(Syift Petang) • 9.00malam-7.00pagi (Syift malam) • Bekerja 24 jam dalam 7 hari

  3. Wad Kanak-Kanak • Perkhidmatan • Wad ini menyediakan perkhidmatan perawatan dan pengurusan untuk pesakit yang baru lahir sehingga pesakit yang berumur 12 tahun sahaja yang dimasukkan ke wad ini. Di antara perkhidmatan yang diberikan:- • Kemasukan pesakit • Discaj pesakit • Pendidikan kesihatan kepada pesakit • Tranfusi darah • Phototherapi untuk bayi Jaundis • Perawatan Bayi Incubator • Perawatan Kejururawatan • Perawatan Pengasingan untuk penyakit berjangkit. • Perawatan untuk Pesakit Thalassemia • Anggota • 20 orang kakitangan yang terdiri dari 1 orang Pegawai Perubatan U42, 1 orang Ketua Jururawat U32, 8 orang Jururawat U29, 1 orang Jururawat U24, 6 orang Jururawat U19 (termasuk seorang Jururawat Thalassemia) , 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U12 dan 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. • Waktu Perkhidmatan • Kakitangan bertugas secara giliran untuk membolehkan Wad ini beroperasi selama 24 jam.

  4. Wad Perempuan • Perkhidmatan • Wad ini menyediakan perkhidmatan perawatan dan pengurusan untuk pesakit yang Berumur 12 tahun keatas. Diantara perkhidmatan yang diberikan:- • Kemasukan pesakit • Discaj pesakit • Perawatan Kejururawatan • Perawatan ibu mengandung dan selepas bersalin • Perawatan pengasingan untuk penyakit berjangkit • Perawatan untuk pesakit thalassamaemia • Perawatan sebelum dan selepas pembedahan • Perawatan sakit puan • Pendidikan kesihatan termasuk penyusuan susu ibu • Pemindahan darah • Anggota • Wad ini mempunyai seramai 24 anggota. 1 orang Pegawai Perubatan U42, 1 orang ketua jururawat U32,102 orang Jururawat U29, 1 orang jururawat U24, 6 orang jururawat U19 dan 5 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. • Waktu Perkhidmatan • Kakitangan bertugas secara giliran untuk membolehkan wad ini beroperasi selama 24 jam.

  5. Wad Lelaki • Perkhidmatan • Wad ini menyediakan perkhidmatan perawatan dan pengurusan untuk pesakit yang berumur 13 tahun dan keatas.Di antara perkhidmatan yang diberikan:- • Kemasukan pesakit, • Discaj pesakit, • Pendidikan Kesihatan kepada pesakit, • Transfusi darah, • Perawatan Kejururawatan, • Perawatan Pengasasingan untuk penyakit berjangkit, • Perawatan untuk pesakit Thalassemia, • Penjagaan Luka. • Anggota • 20 orang kakitangan yang terdiri dari 1 orang Pegawai Perubatan U42, 1 orang ketua jururawat U32, 1 orang jururawat (KUP)U32, 7 orang Jururawat U29, 6 orang Jururawat U19,dan 6 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. • Waktu Perkhidmatan • Kakitangan bertugas secara giliran untuk membolehkan Wad ini beroperasi selama 24 jam.

  6. DewanBersalin • Perkhidmatan • Wad ini menyediakan perawatan dan pengurusan untuk pesakit • yang mahu bersalin. Di antara perkhidmatan yang diberikan :- • Kemasukan pesakit • Menyediakan kemudahan untuk ibu bersalin dengan selesa dan selamat • Menyediakan suasana perlaksanaan Hospital Rakan Bayi • Memberikan imunisasi awal kepada bayi baru lahir ( Hepatitis B dan BCG) • Pendidikan kesihatan kepada pesakit • Perawatan pengasingan untuk penyakit berjangkit • Discaj pesakit • Anggota • 20 orang kakitangan terdiri dari 1 orang ketua jururawat U32, 6 orang jururawat Bidan Terlatih U29, 2 orang Jururawat Terlatih U29, 1 orang jururawat U24, 6 orang jururawat U19 (termasuk seorang jururawat Laktasi) dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. • Waktu Perkhidmatan • Kakitangan bertugas secara giliran untuk membolehkan wad ini beroperasi selama 24 jam.

  7. Unit Kecemasan • Perkhidmatan • Unit ini menyediakan perkhidmatan rawatan • kecemasan 24 jam. • Di antara perkhidmatan lain yang disediakan oleh • unit ini adalah seperti berikut :- • Perkhidmatan Ambulans Call • Menerima rujukan kes kecemasan dari klinik • kesihatan • Perkhidmatan rujukan pesakit • Rawatan kes penderaan & rogol • Pembedahan ringan • Anggota • 29 orang anggota yang terdiri dari 1 orang Penolong Pegawai Perubatan U32 sebagai ketua unit, 1 orang Penolong Pegawai Perubatan U32 (KUP), 5 orang Penolong Pegawai Perubatan U29, 7 orang Jururawat U29, 2 orang Jururawat Masyarakat U19, 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U12, 5 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3, 2 orang Pemandu Kenderaan Bermotor R6 dan 5 Orang Pemandu Kenderaan Bermotor R3. • Waktu Perkhidmatan • Kakitangan bertugas secara giliran untuk membolehkan unit ini • beroperasi sepanjang 24 jam.

  8. JabatanPesakitLuar

  9. JabatanPesakitLuar Objektif Memberikan perkhidmatan rawatan dan pencegahan dengan cekap, tepat, berkesan dan berkualiti berpandukan perkhidmatan yang cemerlang dengan berorientasikan prinsip budaya korporat supaya membolehkan penyembuhan awal serta mengekalkan perhubungan pelanggan yang baik dan mesra. Skop Perkhidmatan i. Perkhidmatan / Rawatan Kes Baru / Kes Ulangan ii. Pengendalian Lawatan Pakar iii. Perkhidmatan Pembedahan Kecil (e.g. Removal of F/B) iv. Perkhidmatan Pengambilan Darah dan Suntikan v. Mengiringi dan menghantar pesakit untuk dirujuk ke Unit Kecemasan atau kemasukan pesakit di wad. vi. Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check-Up) vii. Perkhidmatan klinik Permakanan, klinik Diabetig, klinik Mata dan klinik Pgjciatent.

  10. JabatanPesakitLuar Polisi Operasi i Unit ini menyediakan perkhidmatan kaunter dan rawatan dari jam 7.00 pagi sehingga jam 5.00 petang setiap hari, kecuali cuti am, Hari Sabtu dan Hari Ahad. ii Mengamalkan sistem kaunter yang prihatin di mana warga emas dan orang kurang upaya (OKU) diberi keutamaan. iii Semua pesakit hendaklah didaftarkan ke dalam Buku Pendaftaran Unit Pesakit Luar. iv Semua pesakit akan diperiksa oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan, di mana pesakit yang memerlukan pemeriksaan lanjut akan dibuat pemeriksaan makmal, radiologi dan ECG. v Bagi kes temujanji oleh Pegawai Perubatan hendaklah dilaksanakan mengikut “Block Appointment“ yang ditetapkan dan hendaklah mengikut masa yang ditetapkan dalam Kad Temujanji. Vi Pesakit yang memerlukan pemeriksaan lanjut akan dibuat pemeriksaan makmal, radiologi dan ECG. vii Pesakit yang dimasukkan ke dalam wad hendaklah diiringi oleh kakitangan di Unit Pesakit Luar. viii Semua kes‚ ’Medico-legal’ hendaklah dirujuk ke Unit Kecemasan untuk mendapat rawatan oleh Pegawai Perubatan. x Semua kes yang memerlukan pemeriksaan lanjut hendaklah dirujuk kepada Pegawai Perubatan. xi Semua kes yang memerlukan pemeriksaan lanjut hendaklah dirujuk ke hospital rujukan seperti Hospital Likas, Hospital Queen Elizabeth atau melalui ‘Visiting Specialist‘ oleh Pegawai Perubatan. xii Semua kes tenat atau yang memerlukan pemerhatian (observe) hendaklah dirujuk ke Unit Kecemasan untuk perawatan lanjut. xiii Semua pesakit/keluarganya hendaklah diberi penerangan berkaitan ubat-ubatan yang akan diberikan demi mengelakkan komplikasi dan mempastikan penggunaan ubat dengan betul. xiii Semua pesakit/pelanggan yang mendapat rawatan secara individu hendaklah diberikan pendidikan kesihatan.

  11. JabatanPesakitLuar Piagam Pelanggan I Hendaklah menjadi tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih untuk memberi penjelasan kepada pesakit/pelanggan di mana ada kemusykilan yang timbul dengan penuh sopan. ii Hendaklah menjadi tanggungjawab oleh semua kakitangan di Unit Pesakit Luar untuk merujuk sebarang kemusykilan yang timbul kepada Ketua Unit Pesakit Luar untuk tindakan selanjutnya. iii Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat dan bersopan santun serta jujur dan ikhlas. iv Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin dan secara profesional. v Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang selamat dan kondusif. vii Semua pesakit akan diberi layanan mengikut nombor giliran. viii Setiap pelanggan akan dibekalkan dengan maklumat temujanji dan surat rujukan jika perlu. ix Mempastikan program promosi kesihatan dijalankan setiap masa di samping memberi khidmat nasihat kepada pesakit tertentu dan keluarga mereka jika perlu. Tanggungjawab Pelanggan/Pesakit Semua pesakit hendaklah membawa salah satu daripada dokumen-dokumen asal seperti yang berikut: a) Kad Pengenalan b) Sijil Kelahiran / Surat Beranak (Kanak-Kanak Sahaja) c) Pasport d) Surat Majikan (GL) e) Sijil Nikah

  12. JabatanPesakitLuar

  13. JabatanPesakitLuar

  14. JabatanPesakitLuar

  15. Unit Patologi Perkhidmatan Unit Patologi Hospital Pitas menawarkan perkhidmatan ujian-ujian makmal seperti ujian patologi kimia, hematologi, mikrobiologi dan transfusi darah. Selain dari ujian makmal, unit ini juga telah menyediakan sebuah unit Tabung Darah dan Pasukan Tabung Darah bergerak serta menawarkan kepada orang ramai untuk turut serta menyumbang darah bagi membantu mereka yang memelukannya. Anggota Unit ini dianggotai oleh 6 orang Juruteknologi Makmal Perubatan, seorang Jururawat, seorang Mikroskopi Malaria dan 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan. Waktu Perkhidmatan Memberi perkhidmatan setiap hari Isnin dan Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang dan beroperasi 24 jam untuk mengendalikan kes-kes kecemasan sahaja.

  16. Unit Farmasi Perkhidmatan Unit Farmasi Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan sepenuh masa bagi Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Bekalan Wad serta Stor Perubatan manakala perkhidmatan Farmasi Klinikal hanya bagi Wad Perempuan sahaja. Anggota Perkhidmatan Unit Farmasi Hospital Pitas diketuai oleh Pegawai Farmasi U41 (Y/M) dan dibantu oleh beberapa orang anggota terdiri daripada seorang Pegawai Farmasi U41, seorang Penolong Pegawai Farmasi U32, 4 orang Penolong Pegawai Farmasi U29, seorang Pembantu Tadbir (P/O) N17, 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3 serta 3 orang Pekerja Awam R1. Waktu Perkhidmatan Waktu perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar adalah 7.30 pagi hingga 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat manakala Farmasi Bekalan Wad dan Stor Perubatan adalah bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum). Farmasi Bekalan Wad juga dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Tugas atas panggilan (on-call) dijalankan oleh seorang Penolong Pegawai Farmasi pada setiap hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan selepas waktu pejabat namun bagi kes-kes kecemasan sahaja.

  17. Unit X-Ray Perkhidmatan Unit Pengimejan Diagnostik Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan x-ray konvensinal yang biasa seperti x-ray dada, abdomen & KUB ( Kidney Ureter Bladder ), ekstremiti atas& bawah,serta spinal vetebra. Selain itu, terdapat juga perkhimatan portable X-ray terhadap pesakit yang tenat di wad dan juga Unit Kecemasan. Anggota Unit ini mempunyai kakitangan seramai 4 orang yang terdiri daripada 3 orang Juru X-ray U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U12.. Waktu Perkhidmatan Waktu perkhidmatan adalah 8am-5pm ( waktu pejabat )  pada setiap isnin- jumaat ( kecuali cuti umum). Tugas atas panggilan ( On- Call ) adalah pada setiap hari sabtu, ahad dan cuti umum namun hanya untuk  kes- kes kecemasan sahaja..

  18. Unit Rehabilitasi UNIT PEMULIHAN CARAKERJA Unit Pemulihan Carakerja Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan pemulihan terapi tangan dan anggota atas, terapi kanak-kanak, terapi orthopedic (kepatahan tulang, sakit bahu, tendon cut), terapi psykiatrik, terapi medical (stroke, diabetis mellitus, spinal cord injury) dan juga terapi untuk warga emas. Waktu perkhidmatan adalah 8am-5pm ( waktu pejabat ) pada setiap isnin- jumaat ( kecuali cuti umum). Unit ini hanya mempunyai seorang kakitangan Jurupulih Perubatan (Carakerja) U29. UNIT FISIOTERAPI Unit fisioterapi hospital pitas terdiri daripada 3 orang kakitangan. 2 orang jurupulih perubatan anggota u29 dan seorang pembantu perawatan kesihatan U3. Unit fisioterapi menyediakan perkhidmatan elektroterapi, light terapi, thermal agents, exercise terapi, cryoterapi, support, special technique, chest physioteharpy, stroke rehabilitation, sport rehabilitation, special test/diagnostic procedure, education dan home visit. waktu perkhidmatan adalah 8.00am-5.00pm (waktu pejabat) pada hari isnin-jumaat (kecuali cuti umum).

  19. Unit Sajian Perkhidmatan Unit Sajian Hospital Pitas hanya menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pesakit dalam sahaja. Makanan juga disediakan untuk doktor atas panggilan (On Call) dan juga MAC (Mother Accompanying Child) di wad kanak - kanak. Unit ini dilengkapi dengan peralatan memasak yang terkini dan berkualiti bagi memastikan perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar. Sistem perhidangan berpusat (Centralized Plating) adalah sistem hidangan yang diamalkan disini, dimana setiap pesakit menerima tray makanan masing-masing mengikut jenis diet yang telah ditentukan oleh Pegawai Perubatan. Anggota Unit ini mempunyai 4 orang kakitangan iaitu terdiri daripada 1 pen.peg.penyediaan makanan dan 3 orang tukang masak sambilan. Waktu Perkhidmatan Waktu Operasi unit ini adalah pada jam 6 pagi- 5.30petang pada setiap hari termasuk cuti umum.

  20. Unit Rekod Perkhidmatan Unit Rekod Perubatan Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan:-1) memproses semua bentuk Laporan Perubatan    a) Laporan Insuran    b) Laporan Kes-kes Medico Legal    c) Laporan Perubatan* Dalam pemprosesan Laporan insuran (contohnya, Takaful, Etiqa dll), Laporan Buruh dan PERKESO, borang bagi pemprosesan disediakan oleh pemohon sendiri yang mana borang tersebut boleh dipohon di pejabat insurans tersebut.Unit Rekod Perubatan tidak menyediakan borang-borang insuran tersebut.* Laporan Perubatan yang telah siap boleh diperolehi semula selepas 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan Laporan Perubatan yang lengkap.* Bayaran bagi proses penyediaan Laporan Perubatan adalah RM40.00 bagi Warganegara, manakala RM80.00 bagi Bukan Warganegara. 2) Mengumpul dan memproses data-data statistik Hospital Anggota Unit ini mempunyai kakitangan seramai 4 orang yang terdiri daripada 1 Penolong Pegawai Rekod Perubatan, 2 orang Pembantu Tadbir Rekod Perubatan dan 1 Pembantu Am Pejabat.  Waktu Perkhidmatan Waktu perkhidmatan adalah 8am-5pm ( waktu pejabat ) pada setiap isnin- jumaat ( kecuali cuti umum). Tugas atas panggilan ( On- Call ) adalah pada setiap hari sabtu, ahad dan cuti umum.

  21. Unit DewanBedah • Perkhidmatan • Memberi perkhidmatan pembiusan dan pembedahan. • Melakukan prosedur-prosedur seperti: • LSCS • D&C • MRP • Excision • I&D • DLL • Anggota • Mempunyai 7 orang anggota dan 2 orang sokongan iaitu 1 penolong pegawai U32, 1 PPP U29, 2 SN, 1 JM, 2 PPK. • Waktu Perkhidmatan • Bertugas mengikut masa pejabat dan menjalankan kerja on-call selama 24 jam secara bergilir-gilir.

  22. Unit CSSD Perkhidmatan -Menyediakan peralatan/ instruments yang steril untuk digunakan oleh anggota Hospital Pitas dalam menjalankan prosedur.  -Menyediakan peralatan perubatan seperti ‘soft dressing’ ( contoh ; cotton pack, gauze pack, gamgee pack, abdominal mop) dan linen pack secukupnya.  -Menjalankan perkhidmatan pensterilan peralatan perubatan, ‘soft dressing’dan bahan-bahan lain yang berkenaan.  -Bersedia menerima permohonan perkhidmatan pensterilan dan lain – lain hospital atau klinik kesihatan yang beredekatan. Anggota Unit ini mempunyai 8 orang kakitangan iaitu terdiri daripada 3 jururawat U29, 1 jururawat U19, 1 pembantu perawatan kesihatan U3, 2 pembantu perawatan kesihatan U12 (KUP) dan 1 orang operator otokleb R3. Waktu Perkhidmatan Waktu Operasi unit ini adalah pada jam 7.30 pagi- 5.00 petang pada Isnin sehingga Jumaat.

  23. Unit Kebajikan Perkhidmatan Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan sosial dan perkhidmatan kebajikan. Perkhidmatan kaunseling bermaksud penyelesaian kes krisis individu, kelamin, keluarga dan kaunseling am. Manakala perkhidmatan perkhidmatan sosial pula bermaksud memberi bantuan keperluan selepas mengalami kecederaan / penyakit dan perancangan discaj. Seterusnya adalah pekhidmatan kebajikan bermaksud membantu pesakit yang mempunyai masalah kewangan, masalah keperluan asas (penginapan, makanan dan pakaian) dan pengurusan penghantaran pesakit bagi penyiasatan dan rawatan lanjut perubatan. Unit ini mempunyai satu tabung khas yang di wujudkan oleh Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat iaitu Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) yang bertujuan untuk amal dan kebajikan semua orang warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan khususnya untuk pesakit-pesakit yang menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan yang memerlukan seperti bantuan tambang dari / ke tempat rawatan, bantuan kos rawatan bantuan, kos pembelian ubat-ubatan dan bantuan kos pembelian peralatan perubatan sahaja. Anggota Unit ini mempunyai seorang kakitangan iaitu Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27. Waktu Perkhidmatan Waktu perkhidmatan adalah 8am-5pm (waktu pejabat) pada setiap isnin- jumaat (kecuali cuti umum). Hanya warganegara sahaja yang akan diberi perkhidmatan sosial dan perkhidmatan kebajikan.

  24. Unit Pengurusan Perkhidmatan UNIT PENGURUSAN Unit pengurusan merupakan unit sokongan bagi perkhidmatan di hospital pitas ini. Unit pengurusan terbahagi kepada beberapa seksyen iaitupentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan akaun, hasil dan khidmat pelanggan. Unit pengurusan menyediakan tenaga sumber manusia yang cukup mahir dan berkelayakan supaya setiap amanah dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan. Pada masa sekarang pengisian perjawatan di unit pengurusan adalah seramai 18 orang anggota yang terdiri daripada seorang ketua unit penolong pegawai tadbir , 3 orang pembantu tadbir (perkeranian/operasi) perkhidmatan, 4 orang pembantu tadbir (perkeranian/operasi) pentadbiran, 2 orang pembantu tadbir (kewangan) w17 di kewangan dan akaun dan seorang pembantu tadbir (kewangan) w17 hasil , 5 orang anggota pegawai khidmat pelanggan dan 2 orang anggota pembantu am pejabat. Setiap seksyen menjalankan perkhidmatan yang berbeza.

  25. Unit Pengurusan • Unit perkhidmatan • kemudahan perkhidmatan seperti :- • Peraturan pentadbiran bagi urusan pengesahan perlantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan atau pelanjutan tempoh percubaan. • Peraturan pentadbiran bagi memproses kemasukan ke dalam perjawatan berpencen. • Peraturan pentadbiran bagi urusan persaraan. • Peraturan pentadbiran bagi memproses pergerakan gaji tahunan. • Peraturan penyelenggaraan buku perkhidmatan. • Memberikan latihan kepada anggota. • Unit pentadbiran menyediakan kemudahan seperti :- • Memproses buku perkhidmatan anggota hospital • Penyelenggaraan sistem fail induk. • Peraturan cuti • Perjawatan hospital • Hrmis • Mycpd

  26. Unit Pengurusan Unit kewangan dan akaun kemudahan adalah seperti berikut :- Peraturan perbendaharaan bagi memproses gaji dan semua kelayakan elaun anggota hospital. Peraturan perbendaharaan bagi membuat semuapembelian perolehan hospital. Peraturan perbendaharaan bagi memproses semua kelayakan tuntutan anggota. Pemproses panjar wang runcit Unit hasil kemudahan yang ditawarkan adalah seperti berikut :- Peraturan akta fee perubatan dan peraturan perbendaharaan dengan mengutip hasil bagi hospital. Membuat pendaftaran bagi pesakit luar dan pesakit dalam Perkhidmatan operator Menyediakan perkhidmatan seperti :- Menjadi sumber rujukan samada di dalam atau diluar bagi rujukan maklumat berkenaan hospital Memberikan perkhidmatan telefon dengan menyambut panggilan dari luar dan menyambungkan kepada pegawai yang diminta.

  27. PengiktirafanPerkhidmatanKualiti • Baby Friendly Hospital • Initiative Global Criteria Telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan bayi pada 24 Julai 2009.

  28. PengiktirafanPerkhidmatanKualiti • Akreditasi Hospital Telah mendapat pentauliahan Akreditasi Hospital pada 7hb Oktober 2010.

  29. AktivitiKualiti 2010 • KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF Tajuk Projek : Tempat penggantungan botol drip dalam kenderaan ambulan. Kategori : Teknikal. Cangkuk yang di gunakan untuk menyangkuk botol drip Kedudukan botol drip yang kurang kukuh,tidak selamat dan mudah jatuh. Hasil projek yang dicipta untuk mengatasi masalah.

  30. AktivitiKualiti 2010 • INOVASI Tajuk Projek : Rak Penyimpanan Buku Log Sebelum Selepas

  31. AktivitiKualiti 2010 • INOVASI Tajuk Projek : Tempat penyimpanan cop Sebelum Selepas

  32. AktivitiKualiti 2010 • INOVASI Tajuk Projek : Penyimpanan rak kasut Sebelum Selepas

  33. AktivitiKualiti 2010 • INOVASI Tajuk Projek : Pump Blood Sebelum Selepas

  34. AktivitiKualiti 2010 • HOME VISIT UNIT REHABILITASI Tangga rumah pesakit yang perlu di ubahsuai dengan membuat pemegang (grab rail). Tandas pesakit yang terlalu tinggi memerlukan ramp dan pemegang(grab rail). Perlu meletakkan ‘non slip mat’ pada lantai yang licin. Gambar pesakit sedang menjalankan senaman semasa home visit.

More Related