1 / 14

MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A). PENULISAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN. PN. RABIAH. OBJEKTIF. Pada akhir pelajaran, pelajar dapat: i) Memilih penanda wacana yang sesuai untuk menghubungkaitkan antara satu isi @ satu penyataan dengan penyataan yang lain.

rex
Download Presentation

MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MPW 1113BAHASA KEBANGSAAN (A) PENULISAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN PN. RABIAH

  2. OBJEKTIF • Pada akhir pelajaran, pelajar dapat: i) Memilih penanda wacana yang sesuai untuk menghubungkaitkan antara satu isi @ satu penyataan dengan penyataan yang lain. ii) Membina ayat yang gramatis apabila menggunakan penanda wacana. iii) Membezakan penggunaan penanda wacana untuk menghubungkaitkan perenggan dengan perenggan, dan ayat dengan ayat.

  3. RASIONAL i)   Pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan kesinambungan idea yang dikemukakan. ii)  Pelajar tersilap memilih penanda wacana sehinggakan hilang pertautan isi dalam karangan. Keadaan ini melemahkan pengolahan seterusnya mengakibatkan penyampaian menjadi kabur.

  4. FUNGSI PENANDA WACANA • Terdapat empat fungsi utama penanda wacana iaitu: 1. Bagi tujuan menunjukkan maksud tambahan 2. Bagi tujuan menunjukkan maksud sebaliknya 3. Bagi tujuan menunjukkan maksud sebab 4. Bagi tujuan menunjukkan maksud ketika

  5. TUTORIAL 1 PENANDA WACANA BAGI MENUNJUKKAN MAKSUD TAMBAHAN • Antarapenandawacana yang membawamaksudtambahanialah: - Inibererti - Sejajardenganini - Pendekkata - Justeru - Sebagaitambahan

  6. Contohayat: 1.   Sebagai tambahan kepada tugasan yang telah diberi, pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan pada masa cuti. 2.   Ini bererti, di samping bercuti pelajar terpaksa membuat ulang kaji bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. 3.   Sejajar dengan ini, guru digalakkan mengadakan kelas tambahan bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan. 4.   Justeru, pelajar patut merebut peluang keemasan ini yang hanya datang sekali seumur hidup. 5.   Pendek kata, pelajar harus bersikap seperti pepatah Melayu yang berbunyi, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."

  7. TUTORIAL 2 PENANDA WACANA BAGIMENUNJUKKAN MAKSUD SEBALIKNYA • Antarapenandawacana yang menunjukkanmaksudsebaliknyaialah: - Sungguhpun - Berbandingdengan - Dalammasa yang sama - Sebaliknya - Walaubagaimanasekalipun

  8. Contoh ayat: 1.   Sungguhpun keluarganya miskin, Ali tetap belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan. 2.   Dalam masa yang sama, dia mengambil upah menjual nasi lemak setiap hari sebelum ke sekolah. 3.   Walau bagaimana sekalipun rintangan dan cabaran yang dihadapi, Ali tetap bertekad untuk menjejakkan kaki ke menara gading. 4.   Sebaliknya, dia tetap berusaha dan berdoa semoga impiannya menjadi kenyataan. 5.   Berbanding dengan Azman, Zamri lebih cekap dan mahir dalam melaksanakan tugas yang telah diberi oleh guru.

  9. TUTORIAL 3 PENANDA WACANA BAGI MENUNJUKKAN SEBAB • Antara penanda wacana bagi menunjukkan sebab ialah: - Berdasarkan - Berpegangpada - Sekiranyabegitu - Akibatnya - Kesudahannya

  10. Contoh ayat: 1.   Berdasarkan prestasi peperiksaan akhir tahun, guru- guru berkeyakinan penuh bahawa Suria boleh berjaya dengan cemerlang. 2.   Berpegang pada janji yang telah dibuat kepada ibu bapanya, Suria terpaksa bertungkus-lumus siang dan malam menelaah pelajaran untuk berjaya dalam peperiksaan. 3.   Sekiranya begitu sikap yang diamalkan Suria, mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doanya untuk lulus dengan cemerlang. 4.   Kesudahannya Suria muncul sebagai pelajar terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini. 5.   Ah Leng membuka sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan daripada Pendaftar Syarikat. Akibatnya, syarikat itu telah diharamkan daripada beroperasi.

  11. TUTORIAL 4 PENANDA WACANA YANG MENUNJUKKAN MAKSUD KETIKA. Antarapenandawacana yang menunjukkan maksudketikaialah: - Merujuk - Berbalikkepada - Akhirnya - Sementaraitu - Sejenakkemudian

  12. Contoh ayat: 1.   Merujuk keterangan saksi, mahkamah mendapati bahawa Encik Selvam terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Setiawangsa tiga tahun yang lalu. 2.   Sementara itu, peguam bela Encik Selvam menyatakan bahawa pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu. 3.   Akhirnya, kes itu akan dibicarakan semula di Mahkamah Rayuan setelah Encik Selvam berjaya dalam tuntutannya. 4.   Sejenak kemudian, Encik Selvam memeluk peguam bela dan anak-anaknya sambil menitiskan air mata. 5.   Berbalik kepada kejayaan itu peguam bela Encik Selvam berjanji akan berusaha membebaskan anak guamnya yang dipercayai telah dianiayai oleh pihak- pihak tertentu.

  13. TUTORIAL 5 Keterangan: • Oleh itu merupakan penanda wacana yang melanjutkan idea sebelum ini dengan idea yang berikutnya. • Dengan itu merupakan penanda wacana yang digunakan untuk melanjutkan idea • Dengan demikian adalah penanda wacana yang melanjutkan idea • Akhirnya merupakan penanda wacana yang menunjukkan kesimpulan kecil bagi keseluruhan gagasan atau idea dalam perenggan tersebut. • Penanda wacana yang terakhir adalah Sebagai kesimpulannya yang merupakan simbol atau tanda yang menunjukkan bahawa penulis akan menamatkan perbincangan bagi keseluruhan idea atau gagasan yang dibincangkan dalam tajuk

  14. Penanda wacana Jelaslahmerupakan penegasan sekali lagi idea keseluruhan yang terdapat dalam perenggan pertama. Penegasan ini pula diikuti dengan huraian lanjutan. • Sungguhpun merupakan kata yang menunjukkan pertentangan idea atau gagasan antara frasa ’kelihatan orang-orang di negara maju seronok’ dengan ’keseronokan mereka tidak berpunca daripada ketenangan jiwa’ • Penanda wacana Maka itu merupakan kesimpulan kecil bagi perenggan yang kedua.

More Related