1 / 24

PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM. KULIAH 5. PENILAIAN PELABURAN AWAM. PENDAHULUAN. Sesuatu cadangan projek kerajaan mesti dianalisis secara menyeluruh sebelum diterima untuk dilaksanakan.

coral
Download Presentation

PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM KULIAH 5 PENILAIAN PELABURAN AWAM Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  2. PENDAHULUAN • Sesuatu cadangan projek kerajaan mesti dianalisis secara menyeluruh sebelum diterima untuk dilaksanakan. • Kerajaan mesti mengetahui maklumat kewangan berhubung dengan segala kos dan faedah termasuk perbelanjaan modal, pulangan. • Pulangan terdiri daripada pulangan hasil kewangan dan bukan kewangan. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  3. PENDAHULUAN • Tujuan analisis kewangan adalah: • menentukan kemampuan kewangan projek dari sudut kos dan faedah yang dinilai mengikut harga pasaran. • membantu kerajaan mencari faktor kecekapan sumber di mana kombinasi input berkos paling rendah digunakan untuk menyediakan prasarana awam (Hyman, 1990). Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  4. SEJARAH CBA • Analisis kos faedah (CBA) mula dikembang-kan di USA di bawah Kementerian Pertahanan. • Semenjak tahun 1990an, para jurutera tentera USA (Army Corps of Engineers) telah menggunakan kaedah CBA untuk menilai alternatif projek sumber air. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  5. DEFINISI CBA • CBA adalah satu teknik praktikal untuk membuat pentaksiran kewangan dan bukan kewangan bagi kos dan faedah sesuatu projek. • CBA juga dipanggil sebagai project appraisal. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  6. TUJUAN CBA • Memperolehi maklumat penting bagi membuat keputusan terhadap projek-projek kerajaan. • Menentukan kelebihan berbanding (relative merit) sesuatu projek untuk satu tempoh masa tertentu. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  7. TUJUAN CBA • Membantu kerajaan membuat pilihan beberapa alternatif projek pelaburan. • Menyumbang kepada kecekapan dengan memastikan projek-projek baru menghasil faedah sosial marginal mengatasi kos sosial marginal. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  8. LANGKAH-LANGKAH CBA • Langkah Pertama: • Mengenalpasti semua faedah dan kos sama ada nampak (tangible) atau tak nampak (intangible). • Impak/kesan yang kurang nampak (less tangible effects) seperti apa-apa risiko yang dapat mempengaruhi keuntungan atau kegagalan projek. • kerajaan tidak mahu projek awam yang siap tidak dapat beroperasi kerana faktor kos yang tidak nampak tidak diambil kira diperingkat awal menjadi penghalang projek bila (hampir) siap. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  9. KOS PROJEK • Dua jenis kos iaitu: • kos langsung dan • kos tak langsung. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  10. Kos Langsung • Kos yang berkaitan dengan perbelanjaan modal dan operasi sesuatu projek. • Antara kos langsung adalah kos pembelian: • tanah, • jentera, • upah, • bahan mentah. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  11. Kos Tak Langsung • Kos yang tidak berkaitan dengan operasi utama projek atau kos lepas (e.g. earning foregone). • Sebagai contoh peningkatan kes jenayah awam disekitar kawasan perniagaan adalah kos tidak langsung kepada projek pembangunan kawasan bandar. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  12. KOS PROJEK Jenis-jenis kosContoh Modal tanah, penyediaan tapak, pembelian peralatan [dalam bentuk pinjaman atau pembiayaan kerajaan] Operasi bahan mentah, tenaga buruh, bahan bekalan Perbelanjaan Pra-projek perbelanjaan perkhidmatan pakar –juruukur, arkitek, jurutera dan perunding Kos lesap penggunaan harta modal daripada projek lain Modal kerja stok (bahan mentah), alat ganti, wang tunai dalam tangan untuk membayar bil-bil. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  13. FAEDAH PROJEK • Faedah adalah impak atau pulangan positif yang diperolehi daripada perlaksanaan sesuatu projek. • Dibahagi kepada dua iaitu: • Faedah langsung • Faedah tak langsung Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  14. Faedah Langsung • Pulangan yang diperolehi secara langsung daripada perlaksanaan projek awam sama ada dalam jangka pendek atau panjang. • Projek pengairan sawah padi meningkatkan penanaman padi dua kali setahun. Pendapatan petani akan meningkat. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  15. Faedah Tak Langsung • Faedah yang diperolehi secara tak langsung terutama kepada pihak-pihak lain yang tidak terlibat dalam sesuatu projek awam. • Projek pembangunan kawasan bandar akan meningkatkan aktiviti pelancongan. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  16. LANGKAH-LANGKAH CBA • Langkah Kedua • Menentukan nilai kewangan bagi semua faedah dan kos bagi membolehkan CBA yang lebih berkesan. • segala kos dan faedah berbentuk kewangan yang objektif sifatnya dan bukan kewangan yang subjektif dapat ditukar kepada nilai wang Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  17. Pengukuran Kos Tak Langsung • Kos tak langsung bagi kenaikan jenayah diukur berdasarkan nilai pampasan insuran kepada firma-firma yang dirompak boleh dijadikan ukuran mengukur kos tak langsung. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  18. Pengukuran Faedah Tak Langsung • Faedah pembangunan boleh dikira dengan mengambil kira potensi bilangan pelancong dan perbelanjaan yang dibuat oleh mereka seperti sewa hotel and makan. • Pendidikan ? Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  19. LANGKAH-LANGKAH CBA • Langkah Ketiga: • Menganggar dan menaksir kos dan faedah dalam nilai wang Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  20. LANGKAH-LANGKAH CBA • Langkah Keempat: • Mendiskaunkan jangkaan faedah bersih masa hadapan bagi sesuatu projek awam. • Faedah bersih diperolehi dengan mencari perbezaan antara faedah dan kos iaitu B – C. • Nilai kini faedah bersih bagi sesuatu projek awam diperolehi dengan menggunakan formula berikut: Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  21. Pengiraan Nilai Kini Faedah Bersih Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  22. LANGKAH-LANGKAH CBA • Langkah Kelima • Membandingkan faedah bersih satu projek dengan projek yang lain bagi membuat pilihan projek. • Susunan keutamaan projek boleh dibuat berdasarkan kepada: • Faedah bersih • Nisbah faedah dan kos (B/C) • Katakan peruntukan untuk membina jalan raya adalah RM700,000. Katakan 7 alternatif projek boleh dipilih. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  23. Pilihan Projek Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

  24. KEPERLUAN CBA • Kemahiran beberapa bidang seperti ekonomi, kejuruteraan, sains, pemasaran, matematik dan senibina. • Kos dan faedah perlu ditinjau dan diandai dari maklumat pasaran dan sumber yang lain. • Pertimbangan kos dan faedah adalah berbeza mengikut sektor – pengangkutan, kesihatan, awam dan swasta, dan juga negara • Setiap sektor mengambil kira kesesuaian jenis-jenis impak dalam pengiraan kos dan faedah serta bagaimana impak tersebut dipandang dalam bentuk kewangan. Pengajian Luar Kampus, UUM 2008/2009

More Related