1 / 23

BELANJAWAN DAN PEMBIAYAAN SEKTOR AWAM

BELANJAWAN DAN PEMBIAYAAN SEKTOR AWAM. Belanjawan Tahunan Negara Belanjawan merupakan satu perancangan ekonomi dan kewangan yang mencerminkan tahap kedudukan ekonomi negara pada tahun berkenaan dan kenyataan berkaitan prospek ekonomi negara bagi tahun tahun berikutnya.

patty
Download Presentation

BELANJAWAN DAN PEMBIAYAAN SEKTOR AWAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BELANJAWAN DAN PEMBIAYAAN SEKTOR AWAM

  2. Belanjawan Tahunan Negara Belanjawan merupakan satu perancangan ekonomi dan kewangan yang mencerminkan tahap kedudukan ekonomi negara pada tahun berkenaan dan kenyataan berkaitan prospek ekonomi negara bagi tahun tahun berikutnya.

  3. Belanjawan negara mengandungi penyata hasil dan perbelanjaan kerajaan bagi satu tahun tertentu. • Belanjawan juga mengandungi penerangan mengenai sumber-sumber hasil negara dari cukai dan bukan cukai serta menerangkan bagaimana hasil tersebut dibelanjakan untuk tujuan pengurusan dan pembangunan dan jika terdapat kurangan bagaimanakah kurangan ini dibiayai apakah sumber pembiayaan melalui pinjaman dalam dan luar negara • Belanjawan juga menghuraikan isu dan cabaran yang dihadapi negara serta langkah dan strategi yang sedang dan akan diambil untuk mengatasi perkara tersebut

  4. 3 Bentuk Belanjawan • Belanjawan kurangan (deficit budget) dimana jumlah perbelanjaan melebihi jumlah hasil bagi satu tahun fiskal tertentu. Kurangan ini perlu dibiayai melalui pinjaman dari dalam dan/atau luar negara. Keadaan ini berlaku apabila kerajaan meningkatkan perbelanjaan kerajaan (G) atau mengurangkan cukai (T) atau kedua duanya sekali.

  5. Belanjawan lebihan (surplus budget) dimana jumlah hasil melebihi jumlah perbelanjaan. Keadaan ini sebenarnya jarang berlaku ia wujud apabila kerajaan mengurangkan G dan/atau menaikkan T. • Belanjawan berimbang (balance budget) dimana jumlah hasil bersamaan jumlah perbelanjaan.Keadaan terunggul menjadi idaman negara malangnya ia sangat jarang berlaku. • Rujuk jadual 9.1 untuk melihat arah aliran belanjawan bagi 1965 - 2003

  6. Dasar belanjawan negara • Objektif umum ialah untuk mencapai kestabilan dan pertumbuhan ekonomi dan kewangan negara. Objektif khusus ialah 1.Kearah pengurusan ekonomi yang cekap 2.Pengawalan perbelanjaan 3.Pertumbuhan ekonomi 4.Kestabilan harga dan mengawal inflasi 5.Sebagai mekanisma pengagihan yang lebih adil.

  7. Belanjawan mempunyai dua komponen utama • Perbelanjaan Sektor Awam • Hasil Sektor Awam

  8. Perbelanjaan Sektor Awam • Perbelanjaan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Perusahaan Awam bukan Kewangan (PABK) seperti PETRONAS, TNB, MAS dll. • Perbelanjaan terbahagi kpd dua 1. Perbelanjaan mengurus 2. Perbelanjaan pembangunan

  9. Perbelanjaan Mengurus • Meliputi perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan serta bayaran pindahan yang dibuat oleh sektor awam. • Dikelaskan dalam dua komponen 1. Mengikut objek meliputi gaji, pencen dan ganjaran, khidmat bayaran hutang, Pemberian kepada kerajaan negeri, bekalan dan perkhimatan, subsidi dan lain- lain. 2. Mengikut sektor meliputi keselamatan, perkhidmatan sosial, perkhidmatan ekonomi, pentadbiran awam dan lain-lain. Rujuk jadual 9.3 dan 9.4.

  10. Perbelanjaan Pembangunan • Meliputi perbelanjaan modal terhadap projek-projek sosioekonomi yang akan menaikkan tingkat sosioekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. • Komponen perbelanjaan pembangunan termasuk perkhidmatan sosial, perkhidmatan ekonomi, keselamatan dan pentadbiran awam. Rujuk jadual 9.5 dan 9.6

  11. Hasil Sektor Awam • Diperolehi daripada hasil cukai, hasil bukan cukai serta penerimaan Hasil cukai termasuk cukai langsung seperti cukai pendapatan individu dan syarikat, cukai pendapatan petroleum, cukai harta pusaka dan cukai keuntungan lebihan. cukai tak langsung termasuk duti import dan eksport, cukai jualan, cukai perkhidmatan, cukai perjudian dan lain-lain Rujuk jadual 9.7 dan 9.8

  12. Hasil bukan cukai dan penerimaan • Hasil bukan cukai meliputi bayaran lesen, permit, bayaran perkhidmatan, sewa, faedah, denda, pendapatan pelaburan dan lain-lain. • Penerimaan termasuk bayaran balik bagi perbelanjaan, kredit antara jabatan dan lain-lain Rujuk jadual 9.9 dan 9.10

  13. Pembiayaan Sektor Awam • Meliputi aspek bagaimana kerajaan membiayai defisit atau kurangan belanjawan negara. • Pembiayaan defisit melalui pinjaman 1. Hutang dalam negeri adalah pinjaman dari institusi dalam negara seperti KWSP dll dan pinjaman jangka pendek dan sederhana. 2. Hutang luar negeri adalah pinjaman jangka panjang dan sederhana Rujuk jadual 9.11; 9 .12; 9.13 dan 9.14

  14. Hutang Negara • Menggabungkan hutang luar negeri sektor awam termasuk kerajaan persekutuan, perbadanan awam bukan kewangan (PABK) dan sektor swasta Rujuk jadual 9.15

  15. Nisbah Khidmat Hutang • Merupakan jumlah bayaran pokok dan faedah pinjaman luar negeri berbanding dengan pendapatan eksport barang-barang dan perkhimatan. • Nisbah khidmat hutang mencerminkan kedudukan kecairan dan beban hutang luar negeri bagi sesebuah negara NKH = Jumlah bayaran pinjaman luar negeri X 100 Nilai eksport barang dan perkhidmatan Rujuk jadual 9.16

  16. Bajet 2007 Bertemakan ‘ Melaksanakan Misi Nasional Ke Arah Mencapai Wawasan Negara’ Bajet ini merupakan satu agenda tindakan untuk memacu pelaksanaan Misi Nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Antara teras utama Misi Nasional ialah untuk membolehkan sektor swasta menerajui semula pembangunan ekonomi negara, serta mempergiatkan lagi sumber penjanaan pertumbuhan baru berintensif teknologi dan pengentahuan.

  17. Bajet 2007 akan menyediakan pelbagai insentif bagi merancakkan kembali sektor swasta. Transformasi berterusan ke arah ekonomi berpaksikan teknologi dan pengentahuan, menuntut kepada tenaga kerja yang mahir yang mempunyai kompetensi bersesuaian dengan keperluan industri

  18. Strategi Bajet 2007 Terdapat 4 strategi : 1. Pemacu pelaksanaan Misi Nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020. 2. Membolehkan sektor swasta menerajui semula pembangunan ekonomi negara serta menggiatkan penjanaan sumberpertumbuhan baru.

  19. 3. Perubahan berterusan ke arah ekonomi berpaksikan teknologi dan pengentahuan menuntut kepada tenaga kerja mahir berkeupayaan, sesuai dengan keperluan industri. 4. Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

  20. Bajet 2007 Melasanakan Bajet Kurangan sebanyak 3.4% KDNK Jumlah Perbelanjaan Sektor Awam Perbelanjaan Mengurus RM112.9 B Perbelanjaan pembangunan 46.5 B Jumlah RM159.4 B

  21. Malaysia- Perangkaan Penting dan Unjuran

  22. Hutang Kerajaan Persekutuan 2004-2005 RM juta Bahagian(%) KDNK(%) 2004 2005 2004 2005 2004 2005 Hutang dalam negeri 181,970 206,970 84.0 86.8 40.5 42.5 Bil Perbendaharan 4,320 4,320 2.0 1.8 1.0 0.9 Terbitan Pelaburan 9,100 11,100 4.2 4.7 2.0 2.3 Sekuriti Kerajaan 154,350 173,050 71.3 72.6 34.3 35.5 Tabung Pinjaman Perumahan14,200 18,500 6.6 7.8 3.2 3.8 Hutang luar 34,654 31,506 16.0 13.2 7.7 6.5 Pinjaman Pasaran 24,930 21,257 11.5 8.9 5.5 4.4 Pinjaman Projek 9,724 10,249 4.5 4.3 2.2 2.1 JUMLAH 216,624 238,476 100.0 100.0 48.2 48.9

More Related