1 / 43

PENDIDIKAN CEMERLANG

INFO BESTARI. BIMBINGAN. LATIHAN. PENGUKUHAN. BANK ITEM. PENDIDIKAN CEMERLANG. E-BUKU UPSR. PERAK GEMILANG. EXIT. PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK. BAHASA MELAYU PEMAHAMAN. KLINIK UPSR. KERTAS 011. Yang Baik. itu Budi. Yang Indah. itu Bahasa. MENU. TERUSKAN. EXIT.

franz
Download Presentation

PENDIDIKAN CEMERLANG

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. INFO BESTARI BIMBINGAN LATIHAN PENGUKUHAN BANK ITEM PENDIDIKAN CEMERLANG E-BUKU UPSR PERAK GEMILANG EXIT PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PEMAHAMAN KLINIK UPSR KERTAS 011

  2. Yang Baik itu Budi Yang Indah itu Bahasa MENU TERUSKAN EXIT Yang Kurik itu Kundi Yang Merah itu Saga HAJJAH MAZANA ISMAIL

  3. sabjektif kraftangan engkar durhaka benteras matalamat sertamerta pendita MENU TERUSKAN EXIT CUBA FIKIRKAN SEJENAK Apakah info ejaan ini betul atau salah? HAJJAH MAZANA BT ISMAIL

  4. subjektif kraf tangan ingkar derhaka banteras matlamat serta-merta pendeta MENU TERUSKAN EXIT INFO EJAAN YANG BETUL HAJJAH MAZANA ISMAIL

  5. PENGUKUHAN PENDIDIKAN CEMERLANG PENDIDIKAN CEMERLANG PERAK GEMILANG PERAK GEMILANG MENU TERUSKAN EXIT MENILAI PRESTASI ANDA PILIH AYAT YANG GRAMATIS KLIK PADA PILIHAN JAWAPAN PENGUKUHAN KERTAS 011 HAJJAH MAZANA ISMAIL

  6. SOALAN 1 MENU TERUSKAN EXIT Dia ________ kejayaan dalam pertandingan itu kerana usaha gigihnya yang tidak pernah mengenal jemu. A perolehi B berolehkan C memperoleh SALAH BAGUS D memperolehi HAJJAH MAZANA ISMAIL

  7. SOALAN 2 MENU TERUSKAN EXIT Encik Rashid ________ isterinya sepasang anting-anting berlian sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima. A hadiahi B menghadiahi C berhadiahkan SALAH BAGUS D menghadiahkan HAJJAH MAZANA ISMAIL

  8. SOALAN 3 MENU TERUSKAN EXIT Para pekerja Majlis Perbandaran Teluk Intan sedang ________ jalan menuju ke kawasan taman rekreasi itu. A melebar B memperlebar C memperlebari SALAH BAGUS D memperlebarkan HAJJAH MAZANA ISMAIL

  9. SOALAN 4 MENU TERUSKAN EXIT Pak Malek sedang ________ besi pemegang kereta sorong itu supaya selesa dan senang untuk digunakan. A mengikir B mengikis C mengukir SALAH BAGUS D mengorek HAJJAH MAZANA ISMAIL

  10. SOALAN 5 MENU TERUSKAN EXIT Hidung dan tapak tangan kiri budak itu luka sedikit apabila dia jatuh ________ semasa berlari di padang pagi tadi. A telentang B tejelepak C terperosok SALAH BAGUS D tersembam HAJJAH MAZANA ISMAIL

  11. SOALAN 6 MENU TERUSKAN EXIT Abd. Rahim tenang duduk di dalam sampan sambil menunggu __________ dimakan oleh ikan di sungai itu. A kailnya B jorannya C umpannya D pancingnya BAGUS SALAH HAJJAH MAZANA ISMAIL

  12. SOALAN 7 MENU TERUSKAN EXIT Hakim telah ________ pencuri itu hukuman penjara selama setahun sembilan bulan dan denda sepuluh ribu ringgit. A menjatuhi B dijatuhkan C berjatuhan D menjatuhkan BAGUS SALAH HAJJAH MAZANA ISMAIL

  13. SOALAN 8 MENU TERUSKAN EXIT ________ Putera Sultan Terengganu telah melawat hospital yang baru siap dibina itu pagi tadi. A Yang Mulia B Yang Berusaha C Yang Berhormat D Yang Berbahagia BAGUS SALAH HAJJAH MAZANA ISMAIL

  14. SOALAN 9 MENU TERUSKAN EXIT “Kerja-kerja ________ ini harus dilakukan dengan berhati-hati,” pesan Cikgu Suhaimi kepada Murad. A memaku B memahat C mengetam D menggerudi BAGUS SALAH HAJJAH MAZANA ISMAIL

  15. SOALAN 10 MENU TERUSKAN EXIT Mak Cik Odah sedang menanam beberapa ________ anak padi di bendangnya petang semalam. A gemal B pokok C batang D rumpun BAGUS SALAH HAJJAH MAZANA ISMAIL

  16. INFO BESTARI BIMBINGAN LATIHAN PENGUKUHAN BANK ITEM PENDIDIKAN CEMERLANG E-BUKU UPSR PERAK GEMILANG EXIT PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PENULISAN KLINIK UPSR KERTAS 012

  17. MENU TERUSKAN EXIT KELEMAHAN DALAM MENULIS KARANGAN Penulisan Abjad Ss Pp Mm Ii Oo Kk HAJJAH MAZANA ISMAIL

  18. MENU TERUSKAN EXIT Bagaimana Berapa Siapa BABASBDM Apa Bila Adakah Di mana Mengapa HAJJAH MAZANA ISMAIL

  19. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN A : 10 MARKAH HAJJAH MAZANA ISMAIL

  20. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN A : 10 MARKAH • Sebatang daripada gigi budak itu sudah berlubang, pada pagi itu giginya sakit. • Budak itu tidak ke sekolah pada pagi itu kerana dia mengalami kesakitan yang amat sangat. • Ayah budak itu bergegas membawanya ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan. • Setelah lima belas minit perjalanan, mereka pun sampai di sebuah klinik gigi. • Doktor gigi sedang memeriksa gigi budak itu, giginya yang berlubang itu perlu dicabut. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  21. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN C : 20 MARKAH Nordin ialah seorang pegawai kesihatan. Beliau sudah berkeluarga, mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. Beliau juga turut memelihara ibunya yang sudah tua. Sejak ibunya diserang sakit, kehidupan sehariannya menjadi lebih sibuk. Setiap hari, awal-awal pagi lagi Nordin sudah pun menghidupkan enjin keretanya untuk menghantar dua orang anaknya ke sekolah. Pulang daripada menghantar anaknya, dia akan memandikan ibunya yang sakit. Isterinya pula membantu Nordin menyediakan makanan dan minuman untuk ibu mentuanya itu. Selepas itu, Nordin segera ke tempat kerja. Beliau sentiasa awal sampai di tempat kerja dan terus memulakan kerja dengan mengumpulkan tabung uji yang berisi darah para pesakit. Beliau akan menguji darah-darah tersebut mengikut label yang telah ditentukan oleh doktor. Di pejabatnya pula, Nordin sangat menghormati ketua dan rakan sebayanya. Bulan lepas genaplah sepuluh tahun beliau berkhidmat. Beliau juga telah dicalonkan untuk menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kesihatan Malaysia. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  22. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN C : 20 MARKAH Nordin ialah seorang ketua keluarga yang penyayang dan bertanggungjawab. Di samping itu, beliau juga sanggup berkorban untuk menjaga ibunya yang sudah tua dan sedang sakit pula. Isterinya juga memberi sokongan yang penuh dalam menguruskan hal ehwal keluarga mereka. Nordin seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Beliau juga merupakan seorang pegawai yang berdisiplin dan komited terhadap kerjayanya. Beliau juga seorang yang rajin bekerja dan menghormati orang lain. Sikapnya yang bertanggungjawab sungguh disenangi oleh majikan dan rakan-rakannya. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  23. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN C : 20 MARKAH Nilai murni yang pertama ialah sikap penyayang, Nordin sanggup memelihara ibunya yang sudah tua. Nilai murni kedua ialah bertanggungjawab kerana dia menghantar anak-anaknya ke sekolah. Nilai murni seterusnya ialah sanggup berkorban, menjaga dan memandikan ibunya yang sedang sakit. Nilai murni yang keempat ialah berdisiplin kerana beliau sentiasa tiba awal di tempat kerjanya. Nilai murni kelima pula ialah sikap menghormati orang lain, menghormati majikan dan rakan-rakan sekerjanya. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  24. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN A : 10 MARKAH 1 2 4 3 5 HAJJAH MAZANA ISMAIL

  25. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN A : 10 MARKAH • Di kampung saya ada sebuah gerai, di gerai tersebut ada menjual (berbagai jenis buah-buahan). • Anggur merah dijual dengan harga RM12.00 sekilo, harga anggur itu agak mahal. • Peniaga itu menjual sebiji betik dan sebiji nanas dengan harga RM1.20 sahaja. • Harga sekilo mangga RM7.00 manakala harga sekilo pisang nangka RM3.00 sahaja. • Harga sebiji buah epal merah murah 10 sen jika dibandingkan dengan harga sebiji buah oren. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  26. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN A : 10 MARKAH 1 2 4 3 5 HAJJAH MAZANA ISMAIL

  27. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN A : 10 MARKAH • Pada waktu itu banyak kenderaan yang lalu-lalang di atas jalan raya, keadaannya sangat sibuk. • Kenderaan yang menggunakan jalan raya terdiri daripada kereta, bas, motosikal, dan lori. • Satu kemalangan ngeri telah berlaku di jalan raya antara sebuah lori dengan dua buah kereta. • Orang ramai memberi dan meghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya tersebut. • Dalam kemalangan ini sebuah kereta terbalik dan sebuah lagi mengalami remuk yang amat dasyat. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  28. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN C : 20 MARKAH Aktiviti gotong-royong merupakan amalan hidup yang baik dan memberi pelbagai faedah kepada masyarakat. Namun begitu, di bandar-bandar besar sikap bergotong-royong ini sudah kurang diamalkan. Malah ada juga sesetengah orang yang tidak mengenali jiran sebelah rumahnya walaupun sudah hidup berjiran selama berpuluh-puluh tahun. Perkara ini terjadi kerana segelintir daripada mereka terlalu sibuk mengejar kemajuan dan kemewahan hidup. Sekiranya mereka menghayati kebaikan amalan bergotong-royong ini, nescaya mereka akan meluangkan masa untuk kegiatan seperti ini. Sebagai contoh, amalan bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal dapat mengatasi masalah pembiakan nyamuk Aedes dan pencemaran alam sekitar. Begitulah juga apabila kita bekerjasama membina jambatan yang telah runtuh. Cara ini akan mengurangkan kos untuk membina jambatan baru. Justeru itu, kos dan upah pembinaan tidak perlu dikeluarkan dan peruntukan tersebut boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Sesuatu kerja yang dilakukan secara bergotong-royong juga dapat dilaksanakan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Amalan gotong-royong juga dapat menjalin semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat. Amalan ini juga dapat merealisasikan kemesraan dan semangat muhibah. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  29. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN C : 20 MARKAH Gotong-royong ialah satu daripada aktiviti yang boleh menyatukan masyarakat setempat. Aktiviti ini perlu dihidupkan semula bagi membina suasana yang harmoni di kalangan jiran tetangga. Orang ramai perlu meluangkan masa untuk menjayakan aktiviti murni ini. Aktiviti gotong-royong juga mampu menangani masalah masyarakat dan meringankan sesuatu kerja. Ketika melaksanakan program gotong-royong, orang ramai dapat beramah mesra, saling mengenali antara satu sama lain. Hal ini juga boleh serta mampu membawa kepada wujudnya semangat muhibah dan perpaduan antara kaum. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  30. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN A : 10 MARKAH 1 4 3 2 5 HAJJAH MAZANA ISMAIL

  31. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN A : 10 MARKAH • Murid-murid Tahun Enam Amanah telah menjalankan aktiviti membersihkan kelas mereka. • Guru kelas mereka telah menyediakan minuman dan kuih-muih pada hari itu. • Dua orang murid lelaki sedang asyik mengelap dan membersihkan papan tulis. • Murid perempuan itu sedang mengelap habuk-habuk yang melekat pada cermin tingkap di kelasnya. • Dua orang murid sedang menyusun meja supaya kelihatan lebih teratur dan tampak kemas. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  32. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN C : 20 MARKAH Normah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri oleh seorang perempuan. Perempuan itu bertanyakan sesuatu kepadanya. Dia telah membantu perempuan itu dengan memberikan maklumat yang jelas dan tepat. Atas pertolongannya perempuan itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya. Apabila bas sekolahnya tiba, Normah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid membuang sampah melalui tingkap bas. Normah telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan pelbagai kesan. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  33. MENU TERUSKAN EXIT NILAI MURNI/ PENGAJARAN • Menghargai masa • Tolong-menolong • Berdisiplin • Prihatin • Sopan dan berhemah tinggi HAJJAH MAZANA ISMAIL

  34. MENU TERUSKAN EXIT Nilai murni yang pertamaialah menghargai masa. Masa adalah sesuatu yang amat berharga. Nilai murni yang kedua ialahtolong-menolong, kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya kepada orang yang memerlukan pertolongan. Nilai murni yang seterusnya ialah berdisiplin, kita perlu berdisiplin semasa menaiki bas. Nilai murni yang keempat ialah prihatin, terutamanya kepada murid yang lebih kecil semasa menaiki bas. Nilai murni yang kelima ialah berhemah, kita hendaklah senantiasa menegur, memberi nasihat, dan tunjuk ajar secara sopan kepada rakan-rakan kita. BAHAGIAN C : 20 MARKAH HAJJAH MAZANA ISMAIL

  35. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN C : 20 MARKAH Normah ialah seorang murid yang sangat menghargai masa, mudah menghulurkan bantuan, dan berdisiplin. Atas pertolongannya, seorang wanita berjaya menemui tempat yang hendak dikunjungi setelah menerima maklumat yang jelas daripada Normah. Dia juga seorang yang bertimbang rasa, sedia memberi peluang kepada murid-murid yang lebih muda menaiki bas terlebih dahulu. Normah juga seorang murid yang tegas, berani menegur kesalahan kawannya. Dia juga sedia memberi bimbingan kepada rakan-rakannya . Sikap yang ditunjukkan oleh Normah perlu dicontohi oleh rakan-rakan. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  36. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN A : 10 MARKAH 1 2 5 3 4 HAJJAH MAZANA ISMAIL

  37. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN A : 10 MARKAH • Budak lelaki itu menyambut hari lahirnya yang kesebelas petang semalam. • Banyak kawan-kawannya yang hadir bagi meraikan sambutan hari lahirnya pada petang itu. • Makanan yang disediakan oleh emak budak lelaki itu sungguh sedap dan menyelerakan. • Budak lelaki itu berasa amat gembira kerana dia banyak menerima hadiah daripada kawan-kawannya. • Budak lelaki itu sedang memotong kek. Dalam pada itu, mereka menyanyikan lagu “Selamat Hari Lahir”. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  38. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN C : 20 MARKAH Seluruh anggota masyarakat telah mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan seorang ibu dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di dunia ini. Ibu juga sanggup mempertaruhkan nyawanya semasa melahirkan kita. Setelah itu, ibu akan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Ibu sentiasa memastikan bahawa kita dalam keadaan sihat dan selamat. Sejak kecil, ibu memberi sepenuh kasih sayang dan belaian supaya kita mendapat pendidikan yang sempurna. Tidak ada ibu yang sanggup melihat anaknya hidup menderita. Barangkali, tanpa kasih sayang dan didikan daripada ibu, kita tidak akan dapat mengecap nikmat kehidupan seperti pada hari ini. Segala pengorbanan ibu tidak ternilai dan tidak mungkin dapat kita balas dengan harta mahupun wang ringgit. Oleh sebab itu, kita mestilah menghormati ibu dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menggores perasaannya. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  39. MENU TERUSKAN EXIT BAHAGIAN C : 20 MARKAH Pengorbanan ibu terlalu tinggi nilainya dalam sesebuah keluarga. Ibu memiliki sifat penyayang dan pengasih semasa menjaga dan mengasuh anak-anaknya. Ibu juga sanggup berkorban masa untuk menjaga anak-anaknya sejak dari lahir lagi. Ibu juga sanggup mengadai nyawa semasa melahirkan anaknya. Pengorbanan ibulah yang telah menjadikan kita lebih dewasa, berpelajaran, berilmu, dan berbudi pekerti mulia. Pengorbanan ibu terlalu agung, tidak mampu dibalas oleh anak-anak sekalipun dengan harta yang bertimbun. Oleh itu, jagalah hati ibu supaya ceria dan gembira di usia emasnya itu. HAJJAH MAZANA ISMAIL

  40. MENU TERUSKAN EXIT SEKIAN SEKIRANYA ADA KEMUSYKILAN, INSYALLAH AKAN SAYA PERJELAS SETAKAT YANG TERMAMPU. HARAP MAAF HAJJAH MAZANA ISMAIL

  41. hhtp://myschoolnet.ppk.kpm.my/ http://cikgu.net/malay/ hhtp://www.tutor.com.my/ PENDIDIKAN CEMERLANG hhtp://tatabahasabm.tripod.com/ PERAK GEMILANG E-BUKU UPSR MENU TERUSKAN EXIT PENEROKAAN GLOBAL DI INTERNET MELAYARI LAMAN WEB AKADEMIK KLIK PADA ALAMAT WEB YANG TERSEDIA HAJJJAH MAZANA ISMAIL

  42. MENU TERUSKAN EXIT SEKIAN ADANYA ... HAJJAH MAZANA ISMAIL

  43. DIBANGUNKAN OLEH ICT GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU EXIT PEMANTAPAN KERTAS O11 / 012 MD. RAMLI BIN SABRAN S. K. SUNGAI TUNGKU

More Related