1 / 22

Sejarah Pendidikan Islam 3

Sejarah Pendidikan Islam 3. 23 Jamadilawal 1431 08 Mei 2010. Diploma Pengajian Islam Andalus ( DPIA ). DUNIA PENDIDIKAN DALAM ERA GLOBALISASI: PERANAN DAN CABARAN.

dezso
Download Presentation

Sejarah Pendidikan Islam 3

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Sejarah Pendidikan Islam 3 23 Jamadilawal 1431 08 Mei 2010 Diploma Pengajian Islam Andalus ( DPIA )

  2. DUNIA PENDIDIKAN DALAM ERA GLOBALISASI:PERANAN DAN CABARAN

  3. Dunia globalisasi langsung tidak pernah menjanjikan sebarang kekayaan kepada negara-negara yang baru membangun jika dikaji dari pelbagai sudut dan perspektif. • Globalisasi menuntut padang permainan yang sama rata di mana manusia boleh bertanding secara adil. • Sungguhpun demikian keadaan dunia yang sebenarnya tidak sedemikian rupa.

  4. Tentunya negara yang mempunyai pemain yang berbadan besar akan memenangi pertandingan dalam apa jua keadaan. • Analogi iniboleh juga dikaitkan dengan pelbagai bidang kehidupan yang lain dalam dunia tanpa sempadan ini. • Bagi negara yang sudah membangun, dalam banyak keadaan dan hubungan antara pelbagai hala dengan negara belum membangun akan pasti menguntungkan mereka yang telah maju. • Kesan yang diterima daripada fenomena globalisasi ini tidak akan menguntungkan negara-negara membangun dan belum membangun kerana negara-negara yang sudah maju sudah mempunyai hampir keseluruhan kemajuan yang telah dikuasai sejak beberapa lama dahulu.

  5. Persoalan seterusnya ialah adakah kita telah berpuas hati sepenuhnya terhadap apa yang telah kita capai dalam sempadan masing-masing sehingga memaksa kita memecahkannya? • Globalisasi akan memberikan peluang kepada negara maju dengan segala kemampuan dan keupayaan kuasa dan peralatan besar yang mereka punyai pasti akan dapat menakluki negara-negara yang baru membangun dan belum membangun sekiranya berlaku pertelingkahan kuasa. • Tidak kira sarna ada suka atau tidak, negara-negara membangun perlu bersedia menghadapi cabaran ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang pilihan untuk terus wujud sebagai negara yang merdeka dan berdaulat apabila diancam oleh negara yang telah maju.

  6. Faedah Globalisasi kepada Pendidikan • Pendidikan merupakan bidang yang akan menerima kesan atau impak yang terus dari era globalisiasi kerena pendidikan adalah berkait dengan pembangunan sumber manusia yang amat dipengaruhi oleh persekitarannya. • Jika dilihat dari perspektif dunia pendidikan dalam era globilisasi banyak kesan yang baik dan buruk yang bakal diterima oleh negara. • Pembuat polisi dan dasar kerajaan seharusnya menstruktur terlebih dahulu sistem dan strategi pendidikan sebelum berhadapan dengan dunia globalisasi.

  7. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita berikan perhatian tentang faedah globalisasi terhadap pendidikan: • Berdaya saing: Aspek daya saing ini jika berlaku dalam kalangan pelajar di peringkat antarabangsa boleh menyerlahkan lagi mutu pendidikan dan seterusnya membina satu pertandingan yang sihat. 2. Wujudnya hubungan sumber pendidikan dan kemudahan penyelidikan di peringkat yang lebih luas. Keadaan ini akan memberi faedah yang besar terhadap program pengajaran dan pembelajaran.

  8. 3. Komunikasi merentasi budaya boleh menyebabkan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi pasaran buruh antarabangsa. Hal ini bermakna kemahiran seperti bahasa dan komunikasi yang akan digunakan lebih menjurus ke arah perdagangan atau perniagaan antarabangsa. 4. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam dunia globalisasi akan menyebabkan pendidik dan pelajar lebih bersedia menghasilkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak atau permintaan secara global. 5. Kefahaman nilai antarabangsa akan meningkatkan lagi keupayaan memahami nilai-nilai manusia sejagat dan ini boleh menyebabkan dunia menjadi aman.

  9. 6. Peningkatan bilangan institusi pendidikan swasta menguntungkan atau sebaliknya? 7. Penyebaran teknologi maklumat akan berlaku dan ini dilihat berupaya menyediakan peluang-peluang pendidikan sepenuhnya. 8. Kewujudan sistem pendidikan yang sangat bergantung kepada cita rasa global, menguntungkan atau sebaliknya?

  10. Kesan Negatif Globalisasi terhadap Pendidikan Walaupun demikian globalisasi juga membawa beberapa kesan negatif terhadap dunia pendidikan. Antaranya ialah:

  11. 1. Negara-negara kaya akan mengambil peluang menindas negara-negara yang lemah untuk merampas peluang dan sumber yang ada bagi memajukan sistem pendidikan negara mereka sendiri. 2. Berlakunya ketidakadilan dalam sesuatu perkongsian kerana segala keputusan yang berat sebelah akan dibuat oleh negara-negara yang sudah maju. 3. Memerlukan pemantauan yang mendalam dari aspek permasalahan anti sosial.

  12. 4. Perubahan dari segi sistem pendidikan akan berlaku akibat daripada permintaan pasaran tenaga kerja dan pengeluaran nilai tambah yang tinggi terhadap sesuatu barangan pengguna. lni bertentangan dengan matlamat dan peranan yang ingin didukungi sesebuah institusi pendidikan, khususnya universiti. 5. Dalam percubaan untuk memenuhi kehendak global, sesuatu polisi pendidikan yang lama terbentuk akan tersasar dari matlamat sebenamya untuk memenuhi tuntutan sektor awam tempatan. Pendidikan hanya dilihat sebagai komoditi ataupun pelaburan dan bukan lagi sebagai resipi kehidupan yang sempuma. Oleh sebab itu, pendidikan akan menjadi kurang liberal kerana sentiasa dikawal oleh kehendak pasaran. 6. Kita semua perlu memahami bahasa globalisasi. Persoalannya, apa bahasa globalisasi itu?

  13. Cabaran dalam Dunia Globalisasi Terdapat lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi. Pertama merupakan persoalan asas. Cabaran ini mudah kepada kita sama ada dari segi pandangan ataupun pemikiran. Namun cabaran ini akan menjadi sukar sekiranya ramai orang yang gemar membuat pandangan untuk kita dan bertukar menjadi benci jika kita cuba mengikuti pandangan kita sendiri.

  14. Kedua, merupakan cabaran tentang kebenaran. Kebenaran sukar dilahirkan kerana kita hidup dalam dunia globalisasi yang tidak mempunyai ketelusan, sebaliknya pembohongan semata-mata. Adalah sukar untuk kita menentukan hasrat sebenar sesebuah badan korporat gergasi dunia yang berpura-pura senyum, tetapi mempunyai hasrat yang tersembunyi untuk menguasai kita.

  15. Cabaran ketiga berkaitan dengan soal keadilan dan kesaksamaan iaitu bagaimanakah kita menentukan orde dunia baru itu agar memihak ke arah keadilan dan kesaksamaan? Mengapakah di mana-mana sahaja terdapat desakan untuk menentukan satu orang satu undi? Melainkan di IMP dan Bank Dunia, apa yang lebih mulia ialah satu dolar satu undi. Mengapakah negara-negara yang sudah maju, walaupun terdapatnya retorik tentang globalisasi dan liberalisasi, telah mendakwa subsidi boleh menghancurkan pasaran? Lantas segala bentuk bantuan dan subsidi makanan dan minyak di negara-negara miskin mesti dihentikan atau pinjaman tidak akan dikeluarkan. Mengapakah negara-negara kaya walaupun terdapatnya retorik tentang globalisasi dan liberalisasi, masih tidak mahu mengenepikan sekatan terhadap barangan seperti tekstil, pakaian ataupun kasut? Bukankah negara-negara miskin yang merupakan jaguh pengeluarannya? Mengapakah perlu ada penetapan tarif ke atas kesemua barangan tersebut jika negara-negara maju mampu bersaing?

  16. Cabaran keempat yang dihadapi oleh negara-negara membangun adalah dari segi cabaran keuntungan bersama. Bagaimanakah caranya untuk memaksimumkan bilangan pemenang dan meminimumkan bilangan yang kalah dalam proses globalisasi ini? Bagimanakah cara untuk menentukan situasi 'menang-menang' bagi kedua-dua pihak? Bagaimanakah pula untuk kita menentukan sesuatu hasil dan pola antara pemenang dan yang kalah itu tidak begitu ketara jaraknya? Pada tahun 1960, jumlah pendapatan 20 peratus bilangan yang terkaya adalah 30 kali ganda daripada jumlah pendapatan bagi 20 peratus bilangan termiskin. Hari ini, hasil daripada era globalisasi yang dicanang-canangkan, jumlahnya telah meningkat melebihi 85 kali ganda.

  17. Angka ini menggambarkan penguasaan kekayaan dalam kalangan mereka yang terkaya. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menganggarkan nilai aset yang dimiliki oleh 200 orang yang terkaya sama banyak harta yang dimiliki oleh seramai 41 peratus penduduk di dunia ini (UNESCO, 1991). Cuba bayangkan berapa kali makanan, berapa banyak pakaian, dan rumah yang diperlukan oleh 200 orang ini untuk hidup sedangkan mereka masih mahu dunia memberikan sesuatu kepada mereka!

  18. Pihak pendukung globalisasi sering menceritakan keuntungan yang boleh diraih daripada perdagangan, tetapi enggan menceritakan penderitaan yang dialami dalam perdagangan tersebut. Kenapa mereka tidak menceritakan keuntungan berbilion-bilion dolar hasil dagangan penyangak mata wang yang telah mengakibatkan berjuta-juta orang hilang pekerjaan dan hilang segala bentuk subsidi? Bagaimanakah cara mereka memperoleh keuntungan daripada perdagangan ini? Justeru adalah jelas bahawa jika kita mahukan dunia globalisasi, ruang haruslah diperuntukkan dan peperangan haruslah dielakkan. Kita memerlukan era globalisasi yang baru agar yang kaya dilihat berusaha keras untuk memberi perkhidmatan kepada bangsa antarabangsa.

  19. Cabaran kelima pula adalah berkaitan dengan dunia penyayang, iaitu pemenang tidak membolot semua, manakala yang tewas tidak kehabisan segalanya. Kejayaan haruslah melalui persaingan sihat bagi mereka yang kuat tanpa menjadikan golongan lemah sebagai mangsa. Salah satu prinsip dunia globalisasi yang utama ialah berteraskan kecekapan ekonomi dan daya saing ekonomi. Dalam dunia penyayang, semua orang harus menerima kenyataan bahawa kecekapan ekonomi bukan segala-galanya. Kecekapan ekonomi bukanlah prioriti utama dalam kehidupan sesuatu masyarakat pada bila-bila masa ataupun situasi.

  20. Jika kita mempunyai berjuta-juta pekerja yang mengganggur, bolehkah kita menerima sesuatu produk yang dihasilkan sepenuhnya oleh jentera ataupun mesin tanpa menggunakan pekerja semata-mata? Adakah kita katakan produk itu hasil daripada kecekapan ekonomi? Tergamakkah kita membiarkan berjuta-juta pekerja mati kelaparan sematamata kerana kita ingin menuju ke arah kecekapan? Dalam dunia penyayang, sudah pasti kita ingin melihat sedikit pengorbanan dilakukan dalam waktu kita menuju ke arah kecekapan ekonomi. Keadaan ini adalah untuk melindungi berjuta-juta manusia yang kurang bernasib baik. Golongan yang lemah, terkebelakang dan cacat harus juga mendapat tempat dan bantuan yang sewajamya di dunia ini. Kita tidak harus mengenepikan mereka sebagaimana yang pemah dilakukan oleh Hitler kepada mereka yang cacat dan terencat akal.

  21. Kesimpulan Kesimpulannya, lima cabaran tersebut merupakan cabaran-cabaran yang harus dihadapi oleh negara-negara yang sedang membangun yang dianggap miskin, lemah dan tidak berkeupayaan.

  22. Negara-negara membangun haruslah menentukan langkah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan era globalisasi menjadi penghalang kepada pencapaian kemajuan mereka. Langkah-langkah yang berpadu daripada kumpulan negara-negara membangun ini juga perlu bagi memastikan keutuhan untuk menghalang kesan negatif era globalisasi yang dapat menghancurkan mereka satu masa kelak.

More Related