1 / 13

MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A

Pengenalan. Alih bahasa bermaksud menulis semula petikan teks asal sama ada bahasa Melayu klasik, puisi, dialog dan sebagainya ke dalam bahasa Melayu prosa moden. YANG PENTING DALAM PROSES ALIH BAHASA ADALAH PENYAMPAIAN DAN PENERIMAAN MAKSUD. Bahasanya ditukar tetapi bukan maksud atau maknanya. Oleh

conley
Download Presentation

MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A) ALIIH BAHASA

    2. Pengenalan Alih bahasa bermaksud menulis semula petikan teks asal sama ada bahasa Melayu klasik, puisi, dialog dan sebagainya ke dalam bahasa Melayu prosa moden. YANG PENTING DALAM PROSES ALIH BAHASA ADALAH PENYAMPAIAN DAN PENERIMAAN MAKSUD. Bahasanya ditukar tetapi bukan maksud atau maknanya. Oleh itu tumpuan semasa membaca petikan sangat penting. Kefahaman pelajar dalam memahami teks semasa membaca teks harus diutamakan.

    3. Dalam proses mengalih bahasa, yang perlu diubahsuai ialah bentuk-bentuk bahasa dalam petikan tersebut. Oleh itu yang hendak ditukar ialah perbendaharaan kata, struktur ayat dan ungkapan-ungkapan seperti peribahasa, perumpamaan, bidalan, metafora dan sebagainya. Perlu diingat bahawa maksud dalam petikan asal hendaklah dipertahankan. Sebagai contoh, semasa mengalih bahasa dari bahasa Melayu klasik, kata-kata klasik yang terdapat dalam petikan tersebut hendaklah ditukar dengan kata-kata atau rangkai kata bahasa moden. Ayat-ayatnya juga perlu ditukar menjadi ayat-ayat bahasa moden

    4. Dalam bahasa Melayu klasik, kebanyakan ayat disusun dalam bentuk pasif. Ayat-ayat pasif ini boleh dikekalkan dan boleh juga ditukar menjadi ayat aktif. Bagaimanapun, ayat-ayat yang terlalu panjang hendaklah ditukar atau dibuang terus daripada keseluruhan ayat. Kata-kata pangkal ayat seperti hatta, maka, syahdan, arakian dan sebagainya yang begitu banyak dalam teks bahasa Melayu klasik sudah tidak digunakan dalam bahasa Melayu moden. Kata-kata ini hendaklah ditukar atau dibuang terus daripada keseluruhan ayat. Kata-kata istana seperti tuanku, mangkat, bersiram dan sebagainya harus dikekalkan. Tanda-tanda bacaan dan penulisan ejaan hendaklah ditukar kepada tanda bacaan dan ejaan moden.

    5. Untuk mengalih bahasa undang-undang pula, cara yang sama seperti di atas harus diikuti. Dalam bahasa undang-undang, terdapat banyak istilah-istilah khusus dan teknikal yang merujuk bidang perundangan. Istilah-istilah ini perlu ditukar dengan kata-kata umum dalam bahasa Melayu moden ataupun dengan ungkapan-ungkapan yang memberi penerangan makna istilah-istilah teknikal tersebut. Frasa-frasa sendi yang mengandungi kata-kata sendi sebagai inti seperti dari, di, daripada yang banyak terdapat khusus dalam bahasa undang-undang hendaklah ditukar dengan frasa-frasa sendi yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu prosa moden.

    6. Bagi mengalihbahasakan teks iklan agak berbeza sedikit. Dalam bahasa iklan, biasanya terdapat ayat-ayat yang pendek atau ayat yang hanya terdiri daripada satu perkataan. Ayat-ayat yang pendek ini boleh dikekalkan dan boleh juga digabungkan menjadi ayat yang panjang atau ayat majmuk. Istilah-istilah dalam bahasa iklan biasanya adalah istilah yang mudah difahami umum. Oleh itu istilah-istilah tersebut boleh dikekalkan. Untuk mengalih teks-teks petikan lain seperti puisi, dialog dan sebagainya teknik yang sama hendaklah dikekalkan. Perkara utama atau bentuk-bentuk bahasa yang hendak ditukar adalah dari segi perbendaharaan kata dan struktur ayat, bukan maksud asal petikan tersebut.

    7. Dalam menjawab soalan alih bahasa ini, kemampuan dan kebolehan pelajar menyampaikan isi petikan asal ke dalam teks baru adalah penting. Oleh itu, sebarang penukaran atau pengubahsuaian bentuk-bentuk bahasa janganlah mengubah makna atau isi dalam petikan asal. Pelajar selalunya tidak dapat mengubah suai petikan dengan sempurna. Kemungkinan juga pelajar akan merumus sahaja petikan tersebut berdasarkan kefahaman terhadap isi petikan. Ini tidak tepat dan memungkinkan pelajar tidak mendapat markah untuk soalan alih bahasa.

    8. Kebolehan mengolah, iaitu menyusun isi-isi dalam gaya bahasa prosa yang moden juga penting. Setiap isi, perenggan ayat harus dijalin dengan rapi dan lancar sehingga menjadikannya padu sebagai sebuah teks baru dengan bahasa yang umum (bahasa prosa Melayu Moden). Dalam soalan alih bahasa ini, aspek bahasa dimasukkan sekali ke dalam bahagian penyampaian isi dan pengolahan. Ini bermaksud setiap kesalahan bahasa akan dipotong markah. Oleh itu, beberapa aspek bahasa perlu diambil kira.

    9. Penguasaan ejaan dari segi keselarasan vokal dan sebagainya mesti diteliti. Binaan ayat terutama ayat-ayat aktif, pasif dan ayat majmuk mestilah kemas, tidak bergantung dan gramatis. Pemilihan kata yang tepat terutama semasa menukar kata-kata tertentu dalam petikan asal mestilah berhati-hati dan tidak diabaikan. Pendek kata ketelitian calon dalam semua aspek bahasa dapat membantu pelajar menjawab alih bahasa dengan baik.

    10. CONTOH ALIH BAHASA Contoh 1 Penjual Ikan : Pakcik nak beli apa? Pak Abu : Ikan bawal. Berapa harganya sekilo? Penjual Ikan : RM 7.30 pakcik. Pak Abu : Amboi, mahal betul! Kenapa mahal sangat? Penjual Ikan : Mahal sikit pakcik, sebab ikan kurang sekarang. Maklumlah musim tengkujuh. Pak Abu : Oh, begitu! Timbangkan pakcik ikan bawal yang besar seekor dan yang sederhana seekor. Penjual Ikan : Baik, pakcik.

    11. Jawapan Seorang penjual ikan bertanya kepada Pak Abu tentang jenis ikan yang hendak dibelinya. Pak Abu berkata bahawa dia hendak membeli ikan bawal lalu menanyakan harga sekilogram ikan bawal tersebut. Penjual itu berkata bahawa harga sekilogram ikan bawal itu ialah RM 7.30. Pakcik Abu terkejut apabila mendengar jawapan penjual ikan itu kerana pada pendapatnya, harga tersebut terlalu mahal. Dia seterusnya menanyakan sebab harga sekilogram ikan bawal itu yang begitu mahal kepada penjual ikan tersebut. Penjual itu menjelaskan bahawa harga sekilogram ikan bawal itu agak mahal pada waktu itu kerana ikan kurang pada musim tengkujuh. Pak Abu berpuas hati dengan penjelasan si penjual itu lalu meminta si penjual tersebut menimbangkannya ikan bawal yang besar seekor dan yang sederhana besar seekor. Si penjual pun menurut permintaan Pak Abu dengan memilih dan menimbang ikan-ikan bawal itu seperti yang dikehendakinya.

    12. Contoh 2 ”Aku tak menduga bahawa perkara itu akan terjadi,” kata Alex. ”Itulah! Engkau terlalu mementingkan diri sendiri, Alex,” jawab Pravin. ”Jadi, bagaimana aku hendak mengatasi perkara ini? Tolonglah aku.” ”Sabar, Alex....sabar. Kita perlu melihat keadaannya dulu selama beberapa hari.” ”Aku bimbang Pravin. Aku sangka pihak Majlis Daerah tak peduli akan tindakanku itu”. ”Kita mesti menghadapi segalanya itu dengan tabah. Sekarang marilah kita balik dahulu, Alex.”

    13. Jawapan Alex menyatakan bahawa dia tidak menduga perkara itu terjadi. Pravin menyalahkan Alex tentang berlakunya kejadian itu. Pravin menuduh Alex terlalu mementingkan dirinya sendiri. Alex buntu lalu bertaya kepada Pravin tentang cara mengatasi perkara itu serta meminta Pravin menolongnya. Pravin memberitahu Ah Chong supaya bersabar. Menurut Pravin lagi, mereka perlu melihat keadaan itu selama beberapa hari. Alex melahirkan perasaan bimbangnya kepada Pravin. Alex menjelaskan bahawa dia menyangka pihak Majlis Daerah tidak peduli akan tindakannya itu. Pravin memaklumkan bahawa mereka mesti segala-galanya dengan tabah. Selepas menuturkan kata-kata itu, Pravin mengajak Alex pulang dahulu.

More Related