1 / 15

RAKHILAH BINTI ZAINI CEC 080035 UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR

RAKHILAH BINTI ZAINI CEC 080035 UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR. PRINSIP PEMASARAN CBEB1106. PEMETAKAN / SEGMEN PASARAN. DEFINISI. Pasaran ditakrifkan sebagai tempat pertemuan antara penjual dan pembeli dan ianya merangkumi semua tempat yang ada urus niaga.

conlan
Download Presentation

RAKHILAH BINTI ZAINI CEC 080035 UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. RAKHILAH BINTI ZAINICEC 080035UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR PRINSIP PEMASARAN CBEB1106 PEMETAKAN / SEGMEN PASARAN

  2. DEFINISI • Pasaran ditakrifkan sebagai tempat pertemuan antara penjual dan pembeli dan ianya merangkumi semua tempat yang ada urus niaga. • Petak atau segmen pasaran adalah pembahagian pasaran mengikut kumpulan kehendak, keperluan, sikap dan karektor pengguna dan budaya sesebuah negara.

  3. KENAPA PETAKAN PASARAN DILAKUKAN? You can choose any colour, as long as it is black Henry Ford Born:30-Jul-1863Birthplace: Greenfield, MIDied:7-Apr-1947Location of death:Dearborn, MI[1]Cause of death: Cerebral HemorrhageRemains: Buried, Ford Cemetery, Detroit, MI Gender: MaleReligion:Anglican/Episcopalian[2]Race or Ethnicity: WhiteSexual orientation: StraightOccupation: Business Nationality: United StatesExecutive summary: Founder of Ford Motors

  4. TINGKAT PETAK PASARAN PASARAN KELOMPOK Menawarkan sesuatu kelompok produk di dalam satu harga. Jika pengguna mahukan penambahan, mereka perlu membayar pada harga yang lain. PASARAN TERTENTU (“NICHE”) Menawarkan sesuatu produk kepada sebuah kumpulan kecil di dalam sebuah kelompok tetapi boleh menarik pengguna untuk membayar sesuatu harga yang tinggi. IBM PASARAN MIKRO Menawarkan sesuatu produk mengikut kesesuaian sesebuah negara dan juga kehendak individu.

  5. PERKARA ASAS SEGMEN PASARAN 1. Pemetakan Geografi • Pembahagian pasaran mengikut perbezaaan geografi seperti iklim di sesebuah negara. • Contohnya: Tayar akan dibuat mengikut kesesuaian cuaca dan negara.

  6. PERKARA ASAS SEGMEN PASARAN sambungan… 2. Pemetakan Demografi • Pembahagian pasaran mengikut perubahan seperti umur, jantina, pendapatan, pekerjaan, pendidikan, agama dan saiz sesebuah keluarga. • Contohnya: Hotel, restoran dan permainan yang kepelbagaian.

  7. PERKARA ASAS SEGMEN PASARANsambungan.. 3. Pemetakan Psikografi • Pembahagian pasaran mengikut perbezaan kumpulan berasaskan gaya hidup, personaliti dan nilai individu tersebut. • Contohnya: Kereta yang dicipta mengikut gaya kehidupan seseorang. Telefon yang dicipta mengikut keperluan dan kehendak individu.

  8. PERKARA ASAS SEGMEN PASARANsambungan.. 4. Pemetakan Faedah • Pembahagian pasaran mengikut apa yang diperolehi hasil daripada penggunaan sesesuatu produk. • Contohnya: Penggunaan ubat gigi. Sesetengah kumpulan membeli ubat gigi berdasarkan kepada faedah tertentu seperti ada perasa, murah dan terdapat pelbagai saiz yang sesuai dengan jumlah isi rumah.

  9. SOALAN Nyatakan kepentingan pemetakan pasaran kepada syarikat – syarikat di Malaysia pada hari ini.

  10. JAWAPAN Kepentingan pemetakan pasaran kepada syarikat - syarikat di Malaysia kerana.. 1. Pasaran Hari ini Terlalu Luas • Perlu mengikut prosedur tertentu untuk mengenal dan mengetahui petakan sasaran. Tiga langkah yang perlu dilakukan, iaitu: • Membuat tinjauan dengan bertemu bual dan membuat soal selidik. Hasil daripada data tersebut bolehlah diketahui keperluan dan kehendak kumpulan sasaran terbabit. • Analisis faktor yang tersebut • Bahagikan data yang diperolehi mengikut jenis segmen seperti dominan harga, jenis dan jenama. • Contohnya: Pengeluar peralatan elektronik tempatan seperti Pensonic dan Khind yang menawarkan produk yang murah dan mudah digunakan.

  11. JAWAPAN (sambungan..) • Persaingan di Pasaran Terbuka Terlalu Sengit • Permintaan yang begitu banyak sedangkan syarikat yang menawarkan keluaran adalah terhad. Justeru itu, harga yang ditawarkan adalah tinggi. Apabila penawaran pula yang mengatasi permintaan, pemasar haruslah merangka strategi yang efektif agar ianya sentiasa berada di dalam pasaran. • Contonya: Aiskrim. Kebanyakan di pasaran, aiskrim yang dijual mempunyai pelbagai perisa dan bentuk yang menarik. Namun, kandungan di dalam aiskrim tidak mempunyai sebarang zat yang baik. Nestle telah menawarkan aiskrim yang tidak mengandungi lemak dan pelbagai vitamin dan sesuai bagi mereka yang utamakan diet yang seimbang.

  12. JAWAPAN (sambungan..) • Sumber Syarikat Terhad • Kebiasaannya syarikat yang kecil menghadapi pelbagai kekangan dalam usaha memenuhi permintaan pasaran yang besar. Namun, mereka menawarkan kualiti dan memberi tumpuan kepada kelompok tertentu sahaja. • Contohya: Dewan Bahasa Dan Pustaka menawarkan buku dan majalah yang pelbagai info dan maklumat terkini dan dikhususkan mengikut demografik seperti Dewan Pelajar untuk golongan pelajar sekolah rendah, Dewan Siswa untuk para pelajar di sekolah menengah dan Dewan Masyarakat untuk semua golongan.

  13. JAWAPAN (sambungan..) • Keperluan Pengguna Pelbagai dan Berbeza • Disebabkan masyarakat hari ini yang semakin bebas membuat pilihan dan menyuarakan apa jua yang dihajati sehingga pemasar terpaksa mengikut kehendak mereka. • Contohnya: Kebanyakan pengeluar akan mengeluarkan pelbagai produk seperti merekabentuk coklat dan kek yang menarik mengikut perayaan tertentu seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Kekasih. Malah, hotel dan restoran juga menawarkan menu yang kepelbagaian dengan harga yang bersesuaian mengikut segmen tertentu.

  14. KESIMPULAN Oleh itu, pemetakan pasaran penting dilakukan untuk mengetahui sejauh mana keperluan ke atas produk yang ditawarkan dan untuk menetapkan matlamat pasaran di Malaysia pada hari ini.

More Related